KASUT SEKOLAH PALLAS - All About Love

Friday, December 14, 2018

KASUT SEKOLAH PALLAS

Assalammualaikum

Cuti Sekolah sudah masuk 3 minggu..lagi 3 minggu sesi persekolah tahun 2019 akan bermula .pastinya ibubapa antara yang paling sibuk dikala cuti sekolah ni,sibuk merancang nak bawa anak bercuti ke mana?balik kampung,tapi sudahkah anda membeli kelengkapan sekolah untuk anak-anak,adik-adik atau anak saudara???Kelengkapan sekolah seperti kasut!!


Sekiranya belum,Kasut sekolah Pallas adalah satu pilihan yang terbaik buat anak-anak.Tak ketinggalan Anak-anak MV juga, mereka  pun prefer kasut pallas sebagai kasut sekolah pilihan mereka .Cuma tahun ni rezeki mereka sekejap saja pakai kasut pallas sebab kasut pallas mereka dicuri semasa di sekolah agama...bukan rezeki namanya.


Dan Untuk Tahun hadapan Kasut Jenama  Pallas menjadi pilihan mereka sekali lagi.Ini kerana Kasut sekolah pallas sangat sesuai dan pilihan tepat semua ibubapa kerana ciri-ciri yang ada pada kasut Pallas itu sendiri:-



  • mempunyai getah bahagian dalam kasut yang lebih melantun - bahagian dalam kasut sangat empuk dan amat sesuai sekiranya perlu berdiri lama kerana bahagian dalam. Kasut menyokong kaki anak-anak dan kaki anak takkan merasa sakit
  • Lebih selesa digunakan ..rekaan kasut pallas yang terkini memang selasa datang dengan 2 rekaan satu jenis kanvas dan syenthetic leader mengikut pilihan masing-masing
  • sangat sesuai untuk penggunaan secara aktif sepanjang di sekolah..macam yang mv cakap tadi bahagian dalam kasut membolehkan anak-anak selesa walaupun perlu bergerak aktif sepanjang disekolah
  • Ditambah pula design baru yang lebih luas -kaki kanak-kanak lebih luas jadi ruang dalaman kasut adalah lebih baik dan selesa. Peredaran udara dapat berjalan baik. 

See ini kasut pallas jenis kain dan bertali pilihan haikal. anak-anak mesti suka sebab dia ringan dan takkan buat kaki anak berpeluh sebab pengudaraannya baik..



Yeahhh ini pula kasut pilihan ayu dan wani..mereka pilih yang jenis PU dan bertali .. Senang kata mereka kalau kena air tak basah. .mahu cuci pun senang tak payah berus just lapkan dengan kain ....



Kasut pallas ini bukan hanya datang dalam warna hitam Tetapi  warna putih juga..kamu boleh membuat  pilihan namun kasut warna putih hanya kasut jenis kain sahaja

Sekiranya anda berminat untuk membeli kasut Pallas untuk anak-anak kamu.Kamu boleh dapatkan kasut sekolah Pallas melalui BACK TO SCHOOL PROMO di pusat jualan terpilih seperti di TESCO,MYDIN,AEON untuk semenanjung Malaysia 

Kalau di Sabah kamu  boleh dapatkan kasut Pallas pilihan anda  Di Servay dan kedai-kedai yang terpilih.Bagi yang tiada masa untuk berjalan kamu boleh membuat pembelian secara online di https://pallas.com.my/.



Jangan lepaskan peluang ,mari kembali ke sekolah dengan Kasut Pallas.












3 comments: