All About Love: pray for sabah
Showing posts with label pray for sabah. Show all posts
Showing posts with label pray for sabah. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Keyword Bulan Mac

3:30 PM
Keyword Bulan Mac
Assalammualaikum...

Keyword yang dicari sepanjang bulan Mac
Keyword yang dicari di blog MV sepanjang Mac 2013..taklah banyak mana jika dibandingkan dengan blog yang popular..tapi bersyukur sekurang2nya ada entry MV yang dapat membantu mereka...

Mappa ke-13 menjadi carian paling tinggi..diikuti Pray for Sabah...berikutan kejadian pencerobohan di Lahad Datu yang menragut nyawa 10 anggota keselamatan kita..Al-fatihah buat mereka yang terkorban.

Doa belajar...Mungkin pasal entry INI...Yang menarik MV rasa ialah Keyword iklan kak Ton comel??,hahaha comel tak kak TOn..memang tersedak kak ton bulan lepas...Oh ya sebut pasal kak ton hari tue dia keluar dalam WHI jumaat 29.03.2013...masa tue mata kak TOn bengkak sebelah..

MY Hubby cakap"comel tak kak ton??takcomel dah sebab mata bengkak"...pandai pula dia melawak..kesian kak TOn..kak TOn jangan marah tau...

Pastinya keyword bola mesti ada....& tempat menarik di Sabah...Itu keyword yang meletop bulan lepas...Tak lah banyak tapi boleh lah dari tiada....
Read More

Monday, March 4, 2013

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG

3:05 PM
JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG
Assalammualaikum...

Sumber dr Malaysian update
Jasa & pengorbananmu dikenang....6 anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna 2 hari lalu akan dikebumikan & disemadikan pada hari ini...


Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

credit to Malaysian update

Sama3 kita sedekah kan al-fatihah...Sesungguhnya jasa & pengorbanan mereka tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia & juga penduduk Sabah...Sama2lah kita mendokan Keselamatan semua anggota keselamatan yg bertugas DI sabah skg...

Read More