All About Love: perubahan cuaca
Showing posts with label perubahan cuaca. Show all posts
Showing posts with label perubahan cuaca. Show all posts

Wednesday, July 19, 2017

Perubahan Cuaca

11:00 AM
Perubahan Cuaca

Assalammualaikum...

menunggu giliran at hospital likas
Perubahan cuaca yang berlaku sekarang sekejap hujan sekejap panas..membuatkan badan kita terkejut...MV pun turut merasai kesan daripada perubahan itu..malam jumaat lepas ...balik sekolah wani terus tidur..

bila abang dia pergi bilik terus cakap "ma wani demam..panas badan"..so dalam jam 11..MV suru dia bangun mandi bagi hilang panas..masa tu syamimi baru mau tidur..kebetulan time ni tengah baking kek untuk majlis raya sekolah agama dorang...
sekali demam dua orang 
bila siap MV ajak lah wani dan syamimi naik ke bilik..sekali pegang badan syamimi..alamak..panas juga...dua2 panas..masa tue sudah jam 1.pagi lebih...MV berjaga..lapkan badan dorang dengan kain basah bagi turun suhu..

dalam jam 5.00 suhu bdan syamimi makin naik...MV kejutkan suami cakap jom pegi hospital likas...tapi tiba-tiba hujan lebat pula..so tunggu hujan redah sikit baru jalan..sampai hospital dalam jam 5.50 pagi..

kami terima rawatan 7.30 pagi sebab tunggu doktor sampai..pertukaran shift...tapi masa menunggu 1 jam 30 minit tu..syamimi termuntah..wani pula asyik mengomel..mana ni..kenapa belum kena panggil...

Syukur lepas makan ubat..suhu dorang menurun..walaupun lepas tue naik balik..sekarang ni dua2 ni pun masih demam...semoga cepat sembuh anak-anak mama
Read More