Followers

Thursday, August 31, 2017

Cuti umum sempena Kemenangan menjuarai sukan sea 2017

Assalamualaikum


4.09.2017 bersamaan isnin diumumkan sebagai cuti umum oleh Perdana Menteri pada majlis penutupan sukan sea ke 29 semalam... Ianya sempena Malaysia menjuarai sukan sea 2017..


Yeahh terima kasih PM.. Jimat cuti mv.. Hihi mv mmg mohon cuti utk isnin ni... Bila dah diumum ni so jimat lah cuti.. 

Dan yang bestnya cuti 5 hari yeahhhhh... Bahagianya... Hahaha..tahmiah buat pasukan sukan sea 2017 ..anda semua adalah wira di hati kami rakyat Malaysia

Selamat hari merdeka 60 Tahun

Assalamualaikum

Salam kemerdekaan yang ke 60 buat negara kita Malaysia.. Negaraku sehati sejiwa.. Sambutan kemerdekaan seperti tahun sebelumnya..

Pasti ada perarakan perbarisan di setiap negeri.. Sabah pun tidak ketinggalan.. Pejabat mv pun join juga tapi seperti sebelumnya mv tak join sebab kena jaga library..

komitmen utk latihan dan raptai tu yang mv tak dapat lagipun library x boleh tutup.. Mv kongsikan keputusan  pertandingan Perbarisan hari kebangsaan peringkat negeri SABAH

Hadiah ptdgn Kawad

Sek.rendah 
3- sk st francis convern
2- srk sacred heart kk
1- sk sei gaya (sbt)

Sek menengah
3- pkbm darat smk badin tuaran
2- pkbm darat smk bandaraya
1- pusat ting.6 smk putatan

IPTA/IPTS
3- kolej sains ksihatan bsekutu kk
2- komander ksatria uitm sabah
1- askar wataniah politeknik kk

Swasta / Commersil
3 - desa group of Company
2- sesb
1- taman2 sabah

Ptubuhn Bkn Krjn / psatuan
3- kelab 1 msia japen sabah
2- persatuan kwln kslmtn msia
1- psayuan pandu puteri caw sabah

Etnik Sabah
3- PKBSS (pstuan bajau suluk sabah)
2- psatuan komulakan lotud sabah
1- psatuan bajau samah sabah

Jbtn Krjan Tdk Bpakain Seragam Rasmi
7- KBS sabah
6- jbtn hidupan liar
5- jbtn ktua menteri
4- kmtrian krjan tpt & prumahan
3- KPM & HEP
2- kmtrian pbgnn prindustrian
1- JKR

Jbtn Kerajaan Bpakain Rasmi
3- jabatan sularelawan msia (rela)
2- polis bantuan ums
1- Jbtm pguatkuasa dbkk

Tahniah buat semua pemenang.. Salam kemerdekaan dan salam aidil adha

Wednesday, August 30, 2017

Perak Untuk Bola Sepak Sukan Sea 2017

Assalammualaikum....

Image may contain: one or more people and people standing

Perak untuk Malaysia bola sepak Sukan Sea 2017..Own goal oleh Penjaga Gol Haziq Nazli....hanya kerana satu kesilapan iaitu tumbukan  terus dipersalahkan..MV tak salahkan sangat dia...

Ni pandangan MV ya..sebab ada kawan MV pun tak setuju dengan pandangan MV ni....kesilapan sebenarnya dari Sapawi....patutnya bola tue dia boleh bagi ke atas tapi dia buang keluar dan dapat lah sepakan penjuru....

Gol terhasil daripada sepakan Penjuru...cuma di tambah lagi kesilapan penjaga gol..kesian dia semua salahkan dia...itu pandangan MV ya...kalau taks etuju jangan kecam..kita berhak bagi pendapat ....

Apa-apapun tahniah buat Malaysia ..atas kertas memang dah Thailand pasukan Febret...lagi pun Thailand adalah juara bertahan..semangat yang pasukan Malaysia bagi semalam memang best...

