December 2018 - All About Love

Saturday, December 15, 2018

Final kedua piala Aff Suzuki 2018-15.12.18 -Vietnam vs Malaysja

6:44 PM
Final kedua piala Aff Suzuki 2018-15.12.18 -Vietnam vs Malaysja

Assalammualaikum

Malam ini final kedua piala suzuki aff 2018.....mari sama-sama kita menyokong harimau malaya tak kira di mana juga kita berada...

Buat  penyokong yang berada di hanoi. Ingat sokong sokong juga tapi pastikan kita tak mencemarkan nama baik negara.

Buat pemain harimau malaya... buat yang terbaik.. Pastikan kita menjaringkan gol dan menang di vietnam...

Ayuh bangsa final!!!!

Mv dan keluarga tengok di rumah saja macam biasa tapi mv mau minta maaf awal2 ar jiran jiran.. Mana tau terteriak teremosi malam ni...

Chayok chayok

Read More

Jollibee buka cawangan pertama di Malaysia

3:52 PM
Jollibee buka cawangan pertama di Malaysia
Assalammualaikum

Chickenjoy dan hidangan terkenal jollibee dijangka memenuhi selera rakyat Malaysia

15 Disember 2018-  Jollibee,restoran yang menghidangkan chickenjoy yang terkenal diseluruh dunia,hari ini dibuka secara rasminya di Malaysia dengan ramai pelanggan beratur selama berjam-jam untuk mendapat giliran mereka untuk menikmati hidangan Jollibee yang lazat. 

Apa yang menarik minat pengunjung adalah ayam goreng Chickenjoy dari menu Jollibee yang ranggup dibahagian luar dan enak didalam.Hidangan ayam yang terkenal diseluruh dunia ini, chickenjoy mendapat pujian daripada chef selebriti, mendiang Anthony Bourdain, serta pelbagai penerbitan antarabangsa seperti South china Morning Post dan Foodbest. 

Selain daripada ayam goreng yang lazat, para peminat di Malaysia juga boleh menikmati Jolly spaghetti dengan sos cita rasa manis penuh dengan hirisan hotdog,  dan yumburgers terdiri daripada gabungan klasik kepingan daging Jollibee yang diperbuat daripada daging lemvu 100% dan kuah burger istimewa

Peminat di Malaysia kini boleh mencuba menu jualan terbaik Jollibee di cawangan pertamanya di Center Point Sabah, Kota Kinabalu.  Restoran ini dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. 

Jollibee merupakan jenama utama Jollibee Food Corporation(JFC),yang menjadi syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling pesat berkembang di dunia. Modal pasaran syarikat telah mencecah USD 6.1 billion pada 7 Disember 2018.

Bermula hanya dengan dua buah kedai aiskrim,JFC telah berkembang sehingga melebihi  4,300 buah cawangan dan 14 jenis jenama meliputi 21 buah negara. Di Filipina, jenama Jollibee adalah lebih besar berbanding gabungan 2 pesaingnya yang terdekat.  Cawangan-cawangan Jollibee kini terdapat di 14 buah negara antaranya termasuk Amerika syarikat, United Kingdom,kanada,Itali dan emiriah arab bersatu. 

Di vietnam, Jollibee merupakan restoran makanan segera Yang paling cepat berkembang dengan lebih 100 cawangan.  Di brunei, ia merupakan restoran makanan segera #1. Di Hong kong dan singapura, Jollibee telah berjaya menarik minat warga tempat yang menjadi separuh dari pengkalan pelanggannya. 

"Ini adalah satu lembaran baru yang menarik bagi Jollibee sempena pembukaan pertama di Malaysia. Kami menjemput semua rakyat  Malaysia untuk datang dan melihat sendiri bagaimana para peminat beratur panjang bagi menikmati hidangan yang lazat seperti chickenjoy, serta layan kami yang mesra,"kata Ernesto Tabmantiong,  Ketua Pegawai Eksekutif Jollibee Foods Corporation. 

