November 2017 - All About Love

Wednesday, November 29, 2017

Drama Pretty Li Hui Zhen

5:02 PM
Drama Pretty Li Hui Zhen
Assalammualaikum


Pretty Li Hui Zhen

Life’s many challenges can have a tremendous impact on your outward appearance.

Li Hui Zhen (Dilmurat Dilraba) was a beauty in her younger years, but years of hardship on her family has taken a toll on her physical appearance. Her childhood friend Bai Hao Yu (Peter Sheng) experiences a reverse fortune and his dapper good looks in adulthood is an outward manifestation of his prosperity later in life. When Hao Yu tracks down Hui Zhen and wants to reconnect, Hui Zhen is embarrassed by her current appearance and sends her stylish best friend and roommate, Xia Qiao (Sierra Li), in her place. But when Hui Zhen lands an internship at a company that she has been trying to break into, she is shocked to find out that Hao Yu is her new boss.

As Hui Zhen tries to hide her true identity from Hao Yu, magazine reporter Lin Yi Mu (Zhang Bin Bin) begins to show an interest in her. How long can Hui Zhen keep up the charade with Hao Yu?(sumber SINI)


Drama ni ditayangkan di 8tv...oleh kerana best so MV tonton di internet..MV tengok kat kissasian...MV suka jalan ceritanya....terjebak hahaha...
Read More

Fight Song Titanium Choir Show 4O SKUM 2017

4:55 PM
Fight Song Titanium Choir Show 4O SKUM 2017




Assalammualaikum...

Video persembahan kakak ayu dan abang haikal masa majlis anugerah pelajar sekolah mereka...Fight Song Titanium Choir Show 4O SKUM 2017,,,share di blog.bila dorang besar nanti dorang ble tengok ....

video ni ada di you tube..di penghujung video ni kakak ayu ada buat gerakan split jump..terkejut MV tengok...selalu dia buat d rumah tapi nda macam dalam video ni 




Read More

Tuesday, November 28, 2017

Popular bookstore 1borneo sabah

5:42 PM
Popular bookstore 1borneo sabah

Assalammualaikum

Cuti hari ni tak dirancang..mula-mula ingat nak keluar dengan izin saja untuk bawa abang haikal review mata...tapi bila syamimi pun cuti minggu ni  makanya mv cuti sebab susah juga nak kawal 4 org anak kat library..

So bercutilah jawabnya..kebetulan anak-anak minta mv bawa ke popular book store di 1borneo ..mau beli buku dorang bilang
Tapi mv limitkan seorang hanya  boleh beli 1 buku cerita atau komik...then selebihnya boleh beli buku aktiviti untuk sekolah rendah. .

Nampaknya mama silap...buku ceRita dan komik dorang sdh hbs baca tadi...haha..lepas tu rq lagi mau beli komik haha..

Bulan depan lah ya..oh ya tgh sale skg kat popular ...so korang yang nak beli buku n bahan bacaan ble lah pegi..
Read More

Sunday, November 26, 2017

Review novel:Bunuhan

10:22 PM
Review novel:Bunuhan

Assalammmualaikum...

4 cerita dalam satu  buku .bermula dengan kisah sakura samseng jalan.Bagaimana seorang anak yang baru tau dia mewarisi satu kongsi gelap yang diketuai oleh ayah nya dahulu.Betul jangan terlalu percayakan orang yang rapat dengan kita.Buktinya orang yg paling sakura percaya adalah pembunuh ibubapanya dan pemusnah kehidupannya.

