Followers

Friday, July 21, 2017

Majlis hari Raya Aidilfitri Penjawat Awan Persekutuan Sabah

Assalammualaikum 

Image may contain: 6 people, people sitting
Majlis hari Raya Aidilfitri Penjawat Awan Persekutuan Sabah 2017 sekali majlis perhimpunan bulanan penjawat awam persekutuan  dan badan berkanun di Sabah

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting

Mcm biasa mv jadi Urusetia pendaftaran dan penyambut tetamu.. Mv juga urus budak-budak 
Tabika Yg dipilih menjadi penyambut tetamu 
Image may contain: 5 people, people smiling
Majlis raya kali ni disambut bersama-sama ketua menteri sabah.. So mv sebagai Pengerusi Tabika kemas ni terlibat lah urus anak2 
Image may contain: 11 people, people smiling, people standing
Alhamdulillah  walaupun penat tapi happy
Image may contain: 11 people, people smiling, people standing


Thursday, July 20, 2017

Menang Segment July-August Bloglist By Sii Nurul

Assalammualaikum...


Alhamdulillah Menang Segment July-August Bloglist By Sii Nurul ....baru ada masa jenguk blog..baru selesai sambutan hari raya penjawat awam persekutuan Sabah..MV menjadi urusetia untuk majlis ni...




Wednesday, July 19, 2017

Perubahan Cuaca


Assalammualaikum...

menunggu giliran at hospital likas
Perubahan cuaca yang berlaku sekarang sekejap hujan sekejap panas..membuatkan badan kita terkejut...MV pun turut merasai kesan daripada perubahan itu..malam jumaat lepas ...balik sekolah wani terus tidur..

bila abang dia pergi bilik terus cakap "ma wani demam..panas badan"..so dalam jam 11..MV suru dia bangun mandi bagi hilang panas..masa tu syamimi baru mau tidur..kebetulan time ni tengah baking kek untuk majlis raya sekolah agama dorang...
sekali demam dua orang 
bila siap MV ajak lah wani dan syamimi naik ke bilik..sekali pegang badan syamimi..alamak..panas juga...dua2 panas..masa tue sudah jam 1.pagi lebih...MV berjaga..lapkan badan dorang dengan kain basah bagi turun suhu..

dalam jam 5.00 suhu bdan syamimi makin naik...MV kejutkan suami cakap jom pegi hospital likas...tapi tiba-tiba hujan lebat pula..so tunggu hujan redah sikit baru jalan..sampai hospital dalam jam 5.50 pagi..

kami terima rawatan 7.30 pagi sebab tunggu doktor sampai..pertukaran shift...tapi masa menunggu 1 jam 30 minit tu..syamimi termuntah..wani pula asyik mengomel..mana ni..kenapa belum kena panggil...

Syukur lepas makan ubat..suhu dorang menurun..walaupun lepas tue naik balik..sekarang ni dua2 ni pun masih demam...semoga cepat sembuh anak-anak mama

Rm10 Time Challenge



Assalammualaikum...

Alhamdulillah rezeki menang RM 10 untuk mission Rm10 Time Challenge july 2017 kat 8share...bukan hanya dengan share iklan satu klik rm0.20 tapi boleh dapat tambahan earning mudah dengan join mission...

Siapa2 yang belum daftar ..mari lah daftar kat sini

Tuesday, July 18, 2017

Aku Negaraku Menjadi Lagu Wajib Perhimpunan Sekolah

Assalammualaikum

Ku sedar Tanah Air Aku Bertuah
Disini Tempatku Berjasa
Ku Sedar Sempurna Hidupku Disini
Malaysia ku Terhutang Budi

**chorus**

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku Maju
Negaraku Tanah Tumpah Darahku

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Selamanya Aku Negaraku

Satu

Kita Bersama Membina Masa Depan
Semangat Setinggi Angkasa
Kita Bersama Bersyukur Pada Tuhan
KepadaNya kita Berserah

Ulang **Chorus x1

Ku laungkan Namamu Keseluruh dunia
Malaysia Aku Bahagia

Ulang **Chorus x 1
Aku Negaraku(sumber dari sini)


**Haikalayu minta MV cari lagu ni sebab sekarang lagu ni menjadi lagu wajib semasa perhimpunan di sekolah.So ada 4 Lagu yang wajib :-

  1. NEGARAKU 
  2. LAGU RASMI NEGERI 
  3. LAGU RASMI SEKOLAH 
  4. AKU NEGARAKU 

Diet ATkins

Assalammualaikum....