Pada bulan Oktober yang lalu, para peminat telah membanjiri cawangan terbaru Jollibee di London dan telah beratur sehingga 18jam untuk menikmati hidangan Jollibee kegemaran mereka. Pembukaan sebuah lagi cawangan di Manhattan pada bulan November turut menyaksikan orang ramai telah sanggup beratur selama 20jam dalam kesejukan dan hujan. 

"Makanan yanh enak tidak mengenal sempadan. Selain di negara sendiri,  Jollibee turut digemari di seluruh Asia dan benua-benua lain walaupun selera dan budaya mereka berbeza. Ini telah berjaya menjadikan kami sebagai syarikat restoran Asia yang paling pesat berkembang dan kami sangat gembura dengan sokongan yang diberikan. Sokongan ini memberi semangat untuk melakukan yang lebih baik untuk pelanggan dan sentiasa menghidangkan makanan yang lazat dengan layanan kami yang mesra, "kata Denjnus Flores, Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa -Eropah, Timur Tengah, Asia dan Australia. 


Read More

Friday, December 14, 2018

Majlis Exchange Gift dan Sambutan Birthday

12:55 PM
Majlis Exchange Gift dan Sambutan Birthday
Assalammualaikum...

ready to tiup lilin 
Majlis Exchange Gift dan Sambutan Birthday  pejabat MV dibuat pada 11.12.18...memang setiap tahun dibuat sekali buat perhimpunan bulanan dan sambutan birthday..meriah..tahun ini disambut dengan Setiausaha Persekutuan Sabah yang baru iaitu Tuan Nor Azri Bin Zulfakar...

Image may contain: 13 people, including Safi Suzyaney Shafie, Bibby RosSa, Honey Lee, Ritnie Cashelda, Edma Sue Edris, Sarisya Norza, Aney Laineh Ibrahim and Hamriah Haji Nurdin, people smiling, people standing and indoor
posing dengan hadiah masing2
Syarat untuk exchange gift adalah minimum hadiah adalah berharga RM50.Sekiranya tidak sempat atau tiada idea boleh beri wang RM50 dalam sampul..MV beli periuk 3 in 1 dekat Mr DIY sebagai Hadiah...harga RM52.00 bolehlah kan...MV dapat hadiah yang Tuan SUP punya iaitu bantal guling oklah kan...hihi
Image may contain: 6 people, including Ritnie Cashelda and Sitinoorlizawati Haron, people smiling, people standing and people sitting
happy birthday to all of us
sambutan birthday pula adalah bermula dari September hingga Disember..MV kelahiran November bersama 2 lagi rakan..SO dengan ini umur MV bertambah lagi setahun..SO 33 tahun sudah .alhamdulillah atas rahmatnya

Image may contain: 2 people, including A Rahim A Salim
my kembar tarikh lahir tapi lain tahun
so untuk hadiah birthday dapat;ah sampul berisi duit RM50.00 oklah kan dari tiada..bolehlah beli hadiah untuk diri sendiri haha..terima kasih atas pemberian dan ingatan dari kelab buat kami yang birthday pada bulan tersebut...

Image may contain: Suzyazreen Yap and Noorziey Fareesyah, people smiling
sama tahun sama bulan beza hari

No automatic alt text available.
hadiah exchange gift mv
Read More

KASUT SEKOLAH PALLAS

11:53 AM
KASUT SEKOLAH PALLAS
Assalammualaikum

Cuti Sekolah sudah masuk 3 minggu..lagi 3 minggu sesi persekolah tahun 2019 akan bermula .pastinya ibubapa antara yang paling sibuk dikala cuti sekolah ni,sibuk merancang nak bawa anak bercuti ke mana?balik kampung,tapi sudahkah anda membeli kelengkapan sekolah untuk anak-anak,adik-adik atau anak saudara???Kelengkapan sekolah seperti kasut!!


Sekiranya belum,Kasut sekolah Pallas adalah satu pilihan yang terbaik buat anak-anak.Tak ketinggalan Anak-anak MV juga, mereka  pun prefer kasut pallas sebagai kasut sekolah pilihan mereka .Cuma tahun ni rezeki mereka sekejap saja pakai kasut pallas sebab kasut pallas mereka dicuri semasa di sekolah agama...bukan rezeki namanya.


