Hargai Isteri & Ibu Kamu - All About Love

Sunday, December 23, 2012

Hargai Isteri & Ibu Kamu


Assalammualaikum..

MV kongsikan apa yg Mv terbaca di facebook...tentang perbualan di antara seorang kaunselor dengan seorang suami yg bekerjaya tentang isterinya(seorang suri rumah).Jom baca dibawah:

Kaunselor: Apakah pekerjaan En Zainal?
En Zainal: Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor: Halimah pula?
En Zainal: Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
En Zainal: Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
En Zainal: Pukul 5 pagi
dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
En Zainal: Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! Ingat tu sahabat sekalian :) 

Hargailah seorang isteri mahupun ibu anda. Kerana pengorbanannya tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan duet sekalipun. Say Alhamdulillah to Allah sebab memberikan ibu / isteri yang baik buat kita dan hargailah mereka walaupun dengan ucapan Terima Kasih.
Semoga bermanfaat

**Jadi hargai isteri & ibu kamu semua

12 comments:

  1. setujukkkkkk!
    lebih tepat lg kan MV..hargailah kaum wanita.hehehe

    ReplyDelete
  2. hmm.. benda yg kita anggap remeh tu a sebenarnya plg besar...

    ReplyDelete
  3. Yup...itu yg lelaki kurang amek kire..pd die dok kat umah senang,xpenat...een sy yg bekerja ni pun balik umah sambung plk bwat keje umah..

    ReplyDelete
  4. sebenarnya suri rumah la yg kerja tak henti dari siang sampai malam kan.

    ReplyDelete
  5. suri rumah pun kerjaya jugak. masyarakat kdg tak nmpk kan. ;)

    ReplyDelete
  6. nice story...hargailah mereka...sebelum terlambat..

    ReplyDelete
  7. betapa besarnya pergorbanan seorang isteri dan ibu kan.. jadi para bapa2 silalah hargai isteri2 anda..

    ReplyDelete
  8. tak pernah habiskan kerja sebagai seorg ibu atau wanita...

    ReplyDelete
  9. btul !!! hargai mereka sblum terlewat huhu

    ReplyDelete