June 2016 - All About Love

Thursday, June 30, 2016

Sabah Catat 3 Kematian Wabak Difteria

9:30 AM
Sabah Catat 3 Kematian Wabak Difteria
Assalammualaikum...

PAgi tadi dalam perjalanan ke pejabat ..dengar berita kat radio Hot Fm...Pastinya mengenai Wabak Difteria.. Setakat ini wabak difteria mencatatkan 5 kematian di Malaysia. Satu di Kedah dan melaka,Manakala 3 lagi di Sabah.

3 Kematian di Sabah....4 kes difteria di sahkan dan mencatatkan 3 kematian.Ya Allah lindungi Lah anak2 kami daripada penyakit ini.Amin.

sekiranya anak-anak mengalami tanda2 difteria :-

• Sakit tekak
• Demam panas
• Batuk 
• Sukar menelan
• Sukar bernafas 
• Sakit Kepala
• Keletihan 
• Bengkak kelenjar leher 
• Lendir hidung berbau dan 
   bercampur darah

Bawalah anak anda ke klinik dengan kadar segera
Read More

6 Jenis Kuih Raya

7:30 AM
6 Jenis Kuih Raya
Cornflakes madu takda dalam gambar 
Assalammualaikum.....

  1. butter cookies
  2. popia mini udang 
  3. batang buruk chese
  4. biskut coklat 
  5. biskut ulat bulu 
  6. cornflakes madu
Alhamdulillah sudah 6 jenis kuih raya yang mampu dibuat...cornflakes madu tiada dalam gambar .....al-kisahnya kuih raya ni sudah dirayakan oleh anak2 MV...bak kata syamimi "mama biskut ni semua sedap,,geram adik,,macam mana ni"

hahaha,,,pandai jak dia...dia tukang makan kuih ,..,,,dia minta kek(cornflakes madu sebab dalam cup)..apa2 jerlah anak2 oi...memang buat untuk di makan ...wani pula tukang makan butter cookies...

Abang dan kakak ..batang buruk chese....Insyallah ada mood akan tambah2 lagi sikit biskut ni
Read More

Wednesday, June 29, 2016

Wabak Difteria disahkan di Sabah

9:30 AM
Wabak Difteria disahkan di Sabah
Assalammualaikum

berhati-hati lah kita
Salam 24 Ramadan, wabak Difteria  disahkan di Sabah. Ada 3 kesan yang disahkan...
mv kongsikan lagi info difteria  ini untuk perkongsian bersama.

*INFO DIFTERIA*
Penyakit yg disebabkan oleh bakteria _corynebacterium diphteriae_ dan boleh membawa maut

*CARA JANGKITAN*
~ Tersebar melalui titisan respiratori apabila bersin, batuk atau bercakap. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan

*TANDA DAN GEJALA*
• Sakit tekak
• Demam panas
• Batuk
• Sukar menelan
• Sukar bernafas
• Sakit Kepala
• Keletihan
• Bengkak kelenjar leher
• Lendir hidung berbau dan
   bercampur darah

*PENCEGAHAN*
• Ia boleh dicegah dgn pengambilan vaksin bagi membentuk antibodi atau pertahanan dlm badan
• Pastikan anak anda mendapat imunisasi mengikut jadual yg di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

*KOMPLIKASI PENYAKIT*
• Jangkitan paru paru
• Jangkitan telinga
• Radang Saraf
• Kerosakkan otot jantung
• Lumpuh
• Kegagalan Pernafasan
• Kematian

*RAWATAN*
• Antibiotik akan diberikan untuk
  mencegah komplikasi

*PESANAN*
• Sekiranya anak anda mempunyai TANDA dan GEJALA di atas SEGERA ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran

**menakutkan my haikal batuk2 ..nak bawa ke klinik ptg ni

Read More

Awan Arcus

7:30 AM
Awan Arcus
Assalammualaikum...

sumber sini 
Awan arcus sendiri adalah formasi awan rendah berbentuk horisontal dan biasanya dibentuk oleh arus udara dingin dari angin laut atau udara dingin pertanda akan datangnya badai(sumber dari SINI)

sumber sini 
Kejadian fenomena awan pelik yang berlaku di Sabah Iaitu daerah Beaufort isnin lepas adalah satu dipanggil awan arcus atau dalam bahasa english rolling clouds...

sumber sini 
Pernah berlaku di Sabah pada tahun 2012..menurut blog INI iaitu jun 2012...yang baru-baru ni pun JUn juga 27 Jun 2016..kalau 4 tahun lepas ianya berlaku di Kota kinabalu...tahun ini ianya di Beaufort Sabah...