Dan Untuk Tahun hadapan Kasut Jenama  Pallas menjadi pilihan mereka sekali lagi.Ini kerana Kasut sekolah pallas sangat sesuai dan pilihan tepat semua ibubapa kerana ciri-ciri yang ada pada kasut Pallas itu sendiri:-



  • mempunyai getah bahagian dalam kasut yang lebih melantun - bahagian dalam kasut sangat empuk dan amat sesuai sekiranya perlu berdiri lama kerana bahagian dalam. Kasut menyokong kaki anak-anak dan kaki anak takkan merasa sakit
  • Lebih selesa digunakan ..rekaan kasut pallas yang terkini memang selasa datang dengan 2 rekaan satu jenis kanvas dan syenthetic leader mengikut pilihan masing-masing
  • sangat sesuai untuk penggunaan secara aktif sepanjang di sekolah..macam yang mv cakap tadi bahagian dalam kasut membolehkan anak-anak selesa walaupun perlu bergerak aktif sepanjang disekolah
  • Ditambah pula design baru yang lebih luas -kaki kanak-kanak lebih luas jadi ruang dalaman kasut adalah lebih baik dan selesa. Peredaran udara dapat berjalan baik. 

See ini kasut pallas jenis kain dan bertali pilihan haikal. anak-anak mesti suka sebab dia ringan dan takkan buat kaki anak berpeluh sebab pengudaraannya baik..



Yeahhh ini pula kasut pilihan ayu dan wani..mereka pilih yang jenis PU dan bertali .. Senang kata mereka kalau kena air tak basah. .mahu cuci pun senang tak payah berus just lapkan dengan kain ....



Kasut pallas ini bukan hanya datang dalam warna hitam Tetapi  warna putih juga..kamu boleh membuat  pilihan namun kasut warna putih hanya kasut jenis kain sahaja

Sekiranya anda berminat untuk membeli kasut Pallas untuk anak-anak kamu.Kamu boleh dapatkan kasut sekolah Pallas melalui BACK TO SCHOOL PROMO di pusat jualan terpilih seperti di TESCO,MYDIN,AEON untuk semenanjung Malaysia 

Kalau di Sabah kamu  boleh dapatkan kasut Pallas pilihan anda  Di Servay dan kedai-kedai yang terpilih.Bagi yang tiada masa untuk berjalan kamu boleh membuat pembelian secara online di https://pallas.com.my/.



Jangan lepaskan peluang ,mari kembali ke sekolah dengan Kasut Pallas.












Read More

Thursday, December 13, 2018

Keputusan ujian penilaian kelas kafa (upkk) 2018 diumumkan pada 18.12.18

7:57 PM
Keputusan ujian penilaian kelas kafa (upkk)  2018 diumumkan pada 18.12.18
Assalammualaikum




18.12.2018 bermula jam 11.00 pagi ibubapa dan calon peperiksaan ujian penilaian kelas kafa (upkk)  2018 boleh membuat semakan  keputusan upkk melalui :-


Laman web://semakan.islam.gov.my

Atau menggunakan applikasi sms 

UPKK RESULT NO.MYKID DAN SMS KE 15888

haikalayu antara calon upkk 2018..doakan haikalayu dapat keputusan yang baik. Amin
Read More

Beg Northstar RM36 untuk 3 beg

11:34 AM
Beg Northstar RM36 untuk 3 beg

Assalammualaikum

RM36 untuk 3 beg...Beg jenama Northstar beli di bata.Kebetulan isnin lepas kami jalan ke Giant Kelombong.Singgah di Kedai Bata mau tengok-tengok sebab nampak ada promosi. Ternampak beg ini,terus pegang dan belek2..

datang pekerjanya "beg ni rm18 satu beli 2 free 1,beg ini harga biasa mau dekat RM50 tapi hari ini promosi RM18 saja beli dua percuma 1.."" jadi MV pun beli lah 2 then dapat percuma 1.. oklah boleh anak-anak guna untuk ke sekolah .

MV ambik 2 biru  1 hijau. Biru untuk anak perempuan dan hijau untuk hero MV.masa MV beli beg ni pekerja tu cakap promosi 4 hari saja,maksudnya hari ini last lah tapi kan Bata di Giant Kelombong memang tengah promosi...