Ketiadaan Ultras Malaya ...pemain ke 12 iaitu penyokong memberi impak juga ....bagi MV lah...tak pasti lah dengan yang lain...apa yang penting sekarang Malaysia dah capai sasaran 111 pingat emas,,,

Kedudukan carta pungutan pingat pun Malaysia masih di atas dengan 140 pingat emas...jadi berbanggalah kita rakyat malaysia ...ayuh Bangkit bersama 


Tabika Kemas KPKPS Juara Gerak Kreatif Hari Potensi Kemas Negeri Sabah 2017

   Assalammualaikum,,,




Image may contain: 12 people, people smiling
tahniah anak2 dan cikgu2

Alhamdulillah tahniah buat Tabika Kemas KPKPS kerana menjadi Johan kategori Gerak Kreatif sempena Hari Potensi Kemas Negeri Sabah yang berlangsung di Daerah Sandakan...Ini Kemenangan Ke-3....

Sebelum ni menang peringkat sepanggar dan kota kinabalu(**tak pasti hahaha..tapi sebelum ke negeri) ..lepas ni Tabika Kemas KPKPS akan mewakili Kemas Negeri Sabah Untuk ke Hari Potensi Kemas Malaysia di Melaka...

Tahniah buat semua cikgu,pembantu,anak-anak dan ibubapa yang sangat bekerjasama.Usaha dan latihan selama ni akhirnya membuahkan satu kemenangan yang amat bermakna.

Selaku Pengerusi Tabika ni MV berkongsi rasa gembira..Sebab cikgu cakap dorang tak sangka boleh menang...Tapi MV puji kesungguhan dan komitmen yang mereka berikan..Akhirnya semalam...Mereka berjaya menjadi Johan Peringkat negeri Sabah...

Tahniah anak2 semua happy sebab menang kan...lepas ni kita sambung latihan lagi ya...sebab nak ke Melaka kan...

Tuesday, August 29, 2017

Malaysia Vs Thailand Final Bola Sepak Sukan Sea 2017

Assalammualaikum...


Penentuan Ibu segala Pingat untuk sukan sea 2017....Malaysia Vs Thailand Final Bola Sepak Sukan Sea 2017 pada hari ni 29.08.2017 bertempat di Stadium shah Alam...sebelum perlawanan lagi dah banyak kontroversi..

Peyokong Bola Sepak Malaysia ramai yang tak dapat tiket...lepas nak beli tiket kena beratur...dah beratur tup2 tiket habis..dah tu boleh pulak limit tiket seorang 5 tiket aduyai...dah habis tiket tue..bolah pulak ada yang jual tiket dengan harga yang lebih mahal...

Ada-ada saja kan...tapi tahniah buat pasukan Sukan Sea Malaysia yang dah berjaya mencapai target 111 pingat emas...tahniah...kalau menang lagi bola malam ni lagilah gumbira yang amat....

Jom jangan lupa temujanji kita ya malam ni...di rumah masing2...sapa yang kat Stadium.Behave ya...



ole-ole from Langkawi


Assalammualaikum...

Ole-ole from langkawi...comel jer kan burung helang ni...dulu-dulu selalu dapat ni tapi sekarang susah dah mau cari...

Apa kita panggil benda ni ar...anak MV excited sangat sebab burung tue x jatuh ..seolah-olah terbang....sampai dorang tanya.."mama kenapa burung ni nda jatuh...ada magnet kah"

Mama sebenarnya tak reti nak jawab..hihi...korang boleh tolong jawab?

Monday, August 28, 2017

My mini library

Assalammualaikum


Mini library...boleh kah dipanggil mini library..ini adalah koleksi buku yang MV ada...campur dengan buku anak-anak MV yang rupanya dah tak rupa buku..dulu-dulu selalu beli buku..tapi buku tue ada yang pinjam then tak pulang balik...

so sekarang misi mengumpul balik...beli kabinet ni murah jak RM19...bolehlah letak buku-buku dan barang -barang lain..belum boleh lagi jadi mini library tapi ini adalah salah satu jalan ke arah itu


Semoga misi mini library ni berjalan lancar.Amin




'Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )'

Assalammualaikum...

Klik Banner untuk Join 
Jom join 

Contest bermula dari 28/8/2017 sehingga 16/9/2017

Sunday, August 27, 2017

Margasatwa-saidee nor azam-

Assalammmualaikum

"Kerana cinta, dia terus hidup."

Margas si pemburu jantung..si pemangsa yang memakan daging manusia demi menghidupkan kembali melur si kekasih hati..

Kisah 2 zaman...namun ada perkaitan...margas dan adi putra.. Tamar dan tamrin...
Bagaimana cinta mampu membuatkan seseorang itu bertindak di luar kemampuan..mampu membutakan minda dan memesongkan akidah..Shazuana dan ezuan ,tamar dan melur ,adi putra dan rahayu....

