May 2014 - All About Love

Friday, May 30, 2014

Bila Tiba (OST. Sang Kiai) By Ungu

9:00 AM
Bila Tiba (OST. Sang Kiai)  By Ungu
Assalammualaikum...




Sayu dengar lagu ni....mengusik klabu,,,,filem ni pun nampak macam menarik....
Read More

Thursday, May 29, 2014

"SUMBANGAN IKHLAS HATI ANAK BUAH KU MUHAMMAD IZZ RIZZQI BIN MOHA NIZAM"

9:39 AM
 "SUMBANGAN IKHLAS HATI ANAK BUAH KU MUHAMMAD IZZ RIZZQI BIN MOHA NIZAM"
Assalammualaikum...

Sedikit sumbangan besar harapan.. by @rinaellisa "SUMBANGAN IKHLAS HATI ANAK BUAH KU MUHAMMAD IZZ RIZZQI BIN MOHA NIZAM

Latest update - NO ACCOUNT TERBARU IBU IZZ - NUR ATIKA RUSDAN, 562375401747 (MAYBANK)

Anak saudara sy memerlukan kos pembedahan anggaran RM50k. Izz Rizzqi mengalami sakit jantung berlubang, salur darah ke badan sempit & salur injap sempit. Pembedahan akan di lakukan secepat yang mungkin. Pihak keluarga kami masih menunggu tarikh pembedahan minggu hadapan.

Mohon jasa baik kawan-kawan semua memberi sokongan moral pada ibu ayah izz @ekarusdan @niezamkasim & bantuan kewangan untuk anak saudara saya.

Semoga tuhan membalas jasa baik semua membantu bby izz rizzqi sihat seperti anak kecil yang lain.
Mohon sebarkan. Terima kasih semua." via @PhotoRepost_app(Sumber dari Muhammad Rasaffie Ramli )



Mv dapat ni dari kawan MV...baby ni memerlukan bantuan daripada kita untuk pembedahan...mohon jasa baik daripada kawan untuk membantu baby comel ini...

Kalau kawan2 nak hulurkan sumbangan boleh terus sumbangkan ke akaun bank ibu baby ni ataupun berhubung dengan Muhammad Rasaffie Ramli 

Sumbangan dan bantuan daripada kawan2 amat lah dihargai...

Read More

My Bam Bam

9:09 AM
My Bam Bam
Assalammualaikum..
Minum petang wani bilang


minum milo anda jadi sihat dan kuat

Bos kecik mama
Alhamdulillah membesar dengan sihat...membesar bak juara...mcm iklan milo..hehehe....skg wani 3 tahun 9 bulan...bulan 8 nanti 19hb wani dah 4 tahun ....

Pejam celik pejam celik dah besar anak mama...dah pandai baca doa makan,doa selepas makan.Nyanyi lagu negaraku..lagu sabah tanah airku....macam2 lagu lah....

dan yang paling dia suka ialah let it go let it go..hihi....suka sgt cakap english...suratkhabar tue dia panggil newspepe..hihi balik2 dikasi etul tetap juga newspepe....apa2 lah....

dia kat sekolah panggil cikgu dia teachers....dia tak suka panggil cikgu tak taulah nape....Mama doakan wani membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah amin
Read More

Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday#Rezeki Anak#

11:19 AM
Wordless Wednesday#Rezeki Anak#
Assalammualaikum..

CPUV yang tengah running
**Alhamdulillah ada rezeki lagi buat HaikalAyuWaniMimi
Read More

Tuesday, May 27, 2014

Alasan Untuk Bahagia By Asfan

2:00 PM
Alasan Untuk Bahagia By Asfan
Assalammualaikum....




Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia(credit to OhLirik.com)

**suka lagu ni ada maksud yang mendalam..sesuai untuk semua peringkat...
Read More

5 Bulan

11:12 AM
5 Bulan
Assalammualaikum..
Saya ada walkers sudah


yeah pegang botol susu sendiri sudah


tidur itu wajib hihi


minion ni geramnya
sama kan muka kami
Alhamdulillah 21.05.2014 baby syamimi dah berusia 5 bulan....di usia 5 bulan ni macam2 sudah kepandaian...mengacau orang belajar...main2 walker...siap langgar orang lagi....dan yang paling penting...pandai sudah pegang botol susu sendiri tapi kalau nampak mama..itu botol susu terus dia buang.....demand lebih....kalau di taska 5oz kejap jak habis...tapi kalau mama yg bagi ehm pandang pun tak,...

Syamimi oh syamimi...takpe bulan depan 21.6.2014 nnt kita makan bubur okey..sabar dulu ya nak,,,hihi.....5 bulan berat 6.9kg panjang 64 cm.....meniarap...pegang objek...ketawa...dan paling best suka cubit muka mama and babah....

Membesar dengan sihat adik kesayangan mama babah abang n kakak ayu n wani



Read More

Monday, May 26, 2014

Piala Thomas Jepun Punya

4:15 PM
Piala Thomas Jepun Punya
Assalammualaikum...
Mimi suka sapu tangan ni..
Saya penat baru lepas jarum...tapi saya tak nangis

Hi semua...Saya Waznah Syamimi
Pergh tajuk mengancam klabu..tapi apa kena mengena syamimi dalam ini kes...Piala Thomas Jepun yang punya...Jepun dah menang..oklah Tahniah...Apa kena mengena mimi dengan ini semua..mama eksploitasi mimi lagi lah...

Hihi ini semua takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada...ini cuma penambah perasa...untuk mengembirakan hati MV yang gembira....tapi mau up lagi kegembiraan itu...

Kalau Jepun dapat piala Thomas..MV ada Waznah Syamimi...Anak ala2 jepun..walaupun sebenarnya adalah anak kacukan dusun + cina...hihi...melalut apanya MV petang2 ni...lapar ker apa...

Inilah Syamimi kesayangan Kami.....C Jepun..C Korea...Dan C Ji hyo...walaupun apapun namanya....apa yang Pasti dia Waznah Syamimi Binti Velentine..
Read More

Only Me

2:42 PM
Only Me
Assalammualaikum..
Hijau my febret
coklat gitu
serba coklat gitu 

classic gitu
HAri ni mood entry tempek gambar sendiri...hahaha...layan perasaan jap sebab tengah gunting slip pemulangan....gembirakan hati yang kecewa dek piala thomas yang sekarang berada di bumi matahari terbit itu...

Jepun walaupun kamu menang...Malaysia tetap di hati...jangan pertikaikan pemain yang main semua berbangsa cina tapi ingatlah perjuangan mereka untuk semua rakyat malaysia yang berbilang kaum dan bangsa....

Tahniah buat semua..walaupun kamu bukan juara tapi kamulah pemenang di hati rakyat Malaysia....Kalah pun bermaruah...

Buat rakyat Malaysia bersatulah jangan berbalah....Peace Yo
Read More

Sunday, May 25, 2014

Simple Jer

9:00 AM
Simple Jer
Assalammualaikum..
taugeh.dan tauhu fishcake bergabung

ayam madu bergoreng,sayur manis telur ayam dan sambal mangga
**nampak simple jer kan....ni lah yang selalu MV masak kalau malas...hoho
Read More

Saturday, May 24, 2014

3 beradik..

8:30 AM
3 beradik..
Assalammualaikum..

sama tak muka kami
aik mana kakak ayu
***entry gambar jer mama malas nak taip...just share picture ni hahaha...permata hati MV...comel macam MV kan..larik...


Read More

Friday, May 23, 2014

Minion Lagi

4:28 PM
Minion Lagi
Assalammualaikum..

mata dia besar mata mimi kecik

sampai beliur tgk minion

yeah dapat minion

nak g sana jauh lah..lantai kotor pula
Inilah kerja waznah syamimi...pantang nampak kakak belajar dia mula mau fikir apa yang boleh dikacau and dijadikan misi...