Beli 2 pasang kasut percuma satu..tapi itulah nda lama di sana haritu sebab wani tiba-tiba tak sihat ..termuntah pula di dalam Giant huhu..nasib lah orang nda viralkan..nanti free free dapat pahala kena kutuk...sibuk bawa anak sakit jalan kalau tahu sakit di rumah jak lah....hahaha...mesti itu ayat yang keluar...

So kamu yang area berdekatan boleh lah try ke sana..mana tau ada yang berkenan di hati 
Read More

Pertukaran Waktu Operasi UTC di seluruh Negara

10:51 AM
Pertukaran Waktu Operasi UTC di seluruh Negara
Sumber Google

Assalammuaualaikum...

Mv  Nak berkongsi tentang makluman pertukaran Waktu operasi UTC di seluruh negara bermula 1 Januari 2019 seperti berikut:-

Semenanjung malaysia :-waktu operasi 8.00 pagi hingga 7.00 petang -
rehat 12.15  - 2.45 petang (solat jumaat)
Sabah & WP Labuan :- waktu operasi 8.00 pagi hingga 7.00 petang 
rehat 11.30 - 2.00(solat jumaat)
Sarawak :- waktu operasi 8.00 pagi hingga 7.00 petang 
rehat 11.45 pagi - 2.15 petang(solat jumaat)


Pertukaran ni buat ramai yang mengeluh sebab selalu ramai yang berurusan sebelah malam di UTC..lepas ni hanya sampai jam 7..so kalau perlu berurusan kena ambik cuti lah nampaknya sebab mahu kejar masa ke UTC terkena jammed sebab waktu kemuncak orang balik kerja...

sekian perkongsian untuk hari ini..

Read More

Wednesday, December 12, 2018

Bantuan Sara Hidup 2019

3:34 PM
Bantuan Sara Hidup 2019
Assalammualaikum...

Bantuan sara Hidup 2019 telah diumumkan oleh menteri kewangan dalam pembentangan bajet Malaysia 2018 haritu dengan sedikit perubahan iaitu bantuan hanya disalurkan kepada isi rumah dan kategori bujang telah digugurkan.

Jumlah bantuan adalah mengikut 3 kategori seperti dibawah iaitu:-
  • Isi rumah pendapatan bawah RM2000 akan dapat RM1000
  • Isi rumah pendapatan RM2001-3000 dapat RM750
  • Isi rumah pendapatan RM3001-4000 dapat RM500
Dan perubahan baru pada BSH 2019 bagi keluarga yang  menerima BSH 2019 setiap anak layak mendapat bantuan RM120 terhad kepada 4 orang anak sahaja  dan berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak yang berstatus OKU..

Pendaftaran permohonan BSH 2019 akan dibuka pada   bulan Januari 2019 dan semakan status BSH boleh di semak melalui portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my/..Selain itu platform lain juga boleh digunakan untuk membuat semakan iaitu :-
  • muat turun aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat di Play Store dan App Store
  • Hubungi LHDNM melalui talian 1-800-88-2716
  • Hubungi MOF melalui talian 03-8882 4565/ 4566
  • Pergi ke Cawangan LHDNM yang berhampiran
Bayaran BSH 2019 akan dilakukan secara 3 fasa dan pembayaran adalah mengikut kategori seperti berikut kecuali untuk kategori isi rumah berpendapatan RM3001-RM4000 .

Pembayaran secara berperingkat dibuat membolehkan penerima BSH merancang dan menguruskan BSH dengan berhemah dan cermat.Penerima BSH  yang layak bolehlah menggunakan wang diterima untuk  tujuan seperti :-


