JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG - All About Love

Monday, March 4, 2013

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG

Assalammualaikum...

Sumber dr Malaysian update
Jasa & pengorbananmu dikenang....6 anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna 2 hari lalu akan dikebumikan & disemadikan pada hari ini...


Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

credit to Malaysian update

Sama3 kita sedekah kan al-fatihah...Sesungguhnya jasa & pengorbanan mereka tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia & juga penduduk Sabah...Sama2lah kita mendokan Keselamatan semua anggota keselamatan yg bertugas DI sabah skg...

26 comments:

  1. Nama mereka akan berada dalam lipatan sejarah Malaysia...
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah.. moga roh mereka dicucuri rahmat.. sesungguhnya mereka mati syahid..mmg sedeh dgr berita pasal ni kan..cpt la ianya berakhir...

    ReplyDelete
  4. salam takziah & Al fatihah

    ReplyDelete
  5. takziah & al-fatihah utk mereka yang berkorban demi negara

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum....al-fatihah buat perjuang2 negara yg terkorban moga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkn di dalam golongan org2 yg beriman...:(

    ReplyDelete
  7. #Pray for sabah... jasa & pengorban mereka akan sentiasa di kenang...sedeyy mengikut kisah di L.A & SEMPORNA tp ag sedey bnyk sgt cite palsu...

    ReplyDelete
  8. al fatihah..sedih atas pemergian mereka

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah.. Nama mereka akan tercatat dlm sejarah negara.. :(

    ReplyDelete
  10. semoga roh mereka dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  11. Pejuang bangsa yang berjasa..
    Al-fatihah

    ReplyDelete
  12. al-fatihah buat arwah...
    sedihnyaa..

    siang tadi sebak tgk lintas langsung di tv3...

    ReplyDelete
  13. Salam takziah buat keluarga perwira kita

    ReplyDelete
  14. moga semuanya cepat2 berakhir kan Mv..moga Allah permudahkan segalanya..

    huhu..cemana ai nk g KK nti..takut lak Mv..

    ReplyDelete
  15. smlm tgk yui menangis bila fikirkan balik..

    ReplyDelete
  16. semoga mereka dicucuri rahmatNya..let's pray for sabah dan keamanan di malaysia

    ReplyDelete
  17. nama dan pengorbanan mereka semua telah termatri kekal dlm ingatan sejarah....

    ReplyDelete
  18. al fatihah buat mereka...dan kita ttp mendoakan sabah ..

    ReplyDelete