Intipati Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA 2013) - All About Love

Monday, March 11, 2013

Intipati Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA 2013)

Assalammualaikum...

MV kongsikan apa yang MV baca mengenai Intipati Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA 2013)..ada berita baik diumumkan oleh YAB Perdana Menteri...MV tak dpaat tengok live streaming..kawan2 ofis ada 20 orang pergi tengok di Wisma Auditorium Tun Mustapha, yayasan sabah..

MV kongsikan apa yang MV baca dan dengar untuk kamu semua..kalau ada penambahan nnt MV akan update

  • Sistem Saraan Malaysia (kini) akan dikenali : "Sistem Saraan Transformasi" (Perkhidmatan Awam).

  • "Setiap penjawat awam adalah ejen transformasi antara rakyat dan kerajaan." 
  •  "Penjawat awam mesti menguasai teknologi untuk kekal relevan."
  •  "Berkuatkuasa 1 Jan 2013, skim gaji & kenaikan pangkat dlm ATM& PDRM disertakan dgn perkhidmatan awam yg lain."
  • Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
  • Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri. 
  •  Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. 
  • Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
  • Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi. 
  • Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
  • Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  •  Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

  • Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";
  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;


Sumber SIni & SINi 

17 comments:

  1. Untuk segala rezeki yang Allah turunkan,
    Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. part kontrak tu saya suka..alhamdulillah..harap tergolong sekali

    ReplyDelete
  3. thanks utk pencerahan ni.. zam xsempt ikuti td

    ReplyDelete
  4. kak ina tumpang baca bg pihak family yg keje gomen je la.. hihii

    ReplyDelete
  5. td ada tgk juga msa live kat tv...rezeki semua pekerja gov..

    ReplyDelete
  6. MV terima kasih info di blog berlian, sangat2 berterima kasih ya,
    Ok gaji tu woi...menarik lah siapa tak nak kalau naik gaji kan..cuma incomtex la naik ..

    ReplyDelete
  7. MV terima kasih info di blog berlian, sangat2 berterima kasih ya,
    Ok gaji tu woi...menarik lah siapa tak nak kalau naik gaji kan..cuma incomtex la naik ..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..dpt mengurangkan beban rakyat..meningkatkan taraf hidup n kualiti rakyat

    ReplyDelete
  9. ada kenaikan gajikan...
    bertuahnyaaa.. :)
    rezeki...

    ReplyDelete
  10. untung la tetap gomen mcm kamu MV.. tahniah.... =)

    ReplyDelete
  11. Bukan tak syukur tapi semua ni hanya untuk pdrm and atm ajeyang lebih... Pastu staff yg dah langgar dinding.. Tengok blog cuepacs semua hentam cuepacs... Kakitangan awam cuma nak 3 aje... Bkn gaji naik cuma elaun rumah. elaun cola dan faedah pinjaman perumahan 1%... Sebelum ni gah 2 kali tpm bagi clue pasal cola dan itp.. Tapi semua tak betol... PA banyak mengamok.... Sekian....

    ReplyDelete