Garapan yg menarik bagi mv..novel ni dari start kita baca terus rasa ingin tau tue membuak2..jalan cerita yang diselang seli dengan imbas kembali disusun dgn baik tanpa membosankan pembaca..

Watak yg ada dalam novel ni Semuanya di gambarkan dan dicipta dengan menarik..tak sabar nak baca margasatwa 2..

Kena cari ni...memang terbaek naskah ni


Saturday, August 26, 2017

Malaysia layak ke final bola sepak sukan sea 2017

Assalammualaikum


Yeahhh alhamdulillah syukur..rezeki buat kita semua.walaupun dengan kemenangan tipis jaringan Thanabalan akhirnya malaysia ke final bola sepak sukab sea 2017...

Kemenangan 1-0 ke atas indonesia membawa malaysia ke final pada 29.08.2017 selasa depan bertemu Thailand...

Tahniah buat semua pemain ..semangat kamu terbaek...kami d rumah pun ikut sekali debarnya....Buat Indonesia bukan rezeki kamu kali ni...pasukan kamu mmg sangat mantap dan kuat...Cuma kali ni nasib tidak meyebelahi kmu..fighing buat malaysia...chayok2xx...ibu segala pingat semakin hampir di genggaman



Friday, August 25, 2017

Kolaj #1 Malaysia



Assalammualaikum...

Aktiviti sambutan kemerdekaan pagi tadi..nampaknya mama ada homework cuti sekolah ni(**hahaha confirm kena join sekali) 

nanti MV share hasilnya

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest by Lazada




Assalammualaikum...


Merdeka!Merdeka! Blogger Contest by Lazada bermula dari 25 hingga 31 Ogos 2017 dan hadiah Utama bernilai RM600 Voucher Lazada dengan hanya menjawab 3 soalan mudah sebagai syarat penyertaan:-


a. What do you love about being Malaysian? 

Kenapa MV bangga menjadi seorang Malaysian???Keharmonian,perpaduan dan toleransi sesama rakyat Malaysia yang membuat kan MV bangga menjadi rakyat Malaysia.

Mengambil contoh kepelbagaian Kaum di tempat MV tinggal sekarang negeri Sabah yang pelbagai etnik..berbeza agama berbeza budaya namun mampu hidup dalam perpaduan dan harmoni..

Lahir sebagai anak kacukan Cina Bisaya mengajar MV erti perpaduan dan menghormati kaum lain.Biar berbeza agama namun hubungan keluarga tetap erat..bersama menyambut perayaan Tahun Baru Cina,Sambutan Hari Raya, Christmas....

Biarpun kita berbeza agama dan bangsa..tapi rakyat Malaysia berkongsi makanan yang sama.Nasi Lemak makanan Melayu tapi digemari juga oleh bangsa lain,Roti Canai makanan india menjadi kegemaran semua, Dimsum makanan cina tapi menjadi pilihan bangsa lain Juga..

Pendek kata Kepelbagaian yang ada Di Malaysia Membuatkan MV berbangga menjadi Rakyat Malaysia ,,,, Malaysia Boleh,,,Negaraku Sehati Sejiwa..

b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/


Jenama tempatan Pilihan MV ialah Rangkaian Produk Safi.

c. Select two products from the Malaysian brand(s) that you love. The article must contain screenshots of the products mentioned.


Shampoo Safi Shayla ni memang MV guna sebab sesuai untuk wanita bertudung.



Mv guna ni sekarang....MV suka sebab menggunakan ekstrak buah-buahan

Sekarang Lazada tengah ada Merdeka! Merdeka! Sale !! jom tengok di (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) bermula dari  25 ogos hingga 31 ogos 2017 (di mana anda akan boleh mendapat diskaun istimewa sehingga 80%)

Kalau Korang nak join contest ni ..jom..dah siap isi borang di  http://lzd.co/MBC2017 


Thursday, August 24, 2017

Zainatul Husniah Raih Pingat Perak Acara 200 M

Assalammualaikum...
Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor
sumber Berita Tv9



Acara 200 m semalam seperti menyaksikan ulangan acara 100 m...Sekali lagi..pelari dari Vietnam Le Tu Chinh sekali lagi meraih emas...manakala Zainatul Husniah perak dan dari Singapura Veronica Shanti Gangsa....

Tahniah Zainatul Husniah..Tahniah juga buat pelari 200 m lelaki yang menang gangsa....nampaknya Raja pecut kita gagal meraih pingat dalam acara ni..


