All About Love: berita semasa
Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan 2012

9:14 AM
Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan 2012
Assalammualaikum.

Semalam berlangsung Majlis Anugerah Sukan Negara 2012 dan tahniah MV ucapkan pada Datuk Lee Chong Wei dan Penerjun muda dari Sarawak Pandelala Rinong kerana dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati kebangsaan 2012.

Rezeki anak Datuk LCW nampaknya...Daddy Kingston Lee Sendiri mengakui yang anugerah ini adalah rezeki anak yang baru lahir...

Tahniah buat mereka berdua...Dan MV kongsikan pemenang untuk Majlis Anugerah Sukan Negara 2012 yang berlangsung semalam:

Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2012
Olahragawan Kebangsaan: Lee Chong Wei (Badminton)
Olahragawati Kebangsaan: Pandelela Rinong (Terjun)
Pasukan Lelaki Kebangsaan: Skuad hoki remaja
Pasukan Wanita Kebangsaan: Skuad skuasy wanita
Olahragawan Paralimpik Kebangsaan: Hasihin Sanawi (Memanah)
Olahragawati Paralimpik Kebangsaan: Tiada pemenang
Jurulatih Lelaki Kebangsaan: Rashid Sidek (Badminton)
Jurulatih Wanita Kebangsaan: Tiada pemenang
Anugerah Kepimpinan Sukan: Datuk Seri Paul Mony Samuel (Bola sepak) dan Datuk Abu Samah Wahab (Berbasikal)
Anugerah Tokoh Sukan: Tan Sri Elyas Omar
Anugerah Khas: Ng Chow Seng (Angkat berat) dan Zulfahmi Khairuddin (Permotoran)



Tahniah buat semua pemenang!!terus majukan sukan Untuk negara!!!
Read More

Tuesday, April 16, 2013

Artikel 88 Bakal Diubah Ogos Ini

11:19 AM
 Artikel 88 Bakal Diubah Ogos Ini
Assalammualaikum...



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang cukup digeruni kerana Artikel 88.Artikel 88 telah lulus untuk dipinda menjelang Kongres badan induk bola sepak negara  pada pertengahan Ogos ini. 


Pindaan itu antara lain ialah selain Presiden dan Setiausaha Agung, pegawai-pegawai lain yang dibenarkan EXCO juga boleh memberi sumbangan kepada media tetapi dengan kawalan dan garis panduan tertentu," Datuk Afandi Hamzah, Naib Presiden FAM

“Artikel 88 tetap kekal, cuma kita bersetuju untuk memindanya dengan memberi ruang kepada pegawai lain juga untuk membuat sumbangan media,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah selepas mesyuarat EXCO semalam.

“Pindaan itu antara lain ialah selain Presiden dan Setiausaha Agung, pegawai-pegawai lain yang dibenarkan EXCO juga boleh memberi sumbangan kepada media tetapi dengan kawalan dan garis panduan tertentu.

“Kami juga akan menghantar garis panduan kepada ahli gabungan berkenaan pindaan statut ini supaya pada masa depan tidak lagi terjadi kekeliruan terutama dalam memberi kenyataan kepada media.”

Artikel 88 sedia ada mendapat kritikan banyak pihak selepas beberapa pegawai tinggi FAM dan ahli gabungannya, dikenakan hukuman gantung, denda dan dilarang terbabit dalam aktiviti bola sepak kerana didapati bersalah mengkritik badan induk itu. 

**Akhirnya Artikel 88 bakal di ubah juga...lepas ni FAM kena terbuka menerima pandangan dan pendapatlah...
Read More

Wednesday, April 10, 2013

Pilihan Raya Umum ke-13 05.Mei.2013

4:05 PM
Pilihan Raya Umum ke-13 05.Mei.2013
Assalammualaikum..

Akhirnya tarikh yang MV nantikan akan tiba jua..05 mei 2013...telah diumumkan tarikh mengundi untuk Pilihanraya Umum yang ke-13(PRU 13)....Ya 05.mei 2013 jatuh pada hari ahad...

