All About Love: tomyam ayam
Showing posts with label tomyam ayam. Show all posts
Showing posts with label tomyam ayam. Show all posts

Tuesday, May 3, 2016

Tomyam ayam, sayur kangkung, timun sardin& sambal mangga

4:35 PM
Tomyam ayam, sayur kangkung, timun sardin& sambal mangga

Assalammualaikum...

Belanja menu makan tenghari semalam.. Simple jer.. Menu ala kadar..

1 lauk 3 sayur.. Kenapa byk sayur sebab  mv hantu sayur hihi.. 

Ni lepas ajar haikalayuwani ...nak exam kn so buat ulang kaji... X sedar sdh tengahari..

Pergi dapur tgk apa yg boleh di masak.. Maka itulah menu yg ada... Menu simpke saja..

Tak mewah tapi cukup untuk buat suami dan anak makan bertambah2

Read More

Monday, May 12, 2014

Istimewa Hari IBU??

5:39 PM
Istimewa Hari IBU??
Assalammualaikum..

Semalam sambutan hari ibu...makanya ramailah yg update di laman2 sosial dan ramai lah juga yang berbalah dek kerana aqidah....sebenarnya susah nak cakap...hihi sebab malas nak serabutkan otak....bagi MV kalau depa nak sambut biarkan depa sambut..

Pada yang tak nak sambut tue tak yah lah nak menyirap dengan ucapan dan gambar2 yang diupload...biarkan mereka dengan pandangan mereka..kita hormat menghormati lah sesama sendiri...

Ceh macam pensyarah konon..hahaha..sebenarnya nak cerita istimewanya hari ibu???MV rasa tiap2 hari pun hari ibu..dan disetiap hari itulah pelbagai keistimewaan yang menanti..cuma kita percaya atau tidak jer...

Gelaran ibu itu sendiri sudah buat anda istimewa dihati anak dan suami...tugas sebagai ibu yang harus dipikul itu jugalah yang memberikan kamu keistimewaan yang tersendiri,,,bukan semua orang seistimewa(Pergh ada kah perkataan ni) tetapi kamu adalah yang teristimewa untuk menerima keistimewaan ini..

Berapa banyak istimewa dah...hahaha....bagi MV menjadi seorang ibu,suri rumah dan wanita bekerja tak membezakan MV dari ibu2 yang lain...MV jaga anak,basuh kain masak dan buat semua kerja tue tanpa perlu balasan..

Cuma terima kasihlah encik suami Mr Velentine kerana membantu MV semalam dan hari2 sebelumnya...

Percaya atau tidak tiap2 hari adalah hari ibu..sebab pastinya ibu pelengkap segalanya kan...cerita hari ibu Mv semalam takda sambutannya...just masak Tomyam Ayam untuk my VelentHaikalAyuwani....

MV ni tak pandai masak sangat...masak pun malam n weekend jer..so waktu cuti2 mcm ni mmg dimanfaat kan untuk anak2 dan suami merasa air tangan isteri dan ibu mereka...sebab MV tau mesti ramai yg ingat ibu bekerja ni tak masak di rumah...

Tapi ingatlah bukan semua macam tue...ok..bye...(**bebelan MV jer)
Read More