Followers

Friday, April 28, 2017

Cepat sembuh

Asslammualaikum...

Hari keempat demam..semoga kakak wani cepat sembuh...walaupun sakit dia tak mau ponteng sekolah ...

Cuma semalam cikgu call sebab dia mmg x larat sudah..hari ni pun dia bekeras mau sekolah

Tapi badannya masih panas...skg tengah on uba demam ,antibiotik dan ubat batuk...

Semoga kakak wani cepat sembuh ...amin

Thursday, April 27, 2017

You're My sunshine

Image may contain: 4 people, child and closeup

Assalammualaikum....

Senyummu ...
lirikan matamu...
tawamu 
mampu merawat hatiku

walau banyak karenah
karenah itu yang selalu di rindu
celotehmu yang bertanya selalu
berhenti bila jawapan itu memuaskan hati

selagi tidak akan terus begitu..
tanya dan terus tanya
kadang bila di jawab 
tanya lagi...

iya...
demimu...
setiap soalan dan persoalan
akan dijawab selalu..
walaupun terpaksa berulang-ulang jawapan yang sama


**si kecik mama..ya mau 4 tahun sudah

Wednesday, April 26, 2017

KPJ COLOUR RUN 2017-Cancer Awareness-

dapat lucky draw
Assalammualaikum...


KPJ COLOUR RUN 2017-Cancer Awareness- pada 23.04.2017 ahad lepas..MV pergi dengan kakak Ayu...seperti biasa...5 km...kakak ayu memang fit ...dia tinggalkan MV di belakang...

MV terpaksa lari tinggalkan kawan sebab kakak Ayu sudah jauh di depan....medal belum dpaat sebab ahad tue belum sampai medalnya....nanti MV share kalau dah dapat medalnya...

Kakak ayu dapat lucky draw..yang bukan bertuah..penganjur bagi sebab dah ramai org balik..nombor di panggil asyik xda...jadi dia bagi dekat budak sekolah...so kakak ayu dapat lah .....

kakak ayu cakap next year dia mau ikut lagi..MV nampak yang kakak AYu memang boleh join 5km punya run....dia mampu buat..next time boleh register kan dia sekali 

Image may contain: 4 people, closeup
sebelum run zumba dulu

Image may contain: 3 people, people standing
bergambar dengan sijil..medal belum sampai tebus dalam minggu ni

Image may contain: 5 people, people smiling, closeup
with kawan2 pejabat

Image may contain: 5 people, people standing
with velvet

Sunday, April 23, 2017

Peka Bahasa

.

Assalammualaikum...

Peka bahasa mengenai pemenggalan masa...untuk rujukan dan panduan bersama.selalu kita salah tentang ini


Saturday, April 22, 2017

60% Potongan Gaji Kakitangan Awam

Assalammualaikum...

isu mengenai ini tular di laman sosial....kalau sebelum ni potongan di slip ada yang sampai 50% termasuk pinjaman perumahan kerajaan..tetapi baru-baru ni pengumuman dari jabatan akauntan negara malaysia...

mengenai potongan gaji penjawat awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer JANM. Pegawai awam adalah bertanggungjawab untuk mengurus sendiri sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongannya melalui sistem gaji. ARahan ini selaras dengan keputusan kerajaan..


**bila keluar pengumuman macam ni adalah sesetengah penjawat terpaksa mengurus bayaran balik sendiri...kena ada displin yang tinggi ni...takut kalau tak akan menyebabkan keberhutangan serius..iyalah kalau dari gaji terus jer dibayar..kalau sendiri pandai mengelat...

SYAMEL AF - LEBIH SEMPURNA-


Assalammualaikum...

Suka dengar lirik lagu ni....layan yea...

Friday, April 21, 2017

Negeri sembilan layak ke separuh akhir piala Fa 2017

Assalammualaikum..

Say good bye to piala fa 2017...negeri sembilan layak ke pusingan separuh akhir piala fa 2017 apabila menang dengan AGREGAT 1-0 ke atas sabah.

Kecewa lah sebab pasukan sabah tak main dengan baik di separuh masa kedua...coach julius ating pun x tukar pemain awal2..

