All About Love: Parlimen bubar seawal esok
Showing posts with label Parlimen bubar seawal esok. Show all posts
Showing posts with label Parlimen bubar seawal esok. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen BUbar Esok???

12:44 PM
Parlimen BUbar Esok???
Assalammualaikum...

Parlimen akan dibubarkan seawal esok..MV dengar2 bisik dulu Parlimen akan bubar dalam sebelum 4.04.2013..dan tadi baca berita harian DI SINi...

Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. 


Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. 

jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. 

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. (baca lebih lanjut di SINI)


Esok 03.04.2013...betul atau tak Parlimen bubar esok sama2 kita tgu esok..hehehe..sila jangan excited sangat ya MV(**first time mengundi...umur dah 28..sebab lambat daftar mengundi..lagipun masa tue kat tangkak lagi.hehe)...Sila jangan ikut mcm MV ok..
Read More