SKim Gaji Baru Polis Dan Tentera - All About Love

Monday, March 11, 2013

SKim Gaji Baru Polis Dan Tentera

Assalammualaikum...

Hari  ini YAB Perdana Menteri dijangka akan  mengumumkan skim gaji baru &  kenaikan pangkat anggota  polis & tentera.Berita gembira ini bakal diumumkan pada MAPPA 2013 .



“Selain tangga gaji dan peluang kenaikan pangkat yang setimpal dengan tempoh perkhidmatan, kami berharap elaun sampingan sep erti elaun keraian, kenderaan dan logistik mendapat perhatian kerajaan kerana tugas kami bukan sekadar menyiasat kes, malah pelbagai tugasan yang boleh membahayakan nyawa,” katanya semalam. 

Untuk PDRM difahamkan, cadangan tangga gaji bagi Konstabel (N17) ialah RM1,013 hingga maksimum RM2,613.61 bagi P1, manakala P2 (RM1,0851.56 – RM2,681.56), P3 (RM1,151.46 – RM2,751.46) manakala Lans Koperal (N22) antara RM2,164.44 – RM3,321.99 bagi P1 dan P2 (RM2,325.10 - RM3,657.02). 
Untuk Koperal (N26) pula antara RM2,482.33 – RM3,496.05 bagi P1 dan P2 (RM2,719.90 – RM3,815.70). Bagi Sarjan N29 (lantikan) ialah antara RM1,710.39 hingga RM4,335.62. 

Penyelarasan gaji pegawai kanan PDRM pula dijangka Gred 41 bagi Inspektor, Asisten Superintendan (ASP) 44, Deputi Superintendan (DSP) 46; Superintendan 48 dan Asisten Komisioner (ACP) 52. 

Sumber itu berkata, pengiktirafan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan tepat pada masanya memandangkan ada agensi dan jabatan lain serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terlebih dulu memperoleh manfaat daripada skim perkhidmatan awam.(SUMBER berita Harian)

Kalau betul akan diumumkan skim gaji baru polis & tentera..jangan ada yg iri hati @ pertikaikannya.....

20 comments:

  1. kalau naik, syukur Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. kalau naik.. syukur Alhamdulilah.. tapi biarlah askar yg naik gaji.. gaji dari dulu sangat2 rendah.. tak berbaloi dgn tugas mereka..huhuhu

    ReplyDelete
  3. akak tgk live nih pun putus2 la...huhuhu

    ReplyDelete
  4. A'aa betoi tu, jgn ada yg pertikai.. duk tingat apa yg dorg wat kat lahad datu tu, mmg rasa layak sbb dorg berkorban nyawa utk kita..

    ReplyDelete
  5. untunglah mereka ye ! baguslah mereka ni dihargai atas jasa2

    ReplyDelete
  6. Kalau bole biarlah saksama. sebab semuanya menyumbang kepada pembangunan negara.

    ReplyDelete
  7. Sudah selayaknya untuk mereka kan..

    ReplyDelete
  8. Ros pun ada up entry tentang ni..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...rezeki mereka... untung la kan bg yg keje kjaan ni..

    ReplyDelete
  10. fuhh best gila tgk angka gaji..haha

    ReplyDelete
  11. Alhamdulilah dapat rezeki naik gaji sesuai dengan tugas dan amanah yang dijalankan berat dan perlu komited

    mselim3

    ReplyDelete
  12. kakitangan yg lain pown akan dinaikan secara berperingkat kannn....untung laaaaaa

    lps ni, jgn ada harga brg yg naik.

    ReplyDelete