"Tren" kisah cinta ..kisah dendam..pengkhiantan dan hasad dengki..demi menjatuhkan seseorang itu dia sanggup berpura2 mencintai tapi sebenarnya untuk menjatuhkan..Dia inspektor yang sepatutnya menjadi pelindung rupa2nya musuh yang paling utama.Yang menjadi mangsa penumpang tren yang terkorban..akhirnya dia tewas tanpa menang apa2

cerita ketiga lagi tragis ceritanya..cinta top secret versi 1.0...cinta yg tak terungkap dan x kesampaian..bagaimana jade mampu menunaikan permintaan olga ..gadis yg dia cintai tapi tak dapat diakui cintanya..

jejak hantu..bila kekejaman berleluasa dan emosi mula menguasai itulah yg terjadi...dia menjadi mangsa.menjadi pembunuh bukan kerana dia rela tapi diterapkan sedari kecil..bila dia mula berubah..semua yg disentuhnya hilang nyawa..bagaimana dia harus berdepan dgn semuanya..namun 4 jiwa menjadi mangsanya...mampukah mereka menewaskan kuasa utama



Read More

Wednesday, November 22, 2017

PERTANDINGAN MEWARNA TASKA PERMATA KPKPS SEMPENA HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN PSUPS 2017

7:00 AM
PERTANDINGAN MEWARNA TASKA PERMATA KPKPS SEMPENA HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN PSUPS 2017
No automatic alt text available.
ANTARA HASIL MEWARNA YANG DIPILIH UNTUK DIPAMERKAN 
ASSALAMMUALAIKUM...

MV KONGSIKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEWARNA TASKA PERMATA KPKPS SEMPENA HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN PSUPS 2017 YANG BERJALAN KELMARIN...SEMUA DAPAT HADIAH ..CUMA UNTUK PEMENANG 1 HINGGA 3 HADIAHNYA ISTIMEWA SEDIKIT 
No automatic alt text available.
PEMENANG TEMPAT KE3

No automatic alt text available.
PEMENANG TEMPAT KEDUA 
JURI ADALAH DIKALANGAN GURU-GURU TABIKA ...MV HANYA PENGANJUR TAKDA KENA MENGENA DENGAN NI KEPUTUSAN HAHAHA...TAHNIAH BUAT SYAMIMI...2 KALI DAH MENANG PERTANDINGAN MEWARNA,,,
No automatic alt text available.
PEMENANG PERTAMA (**juri dari cikgu tau mv hanya penganjur haha)
KALAU DULU MASA DIA 3 TAHUN MANALAH DIA PANDAI MEWARNA MACAM NI 
Read More

Tuesday, November 21, 2017

Throwback Majlis Mini Konvokesyen Syamimi

4:42 PM
Throwback Majlis Mini Konvokesyen Syamimi

Assalammualaikum...

Girlfriend abah katanya....throwback gambar dia di majlis mini konvokesyen minggu lepas...gambar atas pentas dengan YB Datuk Hajah Jainab Adun N12 Karambunai ...Gambar ni bayar ke Taska RM10 so MV tinggal cari frame lagilah 

Waznah syamimi..tapi selalu orang salah sebut Maznah Syamimi...hihi,,,maksudnya 

Waznah ===Pencari keadilan Syamimi ===Keharumanku

Read More

Hari Perpustakaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah 2017

3:58 PM
Hari Perpustakaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah 2017
Assalammualaikum...

Image may contain: one or more people and child
ready mau mewarna 
Sempena Sambutan Hari Perpustakaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah 2017 ...Sekali lagi dengan kerjasama Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS aktiviti untuk hari perpustakaan melibatkan anak-anak warisan negara...

Terdapat 3 pertandingan yang dianjurkan pada kali ini iaitu :-


  1. Mewarna (Taska)
  2. Membaca (kanak-kanak Tabika)
  3. Menulis ( Kanak- kanak Tabika)
Juri bagi semua acara pertandingan adalah di kalangan guru-guru Taska dan Tabika...Library sebagai penganjur akan menyediakan hadiah buat pertandingan tersebut.