Dan sekali lagi misi mimi adalah minion...dia ni suka sangat dengan minion...hihi...

Comel kan mimi..semoga mimi membesar dengan sihat
Read More

Thursday, May 22, 2014

Roti Jagung

9:00 AM
Roti Jagung
Assalammualaikum..
geramnya nda dapat buka
mimi geram ni...habis ko penyet sudah

Apa ni??macam sedap
dia main roti jagung abang haikal sampai penyek....renyuk....buli kah guna bahasa renyuk untuk roti..hihi..geram dia mau makan..tapi baby syamimi belum sampai waktunya lagi bah...
Read More

Wednesday, May 21, 2014

Mula Dah Belajar

9:00 AM
Mula Dah Belajar
Assalammualaikum..
tengok syamimi tue kacau beg pensil

dah berebut dengan kakak

last2 kakak bagi dia main jer
Syamimi ni pantang nampak kakak abg study mula lah nak join...tapi dalam join tue tangan menjalar..kacau dan capai apa yang dia berminat...gaya macam orang besar kan.

**hari ni genap umur syamimi 5 bulan...
Read More

Tuesday, May 20, 2014

Posing Di Pantai Tanjung Lipat,Likas

9:00 AM
Posing Di Pantai Tanjung Lipat,Likas
Assalammualaikum...

Model pokok kelapa

dua beradik posing berbeza

yang ni mmg bab gaya dia menang



tengah panas pun sempat bergambar

ceh mama dia pun sibuk nak menyelit
Semua gambar ni disnap oleh haikal,dan mama....picture jumaat lepas masa tunggu abah ambik..so singgah tanjung lipat jap excerise di tengah hari..hihi....rasmi tempat joging yang dah lama wujud tapi baru sempat menjejakkan kaki ke sini...

Harap maaf sekiranya gambar2 diatas teramat cute sangat..hahaha...takde gurau jer lah...jangan marah tau.
Read More

Monday, May 19, 2014

Good Luck My Kembar Tahun

9:52 AM
Good Luck My Kembar Tahun
Assalammualaikum...

Seorang bulan januari seorang lagi bulan disember
Hari ini my kembar tahun haikalayu ada exam di sekolah agama..minggu lepas exam semester pertama sekolah rendah dah berjaya diharungi.....untuk sekolah agama exam dah lama mula...

Cuma minggu ni untuk exam bertulis...amali solat,hafazan al-quran minggu lepas dah buat....so minggu ni tinggal akhlak,sirah,ibadah,aqidah,jawi dan bahasa arab..

Semalam buat ulang kaji dengan haikalayu....mama baca kenyataan dorang jawab betul atau tak...mama suruh sambung huruf jadi ayat....insyaallah anak2 mama dapat jawab exam yang penting usaha..

Mama dan babah doakan kakak dan abah berjaya untuk exam kali ini....amin

tempat mereka menimba ilmu agama

Read More

Friday, May 16, 2014

Kad Hari Ibu

3:00 PM
Kad Hari Ibu
Assalammualaikum

MAma love u too wani

Untuk mama wani bilang
Alolo so sweet..first kad hari ibu dari wani...umurnya tahun ni bulan 8 masuk 4 tahun....terharu pula bila dapat kad dari anak yg dulunya tak mengerti apa2 skg dah pandai berkata2...

Terima kasih sayang mama...kad hari ibu yang cantik..walaupun bukan totaly wani buat tapi mama tau ani sudah usaha kan....mama love you
Read More

Thursday, May 15, 2014

Mrs Erry 2nd Giveaway

4:22 PM
Mrs Erry 2nd Giveaway

Assalammualaikum...