Tukar pun masa tgl 4 minit..huhu apapun tahniah buat negeri sembilan..buat masa sabah cuba lagi tahun dpn

"Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu"

Assalammualaikum...

Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu ( April 2017), My Segmen, My Blog, Jom Join Segmen,
klik banner untuk join 

Selamat hari lahir buat Miss Banu semoga dimurahkan rezeki,dikurniakan kesihatan yang sempurna dan berjaya dunia akhirat.Amin

Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'

Assalammualaikum

klik banner untuk join 
Support member.....jom join...

Tajul & Wany Hasrita - Disana Cinta Disini Rindu


Assalammualaikum..

Rindukan Arwah achik dan Siti Nordiana...CUba dengar lagu ni..pasti teringat kat mereka dan zaman remaja kita

Thursday, April 20, 2017

Jaga diri Sendiri

Assalammualaikum...

Image may contain: text


Jadi diri sendiri lagi bagus
terpulang orang nak cakap apa
ini hidup kita. Kita yang rasa kita yang lalui, jadi itu hak kita.
Orang lain takyah nak sibuk-sibuk

“Bandung Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”

Assalammualaikum...

Klik banner untuk join 


Wednesday, April 19, 2017

KPJ Colur Run 2017

baju colour pink


Assalammualaikum...

KPJ Colur Run 2017..run kedua MV untuk tahun 2017 pada 23.4.2017 bersamaan hari ahad...larian sejauh 5km sahaja...macam biasa lah...kalau lebih 5 km..x mampu MV...ada kah Sabahan yang join run ni...

Kalau ada..then nampak MV..tegur2lah ya

Aktiviti Seksyen Kanak-Kanak Bersama Tadika Kemas

Assalammualaikum....

kelas 6 tahun 
kelas 5 tahun dan 6 tahun bersama cikgu Afy dan CIkgu Sarah 
mendengar rahan dari cikgu
sesi mewarna
macam-macam gaya mewarna tom and jerry 
Aktiviti Seksyen Kanak-Kanak Bersama Tadika Kemas 1/2017 di perpustakaan tempat MV bertugas...untuk aktiviti pertama adalah mewarna....program ni dibuat sebulan 4 kali dengan kerjasama pihak Tadika Kemas...

Semoga apa yang kami rancangkan berjalan lancar

Tuesday, April 18, 2017

Suku akhir Kedua piala fa 2017 - Sabah vs Negeri Sembilan

No automatic alt text available.

Assalammualaikum...

Suku akhir Kedua piala fa 2017 - Sabah vs Negeri Sembilan akan berlangsung pada 21.04.2017...dengan kelebihan kepada pasukan negeri sembilan..dengan aggregat 1-0...pasukan sabah kena cari gol awal di tempat lawan dan menang..

Figthing Chayok 2x..kali ni kita tengok love dari TV9 sahaja...

Takdir

Image may contain: text


Assalammualaikum...

Untuk hati cepat terima takdir ,
Tanam dalam fikiran,
bahawa baik atau buruk sesuatu itu.
semuanya terjadi hanya dengan izin Allah.



Monday, April 17, 2017

Dunia Hari ini

Image may contain: cloud, ocean, sky, text, outdoor, water and nature

Assalammualaikum...

Kiri dengki .Kanan lawan. Belakang tikam .depan berlakon.

Jaga-jaga dunia sekarang(**sekarang ni kita baik dengan orang pun susah jahat sikit pun susah)

Mini Giveaway By Wawa

Assalammualaikum...

 klik banner untuk join
klik banner untuk join
Giveaway bermula 7 April 2017 sehingga 30 April 2017..ok jom join ...

Alat Muzik Dari Bahan Terpakai

kerincing dari tin aluminium
Assalammualaikum...

Kerja rumah Pendidikan Muzik ..buat alat muzik dari bahan terpakai...so haikalayu buat kerincing daripada tin aluminium...penutup tin dimasukkan kedalam tin untuk menghasilkan bunyi dan irama muzik...