Image may contain: 1 person, sitting and indoor
pertandingan membaca 

Image may contain: 1 person, child
macam-macam gaya ada 

Image may contain: one or more people and indoor
mewarna didi n friend
Selain aktiviti bersama kanak-kanak...Perpustakaan kami juga ada menganugerahkan Pembaca Aktif 2017 iaitu terbahagi kepada dua kategori :-

  1. Dalaman(untuk semua staf pejabat)
  2. Luar( untuk staf yang berada d Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah 
Hadiah berupa buku dan wang tunai..Tahniah buat pemenang.Jumaat nanti sila datang untuk penyampaian hadiah ya,,kalau nda hadiah Mv punya hahaha

Image may contain: one or more people, people sitting and child
apa yang dibincang tue

Image may contain: one or more people
pertandingan menulis

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, table and indoor
pertandingan menulis..
Ada juga satu pertandingan penjenamaan semula perpustakaan .Ini cadangan daripada Datuk Sup ...nanti MV share nama baru library MV k..untuk kategori ni hadiah wang tunai dan hamper menjadi milik pemenang.
Image may contain: 3 people, people sitting
susah sangat kah nak tulis tu siap garu kepala lagi 

Image may contain: 15 people, people smiling, people sitting
Taska Permata KPKPS

Image may contain: 15 people, people smiling, indoor
Tabika Kemas KPKPS

Image may contain: 13 people, people smiling, indoor
girl semua 

Image may contain: 16 people, people smiling, indoor
hero Tabika Kemas KPKPS


Read More

Monday, November 20, 2017

HARI MESRA PELANGGAN PEJABAT PTPTN NEGERI SABAH 2017

5:30 PM
HARI MESRA PELANGGAN PEJABAT PTPTN NEGERI SABAH 2017


Assalammualaikum..

HARI MESRA PELANGGAN PEJABAT PTPTN NEGERI SABAH


Tarikh: 25 NOVEMBER 2017
Hari: SABTU
Waktu: 9.00 AM - 3.00 PM
Tempat: PERKARANGAN WISMA UTC SABAH

Pelbagai program & aktiviti:

  1. Pertandingan mewarna 
  2. Pecah tabung 
  3. Musical chair
  4. IQ puzzle
  5. Roda impian 
  6. Pertandingan tiup belon
  7. Cabutan tiket hadiah 
  8. Program derma darah



Yang paling best, buka akaun SSPN-i Plus anda boleh dapat cenderahati eksklusif sempena Ulangtahun PTPTN ke 20 tahun iaitu Tabung Maskot PTPTN

Selain itu kita ada banyak lagi pelbagai hadiah menarik untuk dibawa pulang 
  • payung
  • alat tulis
  • beg sekolah
  • set mewarna
  • bekas makanan
  • Dan banyak lagi!!!!

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Hari Mesra Pelanggan Pejabat PTPTN Negeri Sabah pada 25 NOVEMBER 2017 bertempat di Perkarangan Wisma UTC Sabah dan nikmati juga pelepasan taksiran cukai hingga RM12,000 !
Read More

32 Tahun

5:17 PM
32 Tahun
Assalammualaikum....

No automatic alt text available.
hadiah dari kakak ayu 
18 November 2017 genaplah usia MV 32 tahun...tambah lagi 1 angka...alhamdulillah masih lai bernafas di bumi ini.Birthday kali ni tiada kek...sebab biasa birthday mv yang urus kek..ni birthday MV xkan MV juga urus kek  haha...

Lagipun 18.11 haritu MV bekerja..bertugas di kejohanan futsal piala setiausaha persekutuan Sabah 2017 selaku urusetia...jadi malam baru Mr Velentine belanja Makan..tq my love tiada hadiah pun tidak apa..janji ingatan..dan menjadi orang pertama yang wish..tepat jam 12.00 pagi
ni hadiah paling bermakna ...
Terima kasih buat anak2 MV...walaupun hadiah yang dorang bagi murah tapi amat bermakna buat MV..terima kasih anak-anak mama...syamimi cakap kenapa mama hari jadi tiada kek...jadi marilah kita buat kek viral 2 bahan untuk dimakan...


Terima kasih juga buat semua yang mendoakan dan ucapan birthday buat MV..
Read More

Friday, November 17, 2017

Majlis Konvokesyen Kemas

2:56 PM
Majlis Konvokesyen Kemas
No automatic alt text available.
Tahniah Syamimi...Tempat kedua kanak-kanak cemerlang Taska Kemas KPKPS..
Assalammualaikum...