Pastinya MV semakin Excited..hehehe...tak sabar rasanya nak pangkah..dan tak sabar nak kena calit dengan dakwat hitam yang kekal sehingga 2 minggu...Nah siapa yang cukup umur tue pegilah mengundi...

macam lagu nabil"mari lah mari pergi mengundi..."hehe..pastinya kempen telah bermula...dan pastinya berkibar bendera di tepi jalan..dengan dacingnya...dengan bulan...roket dan lambang mata 1...

Tapi kalau di Sabah ni pastinya orang akan sebut"ini kalilah"..dan ada juga yang pasang kain rentang"bangunan untuk sabah..."macam-macamlah...meriah juga..tapi kalau boleh berkempen tu jangan sampai memecah belahkan ukhwah kita yang sedia terjalin//

Paling penting sila set tarikh 05 MEI 2013 ni mana-mana..takut2 ada yang lupa...ok 05.mei 2013 tau..jangan lupa..

**saya dah besar jadi kena pergi mengundi(**tiru iklan)
Read More

Thursday, April 4, 2013

TUNKU ISMAIL LETAK JAWATAN PRESIDEN PBNJ

2:34 PM
TUNKU ISMAIL  LETAK JAWATAN PRESIDEN PBNJ
Assalammualaikum,,,,

MV DAPAT KOMEN DR SUKMA HARON,,,KATANYA TMJ LETAK JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN PBNJ..MV TERKEJUT JUGA NI..MMG KEJUTAN WHY KMJ????MESTI PEMINAT DAN PENYOKONG JOHOR DT KECEWA KAN,.

ADAKAH DISEBABKAN KONTROVERSI YG MELANDA TMJ??TMJ DIKENAKN HUKUMAN 6 BULAN GANTUNG PERLAWANAN OLEH FAM KERANA MEMPERTIKAIKN KEPUTUSAN PENGADIL,,,

DAN BARU2 INI TIMBUL PULA KONTROVERSI  TMJ DUDUK DI BANGKU PEMAIN SIMPANAN KETIKA JOHOR DT BERTEMU TERENGGANU,,,

HARI NI TMJ MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN PBNJ..PERLETAKKAN JAWTN ITU BERKUAT KUASA SEMALAM,,,KEPUTUSAN ITU DIBUAT SETELAH MENDAPAT PERKENAN DARIPADA AYAHANDA NYA IAITU SULTAN JOHOR,,,

INI KERANA TMJ MERASA AGAK SUKAR MENJADI PRESIDEN PBNJ KERANA PADA MASA YANG SAMA ADALAH TENGKU MAHKOTA JOHOR..YANG MANA SELALU TERIKAT DENGAN UNDANG2 DAN PERATURAN FAM...

NAMUN TUNKU ISMAIL MASIH AKAN BERSAMA PBNJ TETAPI SEBAGAI PENAUNG PERSATUAN.

APAPUN KEPUTUSAN TUNKU ISMAIL YANG MV PASTI RAKYAT JOHOR DAN PENYOKONG JOHOR DT AKAN TETAP SAYANG PADA TMJ....

SAYANG TUNKU ISMAIL...MAJULAH JOHOR DT...

**credit untuk berita harian
Read More

Wednesday, April 3, 2013

Palimen Bubar Hari INi 03.04.2013

11:55 AM
Palimen Bubar Hari INi 03.04.2013
Assalammualaikum...


“Saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi & baginda berkenan agar Parlimen ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini.”

“Pembubaran ini sekali gus memberi laluan kepada . Pilihan raya pertama yang diadakan di negara ini adalah pada tahun 1959.”

“Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen & Raja Berperlembagaan. Kuasa mutlak utk memilih Kerajaan berada di tangan rakyat”

“Setiap parti yang terlibat perlulah bertanggungjawab & sama-samalah kita menjaga integriti proses pilihan raya di negara ini.”




Parlimen dibubarkan pada hari ini 03.04.2013 menurut sumber daripada Twitter PM...dan PRU ke-13 akan diadakan...