Masa kejadian lebih kurang jer..iaitu pukul 7 pagi...Apa2punkejadian ni menunjukkan kebesaran ALlah SWT
Read More

Tuesday, June 28, 2016

Jadual Perlawanan Suku Akhir UEFA EURO 2016

9:28 AM
Jadual Perlawanan Suku Akhir UEFA EURO 2016
Assalammualaikum....

Sumber Dari UEFA EURO 2016
Tahniah 

  1. Poland
  2. Portugal
  3. Wales
  4. Belgium
  5. Germany
  6. Italy
  7. France
  8. Iceland
Tahniah kerana layak ke peringkat suku akhir  UEFA EURO 2016...say good bye to ENgland(my fevret team)....Spain ,,,crotia...

Lepas ni nak sokong France lah..hahaha..jadi lalang sekejap...takpun sokong mana2 yang layak ke separuh akhir..boleh kah macam tue....
Read More

Hujan

4:07 AM
Hujan

Assalammualaikum

Salam 23 Ramadan, alhamdulillah  hujan membasahi bumi sabah di bawah bayu... syukur masih berkesempatan  berpuasa... Begitu juga haikalayuwani...

Hujan2 mcm ni kena awal gerak pegi kerja sebab takut bertambah  lebat... Takpun jalan akan jammed...

Syukur  atas kurniaanNya... Sekurang2nya sejuk sikit.. Berbanding sebelumnya.... Kat tempat korang hujan tak?

Read More

Monday, June 27, 2016

Amaran ribut petir sabah 27.06.2016

11:13 AM
Amaran ribut petir sabah 27.06.2016
Assalammualaikum

Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada : 07:24am pada 27 Jun 2016

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang), Pantai Barat (Daerah Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar), Kudat (Daerah Kudat dan Kota Marudu) dan WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Limbang dan Miri (Daerah Miri) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin 27 Jun 2016.

Salam 22 ramadan, pagi ni cuaca di sabah agak berangin dan mendung... Ini disebabkan amaran ribut petir...

Dan di beaufort berlaku  kejadian awan pelik..Semoga kita dijauhkan daripada musibah dan dilindungiNya.
sumber dari whatsapp
sumber dari FB
Read More

Sunday, June 26, 2016

Biskut ulat bulu & biskut coklat

11:13 PM
Biskut ulat bulu & biskut coklat

Assalamualaikum

Alhamdulillah... Siap 2 jenis biskut hari ni.. Biskut ulat bulu dan biskut coklat.. Biskut ulat bulu buat 1kg sebab ada yg tempah 50 biji...

Biskut ulat bulu ni mmg every year wajib.  .biskut coklat ni pulak baru first time buat..alhamdulillah  anak2 sukakan rasanya.. Yeah resepi hentam2  pun siap sdg...

Skg ada 5 jenis biskut.. Esok nnt kita sambung lagi

Read More

Imunisasi Difteria

4:30 AM
Imunisasi  Difteria

Assalamualaikum

Salam 21 ramadan, Difteria... Negara dikejutkan dengan wabak  penyakit  baru iaitu difteria...yang mana ia mencatatkan kematian  budak berusia 2 tahun, adik yg berusia 10bln kritikal... Manakala adi beradiknya yg lain jg dirawat  di hospital

Mv kongsikan sedikit mengenai difteria . .tanda2  ,apa itu Difteria ...sumber mv dapat dari kementerian kesihatan malaysia...

Sama2 lah kita menjaga kesihatan kita....

Read More

Friday, June 24, 2016

Butter cookies

10:30 PM
Butter cookies

Assalamualaikum

Siap butter cookies... First time buat.. Dapat  resepi dari belakang  tepung serbaguna Ros.. Bahan2 simple jak.. Butter, putih  telur, tepung, pewarna kuning, ceri ,aising dan bikabornat...

Dapatlah balang kecik.. Alkisah nak buat ni mixer pula buat hal... Dpt pusing satu besi jak..tapi syukur berjaya jg buat biskut ni

Skg bru ada 3 kuih raya.. Popia mini udang, btg buruk  chese  dan butter cookies..

Esok kita sambung lgi yg lain...

Read More

Thursday, June 23, 2016

Gigi baru tumbuh gigi susu tak patah lagi

3:26 PM
Gigi baru tumbuh gigi susu tak patah lagi
Assalamualaikum

Salam 18 ramadan, pejam celik pejam celik sudah 18 hari kita berpuasa.. Alhamdulillah  masih full...
Anak2 pun masih full.. Yeahhh.. Oh ya ni nak kongsi semalam nampak gigi bru wani tumbuh ..padahal gigi susu belum patah lagi..

Nmpknya mengikut mama n abahnya lah ni.. Gigi tak rata... Gigi baru tu tumbuh d belakang gigi susu... Huhu
Nak cabut gigi susu tu wani pula takut.. Entahlah macam mana ni.. Ada idea  tak kawan2


gigi tue tumbuh tak lurus
Read More

Batang buruk chese siap

4:31 AM
Batang buruk chese siap

Assalamualaikum

Alhamdulillah  siap Batang  buruk chese.. 1 botol temphn bos mv.. Mv punya yg bekas hijau..

Sabtu ni sambung gulung lagi untuk top up untuk rumah punya... Haikalayuwanimimi akan tolong mama..

So takda nak kalut sgt... Misi biskut Pula lepas ni...

Read More

Wednesday, June 22, 2016

Rama-rama wani

3:27 PM
Rama-rama wani
Assalamualaikum

berkongsi hasil kerja wani untuk hari ni.. Wani suru mama ambik  gmbar simpn d wechat..
Tapi mama ambik gambar  masuk ke blog hihi..rama2 batang aiskrim


 Agak busy hari ni.. Ada majlis berbuka puasa d kompleks tempat mv bekerja..

So masa  untuk berblog terbatas.. Ni pun update thru hp.. Insyaallah  esok akan balas jejak kawan2

hasil kerja wani...
ni program kami...
Read More

Done popia mini

4:32 AM
Done popia mini

Assalamualaikum

Alhamdulillah  done projek popia mini.. 1 botol popia mini udang untuk mv.. 2 botol popia mini.. 1 bilis 1 udang tempahan orang...

Done untuk diserahkan kpd pemiliknya...mlam ni misi batang buruk chese pulak...

Pun buat 2 ..utk sendri dan tempahan..misi belum  selesai biskut ulat bulu... Juga  ada tempahan orang.. 

Tempahan  x byk sebb just penuhi permintaan  orang... Mv x open order pun... Tp mmg dah kebiasaan  ada yg selit order

Read More

Tuesday, June 21, 2016

Syamimi Bila Bergambar

7:30 AM
Syamimi Bila Bergambar
Assalammualaikum...
see mulut dia...muncung...
Syamimi...dah besar..suka bergambar..kalau bergambar macam2 gaya..tapi paling suka tengok bab mulut...ada duck face...
mulut juga yang menang
Budak2 buat muka mcm ni comellah...tapi kalau yang dah tua  tak comel mana lah..naik nyampah org hahahaha....
mulut lagi hahaha
Syamimi hari ni sudah 2 tahun 6 Bulan hari ni..21.06.2016....dia sudah semakin pandai...baru-baru ni dia sudah pandai guna kata ganti nama saya..selalu dia guna kata ganti diri dia adik,...tapi akhir2 ni..."ini kunci saya ni"..

Ni mama saya...ini saya punya...comel pula dengar dia cakap mcm tu

Read More

Monday, June 20, 2016

Mummy Or Daddy

7:30 AM
Mummy Or Daddy
Assalammualaikum

sumber FB
Ok ini MV setuju..jadi ibu ni memang kita akan jadi perihatin lebih bab hal anak-anak...kita nak tahu dia buat apa ,dengan sapa, makan apa,kawan dia siapa....dia marah dengan siapa...dia nangis kenapa...

Tapi teringat pula pasal bapa MV...dia punya jenis macam mak2...kita nak jalan dia akan tanya ..dengan siapa buat apa balik jam berapa...n bla bla...

So sebenarnya bukan semua bapa tue jenis mcm bapa yang kat gambar ni...tapi boleh jadi sebaliknya..tapi kalau ibu..rata2 semua mcm ibu jenis yang kat gambar...