Ingat lagi entry 2 Bulan diet Atkins MV ...masa ni mula-mula memilih untuk berdiet atkins kerana berat badan yang naik mendadak ke 73kg...atas dorongan dan kejayaan kakak MV sendiri...
Image may contain: 2 people, people standing
ni kakak MV...pinjam gambar sekejap..mv jarang ambik gambar full body sebab tiada tukang snap..biasa selfie muka yang tak berapa cute tue saja
Dia berjaya so MV pun mencuba lah..pada tahun 2015 MV tak strict sangat ikut atkins ni sebab syamimi still BF..alhamdulillah masa tue MV turun sampai 63 kg...selepas tue MV terus ke fasa 4 ...berat naik ke 65 tapi inchloss kira oklah...

Cuma masa raya baru-baru ni..berat MV naik 3.7 kg..hahaha,,siap naik inchi lagi,,makanya selasa lepas MV mula berdiet atkins fasa 1 semula....untuk kamu  yang belum tahu apa itu diet atkins..


Mv terangkan sedikit:-

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga
. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Prinsip Diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar. Pendekatan Diet Atkins boleh memberi kesan positif kepada kehidupan orang menghadapi risiko berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan masalah gastrousus, dan alahan tertentu, sakit kronik dan lemah sistem imun.

Kebanyakan diet anda akan berlapar. Apabila anda melakukan Atkins tidak perlu berlapar.
Kebanyakan diet perlu mengira kalori. Apabila anda melakukan Atkins tidak ada perlu untuk mengira kalori.
Kebanyakan diet anda masih ketagih makanan karbohidrat tinggi & manis. Apabila anda melakukan Atkins, anda dengan cepat akan belajar bagaimana untuk mengatasi ketagihan anda.
Kebanyakan diet anda tidak akan belajar bagaimana untuk membuat peralihan beransur-ansur kepada penyelenggaraan seumur hidup.

Kebanyakan diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun anda mengehadkan makanan berlemak, anda masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula.(sumber SINI)

Diet ni ada 4 Fasa :-

Fasa 1: Induction (Induksi/Pengenalan)
Fasa 2: Ongoing Weight Loss (Susut Berat Badan Berterusan)
Fasa 3: Pre-Maintenance (Pra penyelenggaraan)
Fasa 4: Lifetime Maintenance (Penyelenggarann Seumur Hidup)

macam MV...MV bermula dengan Fasa 1..berbanding sebelum ni...

Fasa 1 : Induction (Induksi/Pengenalan):
Had 20 gram karbohidrat semasa Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram sehari, simpanan glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari), anda akan mengalami ketosis, mula rasa sedikit lemah atau pening, tapi jangan bimbang, apabila lemak anda mula ditukar menjadi bahan bakar, anda akan merasa segar bugar. Selepas itu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak. Induction akan memperkuatkan sistem kekebalan tubuh anda dan juga meningkatkan kesihatan kita jangka panjang. Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Anda juga boleh meninggalkan fasa ini apabila hanya tinggal 6kg dari berat idaman.

Dilarang makan Semasa Fasa 1 : Induction (Induksi/Pengenalan)

  1. Semua jenis nasi, roti, bijirin, oat, mee & spagetti.
  2. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  3. Semua jenis buah-buahan atau jus buah-buahan
  4. Semua jenis minuman bergula, milo, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc)
  5. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  6. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  7. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  8. Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohidrat)
  9. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak merah.
  10. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  11. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, coklat, aiskrim, twisties, nachos, popcorn & jeruk
  12. Sate yang diperap dengan gula atau madu. Keropok lekor, otak-otak & sata.


