All About Love: zan zarida
Showing posts with label zan zarida. Show all posts
Showing posts with label zan zarida. Show all posts

Tuesday, December 5, 2017

Review novel:Saya cup hati awak!- Zan Zarida

11:11 AM
Review novel:Saya cup hati awak!- Zan Zarida
Assalammualaikum

"Andai cinta sudah menyapa,jiwa dan raga sudah tak terbendung lagi"

Saya Cup Hati Awak!!

Juita dan Jeffrey..tidak kenal tetapi terikat kerana satu lamaran yang tak tersengaja dan yang mnerima pun tidak sengaja menerima.

Juita...pemilik syarikat pembinaan tetapi tidak mendedahkan siapa dia yamg sebenarnya..di tambah lagi apabila abang sendiri merendah2kan dan menghina dia.

Satu persamaan mereka adalah mereka berdua tidak sehaluan dengan ayah mereka.Kenapa?layanan yg ayah juita berikan membuat dia beranggapan dia tak disayang padahal sebaliknya..

Jeffrey pula membenci ayah sendiri tanpa mengetahui kebenarannya.sedangkan kebenaran itu ada pada isterinya.

Apa hubungan Benjamin Lai dengan juita?kenapa juita merahsiakan apa yang dia miliki.Kenapa abg juita sangat membenci dia?

korang baca novel ni..mv suka jalan ceritanya kerana ia bukan sekadar cinta

Read More

Saturday, December 2, 2017

Review novel Aduhai bos bertuah!!! Zan zarida

2:55 PM
Review novel Aduhai bos bertuah!!! Zan zarida

Assalammualaikum

"Andai ada benci mengapa sempat merindu"

kecewa dengan cinta yang tak memberi bahagia.Akhirnya dian bersetuju dengan pilihan keluarga untuk dikahwinkan dengan bekas tunangnya.

tanpa cinta Dian dan Zamil berkahwin dan membina keluarga mereka sekaligus menyintai satu sama lain walaupun perkahwinan mereka dibina tanpa cinta.

Satu peristiwa membuatkan Dian menghilang sekaligus membuatkan hidup zamil merana.Kenapa dian pergi tanpa mendengar penjelasan.

Ida terpaksa mengupah asmidar untuk mengurat bos gedang aka zamil tapi jangan sampai jatuh cinta.dalam masa yg sama asmidar sebenarnya teman rapat dian.

konflik makin bertambah apabila danish kembali menagih cinta dari dian yg masih isteri orang...

satu rahsia yang terungkai akhirnya menyelamatkan rumah tangga dian dan zamil!!

apa rahsianya ..korang kena baca

Read More

Thursday, November 9, 2017

Koleksi Novel Tulisan Zan Zarida

12:16 PM
Koleksi Novel Tulisan Zan Zarida
Assalammualaikum...

5 koleksi zan zarida
Menambah koleksi novel MV di rumah dengan novel tulisan kak Zan Zarida...kak Zan zarida offer baik punyer untuk 3 buah novel RM50.00 siapa tak nak kan...MV beli 3 novel dia yang bertajuk :-

  1. Aduhai,bos bertuah 
  2. saya cup hati awak!
  3. kekasihku jangan marah
3 Novel RM50.00
Dengan itu MV ada kesemua novel tulisan beliau...dekat rumah ada 5 judul :-
  1. Aduhai,bos bertuah 
  2. saya cup hati awak!
  3. kekasihku jangan marah
  4. 'dia' my love
  5. alahai mat salih 
lagi satu judul ada di library tempat MV kerja :-

  1. mas kahwinku rm22.50
Kalau korang berminat nak dapat novel beliau boleh berhubung dengan beliau di Facebook Zan Zarida..baca novel tulisan beliau pastinya mencuit hati dan mudah difahami ceritanya///
Read More

Thursday, September 7, 2017

Penulis Zan Zarida

2:39 PM
Penulis Zan Zarida
Assalammualaikum...





Review Novel Alahai Mat Salih! ...pagi tadi buka Facebook nampak ada yang add.. bila tengok nama Zan Zarida...Mv jadi excited...wow penulis novel add MV...terharu...tak sangka tau...

MV memang suka dengan tulisan dia..walaupun baru baca 2 buah novel beliau..tapi MV suka..sebab jalan cerita yang simple dan dantai tue tak menyerabutkan kepala untuk berfikir...

No automatic alt text available.
Sumber dari Zan Zarida
Beliau sudah ada 6 buah novel..MV baru baca 2 buah...novel terbaru beliau 'Dia" My LOve...MV suka covernya....dan jalan ceritanya pun menarik....Promosi bila pre-order novel ni dari beliau..dia akan bagi novel alahai mat salih sebagai cenderahati...bestkan....tapi MV dah ada alahai mat salih...

Image may contain: one or more people
Sumber dari Zan Zarida
so nak cari jugalah novel terbaru beliau ni...Terima kasih sudi add MV..
Read More

Tuesday, September 5, 2017

Review: Alahai, Mat Salih!

2:13 PM
Review: Alahai, Mat Salih!
Alahai, Mat Salih!

Alahai, Mat Salih! by Zan Zarida
My rating: 5 of 5 stars

Alkisahnya mencari cinta pandang pertama...hanya berpandu sekeping gambar tanpa mengetahui nama dan keberadaannya di mana.Mat Salih fasih berbahasa Melayu namun kadang tak memahami apa yang didengar.


Zafri si Mat Salih yang mendambakan Aira sebagai teman hidupnya...Si bunga yang dipuja rupanya berada di depan mata.Takdir menguji mereka...dah di depan mata nak kejar pun payah..Aira gadis keras kepala,panas baran dan kepala angin ...


Lari dari Lokman duda anak 3..akhirnya mempertemukan jodoh aira dan zafri...Dalam satu majlis yang akad nikah yang betul betul simple..ambik kau sekali nikah kat pejabat agama dek desakan Abang Long Aira...


Bila dah berumahtangga adui susahnya lah nak pikat isteri yang ada depan mata...sungguh dia gila bayang dengan isteri sendiri..Sofea si anak kecil mengeratkan lagi hubungan mereka.Kenapa begitu mudah aira menerima Sofea berbanding Zafri...


Satu rahsia yang Aira simpan..Satu Amanah yang Zafri pikul.Namun ianya berkait rapat antara Zafri,Aira dan sofea!!


Apa rahsia yang Aira simpan?Amanah apa yang Zafri pikul?baca novel ni untuk tau kesudahan kisah cinta Mat Salih dan Si Bunga Aira


View all my reviews



(**MV beli novel ni dari Blogger sha...harga yang sangat berpatutan..)
Read More