Setuju tak ?
Read More

Sunday, June 19, 2016

Puteri Ikan Duyung

7:30 AM
Puteri Ikan Duyung
Assalammualaikum...
semangat membaca...
Ini kisah wani..Alhamdulillah sekarang dia sudah pandai membaca...syukur Ya Allah...akhirnya usaha mama print dan belajar sedikittentang homescholling berhasil juga...ini cerita khamis ....
abaikan ruang kerja MV tue
Puasa ni memang wani MV ambik dari sekolah awal dalam jam 12..sebab dia berpuasa...jadi MV ambik awal...dia stay di library bersama MV...hari masuk hari ke-14 wani berpuasa...

Tinggal 2 minggu lagi dah nak raya...mesti wani excited beraya sebab dia cakap kalau kita berpuasa,,masa raya kita akan rasa hari raya tue bahagia gembira sebab kita sudah berpuasa sebulan..hihi...
Read More

Saturday, June 18, 2016

Let It Go

9:00 AM
Let It Go

Friday, June 17, 2016

Perkara Paling menakutkan Ketika Ramadan

7:30 AM
Perkara Paling menakutkan Ketika Ramadan
Assalammualaikum....

Sumber Sini
Kamu mahu tahu apa yang paling menakutkan ketika ramadan??

Bila Akhirnya kamu sedar hakikatnya kejahatan itu dari kamu , bukan dari syaitan. AStagfirullah'aladzim...

***renung-renungkan...
Read More

Thursday, June 16, 2016

Dimitri Payet Wira Perancis Piala EURO 2016

9:12 AM
Dimitri Payet Wira Perancis Piala EURO 2016
Assalammualaikum....

Perancis Vs Albania tadi pagi...Dan sekali lagi Perancis menang...walaupun gol hanya datang pada minit ke 86 perlawanan(lebih kurang lah)...dan pada minit akhir iaitu masa kecederaan 90' 6 gol kemenangan dijaringkan oleh Dimitri Payet....

Payet April 2016.jpeg
pinjam google 
Ni lah dia wira Perancis yang telah menjaringkan gol kemenangan untuk 2 perlawanan kumpulan baru-baru ini ...

Sedikit mengenai Dimitri Payet ni:-

Dimitri Payet
29 March 1987 (age 29)
Saint-Pierre, Réunion, France
1.75 m (5 ft 9 in)
Playing position  Attacking midfielder
Club information Current team West Ham United
Number 27
Youth career
1995–1998 Saint-Philippe
1998–1999 Saint-Pierroise
1999–2003 Le Havre(sumber SINI)


(**sesekali buat entry bola..hihi...si Payet ni main bagus.)

Read More

FEMININE WASH Jamu Susuk Dara

4:37 AM
FEMININE WASH Jamu Susuk Dara

Assalamualaikum

Salam 11 ramadan... FEMININE WASH Jamu Susuk Dara..pencuci miss V kita...baru juga mv cuba tapi mv suka... Mmg berkesan...

Sedikit tentang FEMININE WASH ni:-

🌸Bau nya wangi..wangi natural bukan wangi daripada pewangi yg boleh merosakkan ph kulit vagina..rasa dingin dan menyegarkan. Ianya feminine berubat yang sesuai untuk keputihan. Sesetengah org yg ada alergik bila berpeluh celah peha dan gatal2 amat sesuai menggunakannya. Pada permulaan penggunaan akan rasa sedikit pedih dan kemudian pedih tu akan hilang. Feminine wash tidak seperti produk lain yang hanya sekadar wangi tetapi tidak berubat dan mencegah keputihan.

🌸Kandungan: herba arab, cengkih, extrak sireh dan manjakani

🌸Bauan semulajadi adalah normal dan ramai wanita mengalaminya. Ianya berpunca dari peluh, bakteria dan perubahan hormon. Cucian setiap hari boleh mencegah bauan ini. Jika ada masaalah dgn kelembapan melampau, keputihan dan perpeluhan yg mendatangkan bau bolehlah gunakan MISS-V: Cool Medicated feminine wash ini. Tetapi awas..jika terdapat bauan yg luarbiasa itu adalah tanda jangkitan vagina.

💟Diperbuat dari bahan2 alam semulajadi seperti herba, flora dan tumbuh-tumbuhan untuk mengekalkan pH normal vagina.
💟Tumbuhan dan herba digunakan utk membersih dan menghalang bauan kurang enak dan mencegah kegatalan.
💟Selamat dan sangat lembut utk kegunaan harian hingga boleh digunakan diseluruh badan.
💟Kandungan herbanya menolong mengekalkan kelembapan semulajadi di kawasan vagina, mencegah kekeringan melampau dan membuat anda berasa selesa.
💟Tumbuhan istimewa yg digunakan mengandungi bahan berubat antiseptik serta mengencangkan otot vagina.
💟Amat membantu di waktu kedatangan haid dari semua ketidakselesaan.
💟Kebersihan yang meyakinkan.