Dibenarkan dimakan Semasa Fasa 1 : Induction (Induksi/Pengenalan)

  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, telur itik, telur ikan. - telur masin, telur dadar, rebus & goreng.
  3. Ikan, udang, ketam (sotong, kerang, tiram dan kupang adalah lebih tinggi karbohidrat, hadkan pengambilan)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayuran hijau, seperti sawi, kangkung, bayam, salad, timun, rumpai laut & sebagainya.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan (hadkan kepada 2-3 keping sehari).
  7. Air kosong, air mineral, air RO - minum 8 gelas sehari atau lebih.
  8. Burger atau hotdog rendah karbohitrat(hadkan pengambilan 1-2 sehari)
  9. Makan supplement seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan menguatkan daya ketahanan badan.
  10. Semua jenis minyak, seperti minyak sawit, olive oil & sebagainya.
  11. Chewing gum sugar free. (2 or 3 biji sehari)
  12. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
  13. Mayonis dibenarkan dalam jumlah yang sedikit.
  14. Pemanis tiruan atau semula jadi(slenda, stevia) hadkan 3 hidangan sehari.
  15. Herba - semua herba segar dan sedikit herba kering - contohnya selasih, daun salam, daun bawang, daun ketumbar, oregano, rosemary dan lain-lain.
  16. Rempah - rempah seperti garam, saderi, lada cili, serbuk cili, ketumbar, jintan putih, serbuk kari, bawang putih, halia,paprika, kepingan lada merah ,Elakkan campuran rempah yang mengandungi gula atau tepung tambahan
  17. Avocado, buah zaitun, cendawan, kacang buncis, sengkuang, bendi, rebung, labu, tomato, soya kosong & tempe (kurangkan pengambilan).
  18. Limau & lemon (hadkan 2 sudu perahan limau sehari)
  19. Mana-mana sos tanpa gula tambahan yang tidak melebihi 2 gram karbohidrat sesudu besar boleh diterima.
  20. Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Walaupun tanpa gula, kafein yang berlebihan telah terbukti menyebabkan gula darah rendah, yang boleh membuat anda ketagih gula. (1 atau 2 cawan sahaja)
  21. Semua produk yang menggunakan aspartame, seperti coke light, diet coke (melambatkan penurunan bagi sesetengah orang)

Syarat-syarat Induction:
  1. Minum 8 – 10 gelas sehari, jika anda masih dahaga, anda perlu minum dengan lebih banyak. Keperluan air bergantung kepada berat badan, cuaca & aktiviti anda. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air (Penting)
  2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam sebelum jam 8.00 malam atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan (menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  3. Jangan makan lebih dari 20gram karbohidrat sehari. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label, periksa kiraan karbohitrat pada setiap paket.
  4. Makanan diproses di kilang selalunya ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau paket yang hendak dibeli untuk mengetahui kandungan karbohidrat.
  5. Jangan makan makanan yang telah disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
  6. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah, kuah sering diletak tepung atau gula.
  7. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi atau pasaraya besar.
  8. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula atau madu. Berhati hati ketika makan di kedai, tomyam atau sup berkemungkinan ada gula dalam masakan.
  9. Kurangkan makanan yang telah diproses seperti burger & hotdog (boleh makan, tidak digalakkan)
  10. Pastikan 12 hingga 15 gram karbohidrat adalah dari sumber sayur sayuran.
Nak beratkins ni kena ada semangat yang kental dan displin yang tinggi..dalam masa seminggu boleh turun 5kg kalau berdisplin tinggi..Macam MV seminggu turun 2kg jak...sebab hahaha displin ke laut...kihkih...

So korang-korang yang nak slim dan cantik serta sihat boleh dapatkan info Diet Atkins Kat SINI..sebab Yang MV share ni hanya Fasa 1...

