Assalammualaikum
Chickenjoy dan hidangan terkenal jollibee dijangka memenuhi selera rakyat Malaysia
15 Disember 2018- Jollibee,restoran yang menghidangkan chickenjoy yang terkenal diseluruh dunia,hari ini dibuka secara rasminya di Malaysia dengan ramai pelanggan beratur selama berjam-jam untuk mendapat giliran mereka untuk menikmati hidangan Jollibee yang lazat.
Apa yang menarik minat pengunjung adalah ayam goreng Chickenjoy dari menu Jollibee yang ranggup dibahagian luar dan enak didalam.Hidangan ayam yang terkenal diseluruh dunia ini, chickenjoy mendapat pujian daripada chef selebriti, mendiang Anthony Bourdain, serta pelbagai penerbitan antarabangsa seperti South china Morning Post dan Foodbest.
Selain daripada ayam goreng yang lazat, para peminat di Malaysia juga boleh menikmati Jolly spaghetti dengan sos cita rasa manis penuh dengan hirisan hotdog, dan yumburgers terdiri daripada gabungan klasik kepingan daging Jollibee yang diperbuat daripada daging lemvu 100% dan kuah burger istimewa
Peminat di Malaysia kini boleh mencuba menu jualan terbaik Jollibee di cawangan pertamanya di Center Point Sabah, Kota Kinabalu. Restoran ini dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Jollibee merupakan jenama utama Jollibee Food Corporation(JFC),yang menjadi syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling pesat berkembang di dunia. Modal pasaran syarikat telah mencecah USD 6.1 billion pada 7 Disember 2018.
Bermula hanya dengan dua buah kedai aiskrim,JFC telah berkembang sehingga melebihi 4,300 buah cawangan dan 14 jenis jenama meliputi 21 buah negara. Di Filipina, jenama Jollibee adalah lebih besar berbanding gabungan 2 pesaingnya yang terdekat. Cawangan-cawangan Jollibee kini terdapat di 14 buah negara antaranya termasuk Amerika syarikat, United Kingdom,kanada,Itali dan emiriah arab bersatu.
Di vietnam, Jollibee merupakan restoran makanan segera Yang paling cepat berkembang dengan lebih 100 cawangan. Di brunei, ia merupakan restoran makanan segera #1. Di Hong kong dan singapura, Jollibee telah berjaya menarik minat warga tempat yang menjadi separuh dari pengkalan pelanggannya.
"Ini adalah satu lembaran baru yang menarik bagi Jollibee sempena pembukaan pertama di Malaysia. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk datang dan melihat sendiri bagaimana para peminat beratur panjang bagi menikmati hidangan yang lazat seperti chickenjoy, serta layan kami yang mesra,"kata Ernesto Tabmantiong, Ketua Pegawai Eksekutif Jollibee Foods Corporation.
Pada bulan Oktober yang lalu, para peminat telah membanjiri cawangan terbaru Jollibee di London dan telah beratur sehingga 18jam untuk menikmati hidangan Jollibee kegemaran mereka. Pembukaan sebuah lagi cawangan di Manhattan pada bulan November turut menyaksikan orang ramai telah sanggup beratur selama 20jam dalam kesejukan dan hujan.
"Makanan yanh enak tidak mengenal sempadan. Selain di negara sendiri, Jollibee turut digemari di seluruh Asia dan benua-benua lain walaupun selera dan budaya mereka berbeza. Ini telah berjaya menjadikan kami sebagai syarikat restoran Asia yang paling pesat berkembang dan kami sangat gembura dengan sokongan yang diberikan. Sokongan ini memberi semangat untuk melakukan yang lebih baik untuk pelanggan dan sentiasa menghidangkan makanan yang lazat dengan layanan kami yang mesra, "kata Denjnus Flores, Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa -Eropah, Timur Tengah, Asia dan Australia.