🌸Miss V Feminine Wash Jamu Susuk Dara membantu anda mencegah daripada jangkitan kuman dan bakteria yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit dan bau yang kurang enak. Miss V Feminine Wash Jamu Susuk Dara mengandungi herba-herba semulajadi yang bukan sahaja berkhasiat untuk meningkatkan kesihatan bahagian intim wanita, tetapi mewujudkan haruman yang segar untuk keselesaan seorang wanita sepanjang hari.

🌸Khasiat Miss V Feminine Wash Jamu Susuk Dara
💟Mengekalkan keasidan bahagian intim wanita
💟Menyah bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita
💟Membersih dan melembap
💟Mencegah daripada jangkitan kuman
💟Merawat masalah kegatalan dan keputihan
💟Memberi keselesaan pada bahagian intim terutamanya pada yang kerap berpeluh

🌸Kandungan Miss V Feminine Wash Jamu Susuk Dara
💟Air: Air yang bebas dari pencemaran digunakan dalam pencuci ini berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan lagi kulit.
💟Glycerin: Glycerine berupaya untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, ia juga berperanan untuk mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
💟Allantoin: Attantoin merupakan sebatian kimia semulajadi yang tidak berbau dan tidak beracun dan dihasilkan oleh kebanyakan organisma. Sebatian ini menggalakkan pembaikpulihan sel dan menggalakkan penyembuhan luka, kesan terbakar, dan parut.
💟Asid Sitrik: Asid sitrik bersifat anti-oksida dan berupaya mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.
💟Carbomer: Ramuan yang sering digunakan dalam pembuatan kosmetik ini berperanan untuk melembapkan kulit dan mengatasi masalah kulit.
💟Hydrogenated Castor Oil: Minyak Cas

Dah baca info mengenainya kan... Sesiapa yang ada masalah wanita seperti yang ditulis di atas bolehlah mencuba FEMININE WASH Jamu Susuk Dara ni...

Sekiranya berminat
Wasap 0168040362

Read More

Wednesday, June 15, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com

2:50 PM
Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Jun 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Read More

Menu berbuka

8:23 AM
Menu berbuka
Assalamualaikum

Salam 10 ramadan.. Sepuluh hari sudah kita menjalankan ibadah puasa. Alhamdulillah  masih berpuasa bersama haikalayuwanimimi...

Sepanjang ramadan belumpernah ke bazar Ramadan  lagi... Masak di rumah jak.. Jimat..kena pula anak2 x cerewet  pasal makan ...

Mv kongsikan menu yang sempat di snap.. Antaranya laksa, dan menu semalam nasi goreng ayam goreng sayur.. Roti jala beli dekat kawasan rumah..

Banyak sebenarnya tapi tak snap sebab siap masak lepas tu dah masuk waktu berbuka..Sebab tue masak menu semua simple2 saja....

menu berbuka semalam
laksa,,plus green tea(menu sabtu lepas d kampung)
Read More

Tuesday, June 14, 2016

Kasut raya ayu & wani

9:07 AM
Kasut raya ayu & wani

Assalamualaikum

Salam 9 ramadan... Alhamdulillah masa lgi berpuasa..begitu juga haikalayuwani.. Persiapan  raya ala kadar jer...

Bju pki yg last year punya... untuk tema tahun ni jubah for mom n daughter.. Colour blue(kain sekolah menengah) ...

Baju my kakak yg tlg jahitkan.. Jimat duit nnt belanja dia mkn jer.. Skg bju wani dan kakak ayu dah siap.. Tgl syamimi n mv lagi..

Kasut raya utk kakak ayu dan wani mv dah siap beli.. Yg murah2 saja.. Ikut pilihan mereka... Excited dorang memilih...

Abg adik nnt kita cri ya.. Sebb xda yg berkenan  masa pergi ahad tu.. Awak2 dah ready2 persiapan raya ker

Read More

Monday, June 13, 2016

Kad raya pertama 2016

7:55 AM
Kad raya pertama 2016
Assalammualaikum

Salam 8 ramadan,hari ni masuk pejabat tengok atas meja ada sampul surat.. bila buka tarra kad raya dari Shida radzuan..iaitu pemilik blog dunia shida...

