Assalammualaikum..
Anjung Soka Cafe terletak di kinarut .MV singgah makan di sini masa balik dari Tenom haritu.Ini Mr Velentine yang suggest tempat ini.Katanya sedapnya sebab selalu kalau dia bawa doktor lawat pesakit dorang akan singgah tempat ni.
Menu di Cafe ni bukan hanya makanan tempatan tetapi ada menu western juga.Haritu anak-anak order burger,roti john,kway teow basah dan ayam penyet.Ayam penyetnya kat cafe ini lain dari yang lain.
keretapi pantai katanya |
Selalu orang pakai sayur pucuk ubi,timun,terung dan tempe tapi di sini dorang pakai acar timun dengan lobak.Ayam pula digoreng dengan tepung yang bersayur (**memang unik lah..rasa tepung tue sendiri buat kita rasa macam makan kuih haha..bagi MV)
Untuk tempat duduk puluh banyak pilihan ...mau di atas pondok dekat sambil melihat pemandangan pantai,duduk dikawasan yang jauh dari pantai berdekatan rumah atau kawasan terbuka.
Selepas makan kamu bolehlah try keretapi pantai ni...bayaran RM5 untuk dewasa .Kanak-kanak RM3..dia akan bawa kamu ke hujung pantai dan tengok pemandangan dekat pantai berdekatan...kira berbaloi lah...kita berseronok sambil melihat pemandangan yang kita tak pernah lihat.