Yeah Saya pilih mengundi(**ada kena mengena kah??)



Read More

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen BUbar Esok???

12:44 PM
Parlimen BUbar Esok???
Assalammualaikum...

Parlimen akan dibubarkan seawal esok..MV dengar2 bisik dulu Parlimen akan bubar dalam sebelum 4.04.2013..dan tadi baca berita harian DI SINi...

Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. 


Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. 

jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. 

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. (baca lebih lanjut di SINI)


Esok 03.04.2013...betul atau tak Parlimen bubar esok sama2 kita tgu esok..hehehe..sila jangan excited sangat ya MV(**first time mengundi...umur dah 28..sebab lambat daftar mengundi..lagipun masa tue kat tangkak lagi.hehe)...Sila jangan ikut mcm MV ok..
Read More

Tuesday, March 26, 2013

Perlawanan Amal Malaysia Vs Palestin-26.03.2013(selasa)

10:17 AM
Perlawanan Amal Malaysia Vs Palestin-26.03.2013(selasa)
Assalammualaikum..
 
Hari ni 26.03.2013(selasa) akan ada perlawanan amal antara Malaysia Vs Palestin bertempat di Stadium Darul Makmur pada jam 8.45 malam...

Perlawanan amal ni bagi mengutip dana untuk tabung Saudara kita di Palestin Dan juga untuk tabung Wira Lahad Datu..Tiket RM 20.00(Dewasa),Rm10.00(kanak 12 tahun ke bawah)...Dan VIp RM150(kalau tak silap)

Target untuk kutipan adalah sebanya RM1 juta..BAh pada yang berada di Pahang jom kita beramal dan sambil tengok Harimau Malaya...
 
**curi2 update tengah jadi urusetia  Mesyuarat Perhubungan Ketua2 Jabatan

 
Read More

Koperasi Sektor Awam 1Malaysia(KSA1M)

12:30 AM
Koperasi Sektor Awam 1Malaysia(KSA1M)
 Assalammualaikum..

Pernah dengar pasal  Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M)??MV baru dengar hari ni(**Buli buli ar)..Presiden Cuepacs,Datuk Omar Osman menyarankan agar KSA1M mewujudkan skim pinjaman mudah untuk penjawat awam.

Cadangan ini adalah bagi mengelakkan penjawat awam daripada membuat pinjaman drpd Along @ agensi pinjaman wang yang mengenakan faedah yang tinggi dan membebankan.Memang kalau terdesak kadang2 sampai pinjam along,,

"Skim pinjaman ini sesuai untuk perkara seperti kematian, persekolahan anak dan memperbaharui cukai jalan yang membolehkan peminjam memperoleh wang segera tanpa penjamin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung pertama KSA1M di Wisma CUEPACS di sini, hari ini. (tau2 jer Presiden cuepacs ni...bab renew roadtax sgt setuju)

Omar berkata, melalui skim itu, penjawat awam misalnya boleh meminjam maksimum RM2,000 dengan tempoh bayaran balik selama tiga hingga enam bulan melalui potongan gaji.(Potongan gaji oklah..tak sedar tup2 dah nak habis bayar tapi lepas tue buat lagi pinjaman..hahahaa)

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Saripuddin Kasim.

Dalam pada itu, Omar menggesa semua penjawat awam menjadi anggota KSA1M untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Sehingga kini, 200 penjawat awam sudah mendaftar sebagai anggota koperasi itu. (MV pun x daftar lagi..mcm mn nak daftar tue?)

Dalam pada itu, beliau berkata KSA1M akan mengendalikan dua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) iaitu di Bandar Tun Razak di sini dan Presint 16, Putrajaya selain peruntukan RM1.3 juta yang disalurkan KPDNKK untuk tujuan itu. Omar berkata, kedua-dua kedai dan peruntukan itu akan diserahkan secara rasmi April ini.

KSA1M ditubuhkan Februari tahun lalu dan keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja itu.