MV ...of course terjoin task dorang ni..mama tetap dan berpencen...akan membantu..haritu minta bantuan buat tembikar,buku skraf,jambatan..kali ni...bantuan yang diperlukan ialah membalut dan menghias kerincing....

bertabahlah ...kata kakak ayu..mama teror tue membalut...sebab mama  kerja library..hahaha...so bertabahlah ya anak...hiasan yang kamu mau tue nda lah secantik mana...

sebab mama nda kreatif

Sunday, April 16, 2017

Review novel-Teman roh-muhammad fatrim-

Assalammualaikum..
Image may contain: 1 person, text

Teman roh yang mengisahkan suraya persobalitu berita tv13 yang sering mendapat nota misteri mengenai figura rama-rama.

Sehinggalah satu hari suraya dapat melihat ryzal yang hilang..melihat dan dapat bercakap dengan roh ryzal...
Ryzal meminta satu pertolongan untuk menjejaki tubuhnya yang hilang.. Di ketika inilah farid@raqib,aizat,razif dan maseira mula menjadi mangsa.

Banyak pembunuhan yang berlaku..suraya semakin.  Siapa pembunuh sebenarnya? RAzif??Kenapa hanya keluarga Datuk mirdad yang menjadi mangsa???

Kenapa ryzal dan kawan-kawannya dijadikan mangsa?bila baca novel kita non stop sebab kita tertanya tanya sapa dalangnya....bila dah habis baca ...memang kita tak sangka yang sebenarnya dalang utama adalah DIA!!!

So korang ble baca novel ni..memang best..jalan cerita x melalut sangat...

Mv start baca pada 15.04.2017 habis pada 16.04.2017..

Saturday, April 15, 2017

Cepat sembuh adik mama

Assalammualaikum..

Doakan si kecik mv cepat sembuh..sian syamimi mv...x selesa..batuk selesema..perubahan cuaca agaknya

tengok kucing adik si mingming pun risau

Gaji kecil tak apa

Assalammualaikum

Gaji kecil tak bermakna  tak boleh hidup bahagia. Yang penting keberkatan.

**walau gaji kita kecil yang penting keberkatan...gaji besar kalau tak berkat masih juga tak cukup..begitulah sebaliknya...gaji kecil tapi penuh keberkatan insyaallah cukup untuk kita

Antalogi mistik jembalang

Assalammualaikum
24577427

Antalogi mistik jembalang ada 4 cerita mistik yang penuh saspen dan kejutan...

1.runcing -zharulnizam Shah Z.A = "dalam kembara mistik yang cukup mendebarkan antara pertarunganhaq lawan batil"

Mengisahkan masih ada lagi masyarakat yang mempercayai  dan mengamalkan benda/kerja syirik seperti ilmu hitam...Di mana orang2 kuat beragama  menjadi mangsa dan lawannya..

2.bidadari pencabut nyawa-riduan judin "darah dan hati kamu pasti akan menambah kejelitaanku!"

Berkisarkan kehidupan penduduk d ranau yg dihantui oleh 2 rogon yg membunuh semua manusia yg memasuki hutan nusawungu..Rupa2nya ianya adalah dendam si orang bunian yang ingin membalas dendam terhadap kematian suaminya yg mati dihempap pokok hasil pembalakan haram..

3.Penunggu rumah pasung-jessy mojuru"rumah pasung ini menyimpan 1001 rahsia. Hanya dia dan temannya yang tahu"

Kisah sekitar kota marudu Sabah mengisahkan zaidi yang dianggap gila apabila dia mula lupa siapa dia sebenarnya selepas satu tragedi berlaku ke atasnya..Dia mengulangi kejadian yg berlaku 2 tahun seblmnya demi mengingat kembali rahsia tentang dirinya..tapi bila sdh terungkai semuanya..dia dianggap gila

4.tetamu siang-ramlee awang mursyid"awas aku akan mencabut nyawa kalian bila siang menjelma  tanpa belas kasian.."

"dendam antara manusia dgn jembalang..liau gantua si dukun yg bersahabat jembalang yg bernama suaka.... Sehingga menyebabkan perpecahan Antara penyokong liau gantua dan salleh bekas iman...
Adi anak salleh menjadi pembunuh di alam jembalang sehingga digelar tetamu saing.yg mana akhirnya dendam itu berterusan hingga ke cucu ...(**best kita mau tau siapa tetamu siang..apa kesudahan suaka?)