Majlis Konvokesyen Kemas Parlimen Sepanggar..MV bawa syamimi ke majlis konvokesyen ni..Syamimi graduate Taska Kemas...seronok tengok anak akan melangkah ke alam pra sekolah...

Tahniah buat MY syamimi...mendapat tempat kedua kanak-kanak cemerlang Taska Kemas KPKPS..sangat bangga dengan adik...semoga adik terus sukses di masa hadapan...
Image may contain: 1 person
my syamimi ....with patung tupainya

Read More

Wednesday, November 15, 2017

Sengatan obor-obor

9:10 AM
Sengatan obor-obor

Assalammualaikum

Mv kongsikan apa yang patut dilakukan dan tidak boleh dilakukan sekiranya terkena sengatan obor-obor ..

Lakukan
1.curah cuka makanan ke atas bahagian kulit yang disengat selama 30 saat

2. Buangkan sesunggut obor2 yg masih berada di atas kulit(sebaik-baiknya gunakan penyepit/sarung tangan)

3. Bawa ke jabatan kecemasan.

Jangan lakukan.
1.basuh dengan air tawar,mineral,paip dan lain2
2.curah alkohol / air kencing
3. Sapu sebarang gel,minyak,krim
4.gosok dengan pasir / batu
5.rendam dalam air sejuk/panas
6. Jumpa bomoh/dukun

Read More

Tuesday, November 14, 2017

Review: Tidak Pernah Sesal-umie nadzimah

3:25 PM
Review: Tidak Pernah Sesal-umie nadzimah
Tidak Pernah Sesal Tidak Pernah Sesal by Umie Nadzimah
My rating: 5 of 5 stars

"kasihku ibarat air lautan,tak luak dek angin,ribut atau taufan yang melanda..."

Jatuh cinta pada 2 orang yang berbeza namun punya rupa yang sama.Syed Azeem si jejaka yang full pakej nya...menjadi rebutan si dara.Syarifah Zalia Bekas tunang yang meninggalkan dia di hari perkahwinan.Lia Hana gadis seiras Zalia namun berlainan perwatakkan sehingga membuat Azeem benar2 jatuh cinta...

Perbezaan darjat dan keturunan..membuat kan perhubungan Lia Hana dan Syed Azeem tidak direstui oleh ibulia hana...pengalaman dan trauma yang Jamalia terima membuatkan dia tidak mempercayai cinta lelaki kaya...

Di tambah pula bapa Azeem yang mementingkan keturunan ..permintaan ibu yang sangat di luar dugaan..Abang Naim perlu jadi suami sedangkan yang dia tau abg naim adalah abangnya..

Kenapa lia hana dan zalia seiras??kenapa bukan rasa benci yang datang dalam pertemuan antara mereka ?sebaliknya rasa ingin saling kenal dan merindui....Korang kena baca ni..bagaimana seorang anak dibenci ibunya sendiri...seorang ayah menanggung rindu rindukan anak sendiri selama 20 tahun,,

bagaimana seorang suami terpaksa melepaskan isteri yang tersayang demi keselamatannya...bagaimana seorang isteri sanggup berkorban demi kebahagian lelaki yang di cintai..

Bagaimana seorang wanita yang langsung tidak punya pertalian dengan seorang anak tetapi benar-benar menyayangi anak itu ..."lia Hana...nama yang penuh makna bagi dua insan...Jamalia dan Syed hanafi"




View all my reviews
Read More

Bisnes Dadih

11:59 AM
Bisnes Dadih





Assalammualaikum...

Bisnes dadih..Anak dara MV yang seorang ni berbisnes Dadih di sekolah..dia ambik order dari whatsapp...hari ni merupakan hari kedua dia berbisnes....dapat lah hasil 24.00 ringgit oklah kan ...