  1. Keperluan anak-anak sekolah.Memandangkan anak-anak pun layak menerima RM120 setiap seorang terhad kepada 4 orang anak berumur 18 tahun ke bawah .Ini dapat membantu untuk kelengkapan dan keperluan sesi persekolahan 2019 terutamanya untuk keperluan membeli kasut sekolah memandangkan perubahan kasut putih kepada penggunaan kasut hitam.Walaupun tidak wajib namun ada pihak sekolah mengwajibkan penggunaan kasut hitam kuatkuasa 2019.
  2. BSH juga boleh digunakan untuk persedian sambutan hari raya aidilfitri.BSH dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah untuk menyediakan keperluan dan kelengkapan untuk sambutan hari raya.
  3. Digunakan sebagai modal perniagaan kecil .Contohnya seperti perniagaan kerepek dan kuih muih kerana modalnya sangat rendah.Ianya  sekurang-kurangnya membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan dan memberi pendapatan sampingan kepada mereka.
  4. Dijadikan simpanan -walaupun nilai BSH tidak lah sebesar mana namun ianya  boleh disimpan sebagai simpanan kecemasan sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan kos kewangan.Contohnya untuk kos perubatan,kos membaiki kenderaan atau pun untuk keperluan kecemasan yang lain.Jika wang BSH yang diterima disimpan sekurang-kurangnya jika berlaku kes seperti tadi ianya dapat meringkan beban kepada mereka.
Kepada mereka yang layak untuk memohon Bantuan sara Hidup 2019  bolehlah memohon pada januari 2019 nanti dan bolehlah berkongsi maklumat mengenai BSH 2019 ini kepada Keluarga,Sahabat dan jiran tetangga...

Sama-sama kita menyalurkan maklumat sekaligus membantu mereka yang layak ....Kalau bukan kita siapa lagi..kalau bukan sekarang bila lagi.....




Read More

Tuesday, December 11, 2018

Keputusan final Pertama piala suzuki Aff 2018-malaysia vs vietnam-

10:54 PM
Keputusan final Pertama piala suzuki Aff 2018-malaysia vs vietnam-

Assalammualaikum

Keputusan final Pertama piala suzuki Aff 2018 hari ini malaysia vs vietnam berakhir dengan keputusan seri 2-2 ....

Ini bermakna vietnam ada kelebihan away gol ditempat lawan.. malaysia kena dan mesti memang di Hanoi sabtu ini 15.12.18 untuk final kedua piala suzuki aff 2018

Terima kasih pemain harimau malaya kerana bangkit dan menghadiahkan kami keputusan 2-2...macam mana kita kena tinggal 2 kosong kemudian mengejar dan akhirnya berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan 2-2

Banyak peluang yang ada namun bukan rezeki malaysia... Takpa lepas ni kita teruskan menyokong untuk game di Hanoi,vietnam

Read More

Final Pertama Piala Suzuki AFF 2018-Malaysia Vs Vietnam-11-12-2018-

10:26 AM
Final Pertama Piala Suzuki AFF 2018-Malaysia Vs Vietnam-11-12-2018-
Assalammualaikum...

Malam ini merupakan Final Pertama Piala Suzuki AFF 2018 di antara Malaysia menentang Vietnam...Untuk Final pertama ...Main di Malaysia dahulu kemudian akan ada perlawanan timbal balik di Vietnam nanti...

Oleh kerana MV di Sabah ...Kami support dari jauh dengan tengok live di TV saja...so mari kita sokong Harimau Malaya kita....Jangan biarkan vietnam menang di Malaysia ....go go harimau malaya
Read More

Monday, December 10, 2018

Baby Gift Hamper By Lovingly Signed

4:23 PM
Baby Gift Hamper By Lovingly Signed
Assalammualaikum...


Lovingly Signed adalah satu laman web terkemuka dari Singapore yang menjual barangan bayi  seluruh dunia dan apa yang menariknya jika kita membeli barang di Lovingly Signed ni kita boleh personalis barangan dengan nama yang kita pilih sendiri dan dibungkus dengan penuh kasih sayang serta dihantar ke depan rumah kita...Menarik kan...itu baru pengenalan...

