DRama Maid Astro Ria - All About Love

Saturday, June 13, 2015

DRama Maid Astro Ria

Assalammualaikum..
pinjam google 
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.


Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?(sinopsis kulit novel)

Drama baru MAID astro ria mulai 15 jun 2015 jam 10.00 malam setiap isnin hingga jumaat..lakonan Zul Ariffin Dan ayda jebat....

MV tak pernah baca lagi novel ni..tapi org cakap best..nak cari kat sabah ni susah sikit..sapa ada novel ni pinjam blh tak hihi

4 comments:

  1. oh dah ada drama rupanya novel ni...

    ReplyDelete
  2. Novel mmg best giler MV. Tp hero drama tak sama dgn hero novel

    ReplyDelete
  3. owh..ni cerita baru ayda jebat n zul arifin tu

    ReplyDelete
  4. baru hari tu tgk iklannya di astro

    ReplyDelete