Assalammualaikum...
Jom baca sinopsis dari belakang novel mr london ms langkawi
best novel ni |
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.
Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnyaĆ¢€¦ Nauzubillah.
"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite....cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"
Hmm....asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?
**novel ni dengar2 dah diadaptasi ke drama..pelakonnya zul ariffin,izara aishah,amar baharin..tapi tak tahu bila ditayangkan
sinposis gila-gila cinta
Si Rambut Kembang suka membuli Eryssa, tapi Zeek pula tersangatlah romantis. Bila Eryssa dipaksa kahwin dengan Zeek, Eryssa tak dapat terima. Baginya perkahwinan itu terlalu awal sedangkan dia belum bersedia menjadi seorang isteri. Jauh di sudut hati, sebenarnya Eryssa terlalu cintakan Zeek hingga sukar baginya berpisah dengan lelaki itu.
Namun, kekuatan cinta Eryssa diuji hingga memaksa dia menjauhkan diri daripada Zeek. Lalu bagaimanakah hubungannya dengan Zeek? Dan dapatkah Si Rambut Kembang bergabung dengan Zeek merebut kembali cinta gila Eryssa?
**MV suka novel..saspen penuh tanda tanya..sampai buat kita teringin sangat nak tau apa kesudahannya...
KOrang ada ker yg dah baca novel ni....
x baca pun novel tu, tunggu tayang kat tv nanti hihi
ReplyDeletenovel mr london ngan ms langkawi dh baca..not bad la..buat isi masa bosan hehe
ReplyDeletenk baca novel chandelier...
ReplyDelete