All About Love: agama
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Kahwin Yang Haram

2:30 PM
Kahwin Yang Haram
Assalammualaikum...

Kahwin Yang Haram???MV tengok satu rancangan di TV al-hijrah...kahwin yang haram..Bukan haram dari akad nikah atau status pasangan pengantin....MV ni tak arif nak bercakap soal agama...Tapi MV kongsikan buat semua...

Kata ustazah tue"kahwin yang haram ni bukan sebab akan nikahnya tak sah..tapi disebabkan perkahwinan itu yang berkait dengan perkara2 yang menjadikan ianya Haram"..UStazah bagi contoh mengenai belanja perkahwinan dalam soal makanan..

Katanya org sekarang lebih banyak berbelanja pada makanan dalam kenduri..sedangkan yang makan sikit tak habis buang..di situ sudah berlaku pembaziran..Pembaziran yang melampaui batas hukumnya adalah haram. Pembaziran kategori ini yang disebut di dalam Al-Quran sebagai saudara syaitan. 

Banyak lagi sebenarnya yang ustazah tue kongsikan cuma MV ambil bab pembaziran ni..sebab mmg berlaku dalam majlis perkahwinan sekarang..Bersederhanalah dalam mengadakan majlis perkahwinan...

Ada baiknya kerana duit yang lebih boleh digunakan untuk berbulan madu,beli keperluan rumah....

Read More

Friday, March 22, 2013

Doa Ketika Memulakan Kerja

7:00 AM
Doa Ketika Memulakan Kerja
Assalammualaikum..


Sumber Google
Salam jumaat..Mulakan kerja dengan DOa.Insyaallah semuanya akan jadi mudah.


Read More

Ayat Seribu Dinar

12:00 AM
Ayat Seribu Dinar

Friday, March 15, 2013

"Halal:Bukan Sekadar Logo"

10:17 AM
"Halal:Bukan Sekadar Logo"
Assalammualaikum....

Semalam MV tengok Forum Perdana ehwal Islam.Tajuk menarik malam tadi,"Halal:Bukan Sekadar Logo".Bersiaran langsung dari Amanjaya Mall sempena "Karnival Halal Kedah 2013" 14-16 Mac 2013.

Ada tiga orang Finalais yg dijemput semalam

  1. Mufti Ngeri Kedah
  2. Wakil Pengurusan Syariah & Pemantuan Halal KFC
  3. Wakil Jakim
MV kongsikan apa yang MV dapat daripada program semalam untuk panduan kita sebagai umat Islam dalam mencari benda2 yang halal untuk dimakan & dipakai.