(**entry dari tadi pagi kat draft...huhu..hilang sudah idea mau menaip jadi kita publish sajalah kan)


Malaysia Layak Ke Separuh Akhir Bola Sepak Sukan Sea 2017

Assalammualaikum,,,

Tahniah....kemenangan ke atas 3-1 ke atas Laos semalam mengangkat Malaysia sebagai Juara Kumpulan A ,,Menang kesemua 4 perlawanan dan mengutip 12 mata...

Malaysia akan bertemu Naib Juara Kumpulan B,,,masih terbuka antara Thailand, vietnam dan indonesia..Perlawanan terakhir hari ni menentukan sapa bakal lawan yang akan Malaysia jumpa pada separuh akhir,,,


Semalam barisan pemain simpanan kebanyakannya..dan bahagian pertahanan Malaysia kena lebih mantap lepas ni...Buat kapten jangan terlalu cemas sehingga buat kesilapan yang akan merugikan kita...

Wednesday, August 23, 2017

Khairul Hafiz Jantan Raja Pecut Asia Tenggara Sukan Sea KL 2017

Assalammualaikum...


Khairul Hafiz Jantan ended a 14-year gold medal drought for Malaysia in the 100m sprint in the Kuala Lumpur SEA Games last night. — Bernama pic
sumber google

Raja Pecut Asia Tenggara Sukan Sea Kl 2017 menjadi milik anak muda kelahiran Melaka  yang baru berusia 19 tahun ....sekaligus menamatkan penantian Malaysia selama 14 tahun..dengan catatan masa 10.38s....berjaya mengalahkan pelari daripada Filipina iaitu Eric yang menang acara 110 lari berpagar,,,
Zaidatul
sumber google
Tahniah juga buat pelari pecut wanita kita ... Zaidatul Husniah Zulkifli yang mendapat pingat Perak dalam acara yang sama....anak kelahiran Kedah berusia 24 tahun ini meraih perak dengan catatan masa11.74s...

Mungkin agak kurang berita mengenai Husniah...apa-apapun satu kejayaan yang membanggakan sebagai rakyat Malaysia


Jalur Gemilang -Capan Tangan

hasil capan kanak-kanak Taska Permata KPKPS
Assalammualaikum...

Jalur Gemilang melalui proses Capan dihasilkan oleh kanak-kanak Taska Permata Kemas  KPKPS (Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah ) hasil bimbingan cikgu mereka..Syamimi excited cerita dorang buat jalur gemilang kemarin...

Ingatkan mewarna ...rupanya proses Capan...mengunakan tapak tangan dan jari untuk meghasilkan bendera jalur gemilang ni memang kreatif sangat..tahniah anak-anak dan guru-guru...

Aktiviti macam ni dapat merangsang minda anak-anak dan menarik minat kanak-kanak disamping belajar mengenal bendera kita....Keep it up ..Good Job...Mama pinjam ya gambar ni ....hihi

Tuesday, August 22, 2017

HDMI-Hd DVb -T2 Receiver

beli ni ganti astro 
Assalammualaikum...

HDMI-Hd DVb -T2 Receiver sebagai pengganti kepada Astro..Bulan ni masuk bulan kedua MV dah stop langgan astro..sebab kenapa...sebab rasa tak berbaloi bayar tapi siarannya berulang-ulang...

lagipun anak2 asyik tengok kartun....MV beli HDMI-Hd DVb -T2 Receiver ni sebab dia macam MyTv,,,,ada TV1 Tv2 Tv3 alhijrah 8tv Tv9 Ntv7 bernama...ada juga siaran radio...dia macam ada 10 channel tapi MV tak ingat...

Lagipun xda bayaran bulanan ...so MV beli ni masa dapat voucher lazada...dulu pernah beli untuk rumah suami kat kuarters....masa tu macam RM5+..masa MV beli ni harga dia RM6+...dan yang terkini RM7+

Korang2 yang berminat boleh tengok kat Lazada 

Malaysia Vs Myanmar Bola Sepak Sukan Sea KL 2017

Assalammualaikum...
gol kedua oleh sapawi rasid
MV dan bola sepak ...memang tak berpisah..kenapa...sebab dah suami layan bola..MV kena duduk sekaki lah....lagipun mmg minat dari dulu..zaman siaran dari radio lagi..sanggup tau dengar live siaran perlawanan bola kat radio...

