All About Love: Ogos ini
Showing posts with label Ogos ini. Show all posts
Showing posts with label Ogos ini. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Artikel 88 Bakal Diubah Ogos Ini

11:19 AM
 Artikel 88 Bakal Diubah Ogos Ini
Assalammualaikum...



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang cukup digeruni kerana Artikel 88.Artikel 88 telah lulus untuk dipinda menjelang Kongres badan induk bola sepak negara  pada pertengahan Ogos ini. 


Pindaan itu antara lain ialah selain Presiden dan Setiausaha Agung, pegawai-pegawai lain yang dibenarkan EXCO juga boleh memberi sumbangan kepada media tetapi dengan kawalan dan garis panduan tertentu," Datuk Afandi Hamzah, Naib Presiden FAM

“Artikel 88 tetap kekal, cuma kita bersetuju untuk memindanya dengan memberi ruang kepada pegawai lain juga untuk membuat sumbangan media,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah selepas mesyuarat EXCO semalam.

“Pindaan itu antara lain ialah selain Presiden dan Setiausaha Agung, pegawai-pegawai lain yang dibenarkan EXCO juga boleh memberi sumbangan kepada media tetapi dengan kawalan dan garis panduan tertentu.

“Kami juga akan menghantar garis panduan kepada ahli gabungan berkenaan pindaan statut ini supaya pada masa depan tidak lagi terjadi kekeliruan terutama dalam memberi kenyataan kepada media.”

Artikel 88 sedia ada mendapat kritikan banyak pihak selepas beberapa pegawai tinggi FAM dan ahli gabungannya, dikenakan hukuman gantung, denda dan dilarang terbabit dalam aktiviti bola sepak kerana didapati bersalah mengkritik badan induk itu. 

**Akhirnya Artikel 88 bakal di ubah juga...lepas ni FAM kena terbuka menerima pandangan dan pendapatlah...
Read More