All About Love: penjawat awam
Showing posts with label penjawat awam. Show all posts
Showing posts with label penjawat awam. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Koperasi Sektor Awam 1Malaysia(KSA1M)

12:30 AM
Koperasi Sektor Awam 1Malaysia(KSA1M)
 Assalammualaikum..

Pernah dengar pasal  Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M)??MV baru dengar hari ni(**Buli buli ar)..Presiden Cuepacs,Datuk Omar Osman menyarankan agar KSA1M mewujudkan skim pinjaman mudah untuk penjawat awam.

Cadangan ini adalah bagi mengelakkan penjawat awam daripada membuat pinjaman drpd Along @ agensi pinjaman wang yang mengenakan faedah yang tinggi dan membebankan.Memang kalau terdesak kadang2 sampai pinjam along,,

"Skim pinjaman ini sesuai untuk perkara seperti kematian, persekolahan anak dan memperbaharui cukai jalan yang membolehkan peminjam memperoleh wang segera tanpa penjamin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung pertama KSA1M di Wisma CUEPACS di sini, hari ini. (tau2 jer Presiden cuepacs ni...bab renew roadtax sgt setuju)

Omar berkata, melalui skim itu, penjawat awam misalnya boleh meminjam maksimum RM2,000 dengan tempoh bayaran balik selama tiga hingga enam bulan melalui potongan gaji.(Potongan gaji oklah..tak sedar tup2 dah nak habis bayar tapi lepas tue buat lagi pinjaman..hahahaa)

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Saripuddin Kasim.

Dalam pada itu, Omar menggesa semua penjawat awam menjadi anggota KSA1M untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Sehingga kini, 200 penjawat awam sudah mendaftar sebagai anggota koperasi itu. (MV pun x daftar lagi..mcm mn nak daftar tue?)

Dalam pada itu, beliau berkata KSA1M akan mengendalikan dua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) iaitu di Bandar Tun Razak di sini dan Presint 16, Putrajaya selain peruntukan RM1.3 juta yang disalurkan KPDNKK untuk tujuan itu. Omar berkata, kedua-dua kedai dan peruntukan itu akan diserahkan secara rasmi April ini.

KSA1M ditubuhkan Februari tahun lalu dan keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja itu.

Ada sesiapa yang sudah jadi ahli KSA1M ni??atau ada yang pernah dengar??Ataupun baru first time dengar??
Read More

Tuesday, March 12, 2013

87 Elaun akan dikaji semula

8:00 PM
87 Elaun akan dikaji semula
Assalammualaikum...

 87  elaun termasuk elaun bantuan sara hidup (COLA) akan dikaji semula  serentak  dengan penambahbaikan 22 skim perkhidmatan awam.(**skim gred jawatan MV adakah??)

Penambahbaikan dijangka siap sebelum hujung tahun ini dan akan diumumkan sama ada pada akhir November atau awal Disember ini.(**kita tgu jelah kan....skg ni buat keja kita jelah)




Read More