"Halal:Bukan Sekadar Logo" - All About Love

Friday, March 15, 2013

"Halal:Bukan Sekadar Logo"

Assalammualaikum....

Semalam MV tengok Forum Perdana ehwal Islam.Tajuk menarik malam tadi,"Halal:Bukan Sekadar Logo".Bersiaran langsung dari Amanjaya Mall sempena "Karnival Halal Kedah 2013" 14-16 Mac 2013.

Ada tiga orang Finalais yg dijemput semalam

  1. Mufti Ngeri Kedah
  2. Wakil Pengurusan Syariah & Pemantuan Halal KFC
  3. Wakil Jakim
MV kongsikan apa yang MV dapat daripada program semalam untuk panduan kita sebagai umat Islam dalam mencari benda2 yang halal untuk dimakan & dipakai.

  1. Tanggungjawab mencari benda yang halal.

  • Siapa yang bertanggungjawab mencari benda yang halal.Adakah individu atau kerajaan?Halal adalah wajib dan difardhukan oleh agama Isalam kepada setiap Individu yang muslim,pemmerintah dan merupakan tanggungjwab agama.
  • Allah swt mengwajibkan setiap muslim memastikan apa yang dia makan minum dan segalanya adalah halal.
  • halal dalam Islam bukanlah sekadar makan minum tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan.Contohnya:dalam berpasangan mestilah yang halal iaitu dengan pernikahan.
  • isu halal sudah tidak diambilkira oleh umat islam sekarang namun semua bertanggungjawab dalam mencari benda-benda yang halal dalam kehidupan.
     2. Formula Pensijilan halal JAKIM diguna pakai di seluruh dunia.
  • Sistem pensijilan halal yang sistematik Jakim mendapat perhatian seluruh dunia kerana mempunyai standard yang tersendiri
  • Allah memuliakan semua umat isalam sehingga makan & minum pun diletakkan hukum.
  • Standard halal Malaysia-segala hukum yang difardhukan drpd dalam al-quran dan hadis.dan menjadi penanda aras di seluruh dunia bukan hanya negara isalam tetapi negara bukan islam juga turut mengamalkan standard halal Malaysia
  • Di Malaysia,konsep pensijilan diterajui oleh kerajaan tidak seperti negara lain.
  • 58 buah badan pensijilan halal diseluruh dunia diiktiraf.contohnya:mesir,sudan.
     3. Kesan sijil halal kepada produk dan kenapa orang bukan islam lebih ramai   menggunakan logo halal?
  • secara umumnya,pentingnya logo halal adalah meningkatkan jualan dan menyakinkan orang-orang yang beragama islam.
  • Logo halal adalah merupakan satu pencapaian dan pengiktirafan oleh Jakim yang mana memberi jaminan kepada masyarakat untuk menggunakan sesuatu produk  tanpa was was
  • halal haram bukan hanya tanggungjawab di dunia tetapi juga akan di bawa ke akhirat.
  • dominasi bukan islam dalam penggunaan sijil halal adalah kerana umat islam kurang berusaha dalam meningkatkan dan memperkembangkan ekonomi.
     4. Bagaimana untuk mengenalpasti logo halal sah ataupun palsu.
  • logo halal malaysia yang sah -halal ditengah,ada nama Malaysia,dan juga no rujukan 7 pendaftaran syarikat.yang mana boleh disemak dengan sms no rujukan ke 15888
  • dibelakang logo halal-bukan hanya bahan2 yang  dipantau,tetapi kebersihan,alatan pengankutan
      5. integriti pemilik sijil halal.
  • semangat islam yang kuat
  • pematuhan aspek halal
  • menetapkan beberapa SOP yang boleh dilihat oleh pihak berkuasa
  • KPIkan semua SOP.
     6. Adakah susah untuk menari yang halal
  • Islam itu ada yang tidak menyusahkan umatnya
  • namun tidak dibenarkan mengambil sikap sambil lewa dalam memastikan sesuatu benda itu halal atau tidak.
  • ibu bapa harus mendidik anak-anak mencari makanan yang halal seperti mana kita mendidik mereka solat.
  • selalu kita jumpa orang cari kedai makan yang murah tak sedap pun takpe,sedap yang mahal pun tak apa.
  • tapi jarang kita jumpa orang cari makanan yang halal.tidak kira lah sedap kah mahal yang penting halal.
  • "binasalah orang yang mendalam-dalamkan mengkaji sesuatu benda"
jika kamu ingin tau lebih lanjut mengenai halal boleh layai www.halal..gov.my .Ingatlah kesan memakan benda yang tidak halal akan diseksa dengan api neraka di akhirat kelak.Dan kesan didunia pula doa tidak mustajab.

MV kongsikan buat semua.segala kekurang adalah datang dari MV.sekadar berkongsi sesama muslim untuk dijadikan panduan.

10 comments:

  1. terima kaseh sudi berkongsi ye mv.. :)

    ReplyDelete
  2. hlal dr segi bhn..tmpt yg brsih semua faktor kna tgk kan..

    ReplyDelete
  3. Tapi sekarang banyak bende yang diragui status halalanya...

    ReplyDelete
  4. MV...forum perdana ye malam tadi...yg penting dalam taman syurgakan... macam okje kadang tu terbabs jugak hhee

    ReplyDelete
  5. Kena betul betul ambil tahu nie ttg logo n produk halal

    ReplyDelete
  6. nauzubillah minzalik.. moga kita terhindar dari makanan atau sesuatu yg haram... mende mcm ni mana bole buat main2..jadi darah daging kita nanti..huhu

    ReplyDelete
  7. best la tajuk. tak tengok pun. kalau bab2 halal ni mmg banyak yg tak tau @ ragu2.

    ReplyDelete
  8. =) thanks for sharing ths.. Sgt berguna for utk kite smua

    ReplyDelete