Kamu yang rasa-rasa mau bagi hadiah kepada Mom to be ataupun sedang menunggu saat kelahiran bayi anda bolehlah cari kelengkapan bayi anda di Sini.Antaranya :-

1.PERSONALISED PINK ELEPHANT BLANKET$67.00 SGD

Personalised Pink Elephant Blanket - Lovingly Signed Personalised Pink Elephant Blanket - Lovingly Signed 

Lawa kan blanket ni siapa ada pilihan warna lain selain pink..siap kita boleh tulis nama anak lagi.Jadi sangat sesuai lah kalau ibu-ibu yang anak dihantar ke Taska atau pengasuh...Kes tertukar barang dapat dielakkan...zaman MV sudah berlalu...dulu MV tulis pakai marker jak nama anak di tuala  hahaha sebab selalu tertukar haha

2.PERSONALISED MAGICAL CHRISTMAS BABY GROW - UNISEX

$39.00 SGD

Personalised Magical Christmas Baby Grow - Unisex - Lovingly Signed  Personalised Magical Christmas Baby Grow - Unisex - Lovingly Signed

Datang dengan pilihan size 0-3 Bulan,3-6 bulan,6-9 bulan dan 9-12 bulan.Diperbuat daripada fabrik cotton 100% .Made in UK .Siapa yang mahu bagi christmas gift boleh pilih ini sebagai hadiah...

3.ETHAN THE FOX TEETHER
$39.00 SGD

Ethan the Fox TeetherEthan the Fox Teether - Lovingly Signed

anak mahu tumbuh gigi atau gatal gusi ...Ethan the Fox Teether sesuai anak anda kerana :-

100% natural rubber.
Helps soothe gums.
Non-toxic food grade paint.(ini sangat penting..non toxic sesuai untuk bayi)
Size - 18cm.(tak kecil sangat sesuai untuk bayi...kalau kecil boleh tertelan kan..yang ni memenag besar...comel pula warnanya)

Pssttt kamuorang ,,,,Sempena Christmas ni setiap pembelian SG$100 akan mendapat patung Santa Claus...wow..comel jak tu patung.anak-anak mesti suka..mak mak yang tengok pun suka inikan pula anak-anak...



So apa langkah yang patut kamu buat first ...Sign up Lovingly Signed  daftar dan kemudian pilih barang yang korang berkenan..then terus buat pembayaran.Oh ya pembayaran melalui paypal @ Googlepay....

Penghantaran adalah percuma di Kawasan Singapore.Penghantaran ke luar adalah di caj SGD $25 dan penghantaran percuma sekiranya pembelian anda mencapai SGD $250 dan mengambil masa 4 hingga 8 hari ...

Sekiranya barang tidak muat...kamu boleh pulangan semula dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima barang dan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan...

Bila terbuka web dorang ni ..tiba-tiba rasa mau ada baby kecil hahaha...adui dugaan betul ..warna yang mereka sediakan sangat soft kebanyakannya....

Kamu boleh follow :-








 
Read More

Jollibee Home of the famous Chickenjoy is now in Kota Kinabalu Sabah

8:52 AM
Jollibee  Home of the famous Chickenjoy is now in Kota Kinabalu Sabah
Assalamualaikum

Dont miss it...come to Centre Point at 15.12.18

 Jollibee, home of the famous Chickenjoy is now in Sabah! The first outlet is opening its doors on the 15th December 2018 (Saturday) at Centre Point Sabah, Kota Kinabalu!

First 200 customers  in line on Opening Day will receive *FREE Jollibee Plush Toy Bag!*

Free For First 200 Customers


Jollibee is the flagship brand of Jollibee Foods Corp (JFC), which is the largest and fastest growing Asian restaurant company in the world.JFC has 14 brands across 20 countries with more than 4300 stores globally, of which over 1300 are Jollibee branches.

 It is famous for its:-
  •  crispylicious and juicylicious Chickenjoy,

  •  its sweet-style Jolly Spaghetti

  • signature Yumburgers








Read More

Sunday, December 9, 2018

Jeruk betik dan jeruk mangga

9:57 PM
Jeruk betik dan jeruk mangga

Assalamualaikum


Di malam hari menyiapkan order jeruk betik dan jeruk mangga... Ini sajalah kemahiran mv hahaha.. Bab menjeruk buah memang menjadi... 


Alhamdulillah hanya tinggal 3 bekas belum bertuan jeruk betik MV... Yg lain sudah berpunya.... Penat?? Memang penat tapi puas bila tengok customer makan jeruk.. Berbaloi... 

Walaupun mv ada kerja tetap... Tapi mencari pendapatan sampingan tu tak salah... Bisnes kecik2 saja bah.... Bikin tambah2 duit dan bikin tabungan... 