Semalam...Malaysia Vs Myanmar...Yeahh Malaysia menang...walaupun Myanmar memang mengasak dengan kuat cuma takda rezeki dorang semalam...Agak sedikit kecewa dengan tindakan captain semalam..

Dek kerana kecuaiannya Myanmar dapat menyaringkan satu gol....Lepas ni perlawanan terakhir menentang Laos pada 23.8.2017..sama-sama kita sokong..bangkit bersama..negaraku sehati sejiwa....

Monday, August 21, 2017

Retak seribu

Assalammualaikum

jatuh dari almari
Retak seribu hp mv dek kerana kecuaian mv sendiri.. Kali ni jatuh mmg takda ampun sdh.. Pecah terus screen..Nasib baiklah masih ble touch...terjatuh dari almari...nilah kalau mata ke lain tangan buat benda lain...

Masa mula2 sedar hp jatuh terus tengok bawah n kutip kat lantai..sekali bila ambik...aduiyai..hati ni sayu...huhu..hp i is retak seribu.....duduk tepi katil..lepas tue tengok hp...

pegang hp jap...buka wasap ...terus taip kat suami"abg hp syang jatuh screen pecah"hahaha siap dapat wasap icon orang jelir lidah kahkah..padan muka...lepas tue...tak palah karang cari HP yang murah2...

Macam mana mau pakai hp mcm tue...luka nnt jari...hahaha...jadi terbeli lah HP murah kemarin ..Vivo Y53....so selamat berkhidmat untuk MV dan anak2 ya HP..hahaha

Hp Vivo Y21 ni...nak pasang temperd glass dulu sementara nak tukar screen baru..boleh bagi haikalayu guna untuk wasap cikgu dan kawan dia pasal sekolah....kalau nda habis hp mama...

Sampai rumah hp pndi hilang...sekejap tempat abg haikal..sekejap lagi kakak Ayu..kalau weekend lagi janganlah harap dapat pegg hp....

Semoga hp baru ni berkhidmat dengan kadar hayat yang lebih lama dari hp sebelum ni yang hanya bertahan 1 tahun 4 bulan...

Happy Birthday Wani Syazwana

Assalammualaikum...



Image may contain: dessert and food
brownies Rm25
19.08.2017 genaplah usia wani 7 tahun.Alhamdulillah  semoga wani membesar dengan sihat dan menjadi anak yang mebanggakan orang tua ..belajar rajin-rajin..tak mau nakal-nakal ...untuk birthday kali seperti tahun sebelumnya juga...

Sambutan with family kecil kami sahaja..dia request chese kek dan brownies....Untuk kedua-dua ni harga RM50 sahaja...chese kek 800g Rm25...brownies 25 slice pun harga RM25.
Image may contain: 1 person, sitting, table and food
semangat potong kek 
Sebelum potong kek bawa wani dan anak-anak makan di luar dulu..lepas balik baru potong kek...sebenarnya MV cakap kat wani..Xda birthday present..mama lupa beli tue USB FAN..padahal sudah beli saja buat suprise...


Image may contain: 3 people, people sitting
mimi yang over hahaha
Tapi Mimi lah tak sporting balik-balik cakap ..mama ada hadiah tu untuk kakak...adik oh adik...kepochi betui lah haha...

Image may contain: dessert and food
letak lilin lah juga

Image may contain: fire and candles
chesee kek RM25.00
So kalau berminat mau order kek dan brownies ble PM MV..nanti MV bagi detail..only for sabahan ya sayang-sayang...

No automatic alt text available.
Hadiah...dari mama abah & kakak Ayu

Image may contain: 1 person, indoor
Portable Fan
Semoga wani suka dengan hadiah dan kek birthdaynya....

Image may contain: one or more people, people sitting, food and indoor
awal lagi syamimi makan deco2 brownies

Review: Guy Next Door-Rose Harissa

Guy Next Door Guy Next Door by Rose Harissa
My rating: 5 of 5 stars

Guy Next Door..Kisah Kristal dan Adam..Jiran yang tak serupa jiran.Dek kerana sakit hati dengan pujian ibunya mengenai Adam membuat kristal sangat marah dan benci dengan Adam...

"asyik2 adam itu adam ini..makanan pun kena kongsi"

Perubahan dan Fandi yang menghilang sedikit sebanyak merapatkan mereka...Tanggapan kristal mengenai Adam jauh meleset apabila terbaca kisah kejayaan adam di AKhbar...Sedikit sebanyak membuatkan dia makin geram dengan Adam..

