April 2019 - All About Love

Tuesday, April 30, 2019

Review Novel: 2 Nyawa 1 Cinta-Hanah Rishas

10:54 AM
Review  Novel: 2 Nyawa 1 Cinta-Hanah Rishas
2 Nyawa 1 Cinta 2 Nyawa 1 Cinta by Hanah Rishas
My rating: 4 of 5 stars

2 nyawa 1 cinta....1 nama yang sama,1 wajah yang serupa namun dimilik 2 orang yang berbeza.Humaira!!seorang dipanggil Ara dan seorang Mai...namun liku hidup mereka mempunyai cerita yang hampir serupa...

Merupakan anak yatim...Ara dijaga oleh neneknya..Mai pula dijaga oleh pakciknya..dua2 mereka adalah mangsa rogol...bezanya ara dirogol kawan sekampung dan Mai dirogol oleh pakciknya sendiri..namun Haikal menjadi mangsa fitnahnya...dia dituduh merogol Ara...

Dan Mai pula,atas sebab satu kejadian dia lupa siapa dia dan kenapa Fadzlan benci sangat kepadanya..Perkenalan Mai dengan Haikal membuatkan Mai mula ingat semula siapa dia...dia bukanlah ara tunang Haikal...tapi demi kebahagian Haikal dan Rosnah nenek Ara...dia menjadi Ara mereka,,

Namun tindakan Mai,membuatkan Jali memburunya kerana Jali tahu dia bukan Ara...kenapa Jali membenci Ara?Dan pastinya kenapa Fadzlan membenci Mai tapi dalam masa yang sama cintanya masih mekar buat Humaira...

memang menarik kisah ni...kita pun nda sangka jalan ceritanya begitu kesinambungan satu watak ke satu watak sangat menarik....(**mv baca melalui apps PNM e-reader

View all my reviews
Read More

Monday, April 29, 2019

Review Novel : Cinta Tak Sengaja- Siti Nur Dhuha

3:37 PM
Review Novel : Cinta Tak Sengaja- Siti Nur Dhuha
Cinta Tak Sengaja Cinta Tak Sengaja by Siti Nur Dhuha
My rating: 5 of 5 stars

Fieza Eviena Dan Raja Ferdy ..dua insan berbeza darjat .Fieza Eviena anak yatim piatu yang miskin dna Raja Ferdy anak orang kaya yang memiliki syarikat penerbitan.Kisah mereka dari jalan raya hingga ke bilik hotel...

Semuanya kerana salah faham tauke cina yang menjaga hotel bajet...namun demi menyelamatkan diri ..Raja Ferdy dituduh telah merampas kesucian Vie...namun tindakan Raja Ferdy yang tidak mahu bertanggungjawab membuatkan Vie berusaha supaya dia dapat berkhawin dengan ferdy...

Semuanya sudah dirancang....rancangan untuk meninggalkan vie ditengah lautan menjadi mimpi ngeri buat ferdy dan membuatkan ferdy jatuh cinta terhadap vie...dan akhirnya mengambil keputusan berkahwin dengan vie,,,

Namun perkahwinan itu bukanlah sebahagia yang vie harapkan....atas desakan bapa mentua dia dilayan sangat teruk..bahkan orang gaji pun dilayan lebih baik....huhu...(**macam mau hempas jak kepala si Raja Ferdy....)


layan kamu novel ni...best

View all my reviews
Read More

Wednesday, April 24, 2019

Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit 2019

3:51 PM
Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit 2019
Assalammualaikum....


23 April 2019(selasa) Jom Membaca Bersam Untuk 10 Minit 2019 dijalankan serentak selama 10 minit bermula Jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi...Perpustakaan tempat Mv bekerja juga turut menyertai program ini .


Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: one or more people and people sitting

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: one or more people and people sitting

Terima kasih sokongan dan kerjasama semua staf yang menjayakan program Jom Membaca Bersam Untuk 10 Minit 2019 bersama Khazanah Bestari PSUPS

Read More

Tuesday, April 23, 2019

Review Novel : Abang King Kontrol by Imanisa Riana

9:17 AM
Review Novel : Abang King Kontrol by Imanisa Riana
Abang King Kontrol Abang King Kontrol by Imanisa Riana
My rating: 4 of 5 stars

Abang King Control ...Razif Dan Irdina..Bertemu ketika masing-masing baru patah hati..bergaduh dan berebutkan parking dan kicap...Setelah 6 tahun mereka bertemu lagi..kali ini situasi masih sama...berebut parking dan kicap juga...

Bezanya mereka kini berdekatan..atau lebih tepat jiran dan yang menyakitkan hati razif ibunya berkenan benar dengan irdina sebagai calon isteri razif..Dan irdina pula terpaksa bermaafan kerana Razif si doktor gigi ketika dia sakit gigi...

Maka bermulalah episod gaduh gaduh sayang ....dan apa yang penting adalah bila irdina mula menerima Azmi ketika itu tragedi berlaku,,Dia dan Razif dipaksa berkahwin...bercinta selepas kahwin bukanlah isunya..