Belajar mencari duit katanya..so mama pun tolonglah dia buat dadih ni..nanti nak ajar dia pula buat sendiri...kan dah besar....anak-anak MV memang ada minat ke arah perniagaan..mv dan suami pun mempunyai minat yang sama...

Suami ada part time job jual beli kereta...MV dengan bisnes jeruk MV...anak-anak pula dengan bisnes dorang...pandai jer dorang ni cari apa yang nak di jual....semoga anak-anak Mv berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi ...amin 



Read More

Monday, November 13, 2017

Menang Reward 8share Lagi

4:43 PM
Menang Reward 8share Lagi
Yeahh dapat RM10.00

Assalammualaikum...

Alhamdulillah menang lagi mission 8share..menang 2 dari 4 mission yang dia bagi...dapatlah earning extra RM5.00 kali dua...dapat RM10.00 terus earning bertambah menjadi rm52.78...dah boleh cashout...Ini yang sayang dengan 8share ni...sayang sangat hihi


Korang yang join 8share ada yang menang juga...rezeki bulan november ni...dapat lucky draw ..ni dapat reward earning pula....Semoga MV dimurahkan rezeki lagi...AMin 
Read More

Thursday, November 9, 2017

Koleksi Novel Tulisan Zan Zarida

12:16 PM
Koleksi Novel Tulisan Zan Zarida
Assalammualaikum...

5 koleksi zan zarida
Menambah koleksi novel MV di rumah dengan novel tulisan kak Zan Zarida...kak Zan zarida offer baik punyer untuk 3 buah novel RM50.00 siapa tak nak kan...MV beli 3 novel dia yang bertajuk :-

  1. Aduhai,bos bertuah 
  2. saya cup hati awak!
  3. kekasihku jangan marah
3 Novel RM50.00
Dengan itu MV ada kesemua novel tulisan beliau...dekat rumah ada 5 judul :-
  1. Aduhai,bos bertuah 
  2. saya cup hati awak!
  3. kekasihku jangan marah
  4. 'dia' my love
  5. alahai mat salih 
lagi satu judul ada di library tempat MV kerja :-

  1. mas kahwinku rm22.50
Kalau korang berminat nak dapat novel beliau boleh berhubung dengan beliau di Facebook Zan Zarida..baca novel tulisan beliau pastinya mencuit hati dan mudah difahami ceritanya///
Read More

Wednesday, November 8, 2017

Game Kata

1:53 PM
Game Kata

Assalammualaikum...

Telefon Bimbit korang mesti canggihkan?Macam MV pakai vivo Y53 saja..keperluan hanya untuk call,media sosial dan update blog...kalau game memang jarang download...tapi semenjak anak-anak suka kacau handphone mama...banyak lah game yang di download

barbie doll,mermaid,princess,doll house dan banyak lagi...tapi ada satu game yang anak MV download ni MV suka...Nama Game ni KATA...untuk pengguna android boleh download di playstore...percuma sahaja...
Game kata ni macam teka teki..tapi teka kata berdasarkan beberapa huruf yang diberi ..dari huruf yang diberi tue kita buat perkataan...menguji minda betul ,,,MV yang sdh tua ni pun kadang nda terjawab...

Cepat lagi wani dan ayu jawab bagi pihak mama..kadang mama stuck tak dapat jawab..bila dorang pegang terus settle hahaha...bagi anak-anak sangat bagus game ni untuk mengasah minda dorang...

yang tadika pun boleh main ...sambil-sambil tue belajar mengeja dan kenal huruf,,,ada siapa2 yang main game ni??kalau ada kita geng ...

Read More

Tuesday, November 7, 2017

Pembukaan Akaun SSPN-i Secara Online

4:53 PM
Pembukaan Akaun SSPN-i Secara Online


Assalammualaikum

Akaun SSPN-i..alhamdulillah selesai buat akaun sspn-i untuk empat orang anak MV...macam wani dia masa puasa terpilih untuk buka account percuma di sekolah...anak MV yang lain MV baru buat semalam...