Kenapa Fandi Tiba2 Menghilang???Kenapa terlalu banyak rahsia mengenai Adam?kenapa Mak kristal tak merestui dia dengan Fandi???

Apa kesudahan 2 jiran ni..Jom pakat baca..serius cerita ni di awal memang lawak n santai masuk bab 25 dah boleh layan air mata

View all my reviews

Sunday, August 20, 2017

Selesai Cabut Gigi



Assalammualaikum....

Alhamdulillah ..selesai misi mencabut gigi syamimi pada 15.08.2017 haritu..dengan prosedur cabutan dengan minum ubat tidur dahulu....walaupun dia tak tidur tak mamai....Doktor Leong buat keputusan untuk cabut 2 giginya sahaja dulu...

gigi yang akar tertinggal dan gigi yang bersebelahan sebab dah goyang..walaupun dia menangis..tapi MV puji syamimi..dia memang kuat....nangis pun dia benarkan doktor untuk suntik bius...

selepas cabut gigi....doktor puji syamimi..dia cakap syamimi ni pandai dan berani...kena paksa sikit masa cabut tapi syamimi taklah terlalu nak melawan..so prosesnya berjalan lancar...

bulan depan akan jumpa lagi doktor Leong selepas ni....Syamimi pun happy...kalau tanya sakitkah cabut gigi...dia jawab"sakit..jarum dia panjang...tapi doktor bagi strawberi dulu kan...sakit macam kena gigit harimau " hahaha

see jawapan orang trauma..tapi bila cakap nnt kita jumpa doktor lagi...dia laju jer jawab...mau...adik mau jumpa doktor lagi..

Saturday, August 19, 2017

Kata-kata mutiara #5

Image may contain: 2 people, text


Assalammualaikum....

Aku tak pernah berharap nak berkawan dengan orang yang senang tapi aku berharap sangat dapat berkawan dengan orang yang sentiasa ada masa susah dan senang aku ....

Friday, August 18, 2017

Nazrief Nazri - Cinta Semalam (Official Lyrics Video)

Kata-kata Mutiara #4

Image may contain: 1 person


Assalammualaikum


Salam Jumaat yang penuh berkat ....

"Jagalah hati dan perasaan orang lain,jika ingin hati dan perasaan kita dijaga...jika kita boleh terasa hati..apa bezanya orang lain...kalau bercakap soal hati...tiada siapa pun yang kebal daripada terasa hati...jagalah lisan kerana ianya melambangkan sikap pemilik hati..."


**sentiasa beringat..kalau mungkin apa yang kita buat dan cakap buat orang lain terasa....

Thursday, August 17, 2017

Seminar yakini Halal



Assalammualaikum...

Alhamdulillah hari ni berkesempatan menghadiri seminar yakini halal di wisma Muis...seminar anjuran Jakim...Banyak ilmu yang MV dapat....mengenali alcohol dalam aspek Halal...penggunaan alcohol dalam pewangi adalah dibenarkan kecuali apabila dimasukkan ke dalam badan iaitu di makan dan menyebabkan kematian maka ianya jadi tidak halal..lebih kurang begitu lah..

mengenal kulit babi pada handbag,,,mengenal berus bulu babi....sangat berbaloi pergi seminar ni tadi...

Orang selalu terkeliru berkenaan KOD E...selalu kaitakan dengan Minyak Babi..tapi sebenarnya tak...Untuk kesahihan mengenai KOD E boleh rujuk di Halal Hub Division, JAKIM

Dan lepas ni...kalau dapat info mengenai sesuatu produk yang tak halal ...sebelum sebar semak dahulu dengan pihak JAKIM...

Kata-kata Mutiara #3

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and text

Assalammualaikum,,,

Dia bergurau dengan orang boleh , orang nak bergurau dengan dia kena tengok mood dia. kawan macam ni elok kita bagi penendang kat muka dia.


**jaga jangan jadi kawan jenis macam ni..nanti orang tak mau dekat...hahaha..nanti dapat penendang,.,,

Wednesday, August 16, 2017

Kata-Kata Mutiara #2



Assalammualaikum...

Jangan menghukum manusia seawal pandangan pertama.

Garam dan Gula itu sama pada warna.Namun bila dirasa barulah dapat dibeza.

So kenal dulu orang tue barulah kita tau macam mana orangnya



Review: Piano-Ateen Khalid

Piano Piano by Ateen Khalid
My rating: 5 of 5 stars

Hanya kerana sebuah Piano. Mampu mengubah semuanya. Fatih dan Lufti bercuti di sebuah rumah di Cameron Highlands...Dari detik pertama melangkah masuk ke rumah itu..Fatih telah mula di ganggu...