Read More

Thursday, December 6, 2018

Korean Drama-Oh My Ghost

9:25 AM
Korean Drama-Oh My Ghost
Assalammualaikum

Oh My Ghost-p1.jpg
sumber google
Mengisahkan Na Bung Sun seorang gadis yang dapat melihat hantu...dan dia dirasuk oleh hantu Shin Ae Yang mahu membalas dendam atas kematiannya.....Chef Kang Sun Woo adalah lelaki yang dicintai Na Bung Sun 

Kerana ingin memiliki Sun Woo ...Na Bung Merelakan dirinya dirasuk oleh Shin Ae kerana shin ae seorang yang berani..dalam masa yang sama Shin Ae juga jatuh cinta kepada Sun Woo...

CInta tiga segi ,antara manusia dan hantu...tapi drama ni best sebab selain dari plot cerita gadis darasuk hantu...kita juga dapat tengok cara memasak sebab latar untuk drama ni kebanyakan di dalam restoran....

siapa yang belum tengok drama ni boleh tengok kat Sini
Read More

Wednesday, December 5, 2018

Malaysia ke Final Piala Suzuki Aff 2018

10:07 PM
Malaysia ke Final Piala Suzuki Aff 2018
Assalammualaikum

Yeahh Malaysia ke Final Piala Suzuki Aff 2018 dengan keputusan aggregat (2-2) seri dengan Thailand..menang dengan kelebihan menjaringkan gol di tempat Lawan

Dibolosi 1-0 kemudian menyamakan kedudukan... 1-1..separuh masa kedua ketinggalan 2-1 ..namun disamakn oleh nor Shahrul idlan Talaha..2-2

Di minit2 akhir... Penalti diberikan kepada Thailand Dan Kad merah buat pemain Malaysia Kerana bola terkena Tangan...

Memang Satu debaran.... Akhirnya tendangan penalti tak masuk.. Kemenangan bagi Malaysia.. Terteriak mv..maaf Jiran sebelah rumah...

Memang terbaik pemain Malaysia malam ini.... Tahniah
Read More

Lampu Signal

10:00 AM
Lampu Signal
Assalammualaikum


Lampu Signal...Selalu orang tak guna...bila nak tukar lorong dari kiri ke kanan...kanan ke kiri...masuk simpang...keluar simpang...tetapi ada juga kes bila kita sudah bagi signal untuk masuk ke lorong sebelah..tiba2 kita kena hon oleh pemandu lain...

Nda cukup hon,highlight lampu siap buka cermin marah kita pula..."kalau kena langgar marah" katanya....salah siapa kah???salah pemandu di depan atau yang di belakang...spoil mood awal pagi...

selalu jumpa yang begini..lama kita signal kereta dia jauh lagi..bila kita sudah masuk separuh badan kereta ke lorong jalan..barulah siap hon ,highlight,,maki...apa bah kamu fikir ni...

orang bagi signal ..janganlah minta puji...makin laju lagi kamu...ada lagi siap nda bagi laluan...pergh kamu ingat kamu punya jalan raya kah..sorry termarah pula pagi2..sekian coretan....
Read More

Tuesday, December 4, 2018

Bawal Shawl Lyeen

2:32 PM
Bawal Shawl Lyeen
60 pilihan warna 
Assalammualaikum,,,

Ingin bershawl tapi awning bawal???Kamu boleh cuba tudung ni....Material Cotton dan heavy shiffon...panjang 2 meter lebar 0.75m...labuh melepasi paras dada sangat sesuai untuk yang mencari tudung labuh tetapi berawningkan bawal
MV pilih Pebble
Harga RM23 sehelai....sangat muda dipakai dan boleh di "adjust" mengikut keselesaan pengguna...gambar di bawah adalah mereka yang sudah membeli bawal shawl lyeen...oh ya mereka adalah ustazah ...mereka sangat berpuas hati sebab tudung sangat labuh dan sesuai digayakan
caramel,pebble and medium grey 
Kalau berminat wasap MV 0168040362
Read More

