All About Love: forum perdana ehwal islam
Showing posts with label forum perdana ehwal islam. Show all posts
Showing posts with label forum perdana ehwal islam. Show all posts

Friday, March 1, 2013

Bapa Borek ,Anak .....

11:05 AM
Bapa Borek ,Anak .....
Assalammualaikum...

Salam pagi jumaat yg berkat...Bapa borek,Anak dot dot...itulah tajuk entry MV pagi ni..Yang Mv ambil daripada Tajuk Forum Perdana Ehwal Islam semalam bersama pengacara pada malam semalam iaitu Dr.Mohd Ridhuan Tee ..bersama dua panel jemputan prof madya dr mohamed fadzil bin che din & prof madya dr sharifah hayati.
Pinjam dr google
Dr.fadzil memulakan dengan menerangkan apa itu institusi keluarga..katanya keluarga terdiri drpd ibu bapa & anak.Anak dtg drpd sistem keluarga 7 bukannya dtg drpd tempat lain spt pejabat pos ataupun stesen keretapi..Beliau juga berkata yg Institusi keluarga sekarang semakin kecil & tak jelas..tugas hakiki yang dimainkan oleh ibubapa diambill oleh orang lain.
Pinjam dr google
Dr. Sharifah hayati,(**manis orangnyamlemah lembut) berkata ingatlah apa yang kita ada skg adalah hasil keringat ibubapa kita..jadi jangan sekali2 kita melupakan mereka ketika mereka masih ada..dan juga jangan melupakan mereka sekiranya mereka telah tiada,selalulah mendoakan ibubapa ketika..walaupun mereka telah meninggal dunia.
Pinjam dr google
Berpesan2 lah sesama kita utk memperkukuhkan peranan Institusi keluarga.Dan ingatlah bahawa anak2 adalah anugerah.Anugerah itu adalah nikmat drpd Allah SWT.Ketika matipun kita akan mendapat nikmat drpd anak iaitu melalui Al-fatihah yg disedekahkan oleh anak.Kita sebagai ibubapa adalah pemegang amanah,jd jangan sekali2 pecah amanah,,dalam rumah tangga mahupun dlm mendidik anak2 kt..

MV bersetuju dgn Dr Fadzil,jangan sesekali putus asa dlm mendidik anak.Gunakanlah 16 jam ketika mereka berada diRUmah dgn sebaiknya...jgn diabaikan..kenali dulu anak sendiri..sebelum meletakkan kesalahan di tangan org lain.Cthnya:kes ponteng sekolah.

Bak kata Dr Sharifah,syair arab mengenai anak yatim itu adalah anak yg x dipedulikan ibubapa,jadi selalu lah mengingatkan anak2..jgn jadikan mereka anak yatim..doakan lah kesejahteraan anak2 kerana org yg mendoakan anak2 akan dirahmati..

Dan bila sesi soal jawab MV terlepas satu soalan sebab ke tandas..jadi MV kongsikan 2 soalan berserta jwapan,..

Soalan pertama:kadangkala ada ibubapa yg terlalu prihatin thdp anak2.Apakah faktor & tips yg boleh mempengaruhi anak?(**lebih kuranglah..)>>dan MV suka jawapan yg panel jawab..katanya:ada dua pesekitaran iaitu dalaman(TV,Video game,internet dirumah) & luaran(cyber cafe)..oleh itu kena ada pengawasan drpd ibubapa..dan berpeganglah pada kata2 ini"PEGANGLAH PADA TALI IBARAT LAYANG-LAYANG"..kalau putus tali hilanglah layang2...mendalam kan maksudnya...akidah kena jaga iman pun juga...jadi kenal siapa kawan dia.ambil berat pasal anak2..& masyarakat juga perlu membantu...

Soalan kedua:Ibubapa seolah2 tak menghargai pencapaian anak,,sehingga tidak hadir pada hari potensi & PIBG(**ayat versi MV)..Ada dua jawapan drpd dua panel tp mempunyai pandangan yg sama iaitu..

Dr Fadzil:Menurut kajian yg dilakukan oleh LPPKN x semua ibubapa pandang negatif..ada 40-60% masih ambil berat mengenai anak2 mereka..Cuma anak2 kena faham yang sistem kehidupan skg x mcm dulu...Masa,Kerja,Komuniti...Perkembangan kerjaya mengikat masa ibubapa..KEluarga hari ni tak lagi mcm dulu..kalau dulu ada campur tangan saudara mara..tapi skg x..Dan ibubapa pula kenalah ingat..anak adalah manusia yang perlukan perhatian..berinteraksi lah sesama mereka dan berikan pengiktirafan apabila anak beroleh kejayaan.

Dr.Sharifah:Perkara yang kita terlepas pandang akan menjadi keluhan anak.Kita sebagai ibubapa perlu ada 1 sikap,walau sibuk mana pun kita,bimbanglah sekoranya nak berfikir kita x syg kan dia..kerana kita akan jauh dr Allah...Tapi anak2 pula janganlah kerana ibubapa x dtg sekali ibubapa x syang kan kamu..tp komitmen masa mengekang..Jadi sistem keluarga itu penting..berkomunikasilah dgn anak2..peluklah mereka..kerana takutlah kalau anak jauh dr kita maka kita akan jauh dr Allah..

Dan penutupnya MV suka apabila Dr FAdzil berkata "ibubapa tidak tahu yg anak2 mereka ada facebook,tp anak2 boleh jawab adakah mereka tahu ibubapa mereka punya akaun Facebook..Menurut kajian di malaysia remaja kita mempunyai friend sebanyak 230..berbanding dgn jepun 23 org"

Dan pesanan DR Ridhuan tee"kita perlu menjadi yang terbaik kerana anak lebih terpengaruh dgn apa yg kita buat & bukannya apa yg kita ckp...Buat anak2 pula sekiranya ibubapa kamu tidak memberi petunjuk yg baik..tp kamu masih ada peluang utk jadi yg terbaik.."

Maaf entry ni terpanjanglah pula...tp MV just kongsikan apa yg MV dpt semalam...jadi renung2kan

Read More