Basikal

Assalammualaikum...

excited main basikal

Tertunai sudah impian syamimi nak beli basikal guna duit raya dia....tapi MV tak pakai habis pun duitnya...duit raya dia rm100,,MV tambah 50 lepas tu Mr Velentine tambah 50 dapat lah basikal pink harga 200..

basikal yang purple tue wani punya ,,harga 220..pun abah dia tambah dari duit rayanya,,,lepas ni...nak beli untuk haikalayu lagi abah dorang janji..bila dah beli untuk anak-anak..

nanti beli untuk mak dan abah pula..nnti kita sama-sama berbasikal katanya,,semoga dipermudahkan..AMin..

Monday, July 17, 2017

Kek Pandan Dan Kek Oren

2 jenis kek permintaan anak
Assalammualaikum

Kek pandan dan kek Oren...menggunakan resepi yang sama dengan kek coklat  cuma penggunaan perasa dan pewarna yang berbeza...

Kebetulan jumaat lepas MV buat dua kek untuk anak-anak bawa ke sekolah agama sebab ada majlis sambutan raya...masa tue buat kek coklat..dan kek pandan...alhamdulillah habis kek tue...

percubaa pertama buat kek pandan
Ahad kemarin tue..atas permintaan kakak Ayu...dia minta mama buat kek pandan sekali lagi..sebab sedap katanya...so MV kemarin buatkan 2 jenis kek..kek pandan dan kek oren...kek oren tue MV sambut dengan buah-buahan

Mv buat dua biji untuk anak-anak breakfast...senang..jimat juga lah..sebab kalau beli mahal..walaupun x sesedap yang kat kedai..yang penting penuh kasih sayang

Review Novel Sah Aku Cinta Kamu!-Hezzy Azra-

cinta itu perlu ada kejujuran
Assalammualaikumm

Sah Aku cinta Kamu! tulisan Hezzy Azra..Raif Imran dan Irdina Jasmin bertemu dan berkenalan di Hospital..berkawan tanpa meluahkan rasa cinta....pinangan dari ibu Raif dikala dia kerugian dalam pelaburan membuatkan dia berbelah rasa...

Namun rasa cinta mengatasi segalanya...cuma rahsia masalah kewangannya di simpan tanpa pengetahuan Irdina.Segalanya berjalan lancar sehinggalah kematian Ibu Irdina yang menyebabkan rumahtangga mereka bergolak,

Kesedihan Irdina...email misteri yang diterima oleh irdina membuatkan dia mula mensyaki Raif ..akhirnya menyebabkan hubungan yang dulu mesra menjadi renggang...ketidak jujuran Raif dipersoalkan Irdina...keegoan Raif membuatkan Irdina kecil hati,,,

Mampukan Raif memenangi semula hati Irdina sekali gus mencari siapa yang menjadi dalang dalam memporak perandakan rumah tangganya??

Sunday, July 16, 2017

Menambah koleksi

beli ni kat bazar jak 
Assalammualaikum


Menambah koleksi alat solek atau pun dalam kata yang lain sebenarnya merefill yang dah habis...alkisahnya beli eyeliner masa bulan puasa untuk pakai raya,.,,sekali syamimi pergi main sampai patah dah..bukan setakat itu saja..gincu pun dia main sekali ..bertabahlah mama....

beli pensil kening..sebab dah habis....sekali jumpa yang untuk kening yang jenis main tarik tue..so kita tarik beli lah....benda ni semua murah-murah saja...sebab beli mahal-mahal nanti anak-anak main lagi....


Saturday, July 15, 2017

Menang pakaian sedondon

Assalammualaikum

Sambutan raya sekolah agama anak mv di masjid bandaraya pagi tadi... Mv just bawa kek coklat dan kek pandan..

Pukul 5.50 pagi bawa wani dan mimi ke kecemasan sebab demam suhu naik... Sebab sudah berjanji dengan wani dan abg kakak..

