Followers

Saturday, August 27, 2016

A Mother A Friend

snap by wani
Assalammualaikum....

Seorang ibu dan juga seorang kawan kepada 4 orang anak yang berusia 9-3 tahun bukanlah sesuatu yang mudah.Di tambah lagi sebagai ibu yang bekerja ...balik rumah sambung jadi suri rumah ...ianya bukan sesuatu yang mudah...

rasa nikmatnya kalau dapat berehat 5 minit dengan berbaring tanpa gangguan..tak payah lama lah..5 minit pun cukup bahagia sudah..alhamdulillah sekarang my kembar tahun sudah boleh di harap...

menyapu,masak nasi,jemur kain,kemas pinggan ....walaupun kadang2 mau disuruh...berusaha mengajar dorang cara buat kerja rumah dari kecil...dan bagi beli dorang jam..supaya dorang tau masa itu berharga,,,,

by the way comel tak MV..hahaha ok bye..larik jauh2

Friday, August 26, 2016

Bagaimana Dunia melihat satu kesilapan?

Assalammualaikum
*9 × 1 = 7*
9 × 2 = 18
9 × 3 = 27
9 × 4 = 36
9 × 5 = 45
9 × 6 = 54
9 × 7 = 63
9 × 8 = 72
9 × 9 = 81
9 × 10 = 90


Apabila dia telah selesai, dia memandang kepada pelajarnya, dan mereka semua ketawa pada beliau. kerana jawapan yg pertama itu yang merupakan jawapan yg salah.

Kemudian guru itu berkata,

" Saya menulis jawapan pertama itu salah dengan sengaja.. kerana saya mahu anda untuk belajar sesuatu yang penting.

"Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa bagaimana dunia di luar sana akan melayan anda.

"Anda boleh lihat yang saya tulis dengan TEPAT sekali utk 9 jawapan yg lain, tetapi tiada seorang pun yang mengucapkan tahniah kepada saya untuk itu!

Anda semua ketawa dan mengkritik saya kerana satu perkara salah yang saya lakukan.
Jadikan ini suatu pelajaran.

"Dunia tidak akan menghargai kebaikan yang kamu buat walaupun satu juta kali, tetapi akan mengkritik anda jika hanya sekali sahaja kesilapan yg kamu buat.."

**Begitulah yang selalu kita hadapi...bila kita buat satu kesilapan terus orang tak nampak semua kebaikan yang pernah kita buat sebelum ini.Orang nampak benda yang salah itu sahaja.walaupun kesilapan itu hanya kesilapan kecil.


Thursday, August 25, 2016

Bibir Merah

Pandai betul bergaya
Assalammualaikum....

Syamimi...See bibir nya ...nampak kamu..pandai tul begaya...ni di conteng2 muka oleh pengasuh taskanya...syamimi ni suka tengok orang ada makeup..jadi kalau dia di bagi gincu memang excited,,,,

baru2 ni nda simpan sdh gincu dlam beg sebab dia conteng tangan dia...dia buat mcam pen...so lepas tue memang  gincu nda sdh bawa dalam beg...

anak comel ni..banyak akal...kadang2 warna dan barang sekolah kakak pun dia pegi ambil..buat main....

Wednesday, August 24, 2016

Karnival kerjaya suruhanjaya perkhidmatan awam Sabah 2016

Assalammualaikum

Suruhanjaya perkhidmatan swam sabah Alan mengadakan Karnival kerjaya suruhanjaya perkhidmatan awam Sabah 2016 pads ketetapan berikut:-

25.08.2016(khamis)
Bertempat Di kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan Sabah atau lebih dikenali sebagai mini putrajaya.

Kepada Semua yang sedang mencari peluang pekerjaan boleh lah datang. Antara yang disediakan Oleh suruhanjaya perkhidmatan awam(spa):

1.pendaftaran online
2.semakan status permohonan
3.taklimat mengenai tips menjawab exam secara talian

Terdapat juga booth daripada agensi kerajaan yang lain seperti :

1.bomba
2.suruhanjaya perkhidmatan pelajaran
3.pdrm
4.aadk
5.task force 450
6.jabatan perangkaan Malaysia Cawangan Negeri sabah
7.dan beberapa agensi lain

Program derma Darah juga turut Dibuat pada Hari tersebut. So sesiapa yang Berniat nak menderma bolehlah datang.

Marilah kita memeriahkan Lagi Karnival kerjaya suruhanjaya perkhidmatan awam Sabah 2016.