Habiskan Melodi Terindah itu...kata2 yang sering dia dengar...dari satu peristiwa ke peristiwa yang lain...pertemuan dia dengan Hanim & Pak Leman Menambah kan lagi tanda tanya tentang misteri rumah yang sedang didudukinya....

Dek kerana gangguan yang semakin menjadi-jadi dia membawa lutfi pulang ke Kedah lebih awal dari tarikh percutian mereka....Namun semuanya tidak terhenti disitu...Dia semakin dihantui dengan bayang2 yang ngeri..

Keputusan di ambil...dia harus kembali ke rumah itu...dan habiskan melodi terindah yang dia mulakan...Tapi siapa Dia yang dimaksudkan...Kenapa tiba2 Lufti berubah...Siapa Hanim sebenarnya...

Korang kena baca sendiri novel ni...serius..sehari jer akan habis....kalau korang dah start baca...rasa tak mau stop sebab mau tau kenapa dan apa yang akan berlaku seterusnya.....

View all my reviews

Monday, August 14, 2017

Hasil Buku mewarna syamimi

Assalammualaikum 


Hasil Buku mewarna syamimi.. Tajuk Buku ni haiwan liar..Alhamdulillah Kali pertama diadakan berjaya habiskan satu Buku.. Tahniah syamimi. 

Cuma hasilnya Agak ceria gitu.. Semua animal Dia kasi colourful.. Baru Cantik mama katanya.. Paling Mv suka tengok elephant dia hihi

Oklah Ada peningkatan...dia. sdh boleh pegang pensil dengan Betul.. Dan Dia Ada kreativitinya yang tersendiri bila Semuanya Warna  warni..

Mv bukan expert  sangat tentang pendidikn awal kanak-kanak.. Ni Nak kena Tanya pada Yg pakar..di mana sdh Tahap syamimi berada

Mv bukan nak Tekan syamimi Cuma ni Adalah satu pendedahan awal Sebelum Dia ke Alam pra sekolah.. 

Semoga syamimi terus sukses.amin

Sunday, August 13, 2017

Pinggan tak retak nasi tak dingin-umi syidah


Assalammualaikum 

Pinggan tak retak nasi tak dingin tulusan umi syidah..

"KALAU Duda tu tak Nak aku Lagi tak hingin!"

Seorang gadis 3 jejaka.. Suami, Bekas tunang Dan peminat misterinya.. 

Yuhanis merayu Supaya nizam si Duda setuju menggantikan nizam dalam Majlis perkahwinan.. 

Bermula lah episode menjadi isteri tanpa cinta.. Bermula Dari satu Kejadian sampai ke  Kejadian ..rasa cinta Mula berputik. 

Dan Ada rahsia yang tersimpan..akhirnya menyatukan mereka Semua... Hubungan hani Dan mizan  Hubungan nizam Dan hani.. Hubungan sharif Dan hani.. 

**mv suka novel ni..sebab Macam2 ada..agama, kekeluargaan Dan kemasyarakatan


Hujan & banjir

Assalammualaikum

Hujan di sabah Harini menyebabkan beberapa jalan bnjir.. Itu Belum Lagi kawasan perumahan ..

Jalan 1b dah Naik Air. kuarters kerajaan persekutuan km4,kuartes pendidikn bukit Padang..

Itu Antara jalan Dan kawasan Air Naik Air aka bnjir.. Mv hujan2 ni Layan novel jk lah..

Kita Layan #pinggantakretaknasitakdingin..

Saturday, August 12, 2017

Cinta gred A

Assalammualaikum

Tengah tengok drama cinta gred a.. Mengisahkan Ameer Budak Pintar yang mau sangat jaga gred 4 flat nya..

Geram pula dgn drama ni.. Mak ayah Dia setkan anak kena dapat 4 flat KALAU X putus hubungan keluarga...

Ada kah patut Huhu.. Kesian juga KALAU diberi tekanan Macam tu untuk belajar.

Sapa  Layan drama ni.angkat tangan

Langit cinta-Damya Hanna

Assalammualaikum

Langit cinta hasilnya tulisan Damya Hanna mengangkat kisah cinta dua darjat. Kesetiaan dalam perhubungan. Kejujuran dalam perhubungan. 