Ada sesiapa yang sudah jadi ahli KSA1M ni??atau ada yang pernah dengar??Ataupun baru first time dengar??
Read More

Monday, March 25, 2013

Pusat Internet 1Malaysia(PL1M) di Pantai Dalam

7:30 PM
Pusat Internet 1Malaysia(PL1M) di Pantai Dalam
Assalammualaikum...

Menarik bila MV terbaca di Berita harian tantang Pusat Internet 1Malaysia(PL1M)..PL1M pertama di Malaysia yang beroperasi di Projek Perumahan Rakyat Seri Pantai, Kerinchi, Pantai Dalam...

Dilancarkan oleh Datuk Rais Yatim Bersama  Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.PI1M di bandar adalah sebahagian inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2013 untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah di bandar menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi selain perkhidmatan lain seperti latihan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). 

Sebanyak 100 PI1M bandar akan dibina dalam dua fasa tahun ini. Selain kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan WiFi dan latihan ICT juga akan disediakan melalui PI1M bandar. bah harap2 di Sabah ni adalah kena bina PL1M..barulah nda payah guna broadband(Tapi line lajukah???hehehe..jangan marah..)

Bagi perkhidmatan WiFi, pengguna hanya perlu membayar yuran pendaftaran RM5 untuk menggunakannya manakala perkhidmatan internet di PI1M adalah percuma untuk 30 minit pertama dan setiap sejam berikutnya dicaj RM1 dan 50 sen masing-masing untuk dewasa dan kanak-kanak. Nah murah sudah ni...berharap ni ada di Sabah..nah dua kali sudah mention..hehehe



Read More

Friday, March 15, 2013

Hanya ATM Yang Bersalah

9:03 AM
Hanya ATM Yang Bersalah
Assalammualaikum...

Semalam MV update pasal Pemain ATM mengaku bersalah atas pertuduhan insiden pergaduhan antara ATm Vs Selangor pada pusingan pertama piala FA di SINI..

Dan hari ni MV baca suratkhabar hanya pemain ATM yang dikenakan surat pertuduhan kerana FAM mendapati bukti-bukti berkaintan insiden pergaduhan hanya membabitkan pemain ATM.

FAS mendakwa mereka tidak menerima surat Pertuduhan daripada FAM seperti mana yang di katakan semalam.

Nampaknya hanya Pemain ATM yang bersalah.Adilkah?sedangkan yang memulakan insiden ni adalah Pemain selangor Afiq Azmi dimana Afiq melakukan provokasi  di depan bangku simpanan ATM selepas wisel penamat.

Tabung HAW




Read More

Thursday, March 14, 2013

ATM Mengaku Salah

11:20 AM
ATM Mengaku Salah
Assalammualaikum...

Pemain bola sepak ATM mengaku bersalah di atas insiden pergaduhan perlawanan pusingan pertama piala Fa 2013..Baca SIni..

FAM mengeluarkan surat pertuduhan kepada 5 pemain ATM  iaitu

  1. Hairuddin omar
  2. Shukor adan
  3. R surendren
  4. mohd fitri omar
  5. G jeevantahan(**penjaga gol simpanan)
Tiga drpd mereka telah membalas surat pertuduhan dgn mengaku bersalah & 2 lagi mengaku tidak bersalah.

Tapi lain pula di pihak Selangor..kesemua pemain yg dikenakan surat pertuduhan tidak membals surat tersebut & diam membisu....Sedangkan Pemain ATM akan di bawa ke mesyuarat.

Apakah Pemain Selangor mempunyai keistimewaan??dengan tidak membalas surat pertuduhan mereka telah melakukan kesalah kedua...

Sama2 kita tnggu & lihat..Apakah hanya pemain ATM sahaja yg dikenakan Hukuman?ataupun sebaliknya?
Read More

Monday, March 11, 2013

SKim Gaji Baru Polis Dan Tentera

10:42 AM
SKim Gaji Baru Polis Dan Tentera
Assalammualaikum...

Hari  ini YAB Perdana Menteri dijangka akan  mengumumkan skim gaji baru &  kenaikan pangkat anggota  polis & tentera.Berita gembira ini bakal diumumkan pada MAPPA 2013 .