Cumanya isunya adalah Razif si King Control....bagaimana irdina perlu berdepan dengan sikap razif yang mengongkong dan kenapa razif jadi begitu

View all my reviews
Read More

Monday, April 22, 2019

Review Novel : Anding Ayangan II- Ramlee Awang Mursyid

12:01 PM
Review Novel : Anding Ayangan II- Ramlee Awang Mursyid
Anding Ayangan II Anding Ayangan II by Ramlee Awang Murshid
My rating: 5 of 5 stars

Furqan Ayubi di dunia yang berbeza dari anding ayangan..manakala nyian dan damit pula terdampar di anding ayangan...Semuanya kerana Nyian yang mempunya kuasa sakit dan telah mengubah cerita dongeng anding ayangan.

Nyian menjadi lupa pegangan agama..manakala Furqan pula dikatakan gila dan tak siuman kerana tidak ingat apa2 apatah dia tiba-tiba ingin membunuh datuk johari..Kenapa kerana datuk johari sudah dimasuki kuasa jahat dari anding ayangan

Namun tiada siapa yang mempercayainya...manakala nyian semakin lupa diri kerana dia menjadi raja di anding ayangan...Keadaan Furqan yang kononnya gila membuat kan dia di hantar ke Hospital orang gila...

Dan dia bertemu Pak Hashim...lelaki yang juga seorang penglipur lara yang tau mengenai kisah anding ayangan dan Chahaya...tapi chahaya yang pak hashim seru tidak sama seperti chahaya kekasih Furqan

Peristiwa tragis terjadi apabila kes pembunuhan 3 orang lelaki berekod jenayah dan datuk johar....namun yang menjadi tanda tanya kenapa mayat datuk johar bukan seperti orang baru meninggal namun sebaliknya seperti sudah lama tidak bernayawa....

***try baca..pastinya kamu mau tau cerita seterusnya..terbaik RAM

View all my reviews
Read More

Review Novel : Kisah Seram Malam Jumaat Vol 4

11:59 AM
Review Novel : Kisah Seram Malam Jumaat Vol 4
Kisah Seram Malam Jumaat Vol 4 Kisah Seram Malam Jumaat Vol 4 by Ebriza Aminnudin
My rating: 5 of 5 stars

Ada 4 cerita seram yang bakal menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram Kem remaja (Ebriza Aminnudin), Mangsa (Zaifuzaman Ahmad), Teksi (S.Kausari), Dorm 403 (Hasrudi Jawawi)

Kalau ada kamu yang suka baca cerita seram ...boleh try baca ni...seronok jak baca sebab ada 4 cerita yang memang saspen dan menakutkan . try lah baca...paling suka cerita Kem Remaja betul2 tak sangka itu cerita nya

View all my reviews
Read More

Thursday, April 4, 2019

Review Novel: Cinta Batu Giling-Ainon Zaini Zakaria

11:38 AM
Review Novel: Cinta Batu Giling-Ainon Zaini Zakaria
Cinta Batu Giling Cinta Batu Giling by Ainon Zaini Zakaria
My rating: 4 of 5 stars


Kerana pernah kecewa iaiu bercinta dengan wanita yang berstatus isteri orang Aldir jadi sangat pemilih untuk mencari teman Hidupnya...Hanim pula wanita yang dikenali di Facebook namun semua jadi indah khabar dari rupa..

Hanim bukan seperti dia harapkan...benarlah kata orang lelaki ni hanya nak pandnag yang cantik molek jer...yang montel terus kena reject...itulah yang teradi dalam perhubungan hanim dan Aldir.tambahan pula cinta aldir beralih arah kepada kakak hanim iaitu hana

bayangkan remuknya hati Hanim ..makan hati bila cinta yang diimpi tak seperti yang diharapkan..bukan setakat cinta beralih arah..siap kata romantis bertukar menjadi kata hinaan...ditambah pula apabila Hanim terpaksa bekerja di restoran Aldir kerana hutang...makinlah sakit hati hanim...

**memang sakit hati betul dengan Aldir ni geram eh...x suka tapi asyik mau mencari hanim...

View all my reviews
Read More

Wednesday, April 3, 2019

Review Novel: Sorry, Aku Bukan Dia!-iza Safiya

9:34 AM
Review Novel: Sorry, Aku Bukan Dia!-iza Safiya
Sorry, Aku Bukan Dia! Sorry, Aku Bukan Dia! by Iza Safiya
My rating: 4 of 5 stars


"Antara Kami Berbeza..
Dia .......Cintamu Yang Dulu ..
Aku...... Suamimu Yang tulus"


Hani Mariya wanita yang mengalami masalah tekanan perasaan apabila anaknya Hana meninggal dunia akibat kemalangan dan suaminya Hans Muneef disahkan mati otak.Hazry Mikail jejaka yang menggantikan Pak Andak sebagai pemandu Hani .

Hazry Tertanya kenapa Hani jadi begitu,kenapa dia tidak dapat menerima kehilangan dua orang yang dia sayang tetapi pada masa yang sama dia seperti mencintai Hazry.Hazry pula berusaha membuang perasaan cintanya kerana status isteri orang yang Hani pegang.