Buat online sahaja pembukaan akaun SSPNI-i ni DI SINI... Klik pembukaan akaun..pembukaan akaun serendah RM20.00 sahaja tanpa perlu apa-apa dokumen...pakej yang MV ambil ni bukan potongan gaji

tapi melalui simpanan bulanan tanpa had nilai...terpulang dari kita nak simpan berapa....kalau ada banyak lebih simpan lah banyak..kalau ada sikit simpanlah sikit..asalkan ada..tabungan untuk anak2 kita untuk masa hadapan...


Read More

Beg RM100

9:56 AM
Beg RM100
No automatic alt text available.
5 beg RM100
Assalammualaikum...

Cerita petang ahad ...menyelit di #gaintkelombong ..kunun mau tengok betul kah sales...hajat mau tengok barang elektrik sekali terkenan beg sekolah ni...ambil 5 beg untuk haikalayuwani..

Rm100 untuk 5 beg..berbaloi lah kan mama menyelit di antara customer yang ramai petang tue..beg yang di atas tu jenama Swan...harga asal RM65.00 offer pergi RM20.00 terus ambik 3 beg ni untuk haikalayuwani guna ke sekolah rendah...

Beg yang ada gambar girls tue untuk ayuwani guna untuk sekolah agama....oklah jimat RM100 5 beg cuma mau cari lagi satu beg untuk abang haikal pakai ke sekolah agama...oh ya di Kedai Bata pun ada sales

Kasut sekolah RM19.00 sepasang beli 3 free 1 kasut...So 4 pasang kasut RM57.00 tapi MV nda beli sebab masa pergi sana haritu berdua saja dengan suami..anak-anak tiada jadi susah mau agak size kasut dorang ....

Kamu ada kah yang pergi sales gaint minggu lepas?cer ceta apa pendapatan kamu??
Read More

Monday, November 6, 2017

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

9:37 AM
GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN
KLIK BANNER UNTUK JOIN 
Assalammualaikum...

Akhirnya dapat juga menyiapkan entry untuk join GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN..Tahniah kak MIA sudah 10 tahun menjadi blogger yang terkenal di Sabah...MV mula-mula kenal kak mia bila selalu join contest masa mula-mula menjadi blogger...

Di sana bermulalah perkenalan alam maya MV dengan kak Mia tapi bulan september tahun ini baru bertemu face to face bila kami sama-sama dijemput ke BTC CULTURAL NIGHT & FOOD FIESTA,,,

Masa kenal dulu nda sangka pun yang anak MV satu sekolah dengan anak kak mia..Si chumie..bila nampak di blog kak mia gambar anaknya baru tau yang Abg Haikal Pernah sekolah dengan dia ..itu pun masa umur 4 Tahun...nda sangka kan..sekarang dorang umur 10 tahun sudah...

Tahniah Kak Mia...Semoga terus menjadi Blogger yang berjaya....

**Tarikh tutup penyertaan pada 20 November 2017 11.59 malam. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 25 November 2017. 
Read More

Lazada Online Revolution Blogger Contest.

9:06 AM
Lazada Online Revolution Blogger Contest.
Assalammualaikum..



Lazada Online Revolution akan bermula pada 11 November hingga 14 Disember 2017 jangan lepas peluang anda untuk membeli barangan yang kamu inginkan dengan harga yang berpatutan..

Bersempena dengan Lazada Online Revolution..Lazada menganjurkan satu contest buat semua blogger iaitu Lazada Online Revolution Blogger Contest yang mana tarikh tutup penyertaan pada 14.12.2017..MV mengambil peluang ini..

Manalah tahu kan nama sangkut lagi sebagai pemenang kan...Untuk menyertai peserta kena menjawab soalan di bawah:-

a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 



MV mula membeli di Lazada pada bulan 12/2016,Masa itu MV membeli Digital LCD Pulse Heart Rate Monitor Calories Counter Fitness Watch Red ...MV beli 2 item jam ni...Satu untuk MV dan satu lagi untuk kakak MV...iyalah kan masa ni..MV tengah berjinak2 dengan misi kuruskan badan...jam ni pula sangat membantu untuk mengira berpa kalori kita yang terbakar ketika senaman dilakukan 

b. Which types of products would you prefer buying online? 

