Bedil Sarang Penganas Sulu - All About Love

Friday, March 15, 2013

Bedil Sarang Penganas Sulu

Assalammualaikum..

Tentera mula mengambil alih barisan hadapan kes pencerobohan di Lahad Datu bermula pagi tadi .

Lahad Datu:Pasukan keselamatan pagi semalam mula membedil lokasi persembunyian pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, FELDA Sahabat 22 dekat sini, menggunakan mortar. 

Bedilan bertalu-talu itu bertujuan memaksa saki baki pengganas keluar dari tempat persembunyian mereka.

Kampung Sungai Nyamuk kini menjadi sasaran pasukan keselamatan selepas pertempuran dengan kumpulan pengganas di kampung itu, Selasa lalu, mengorbankan Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyerang lokasi spesifik yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas
di kampung itu selepas mereka melarikan diri dari Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. 
“Kita melancarkan serangan mortar dulu sebelum melakukan operasi mencari dan menggeledah.

“Bagaimanapun, sejak petang semalam (kelmarin) tiada pertempuran dengan pengganas.


Penembak tepat

“Kita percaya mereka masih bersembunyi di kampung itu,” katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.

Allahyarham Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan lima pengganas Sulu di kawasan ladang kelapa sawit di kampung itu pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu.

Beliau yang ditugaskan sebagai ‘pointer’ iaitu anggota tentera paling depan dalam kumpulannya untuk menjejaki musuh, dipercayai ditembak penembak tepat musuh.

Allahyarham dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau, Sabah dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan gugur di tempat kejadian. Dua pengganas berjaya dibunuh pasukan keselamatan dalam pertempuran itu.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini memperkecil kawasan kepungan di Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu, selain meneruskan operasi mencari dan menggeledah di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Tanjung Labian.(**sumber berita harian)



Pray For Sabah..doakan semuanya berakhir segera.

16 comments:

  1. Semoga pasukan keselamatan kita berjaya...

    ReplyDelete
  2. doa semua akn cpt2 selesai..sush hti sgt berbanding dulu2 huhu..

    ReplyDelete
  3. hurmmm rse sakit hati ngan filipina ni.. urghhhhh

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya berakhir dengan cepat dan selamat.. al-Fatihah buat wira negara yang gugur di medan perang... Allahuakbar!!

    ReplyDelete
  5. saya pun doakan agar semuanya berakhir segera...

    ReplyDelete
  6. GERAM BETUL LA DGN ASKAR PENGGANAS TU..KALAU BOLEH,JUMPA TERUS BUNUH JER MEREKA TU..MMG MENYUSAHKAN..

    ReplyDelete
  7. sedih dengar perajurit2 negara kita gugur..sama2 kita berdoa semoga cepat2 berakhir kisah sedih n..ameen

    ReplyDelete
  8. Dahlah tu...cukup-cukuplah kan MV... risau betul!

    ReplyDelete
  9. moga cepat2 la berhenti ni semua.. takut betoi rasa

    ReplyDelete
  10. Amin.smoga lekas berakhir.tak sanggup dengar terkorban nyawa

    ReplyDelete
  11. moga cepatlah berakhir semuanyer

    ReplyDelete
  12. takziah buat keluarga mereka... Setiap kali baca mesti sedih je rasa hati..

    ReplyDelete
  13. adui..takutnya... bila semua ini akan berakhir.. xsanggup lagi rasanya tembak2 ni..

    ReplyDelete
  14. sama2 kita doakan semuanya berakhir segera...

    doa untuk sabah..

    ReplyDelete
  15. semoga berakhir dengan selamat.

    ReplyDelete