Selepas hani bersetuju untuk melepaskan Hans Muneef dia berkahwin dengan Hazry selepas habis idah..Mulanya semuanya Indah..Namun kesabaran si suami mula berkurangan...Siapa yang mampu bertahan kalau seorang isteri masih nampak bayangan arwah suami pada suami barunya...

Ditambah lagi rahsia yang terbongkar..Siapa Hans Muneef...membuatkan rumah tangga mereka goyah....

**korang try baca....memang best....rasa tak sabar mau hbskan novel ni sebab asyik tertanya kenapa ..dan kenapa

View all my reviews
Read More

Tuesday, April 2, 2019

Korean Drama-Meloholic

7:30 AM
Korean Drama-Meloholic
Assalammualaikum...
Sumber google


Yoo Eun-Ho (U-Know Yunho) has a special ability which allows him to read the minds of other people when he places his hand on them. Due to his special ability, he can't open his mind to anyone. One day, he meets Han Ye-Ri (Kyung Soo-Jin). He is able to discern that what she says is actually what she thinks, but he also learns that she has two different personalities.(credit to here)


Seorang wanita mempunyai dua perwatakan...Han ye ri seorang wanita lembut yang baik hati namun apabila dia rasa teruja hingga membuatkan jantungnya berdebar dia akan bertukar menjadi Han Ju Ri...iaitu seorang yang berani ,dan mengoda..

Eun Hoo pula selepas satu insiden ,,dia mempunya kebolehan iaitu dia boleh membaca fikiran wanita dengan hanya menyentuh tangan mereka..dia jatuh hati pada Han Ye Ri...dan rupa-rupanya mereka menjadi buruan Kim Sun Ho...Bekas teman Lelaki Ye Ri..

Hanya 10 episod....drama ni romantik,lucu dan saspen...mv bagi 4 bintang 
Read More

Monday, April 1, 2019

Korean Drama-My Secret Terrius-

3:20 PM
Korean Drama-My Secret Terrius-
Assalammualaikum...

My secret terrius poster.jpg
sumber google
A woman named Go Ae-rin (Jung In-sun) loses her husband. Along with her neighbour Kim Bon (So Ji-sub), who was an NIS agent, they discover the truth behind her husband's involvement in a huge conspiracy.(credit to here)


Drama ni ada 32 episod,,,mengisahkan seorang wanita yang berjiran dengan agen NIS.Bermula dengan kematian suaminya dan akhirnya dia terpaksa mencari kerja untuk menyara anak kembarnya dan membayar pinjaman rumah,

Kim Bon yang tahu suaminya dibunuh merasa kesian dan menawarkan dirinya sebagai pengasuh kepada anak-anaknya...Disinilah bermula bagaimana Go Ae rin  terlibat dalam kes yang sedang disiasat Kim Bon...

Mv suka drama ni ..terutamanya persatuan Ibu Polis...sangat lucu tapi sangat membantu ....kalau kamu rasa suka drama macam ni...saspen...boleh try tengok ni
Read More

Review Novel: Antara Cinta Kita-Aisya Sofea

10:16 AM
Review Novel: Antara Cinta Kita-Aisya Sofea
Antara Cinta Kita Antara Cinta Kita by Aisya Sofea
My rating: 4 of 5 stars


"ke mana kau pergi,kau tetap bawa cintaku..."


Kisah cinta Ana dengan Yusuf Mikhail...Mereka berdua saling mengenali kerana Fizah.Fizah menggangap Yusuf adalah teman lelakinya manakala Yusuf cuma meletakkan Fizah sebagai seorang kawan.

Ana dan Fizah kawan baik,Keputusan keluarga Ana yang menjodohkan dia dengan anak kawan ayahnya membuatkan dia marah tambahan pula lelaki itu Yusuf pujaan hati Fizah,,,Anan membenci Yusuf yang bersetuju menerima keputusan keluarga.

Ana benci kenapa dengan mudah dia menerima sedangkan Fizah sudah menunggu selama 3 tahun untuk mendengar kata2 cinta dan lamaran darinya...satu yang Ana tidak tahu...Yusuf mendekati Fizah kerana Ana..ya kerana cintanya pada ANA...

Perkahwinan mereka membuatkan kehidupan Fizah berubah...dia tidak dapat menerima perkahwinan itu sehingga dia sanggup menghina Ana sebagai perampas...dan yang paling tidak masuk akal dia merayu supaya Ana memujuk Yusuf supaya dia mengambil dia sebagai isteri kedua,,,,

Dugaan apakah yang Ana perlu lalui...kenapa pada mulanya Yusuf tidak menerima tiba-tiba dia mula berubah...berubahnya Yusuf ketika Ana mengetahui dia sedang mengandung anak mereka yang pertama...

Kemudian kehidupan Ana tidak seindah yang disangka..bagaimana dia mula membenci lelaki bernama Yusuf yang statusnya Adalah seorang suami...


(**kamu mesti baca,,,,novel ni dimulakan dengan konflik dan kemudian sesi throwback...MV mula2 ada sedikit bosan dengan sesi throwback namun penulis berjaya menarik minat MV selepas Yusuf setuju berkahwin dengan ANa...)

View all my reviews
Read More