“Selain tangga gaji dan peluang kenaikan pangkat yang setimpal dengan tempoh perkhidmatan, kami berharap elaun sampingan sep erti elaun keraian, kenderaan dan logistik mendapat perhatian kerajaan kerana tugas kami bukan sekadar menyiasat kes, malah pelbagai tugasan yang boleh membahayakan nyawa,” katanya semalam. 

Untuk PDRM difahamkan, cadangan tangga gaji bagi Konstabel (N17) ialah RM1,013 hingga maksimum RM2,613.61 bagi P1, manakala P2 (RM1,0851.56 – RM2,681.56), P3 (RM1,151.46 – RM2,751.46) manakala Lans Koperal (N22) antara RM2,164.44 – RM3,321.99 bagi P1 dan P2 (RM2,325.10 - RM3,657.02). 
Untuk Koperal (N26) pula antara RM2,482.33 – RM3,496.05 bagi P1 dan P2 (RM2,719.90 – RM3,815.70). Bagi Sarjan N29 (lantikan) ialah antara RM1,710.39 hingga RM4,335.62. 

Penyelarasan gaji pegawai kanan PDRM pula dijangka Gred 41 bagi Inspektor, Asisten Superintendan (ASP) 44, Deputi Superintendan (DSP) 46; Superintendan 48 dan Asisten Komisioner (ACP) 52. 

Sumber itu berkata, pengiktirafan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan tepat pada masanya memandangkan ada agensi dan jabatan lain serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terlebih dulu memperoleh manfaat daripada skim perkhidmatan awam.(SUMBER berita Harian)

Kalau betul akan diumumkan skim gaji baru polis & tentera..jangan ada yg iri hati @ pertikaikannya.....
Read More

Thursday, March 7, 2013

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Baru

2:22 PM
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Baru
Assalammualaikum..

Hari ini diumumkan siapa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Yang Baru..Sebelum ini KPPA adalah Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang telah bersara pada 30 Jun 2012 akibat kegagalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA)....

Dan Mulai 1 julai 2012...jawatan  KPPA dipangku oleh Datuk Farida Mohd Ali...Datuk Faridah Mohd Ali adalah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Pembangunan)..Dan pada Amanat KSN 2013 ada yang bertanya Kenapa susah sangat untuk melantik KPPA yang baru..

Tadi MV balik umah jap....tengok berita TV3...Dan diumukan KPPA yang baru iaitu DATO' MOHAMAD ZABIDI ZAINAL bekas ketua pengarah Mampu ...


ambil dr Mampu 
Maka terjawab sudah persoalan..dan berakhir sudah penantian..Dan inilah KKPA kita Yang baru....Selamat Bertugas....
Read More

Apa NAsib Tunku Ismail Sultan Ibrahim??

12:29 PM
Apa NAsib Tunku Ismail Sultan Ibrahim??
Assalaammualaikum...


Ekoran daripada entry NI...Iaitu tindakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membidas mutu pengadilan Liga Malaysia yang dikategorikan dalam kategori tidak profesional ketika Johor DT Vs Lion xii....Dan menuntut agar FAM memperbaikinya...

Tindakan Tunku Ismail itu menjadikan dirinya sebagai "mangsa" peraturan Artikel 88 FAM..sama seperti yg pernah terjadi pada Tan Sri Annuar MUsa Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan

Nasib Tunku Ismail akan diketahui hari ini,Sama ada Tunku ismail Dikenakan hukuman @ terlepas drpd peraturan Artikel 99 FAM....Sama2 kita tunggu nnt..

Dan Johor darul takzim juga berdepan Pertuduhan akibat peyokong mereka menyalakan saur & membakar mercun ketika perlawanan menentang N.9....

DUa keputusan ni ditunggu2 oleh penyokong bola sepak Malaysia...baru2 ni Terengganu didenda RM50,000....Nasib Johor DT pula mcm mn????

Dan apa kesudahan Insiden Gaduh ATm & selangor pada perlawanan pusingan pertama Piala FA 2013
Read More