Alhamdulillah tak sangka  menang pakaian sedondon family... Dapat hamper.. Gembira anak2 mv..

Anak2 pun dapat duit raya.. Gembira dorang,, doakan syamimi dan wani cepat sihat

Projector Band - Aisyah



Assalammualaikum

Lagu kesukaan syamimi dan wani...layankan saja...sebab lagu ni liriknya sweet jer

Friday, July 14, 2017

AIman Tino - Ku Hanya Sayang Padamu (Official Lirik Video)



Assalammualaikum..

Lagu kakak Ayu....pukulan Aiman Tino hahaha...

mungkin kali ini
bukan lagi aku
yang kau sakitkan

mungkin tiada lagi 
ku di dunia ini
kau bidadari

bila malam bila rindu (chorus)
tiap kali ku cuba melupakan 
ada saja mu kata padaku
aku di hidupmu

bukan aku mahu jauh
bukan juga ku benci pada dirimu 
bukan niatku lukai kamu
bukannya diriku 

benar ku hanya sayang padamu
bukannya takdirku untuk bersamamu
jika setiap langkahku ini
terhenti disini 
untuk selamanya 
izinkan ku pergi 

(**best juga lagu ni sebenarnya)


Armada - Asal Kau Bahagia (Official Lyric Video)




Assalammualaikum


katakanlah sekarang 
bahwa kau tak bahagia 
aku punya ragamu 
tapi tidak hatimu

kau tak perlu berbohong 
kau masih menginginkannya
ku rela kau dengannya asal kau bahagia...

Thursday, July 13, 2017

Kek Coklat

Assalammualaikum..
lama tak membaking 
Kek coklat simple...hanya sebiji telur tanpa butter....akhirnya tertunai juga permintaan anak-anak MV...mau buat kek ni dari puasa lagi...akhirnya mau habis raya baru terlaksana...semalam membuat ada orang sanggup tunggu mau makan..akhirnya kakak ayu dan wani tertidur..
siap di potong-potong
yang dapat merasa si adik syamimi...dia suka sedap katanya..mama nda rasa sebab mama tengah diet atkins so bertabahlah...hahaha...kakak ayu dan wani..awal pagi bangun terus cari kek..

wah sedap lah mama...nnt kasi cream lagi hihi...lucu anak ni...minta buat kek hari jadi nya nnti...dui bah anak,,tangan mama ni tiada seni buat kek birthday....
sedang di bakar
ada sapa2 boleh share kek birthday yang simple2

Pertama Kali - Shaa



Assalammualaikum...

Mv suka dengar lagu ni..jom layan 

Wednesday, July 12, 2017

Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050(TN50)

Assalammualaikum...
Klik Untuk ke Laman Utama TN50

Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050(TN50) Ketua Setiausaha Negara Bersama Penajwat Awam Sabah berlangsung pada 11.07.2017 bertempat Di Dewan Kuliah Pusat 2 Universiti Malaysia Sabah dengan kehadiran seramai 1+++ penjawat awam dari  kerajaan negeri,persekutuan dan badan berkanun.

TN50 adalah merupakan kesinambungan kepada teras Malaysia Pasca tahun 2020. YAB Perdana menteri telah melancarkan agenda  Transformasi Nasional 2050(TN50)ini pada 19 Januari 2017.Agenda ini berteraskan sesi libat urus antara Kerajaan dengan semua segmen termasuk penjawat awam dengan menggunakan pendekatan secara bottom-up.

Sesi libat urus pertama dengan penjawat awam telah diadakan pada 31 Mei  2017 di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

dapat juga peluang berselfie with KSN Tan Sri Dato' Dr. Ali bin Hamsa dan Sup Sabah Datuk Nor Rizan Bin Mohd Thani 
Kongsikan aspirasi kita bersama dan suarakan harapan Anda di SINI ..pejam celik dah nak sampai 2020..dulu masa zaman sekolah kita selalu dengan wawasan 2020...lagi 3 tahun sampai tarikh tue...2020 masa tu Haikalayu sudah 13 tahun..MV 35 tahun....

