Assalammualaikum..
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya.(credit SINI)
sumber google |
Cerita ni MV suka...kenapa...mengisahkan hubungan adik beradik yang hanya bedasarkan pangkat dan harta...di permulaan cerita...bapa hidayah meninggal Pak Long Hidayah bagi pinjam duit rm2000.00...
Lepas jer selesai pengebumian arwah ayah hidayah...Pak Long terus kira duit sumbangan dari orang kampung..masa tu RM475.60....terus Pak Long ambik RM450.00 untuk potong hutang rm2000 tinggal 1550...perghh kalau lah jadi kat kita mcam mna....
Lepas tue sampai hati pula biarkan adik sendri kesusahan..dihalau..dihina...terlalu ikutkan kata si isteri...Masyaallah...moga dijauhkan dari golongan seperti ini...
Sapa yang tengok ceta ni..mesti menangis kan tengok episod 1 n 2...huhu....sapa yang x tengok..cerita ni main kat tv3 slot samarinda...jam 10.00 mlm...
mcm best citer ni..
ReplyDeletelayan jugak ni
kalau pukul 10,akak memang tak dapat tengoklah..tapi ceritanya macam best je ni
ReplyDelete