Nak Join Klik Banner



Cara-cara mudah untuk join :-

1. Follow blog daku, Mrs Erry Bercerita dan add google+followers di blog.

2. Buat entri bertajuk "Mrs Erry 2nd Giveaway", tepek banner di atas dan link kan terus ke entri ini.

3. Ikut syarat-syarat para sponsor yg lain seperti berikut :-
  • follow blog Fiza Rahman
  • follow blog Cik Puan dan jika sudi follow IG Cik Puan
  • follow blog Jiakreatifelt dan like page Jiakreatifelt
  • add fb kak Dieyna
  • follow blog Jaakechik
  • follow blog dedeq dan add fb Dedeq
  • like page Jaa Fariza
  • follow blog Nur dan add google+follower di blog
  • like page Amiryana's

  • *mohon berlaku jujur ya*

    4. Dah siap? hantar link entri korang dalam komen entri ini sahaja. selain dari itu tidak akan dilayan.
    Giveaway bermula 15 Mei 2014 dan tamat 12 Jun 2014
    **semua syarat2 dah dipenuhi..jom join kawan2...
    Read More

    Resepi Nasi Ayam MV

    4:10 PM
    Resepi Nasi Ayam MV
    Assalammualaikum...

    QasehnyaRania May 15, 2014 at 2:44 PM
    mv up rsepi ayam stim ni.
    sy suka la. nk nak kalau mkn di chicken rice shop (:


    Tue dia cik sue minta resepi nasi ayam MV... malu pula kitew...hihi sebenarnya resepi ni resepi keluarga,,,kalau Mv buat nasi ayam memang Mv akan ikut resepi ni sebab mmg membesar dengan nasi ayam ni...

    Ni lah resepi nasi ayam MV

    Bahan2
    1.Ayam(peha dan sayap)
    2.halia,bawang putih,bawang merah
    3.cili padi
    4.daun sup
    5.kicap
    6.sayur pahit
    7.beras
    8.cuka
    9.perasa

    Cara2nya
    1.rebus ayam sehingga masak
    2.kemudian cuci beras then masukkan beras ke kuali untuk dimasak(**tanpa minyak tau just kita kuar2kan jer beras smpi kering..)
    3.Masak beras dengan air rebusan ayam tadi
    4.keluarkan ayam then potong lah ala2 restoran(hihi)
    5.buat kicap untuk ayam dengan menggunakan air rebusan ayam
    6.masukkan sayur pahit ke dalam air rebusan ayam untuk jadikan sup sayur.
    7.tumbuk bawang putih dan cili padi dan tambahkan cuka serta perasa untuk buat lada nasi ayam(**ikut suka nak pedas ker tak)


    Opps korang faham tak apa yang MV kongsikan ni..apa2pun MV harap cik sue puas hati dengan entry ni..sebab nasi ayam yang Mv buat ni simple jer...
    Read More

    Wednesday, May 14, 2014

    Model Nasi Ayam MV

    4:43 PM
    Model Nasi Ayam MV
    Assalammualaikum..

    Ni model makanan yang cumil

    Tue dia wani...jadi model nasi ayam yang MV masak sempenan cuti wesak semalam..haikalayuwani Request nak makan nasi ayam..nak yang mama masak..so dengan bahan yang tak cukup MV masak jugalah guna resepi Family MV..iaitu resepi bapa MV..

    Buat ayam stim dan berkuah kan kicap jer...dan sup sayur pahit..hihi..itu jer yang mampu sebab malas nak g beli lagi yang penting ada ayam....masak nasi guna sup rebusan ayam...yeah...puas hati anak2 makan dengan gembira...

    Walaupun mama ni tak pandai masak alhamdulillah apa jer yg anak2 mama minta insyaallah pasti mama tunaikan.....

    korang semua amacam boleh bukak gerai makan tak MV ni..hahaha
    Read More

    Monday, May 12, 2014

    Istimewa Hari IBU??

    5:39 PM
    Istimewa Hari IBU??
    Assalammualaikum..