Generasi anak-anak kitalah yang akan menikmati hasil dari TN50 ni nanti...

posing urusetia pendaftaran 

Johan Pertandingan Buku Skrap


Assalammualaikum...

Kakak Ayu Johan tahun 4
Alhamdulillah rezeki anak dara MV...kakak Ayu dan Kakak Wani...jadi johan pertandingan buku skrap atau scrapbook...pertandingan ini dibuat sempena bulan membaca tahun 2017 di sekolah rendah dorang...

abang haikal pun join tapi tiada rezeki....untuk tahun empat tajuk buku skrap adalah "kerjaya Pilihan"...gambar buku skrap belum di ambil..sebab cikgu masih simpan untuk buat pameran....

kerjaya pilihan kakak Ayu...Pustakawan....nak jadi macam mama katanya..semoga dipermudahkan ya anak mama...untuk tahun 1 ...buku skrap dibuat dalam bahasa inggeris ....

tajuknya occupation...just senaraikan semua pekerjaan yang ada...dan tampal gambar...wani punya simple saja...tak sangka boleh menang...gambar pun hitam putih saja..
Wani Johan Tahun 1
Tahniah buat semua anak-anak mama....Menang kalah tak kira..yang penting menyokong apa yang pihak sekolah buat,,

Tuesday, July 11, 2017

First Passport Photo

banyak yang di snap ni yang paling comel
Assalammualaikum...

Her first passport photos... Adik time flies ...next year sekolah kelas 5 tahun tadika kemas sudah..cepat nya masa berlalu..walaupun adik belum sampai umur 4 tahun..tapi mama is excited mau tengok adik beruniform biru kemas...

Meneruskan legasi pendidikan awal di Tadika Kemas seperti abang dan kakak....Gambar ni adalah untuk borang pendaftaran sekolah syamimi...macam-macam gaya dia buat..ada senyum yang nampak gigi...mata tertutup..kepala teleng..

Syukur ada gambar yang ni.....alolo..comelnya kamu adik....ada 4 keping gambar ni...3 untuk sekolah..1 abah dia ambik letak dalam wallet....girlfriend abah katanya...mr velentine ni..suka letak gambar anak kat wallet...hihi gambar MV takdok kahkah...

Dia cakap.."ok babah ada 2 orang sudah girlfriend..."ada gambar wani dan mimi dalam wallet dia...

kamu sudah urus kah pendaftaran anak-anak atau adik2 ke tadika tahun depan??

Monday, July 10, 2017

"Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky"

Assalammualaikum..

Klik banner untuk join 

SYARAT PENYERTAAN :- 
1. Buat satu entri yang bertajuk "Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky" 
2. Copy banner yang cute diatas dan pastekan dalam entri korang. 
3. Linkkan ke entry ini. 
4. Done !! hantar link korang dekat komen di entry ini



25 PEMENANG AKAN MENDAPAT DUIT RAYA 


**NOTA PENTING**

1. Pemilihan pemenang berdasarkan Random dan keputusan adalah muktamad.
2. Para Sponsor boleh join
3. Dua TOP REFERRAL dikalangan sponsor dan peserta akan mendapat duit raya dari sha 
4. Tarikh berlangsung GA adalah 09 Julai 2017 - 22 Julai 2017 


Jemput join semua...manalah tau rezeki kan

Auroma Scents

hadiah GA dah sampai 
Assalammualaikum...

Hadiah menang GA Must Love Giveaway By Aroma Scents ...tq sis ..alhamdulillah suka dengan homemade balm ni...sangat berguna...

Sesiapa yang nak dapatkan Essential Oil(eo)Natural Balm Homemade Auroma Scents ni boleh contact 


Friday, July 7, 2017

Samor sipitang

abut,Mimie,mama, amoi
keluarga besar jainal...
Assalammualaikum..