Memang terbaiklah buku ni..nda rugi baca...nampak minat baca genre begini sudah mari

Friday, April 14, 2017

Pemadam dan pensil


Assalammualaikum
pinjam pensil dan pemadam
Seronok pulak baca cerita ni..Perbualan antara pemadam dan pensilApa khabar kawan?
Pensil:-Aku bukan kawanmu.
Pemadam :-Kenapa?
Pensil:Kerana aku benci kamu.
Pemadam:Kenapa engkau membenci aku?
Pensil:Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis
Pemadam:Aku tidak padam melainkan yang salah!
Pensil:Kenapa engkau sibuk?
Pemadam:Aku pemadam, ini kerjaku
Pensil:Ini bukannya kerja!
Pemadam:Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
Pensil:Engkau salah dan sombong!
Pemadam:Kenapa?
Pensil:Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
Pemadam:Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!
Pemadam:Engkau masih bencikan aku?
Pensil:Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku
Pemadam:Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
Pensil:Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!
Pemadam:Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
Pensil:Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.
Pemadam:Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

Sahabat-sahabatku sayang Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.
Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

***siapa pun kita..pemadam atau pensil ..kita perlu berkorban untuk membantu orang lain..hidup ni sentiasa perlukan pengorbanan

Tak bermusuh selepas cerai

Assalammualaikum

Tak bermusuh selepas cerai..satu topik yang hangat di whi tv3 hari ni..terbuka minda dan fikiran MV..

Tetamu jemputan Fauzi Nawawi bersama anak gadisnya..Datuk Mohamad Fadhilah kamsah pakar motivasi terkenal malaysia..

"jangan benci pasangan tetapi berbaiklah ..baik demi anak,mertua...kalau tiada anak atau mertua buat baik demk diri sendiri...takut nnt bila kita terima pasangan baru nnt ..pasangan baru tersebut lebih teruk dari bekas pasangan."

"masalah rumahtangga anak-anak..mertua jangan jadi punca masalah tapi jadilah orang tua..yang sentiasa berfikiran waras dalam menyelesaikan masalah"

"anak yang ibubapanya berpisah sebolehnya mau ibubapa mereka berdamai...mereka boleh menerima perpisahan tapi tnpa pergaduhan supaya mereka tidak merasai perubahan  dari perpisahan yang terjadi dan tetap merasa kasih sayang yang sama seperti sebelumnya"

Thursday, April 13, 2017

Barang Dapur buat Mainan


Assalammualaikum...

Yang ni MV setuju..kita beli barang mainan untuk anak main..sekali tengok barang mainan febret dia adalah kita punya mangkuk sudip di dapur....

Syamimi pun macam tue juga..bertabahlah ya ibu-ibu

Sambutan Birthday TAbika Kemas Jan-April 2017


Assalammualaikum...
antara yang meraikan birthday
Sambutan Birthday TAbika Kemas  Jan-April 2017..MV sebagai Pengerusi Tabika dijemput hadir ke Majlis Sambutan ni...Meriah juga lah...banyak kek...so hari ni memang diet ke laut hahaha...tambah2 lagi ada coklat moist....memang lupa lah...hahaha
pemenang game bawa bola ping pong dalam sudu
Cikgu-cikgu sediakan juga aktiviti pertandingan untuk semua pelajar...untuk fun-fun sahaja....tapi budak-budak ni gembira..tak juga kurang ada yang menangis sebab tak dapat hadiah....
ready to musical chair
MV juga dijemput menyampaikan hadiah untuk semua pemenang....hahaha...tapi kan kenapa gemuk tue ..hahaha...sebab yg kawan bergambar semua comel loteh jak hahaha
pemenang musical chair
ni pemenang lari tangan ikat ke belakang
yg baju kuning 2 beradik
antara girl
antara boy yang aktif

**maaf ya belum terBW..sibuk sikit...mau cari list buku untuk pembelian library

Wednesday, April 12, 2017

Capasitor lampu terbakar

Assalammualaikum...