  1. Tanggungjawab mencari benda yang halal.

  • Siapa yang bertanggungjawab mencari benda yang halal.Adakah individu atau kerajaan?Halal adalah wajib dan difardhukan oleh agama Isalam kepada setiap Individu yang muslim,pemmerintah dan merupakan tanggungjwab agama.
  • Allah swt mengwajibkan setiap muslim memastikan apa yang dia makan minum dan segalanya adalah halal.
  • halal dalam Islam bukanlah sekadar makan minum tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan.Contohnya:dalam berpasangan mestilah yang halal iaitu dengan pernikahan.
  • isu halal sudah tidak diambilkira oleh umat islam sekarang namun semua bertanggungjawab dalam mencari benda-benda yang halal dalam kehidupan.
     2. Formula Pensijilan halal JAKIM diguna pakai di seluruh dunia.
  • Sistem pensijilan halal yang sistematik Jakim mendapat perhatian seluruh dunia kerana mempunyai standard yang tersendiri
  • Allah memuliakan semua umat isalam sehingga makan & minum pun diletakkan hukum.
  • Standard halal Malaysia-segala hukum yang difardhukan drpd dalam al-quran dan hadis.dan menjadi penanda aras di seluruh dunia bukan hanya negara isalam tetapi negara bukan islam juga turut mengamalkan standard halal Malaysia
  • Di Malaysia,konsep pensijilan diterajui oleh kerajaan tidak seperti negara lain.
  • 58 buah badan pensijilan halal diseluruh dunia diiktiraf.contohnya:mesir,sudan.
     3. Kesan sijil halal kepada produk dan kenapa orang bukan islam lebih ramai   menggunakan logo halal?
  • secara umumnya,pentingnya logo halal adalah meningkatkan jualan dan menyakinkan orang-orang yang beragama islam.
  • Logo halal adalah merupakan satu pencapaian dan pengiktirafan oleh Jakim yang mana memberi jaminan kepada masyarakat untuk menggunakan sesuatu produk  tanpa was was
  • halal haram bukan hanya tanggungjawab di dunia tetapi juga akan di bawa ke akhirat.
  • dominasi bukan islam dalam penggunaan sijil halal adalah kerana umat islam kurang berusaha dalam meningkatkan dan memperkembangkan ekonomi.
     4. Bagaimana untuk mengenalpasti logo halal sah ataupun palsu.
  • logo halal malaysia yang sah -halal ditengah,ada nama Malaysia,dan juga no rujukan 7 pendaftaran syarikat.yang mana boleh disemak dengan sms no rujukan ke 15888
  • dibelakang logo halal-bukan hanya bahan2 yang  dipantau,tetapi kebersihan,alatan pengankutan
      5. integriti pemilik sijil halal.
  • semangat islam yang kuat
  • pematuhan aspek halal
  • menetapkan beberapa SOP yang boleh dilihat oleh pihak berkuasa
  • KPIkan semua SOP.
     6. Adakah susah untuk menari yang halal
  • Islam itu ada yang tidak menyusahkan umatnya
  • namun tidak dibenarkan mengambil sikap sambil lewa dalam memastikan sesuatu benda itu halal atau tidak.
  • ibu bapa harus mendidik anak-anak mencari makanan yang halal seperti mana kita mendidik mereka solat.
  • selalu kita jumpa orang cari kedai makan yang murah tak sedap pun takpe,sedap yang mahal pun tak apa.
  • tapi jarang kita jumpa orang cari makanan yang halal.tidak kira lah sedap kah mahal yang penting halal.
  • "binasalah orang yang mendalam-dalamkan mengkaji sesuatu benda"
jika kamu ingin tau lebih lanjut mengenai halal boleh layai www.halal..gov.my .Ingatlah kesan memakan benda yang tidak halal akan diseksa dengan api neraka di akhirat kelak.Dan kesan didunia pula doa tidak mustajab.

MV kongsikan buat semua.segala kekurang adalah datang dari MV.sekadar berkongsi sesama muslim untuk dijadikan panduan.
Read More

Asmaul Husna

7:30 AM
Asmaul Husna

Assalammualaikum...


Asmaul Husna..dulu masa sekolah agama mmg selalu alunkan asmaul husna masa perhimpunan.....

Jom kita ambil masa sekejap alunkan asmaul husna ni di Hari jumaat yang berkat ini...MV kongsikan ni untuk semua pembaca blog MV yang beragama Islam...


Salam Jumaat

Read More

Ya Hanana

12:30 AM
Ya Hanana
Assalammualaikum...



salam pagi jumaat yang Indah....MV kongsikan Ya Hanana..MV jumpe Video ni di Blog AA..Tapi sebelum ni memang selalu dengar di Tv al-hijrah,,,alunan nyanyian ni sedap jer di dengar,,,

Dan semasa ikut program wacana Minda anjuran Jakim pun,Ada persembahan Ya Hanana...Sangat suka...
Read More

Friday, March 8, 2013

Tali Allah

6:00 PM
Tali Allah

Assalammualaikum...


TAli Allah!tajuk ni adalah tajuk untuk forum perdana ehwal islam semalam.Satu tajuk yang menarik bagi MV..Menurut ayat 103 surah al-imran,Allah swt mengarahkan kita bersatu padu dan sentiasa berpegang pada Tali Allah.