Cerita raya keempat kami...dari Kota Kinabalu-Beaufort-sipitang -beaufort ...lepas semua on call..esoknya balik kampung MV di Beaufort dan sambung beraya di Sindumin Sipitang tempat rumah makcik...


kesayangan Mr Velentine
ADIK,Mimie,mama,KAkak
Dari rumah makcik kami ke Samor Sipitang..katanya mau bawa bergambar..cantik background di sana..maka terhasillah posing kami sekeluarga..macam-macam gaya dan karenah...
our small family 
with adik2 bongsu haha
Masuk raya keempat..Mak...badan i naiklah...hahaha...ni penangan...minuaman manis...hahaha..bertabahlah dulu..lepas ni kita diet balik....raya sebulan kan...kalau ikut nafsu mau naik berkilo-kilo,...nasib lah insaf awal...
with jantung hati
tapi itupun berat naik 2 kg ok...hahaha..naiknya 2 ok..inchi pun melebar sama...bahagia betul kau kan MV....
camera mr velentine yang selalu menipu haha
Jadi bertabahlah sementara waktu..dan berdisplin lah ya Mama anak 4..kihkih
posing lepas kenyang makan haha

Menang Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

alhamdulillah...

Assalammualaikum....

Alhamdulillah..tersenarai sebagai pemenang untuk contest  Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest....Mv join untuk 2 entry Soto Ayam Sabah -Menu Berbuka Ramadanku-  dan Deko Pilihan Untuk Raya

First  time join lazada punya contest...selalu tak reti mau buat macam mana....bila semalam kak pip share di group sabahan blogger..terkejut bila nama MV tersenarai di tempat 3rd place dan menang voucher rm100

Rezeki ...terlepas 2 hadiah haritu..diganti pula dengan yang ni..bahagia rasa...bolehlah shoping nanti....tahniah buat semua kawan-kawan blogger yang tersenarai sebagai pemenang ya....

Thursday, July 6, 2017

Dugaan Raya

bumper...bonet dan lampu menjadi mangsa
Assalammualaikum...

Dugaan raya..apabila semalam masa balik kerja MV mengalami kemalangan...kereta MV dilanggar dari belakang oleh perodua viva..kejadian ni berlaku di traffic light rampayan kota kinabalu...

bila berlaku macam tue..terus blur..kaki ni begegar dan lutut pun goyang ...dan yang paling mengejutkan ...budak yang langgar tue tanya kenapa brek mengejut??mv tak brek mengejut pun..dah orang depan brek...nda kan mau jalan juga....

apa yang mv tau dia memang bawak laju...sebab masa MV nak jalan tue...dah dengar bunyi dia tekan brek....mv jalan sikit jer terus dumb...terlanggar...mula-mula tue dia macam mau salahkan MV...

tapi bila MV call suami..terus dia cakap kita try runding luar..sebab kereta MV bont ada kemek...bumper memang dah patah klip...MV cakap lah..kalau x mau bayar,,kita buat report polis lah..

budak tue x mau sebab lesen dia masih P...MV ambiklah gambar ic dan lesen dia..terus budak tue cakap..minta juga ic kakak ya...terus blur..kenapa perlu ic MV..bukan MV yang langgar....

suami pesan jangan bagi...nanti suami balik kita jumpa budak tue...sebab rumah MV dan budak tue berdekatan..bersebelahan taman....bila suami sampai terus jumpa budak tue dan bincang...

Suami cakap lah ...di traffic light tue memang takda lampu merah..tapi orang akan slow disitu ....suami minta rm200 untuk baiki kerosakan kereta,,,,dia minta tempoh..tragedi ni mengingatkan MV kemalangan 5 tahun lalu...

bulan julai juga ..baca SINI

Apa yang kita rasa kita saja yang tau macam mana

Image may contain: text

Asslammualaikum

Orang yang tak duduk di tempat kita takkan rasa apa yang kita rasa. mereka hanya bijak mengatur kata..