Capasitor lampu terbakar ..ingat lagi entry kebakaran kecil di library  .... kejadian yang sama berlaku lagi tadi....tengah MV duduk dikaunter menghadap pc untuk mohon stok melalui sistem online..


Tiba-tiba bau hangus menerpa di lubang hidung..hahaha...(maafkan andai entry ni akan lebih sastera metafora dan personafikasi)....hihi...MV dari duduk terus terbediri....nah faham kamu maksud...

Bukan apa..wayar semua di bawah meja dekat dengan kaki MV..manalah tahu kan...tiba-tiba yang punca bau hangus tu dari wayar di bawah meja.....andu bah kesianlah nanti kaki MV yang comel dijilat api...hihi...

cari pun cari mana punca nya..sampai nombor juruteknik pun sudah didail...tup tup bila bau hangus makin kuat dan menghampiri....MV ternampak asap dari lampu....ok faham....capasitor lampu terbakar....

kebetulan juruteknik lalu..dan MV panggil...dia pun matikan suis lampu...dia cakap"nasib kau nda panik kan..." hahaha...maunya nda panik...panik ok ....kalau ikut hati rasanya lari sudah..tapi ikut kaki...kaki bilang stay saja dulu.....tiada apa2 ....

Betullah ,,,,dalam keadaan macam jangan panik...walaupun tadi tangan MV yang memang sudah sejuk dek aircond..bertambah sejuk dek panik hahaha

Wordless Wednesday #show off#

Image may contain: text


The better you feel about yourself, the less you feel the need to show off.

Tuesday, April 11, 2017

#1 Giveaway by The Aaisy

Assalammualaikum...

klik banner untuk join 
Giveaway akan bermula pada 29.3.2017 dan tamat pada 12:00 malam 29.4.2017

Apresiasi & Majlis Perpisahan

mantan datuk SUP yang sangat ohsem
Assalammualaikum...

Apresiasi & Majlis Perpisahan Datuk Borhan Bin Dolah Mantan Setiausaha Persekutuan Sabah yang kini menjadi Ketua Setiausaha  Kementerian Luar Bandar dan Wilayah...

Majlis ni dibuat pada jumaat lepas 7.04.2017 malam....majlis meraikan kenaikan pangkat dan sebagai perpisahan.....

with kak mary & dahlia
with kak sarimah, cc r, dan lia
bersama pengarah Jabatan Imigresen Sabah
PSUPSIan
menunggu untuk makan
**layan gambar saja ya...xda mood ni..mood hilang ke laut huhu

Monday, April 10, 2017

Perempuan & Makeup


Assalammualaikum...

PEREMPUAN

Kalau pakai makeup tak semestinya dia nak memikat lelaki tapi untuk kepuasan diri sendiri, Fitrah wanita sukakan kecantikan .

**Bagi MV bermakeup bukan sebab nak memikat ker apa...just untuk imej...pernah ditegur sebab tak bermakeup oleh bos...dek kerana itu ...belajar slow...dari hanya bedak ,lipstik n eyeshadow..

kemudian..berblusher...then eye brow..maskara..contour,concealer....alhamdulillah...lepas lah kalau setakat simple makeup harian dan dinner yang simple


31 Years Old

Image may contain: 1 person, food
Happy birthday our Velentine
Assalammualaikum....

08.04.2017...Happy birthday our Velentine..31 tahun sudah....simple celebration..hanya bersama anak-anak..kek pun biasa jer..Chesee cake 800g RM28.00...

our small family
Mr Velentine cakap dia tua sudah....so kalau dia tua MV lagi tua..haha..sebab kami ni beza stahun..dia muda setahun dari MV...Semoga abg dikurniakan kesihatan yang sempurna ...dimurahkan rezeki dan sentiasa ingat sayang dan anak-anak...

chese cake..
Kenapa chesse cake??sebab anak-anak dan abah berkongsi citarasa yang sama..kalau MV...pastinya coklat moist cake...nampak tak wani n syamimi...tunggu depan cake..sebenarnya dari pagi lagi mau makan kek..tapi malam baru kena sambut..

Hanya ini jak yang dapat disediakan untuk abg....hadiah nanti ya..hihi