Produk yang MV lebih suka beli online adalah barangan elektronik dan aksesori wanita..

 c. What to you love about online shopping? 
Saya suka online shopping kerana ia menjimatkan masa saya ...hanya pilih barang yang kita mahu kemudian bayar dan tunggu untuk penghantaran.Ditambah pula kalau beli online harga yang ditawarkan lebih murah berbanding di kedai...

d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 


MV teringin mau beli Portable Garment Steamer, Clothes Iron with Hanger  sebab memudahkan anak-anak MV iron baju ..taulah kan budak-budak...kalau iron baju kadang terlebih panas sampai hangus baju...



Read More

Sunday, November 5, 2017

Ikan keli masak kari

8:52 PM
Ikan keli masak kari

Assalammualaikum

Pagi tadi berkesempatan ke tamu tuaran ..misi macam biasa mencari pecal dan tapai..sekaligus ronda-ronda tengok ikan yang berkenan di hati..

Bukan setakat ikan ..mv beli  lada padi rm6..mangga rm5..udang rm20..ikan tulai rm9.00...ikan kerapu rm12 dan ikan keli rm8.00..

Nampak jak ikan keli terus suruh mr velentine beli..terus dalam kepala balik rumah nanti mau masak kari ...yummy...sedap atau nda belakang kira janji makan hahaha...

Maka terhasillah ikan keli masak kari untuk lunch tadi...licin dikerjakan oleh anak2 dan suami serta adik mv ...tercapai hajat mau makan ikan keli masak kari..

Selalu masak belado jak...oh ya kalau makan di restoran ikan keli ni mahal..jadi dapat beli d tamu ni puas lah makan rm8 ..5 ekor oklah...kalau di restoran 1 ekor sdh rm5-10 ikut size...

Kamu sapa suka makan ikan keli..biasa kmu masak apa ikan keli tu??
Read More

Stok Lada

6:55 PM
Stok Lada

Assalammualaikum


Bila semua ahli keluarga pandai makan pedas atau dalam erti kata lain suka makanan pedas...makanya mak kena main peranan..

Sebab dorang akan cakap"mama lada tiada..nda sedap makan toada lada" dari yg sulung sampai si bongsu yang umur 4 tahun semua hantu lada..

Bulan lepas mama buat lada kisar dua kali ..sebab dorang habiskan tak sampai seminggu untuk satu kontena..kali ni mama beli lada harga rm6..

Kisar woth bawang putih dan limau...dapatlah satu bekas di atas..Mv harap ianya mampu bertahan untuk sebulan...korang suka makan pedas?

Kalaunya kita geng
Read More

Saturday, November 4, 2017

Final Piala Malaysia 2017-Kedah vs JDT

9:17 PM
Final Piala Malaysia 2017-Kedah vs JDT

Assalammualaikum


Perlawanan akhir piala malaysia 2017 menyaksikan pertemuan 2 pasukan terkuat di liga super..kedah juara bertahan dan Jdt juara liga super 4 tahun berturut-turut..

Juga menyaksikan dua pasukan kendalian anak tempatan(Kedah) dan satu dikenadalikan oleh jurulatih asing..

2 pasukan terkuat namun kelebihan atas kertas buat JDT...namun Kedah juga mempunyai kelebihannya sendiri..
Telah pun bermula  .so marilah kita sokong pasukan masing2..mv pilih kedah ..kakak Ayu macam biasa..JDT bilangnya sebab dia kan orang johor..anak kelahiran johor..

Apa-apa pun siapa yang menang tahniah..siapa yang kalah anda juga adalah yang terbaik juga(gol awal nampaknya JDT seawal minit ke 2)

Kedudukan semasa jdt 1- 0 kedah
Read More