    Semalam sambutan hari ibu...makanya ramailah yg update di laman2 sosial dan ramai lah juga yang berbalah dek kerana aqidah....sebenarnya susah nak cakap...hihi sebab malas nak serabutkan otak....bagi MV kalau depa nak sambut biarkan depa sambut..

    Pada yang tak nak sambut tue tak yah lah nak menyirap dengan ucapan dan gambar2 yang diupload...biarkan mereka dengan pandangan mereka..kita hormat menghormati lah sesama sendiri...

    Ceh macam pensyarah konon..hahaha..sebenarnya nak cerita istimewanya hari ibu???MV rasa tiap2 hari pun hari ibu..dan disetiap hari itulah pelbagai keistimewaan yang menanti..cuma kita percaya atau tidak jer...

    Gelaran ibu itu sendiri sudah buat anda istimewa dihati anak dan suami...tugas sebagai ibu yang harus dipikul itu jugalah yang memberikan kamu keistimewaan yang tersendiri,,,bukan semua orang seistimewa(Pergh ada kah perkataan ni) tetapi kamu adalah yang teristimewa untuk menerima keistimewaan ini..

    Berapa banyak istimewa dah...hahaha....bagi MV menjadi seorang ibu,suri rumah dan wanita bekerja tak membezakan MV dari ibu2 yang lain...MV jaga anak,basuh kain masak dan buat semua kerja tue tanpa perlu balasan..

    Cuma terima kasihlah encik suami Mr Velentine kerana membantu MV semalam dan hari2 sebelumnya...

    Percaya atau tidak tiap2 hari adalah hari ibu..sebab pastinya ibu pelengkap segalanya kan...cerita hari ibu Mv semalam takda sambutannya...just masak Tomyam Ayam untuk my VelentHaikalAyuwani....

    MV ni tak pandai masak sangat...masak pun malam n weekend jer..so waktu cuti2 mcm ni mmg dimanfaat kan untuk anak2 dan suami merasa air tangan isteri dan ibu mereka...sebab MV tau mesti ramai yg ingat ibu bekerja ni tak masak di rumah...

    Tapi ingatlah bukan semua macam tue...ok..bye...(**bebelan MV jer)
    Read More

    Kesayangan Kami

    3:10 PM
    Kesayangan Kami
    Assalammualaikum...

    cumil mcm mama..hihi

    bila nak panjang rambut syamimi ni
    Kalau senyum sangat comel.
    Inilah dia Waznah Syamimi...kesayangan kami semua....pantang tengok dia bukak mata...masing2 sibuk nak ciumlah..nak bawa main...nak peluk..nak dukung...dan yang excitednya si baby ni boleh layan semua tue,,,

    Syamimi Oh Syamimi....tau2 jer dia skg kesayangan kakak,abg,mama dan babah....mmg suka sangat kalau diberi perhatian....dan satu yang MV suka tengok anak2 Mv melayan syamimi ni ialah HaikalAyuWani akan jaga adik dorang ni kalau MV mandi,cuci kain ataupun masak...

    Kalau dia tak lapar or mengantuk mmg dia takkan nangis....tapi kalau dia ada simpton2 kedua2nya mmg haru biru kakak dan adik..macam gaya dorang buat..macam2 lagu dorang nyanyi...tapi akhirnya tetap nda mo diam....hihi...

    Kdang2 bila tengok syamimi ni kan..terus MV nampak sifat tanggungjawab dan kematangan kakak dan abang dia..

    Semoga anak2 MV akan menyayangi satu sama lain sampai hujung nyawa mereka..amin
    Read More

    Wednesday, May 7, 2014

    Misi Mencapai Beg Minion

    5:34 PM
    Misi Mencapai Beg Minion
    Assalammualaikum

    geramnya dgn minion ni
    tgu ko minion dapat juga ni
    Nah kan mimi dapat juga kan
    mimi dapat juga...sape yg menang??
    Read More

    Wordless Wednesday#Rezeki Anak-anak#

    10:01 AM
    Wordless Wednesday#Rezeki Anak-anak#