***orang hanya tau bercakap tapi tak merasa apa yg kita alami...

Demam

ksejukan...mama balut dengan tuala basah
Assalammualaikum...

hari ni pergi kerja bawa syamimi ke library..Mr Velentine suru dia cuti..ikut mama katanya..sian anak abah ..demam ...sakit perut...dia memang mengadu sakit perut semalam...

Bila tanya kenapa sakit perut dia jawab..."kenyang makan kuih raya..."adakah...lepas tu malam dia makan nasi macam biasa...tapi sebelum kakak ayu tidur dia ada cakap.."mama adik hyo tu macam demam...panas badan"

MV sebelum tidur tue memang perasan dia manja dan lemas badan...cuma bila pegang badan dia macam biasa....jam 3 pagi macam tue..MV terbangun..sebab MV terasa bahang dari orang sebelah...

bila pegang terus bangun pergi bawa..basahkan tuala...lap2kan badan dia...kepala dia...memang panas....MV bukakan baju dia..lepas tue balut dengan tuala..di kepala pakai sapu tangan kecik...

Alhamdulillah suhu menurun...kejap lagi bawa dia ke klinik..lepas ambik kakak wani..doakan adik cepat sembuh..amin 

"AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS"

https://fws00blog.blogspot.my/2017/07/aidilfitri-giveaway-by-faye-and-friends.html
Klik Banner untuk join
Assalammualaikum....


Anda di tag 

  1. Sha 
  2. Cik Tie

Jom Join...

32 orang pemenang di cari..siapa yang MV tak tag pun jomlah join..


Wednesday, July 5, 2017

Raya Kedua-Ranau-Kota Belud-Kota Kinabalu

Kg Nanamun Kota belud

Assalammualaikum...

Ceritera raya kedua MV dan keluarga..Jauh perjalanan luas pemandangan..hihi...Kami bergerak balik dari Ranau ke Kota Kinabalu..sebab Mr Velentine On call pada raya ketiga..dalam perjalanan kami ke KK...
credit to http://beautifulkk.com/
Singgah lagi di Kinabalu park...singgah restoran Panataran Kinabalu ,,,sebab semua rindu mau makan tomyamnya..sedap..pedas...hihi..memang tiap kali balik mau singgah makan sini...
Kinabalu Park

Tapi kan namanya bukan rezeki kami lah...haritu cuma ada buffet..terus terputus selera mau makan...hanya Haikal dan abah dia jak makan ...MV dan yang lain minum jer...
posing with anak2
Siap makan2...anak-anak request mau bergambar di luar..sambil-sambil tunggu orderan dorang ..sayap ayam dan pisang goreng .....macam biasa posing lah kami ala2 pelancong tapi berbaju raya..
Menipu betul hp mr velentine ni..flawless kita
dari Ranau kami ke kota belud..singgah beraya di rumah makcik di Kampung Nanamun ....sempat lah pinjam halamannya untuk bergambar family..dari Nanamun ...singgah lagi di Kampung Pirasan tempat mentua kakak MV...
posing tanpa kakak Ayu dia beli pisang goreng
sepanjang perjalanan...ranau to KB...ada sorang budak mabuk jalan...hihi..sian muntah di plastik...siapa lagi kalau bukan si kecik MV..syamimi...dia ni kalau jalan jauh macam ke ranau.. dia x ble ada isi perut..confirm dia akan muntah...

amboi mimi overnya
better biar perut dia kosong...MV selalu jer kena muntah dengan dia...bertabahlah mama...apa ble buat kan...hihi....
with atuk dan cousin
mama dan kakak ayu
dari KB kami terus balik rumah..sampai rumah syamimi tertidur sampai lah esok pagi..bila bangun paginya terus cari ahmah(mak MV)...dorang sudah balik...wani ikut sekali....terus marah-marah..kenapa ahmah tak bawa adik bilangnya.
selfie dalam kereta
Macam mana mau bawa..kalau mama tiada pun nangis..inikan mau ikut balik kampung adik oi