Tali allah ialah

  •          Berpegang  kepada al-quran
  •          Berpegang pada sunnah Nabi Muhammad saw

Berpegang pada tali Allah swt dalam semua aspek barulah hidup kita harmoni dan sentiasa dirahmatiNYa.

Allah Swt suka pada 3 perkara iaitu

  •          Beribadah
  •          Jauhi syirik,khurafat
  •          Bersatu padu

HArapan Al-quran kepada pemuda islam perlu kita ambil perhatian,kerna  pemuda kita sekarang berdepan dengan serangan barat yang lebih terarah kepada mereka.contohnya gangnam style.

Oleh itu,kembali lah kepada sunnah rasulullah iaitu didiklah generasi muda bermuladrpd masjid.Dan ingatlah!setiap mukmin bersaudara,jika ada persengketaan selesaikan atas dasar ukhwah.

Mv suka tajuk forum perdana ehwal islam semalam..Tali Allah...sebab umat islam skg tidak lah satu hati..kerana bersengketa hanya kerana perbezaan politik,kembalilah  berpegang pada tali Allah pasti kita akan hidup aman harmoni & dirahmati.Insyaallah.
Read More

Thursday, January 31, 2013

9 Siti Wanita Kena TAhu

3:33 PM
9 Siti Wanita Kena TAhu
Assalammualaikum....

Tadi pergi Seminar Wacana MInda Anjuran JAkim Sabah"Keunggulan & keanggunan Rasulullah SAW"...Penceramahnya Datuk Haji Ahmad Mustafha Hj Karim(mantan Pengarah Jakim Sabah 2000-2004)

Datuk ada tanya..."wanita @ ibu2 dalam dewan ni tau kah siapa 9 Siti yang patut kita tahu dalam islam??"..Jujur MV cum atahu 4 Siti: Siti Khadijah..Siti Aisyah,,siti Mariam & siti fatimah...(**huhu)...

Tapi bila ingat2 balik rasa lucu..dulu masa sekolah ada juga kena ajar..(**adakah MV sudah tua @ bagaimana???)

9 Siti Yang Patut kita kenal & ingat :

  1. Siti Khadijah
  2. Siti Aisyah
  3. Siti Fatimah
  4. Siti Hajar
  5. Siti Mariam 
  6. Siti Aminah
  7. Siti Asiah
  8. Siti ZUbaidah 
  9. Siti Muti'ah
  • Siti Khadijah-Merupakan Isteri pertama pertama bagina Rasulullah SAW yang sangat setia serta menyokong Usaha Rasulullah menentang orang2 kafir & musyrik.Wanita yang melahirkan anak2 baginda & menghantar makanan ketika Rasulullah beribadat di gua hira'.
  • Siti Aisyah-Isteri Rasulullah yang paling romantik & berkongsi makanan & bekas makanan dgn rasulullah.
  • Siti Fatimah-Anak rasulullah yang sangat tinggi pekertinya..mewarisi sifat keperibadian Rasulullah.
  • Siti Hajar-Isteri Kepada Nabi Ibrahim A.s & juga ibu kepada Nabi Ismail a.s..Seorang ibu mithali.
  • Siti Mariam-Seorang wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri..& merupakan seorang wanita terpilih kerana rahimnya dipilih Allah SWT  untuk mengandungkan Nabi Isa a.s...
  • Siti Aminah- ibu kandung Rasulullah SAW yang  Mendidik baginda menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian.
  • Siti Asiah- Isteri Firaun yang tinggi imannya
  • Siti Zubaidah-Wanita kaya &dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid dan sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana AllahSWT
  • Siti Muti'ah- isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan AllahSWT syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup menjaga makan minum. Berhias dengan cantik hanya untuk suaminya.(**sorry tertinggal tadi)
Sekian perkongsian MV mengenai 9 Siti yang patut wanita isalam kenal,ingat & contohi...Dan sempat juga penceramah berseloroh kononnya lelaki kebanyakannya kenal Siti yang ke-10 jer...

Kamu tahu siti yang ke-10 tue siapa????

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Sumber dr google
Inilah siti yang ke-10
Read More