Salam pagi jumaat yg berkat...Bapa borek,Anak dot dot...itulah tajuk entry MV pagi ni..Yang Mv ambil daripada Tajuk Forum Perdana Ehwal Islam semalam bersama pengacara pada malam semalam iaitu Dr.Mohd Ridhuan Tee ..bersama dua panel jemputan prof madya dr mohamed fadzil bin che din & prof madya dr sharifah hayati.
Pinjam dr google |
Pinjam dr google |
Pinjam dr google |
MV bersetuju dgn Dr Fadzil,jangan sesekali putus asa dlm mendidik anak.Gunakanlah 16 jam ketika mereka berada diRUmah dgn sebaiknya...jgn diabaikan..kenali dulu anak sendiri..sebelum meletakkan kesalahan di tangan org lain.Cthnya:kes ponteng sekolah.
Bak kata Dr Sharifah,syair arab mengenai anak yatim itu adalah anak yg x dipedulikan ibubapa,jadi selalu lah mengingatkan anak2..jgn jadikan mereka anak yatim..doakan lah kesejahteraan anak2 kerana org yg mendoakan anak2 akan dirahmati..
Dan bila sesi soal jawab MV terlepas satu soalan sebab ke tandas..jadi MV kongsikan 2 soalan berserta jwapan,..
Soalan pertama:kadangkala ada ibubapa yg terlalu prihatin thdp anak2.Apakah faktor & tips yg boleh mempengaruhi anak?(**lebih kuranglah..)>>dan MV suka jawapan yg panel jawab..katanya:ada dua pesekitaran iaitu dalaman(TV,Video game,internet dirumah) & luaran(cyber cafe)..oleh itu kena ada pengawasan drpd ibubapa..dan berpeganglah pada kata2 ini"PEGANGLAH PADA TALI IBARAT LAYANG-LAYANG"..kalau putus tali hilanglah layang2...mendalam kan maksudnya...akidah kena jaga iman pun juga...jadi kenal siapa kawan dia.ambil berat pasal anak2..& masyarakat juga perlu membantu...
Soalan kedua:Ibubapa seolah2 tak menghargai pencapaian anak,,sehingga tidak hadir pada hari potensi & PIBG(**ayat versi MV)..Ada dua jawapan drpd dua panel tp mempunyai pandangan yg sama iaitu..
Dr Fadzil:Menurut kajian yg dilakukan oleh LPPKN x semua ibubapa pandang negatif..ada 40-60% masih ambil berat mengenai anak2 mereka..Cuma anak2 kena faham yang sistem kehidupan skg x mcm dulu...Masa,Kerja,Komuniti...Perkembangan kerjaya mengikat masa ibubapa..KEluarga hari ni tak lagi mcm dulu..kalau dulu ada campur tangan saudara mara..tapi skg x..Dan ibubapa pula kenalah ingat..anak adalah manusia yang perlukan perhatian..berinteraksi lah sesama mereka dan berikan pengiktirafan apabila anak beroleh kejayaan.
Dr.Sharifah:Perkara yang kita terlepas pandang akan menjadi keluhan anak.Kita sebagai ibubapa perlu ada 1 sikap,walau sibuk mana pun kita,bimbanglah sekoranya nak berfikir kita x syg kan dia..kerana kita akan jauh dr Allah...Tapi anak2 pula janganlah kerana ibubapa x dtg sekali ibubapa x syang kan kamu..tp komitmen masa mengekang..Jadi sistem keluarga itu penting..berkomunikasilah dgn anak2..peluklah mereka..kerana takutlah kalau anak jauh dr kita maka kita akan jauh dr Allah..
Dan penutupnya MV suka apabila Dr FAdzil berkata "ibubapa tidak tahu yg anak2 mereka ada facebook,tp anak2 boleh jawab adakah mereka tahu ibubapa mereka punya akaun Facebook..Menurut kajian di malaysia remaja kita mempunyai friend sebanyak 230..berbanding dgn jepun 23 org"
Dan pesanan DR Ridhuan tee"kita perlu menjadi yang terbaik kerana anak lebih terpengaruh dgn apa yg kita buat & bukannya apa yg kita ckp...Buat anak2 pula sekiranya ibubapa kamu tidak memberi petunjuk yg baik..tp kamu masih ada peluang utk jadi yg terbaik.."
Maaf entry ni terpanjanglah pula...tp MV just kongsikan apa yg MV dpt semalam...jadi renung2kan
BEST ENTRY NI..KHUSYUK BUI MEMBACANYA..KALAU PASAL CARA MENDIDIK ANAK2 BUI MMG SUKA..
ReplyDeleteNice sharing MV.... =D
ReplyDeleteperanan ibu bapa tunjuk perangai yg baik kan..
ReplyDeletepanjang dan isinya padat sungguh.. pesanan buiat deqla jugak ni... =)
ReplyDeletecikgu kasi 80% untuk rumusan ini.sbb lebih sudah 120 patah perkataan hahahha..
ReplyDeletemasing2 dgn tanggungjawab masing2,baru bahagia dan sejahtera kan dear..hehehe
ibu bapa adalah contoh yang terbaik untuk anak2...
ReplyDeleteinfo yg sgt2 baik ! tq MV
ReplyDeleteorg cakap anak2 adalah cermin ibubapa. :)
ReplyDeletegoodsharing dear
ReplyDelete