Khadeeja gadis kmpung. Aliff anak ORANG berapa. Jatuh cinta pandang pertama.Penyatuan dua HATI yang akhirnya membawa derita. 

Dibuang keluarga!! Egonya sorang ayah sehingga sanggup Memusnahkan perkahwinan yang dibina. Menidakkan Hak seorang Isteri Dan menantu..

Bagaimana berakhirnya episod cinta aliff Dan Khadeeja 


Friday, August 11, 2017

Kata-Kata Mutiara #1

Image may contain: 1 person, smiling, text


Assalammualaikum,,,

Lebih Baik kita dianggap bodoh tetapi benar daripada di anggap cerdik tetapi berbohong.

**Tepuk dada tanyalah diri sendiri ya ..

Degree Naik Lagi


Assalammualaikum....
Please follow bilang doktor

Degree Naik lagi...01.08.2017 haritu bawa kakak ayu review mata di KLinik Mata Hospital Likas...Terpaksa bagi dia cuti sekolah walaupun dia berat hati ...

Bila time jumpa doktor,,,banyak sangat yang doktor suru dia tengok dia tak nampak..so kena bagi masukkan ubat untuk pastikan degreenya...

tunggu 30 minit untuk ubat tue berkesan...ubat ni memang sakit sikit mata pedih..sebab nak bagi kembang mata kah macam tu lah dia punya fungsi..

Bila check..adui anak..degree naik ke 350 dari 250,,,,silau pun naik lagi.....anak oh anak...patutlah mengadu kabur jak spek...


rm90 untuk lense saja..frame sendiri
buat spek ada frame di rumah...bayar RM90 sebab cermin kena order..degree terlalu tinggi..tahun depan baru review lagi...harap2 x naik lagi lah 

Thursday, August 10, 2017

Wordless Wednesday#manusia dan perubahan#

Image may contain: text, outdoor and nature


Assalammualaikum..

Manusia akan perasan apabila kelakuan  kita berubah terhadap mereka,tapi mereka tidak akan perasan bahawa kelakuan mereka yang buat kita berubah...

**selalu macam ni...bila kita mula menjauh dari mereka...mereka salahkan kita walaupun sebenarnya punca dari mereka sendiri 

Beransur Pulih

Image may contain: 1 person

Assalammualaikum..

Alhamdulillah...semakin sihat...bengkak di bibir pun semakin surut...walaupun dia sakit..tetap dia dengan aktiviti mewarna dan belajarnya....

Doakan syamimi ya semua

Wednesday, August 9, 2017

Review: Encik Suami Mat Salih Celup



Encik Suami Mat Salih Celup Encik Suami Mat Salih Celup by Yumi Hyra
My rating: 5 of 5 stars

Iman Amani dan ian Hadif.Bagaimana dua orang yang berkahwin tanpa cinta dan berbeza segalanya.Walaupun bangsa yang sama namun Ian Hadif lebih pada western apabila dibesarkan di luar negara.

Bagaimana Iman Amani memelayukan Suami Mat Salih Celupnya.Mampukah rasa cinta berputik sesama mereka. Bagaimana Iman Amani menghadapi apabila sang bekas tunang mula merayu?Apabila Bekas cinta hati Ian Hadif kembali menagih janji dan sudi bermadu???

Siapa yang sudah baca ...dan tengok drama ni..Mv lebih suka yang dalam novel...

View all my reviews

Bengkak


Assalammualaikum...


Bengkak ...rentetan kejadian Syamimi terjatuh semasa main basikal..lepas cabutan gigi tue...bibirnya mula membengkak....jadi isnin MV call klinik pakar gigi hospital likas...minta temujanji di awalkan...


SO semalam ...kami ke klinik...dah hasilnya ada akar yang masih ada di dalam gusi...doktor saran ambik x-ray..bila doktor pakar buat keputusan...minggu depan 15.08.2017....syamimi review lagi with dokotr pakar...doktor cadang buat cabutan untuk 3 batang giginya yang rosak di depan melalui cara minum ubat tidur dulu...

Harap-harap berjayalah ..kalau tak berjaya..lama lagi kena tunggu..sebab untuk cara kedua iaitu melalui dewan bedah masa yang ada sekarang bulan 3/2018 sahaja...doakan syamimi ya auntie dan uncle



Buat seminggu ni..MV terpaksa bawa dia ke ofis..sebab dia on antibiotik...lagipun kesihatan dia tak berapa ok...demam..kesan dari gigi...