Tudung Diva Scarf Black Tag

10:56 AM
Tudung Diva Scarf Black Tag
Assalammualaikum
Black Pink Butterfly 
Siapa Peminat Tudung Bawal...Kamu sudah ada koleksi Tudung Bawal Diva Scarf???ini adalah antara tudung Diva Scarf  yang terbaru....Black Tag kain sangat berkualiti....sekiranya ada yang berminat mau dapatkan tudung Diva Scarf Boleh wasap MV 0168040362
songket bunga
Akad Nikah 
Songket Butterfly 
Songket Butterfly
Read More

Monday, December 3, 2018

Review: Aku Bukan Bola- A'je Fazlina

8:16 AM
Review: Aku Bukan Bola- A'je Fazlina
Aku Bukan Bola Aku Bukan Bola by A'je Fazlina
My rating: 4 of 5 stars

Mengisahkan percintaan seorang pemain bola bernama Kyrill Zafrie dengan Arisya yang mana kyrill memilih untuk bermain diluar negara dan menangguhkan perkahwinan mereka... Tanpa sokongan dan restu Ibunya Kyrill pergi berbekalkan cinta Arisya,,

Namun siapa menduga...dugaan dan godaan menanti kyrill di sana...bukan hanya kyrill namun arisya juga....namun cinta dan kesetiaan kyrill tetap utuh buat arisya,Malang hanya kerana salah faham dan emosi..Kyrill memutuskan perhubungan dan membiarkan arisya merana...

Tengku Fauzie mengambil peluang yang datang...SI jejaka kaya idaman wanita ..si playboy yang tiba2 berubah...mencintai dan memiliki arisya adalah satu kebahagiaan....saat arisya mula menerima Tengku Fauzie ...Kyrill datang menagih kasih...

Mampukah Arisya berbahagia??kyrill Atau Fauzie mejadi peneman hidupnya nanti??

Baca lah novel ni bagi siapa yang belum baca...ringan tak berat sangat ...jalan cerita yang menarik...dan yang pastiya bila baca novel ni..korang confirm akan terbayang pemain kedah dulu..haha Kyrill muhaimin.....serius...

View all my reviews
Read More

Sunday, December 2, 2018

Review novel Isteri untuk diiktiraf by Nurfaza Alisya

9:23 AM
Review novel Isteri untuk diiktiraf by Nurfaza Alisya

Assalammualaikum


Tengku Wildan Dan Safiyyah.. Bertemu Dan mempunyai cerita yang menyakitkan Hati safiyyah.. Siapa sangka pinangan yang atuk fiyya terima datangnya daripada Tan Sri Tengku Hairi iaitu ayah wildan

Perkahwinan terpaksa Dan Tanpa cinta ditambah Pula tanpa restu Puan Sri iaitu Ibu Wildan membuat fiyya terpaksa berlakon Dan bersabar

Apatah Lagi suaminya Pula bermadu kasih dengan sepupunya sendiri didepan Matanya...namun kemunculan Rafiq menambah derita fiyya kerana Wildan sering memfitnahnya... 

Rancangan ana Julia memerangkap Wildan dengan menuduh Dia merogol ana Julia menyebabkan hubungan wildan Dan fiyya semakin jauh.. 

Apatah lagi ketika itu berlaku Wildan sudah benar2 mencintai Dan menyayangi fiyya....apakah yg Akan terjadi Pada hubungan suami Isteri ini?? 

Kamu Kena Baca novel ni.. Best


Read More

Saturday, December 1, 2018

Majlis makan malam ajk tabika/taska kemas kpkps 2018

11:25 AM
Majlis makan malam ajk tabika/taska kemas kpkps 2018

Assalammualaikum


Alhamdulillah majlis makan yang dirancang berjalan lancar...majlis bertempat Di hotel tabung Haji dengan bayaran rm45 untuk dewasa.. 

Majlis makan malam untuk menghargai AJK Tabika/Taska Kemas 2018..terima kasih Araz penghargaan yang pihak Sekolah berikan.. Semoga hubungan ukhwah ini berkekalan... 

Majlis semalam semua ajk dapat cenderahati sebagai kenangan,sijil Dan hadiah Daripada pihak sekolah..terima kasih atas pemberian
Read More