Terima kasih shida.. comel kad raya yg shida bgi..suka mv tgk..tak sia2 join segmen kad raya shida

comel kad raya nya..
Read More

Sunday, June 12, 2016

Cuti sekolah dah habis

9:13 PM
Cuti sekolah dah habis

Assalamualaikum

Habis dah cuti sekolah.. Salam 7 ramadan. Alhamdulillah  anak2 haikalayuwani masih lagi berpuasa setakat ini.

Esok dah mula sekolah dugaan berpuasa d sekolah lah pula lepas  ni.. Tadi bawa haikalayu pergi cari kasut sekolah baru..

Sebab  awal tahun tu x beli utk drg..pki yg lama jak.. Pergi kedai bata d 1Borneo.. Kebetulan promosi cuti sekolah  beli 2 rm59..

Klo harga asal satu 35..kira jimat lah sikit.. Semoga bersemangat ke sekolah ya esok..



Read More

Saturday, June 11, 2016

Keputusan penuh uefa euro 2016 perancis vs romania

4:59 AM
Keputusan penuh uefa euro 2016 perancis vs romania

Assalamualaikum

Keputusan  penuh perlawanan perancis vs romania..

Perancis 2-1 romania...

Wira perancis pagi ni Dmitri Payet..tahniah perancis...

Gol kemenangan  di minit ke 89..

Read More

*JADUAL UEFA EURO 2016* Peringkat Kumpulan

4:38 AM
*JADUAL UEFA EURO 2016*
Peringkat Kumpulan

Assalamualaikum

*JADUAL UEFA EURO 2016* Peringkat Kumpulan..

Salam 6 ramadan,UEFA EURO 2016 sudah bermula.. Sekarang perlawanan pErancis Vs romania...

Keputusan sekarang seri 1-1..ngam2 sahur kan.. Jadi tengok  lah game ni..

Mv kongsikan jadual perlawanan peringkat kumpulan  untuk peminat bola sepak di malaysia

*Kumpulan A*
    Perancis (Tuan Rumah)
.... Romania
.... Albania
.... Switzerland

*11 Jun* _*Sabtu*_ 03:00 pagi
    Perancis v Romania ....
*11 Jun* _*Sabtu*_ 09:00 malam
.... Albania v Switzerland ....
*16 Jun* _*Khamis*_ 12:00 pagi
.... Romania v Switzerland ....
*16 Jun* _*Khamis*_ 03:00 pagi
    Perancis v Albania ....
*20 Jun* _*Isnin*_ 03:00 pagi
.... Romania v Albania ....
*20 Jun* _*Isnin*_ 03:00 pagi
.... Switzerland v Perancis   

*Kumpulan B*
.... England
    Russia
    Wales
.... Slovakia

*12 Jun* _*Ahad*_ 12:00 pagi
    Wales v Slovakia ....
*12 Jun* _*Ahad*_ 03:00 pagi
.... England v Russia   
*15 Jun* _*Rabu*_ 09:00 malam
    Russia v Slovakia ....
*16 Jun* _*Khamis*_ 09:00 malam
.... England v Wales   
*21 Jun* _*Selasa*_ 03:00 pagi
.... Slovakia v England ....
*21 Jun* _*Selasa*_ 03:00 pagi
    Russia v Wales   

*Kumpulan C*
    Jerman
.... Ukraine
.... Poland
.... Ireland Utara

*13 Jun* _*Isnin*_ 12:00 pagi
.... Poland v Ireland Utara ....
*13 Jun* _*Isnin*_ 03:00 pagi
    Jerman v Ukraine ....
*17 Jun* _*Jumaat*_ 12:00 pagi
....Ukraine v Ireland Utara ....
*17 Jun* _*Jumaat*_ 03:00 pagi
    Jerman v Poland ....
*22 Jun* _*Rabu*_ 12:00 pagi
.... Ireland Utara v Jerman   
*22 Jun* _*Rabu*_ 12:00 pagi
.... Ukraine v Poland ....

*Kumpulan D*
    Sepanyol
.... Republik Czech
.... Turki
.... Croatia

*12 Jun* _*Ahad*_ 09:00 malam
....Turki v Croatia ....
*13 Jun* _*Isnin*_ 09:00 malam
    Sepanyol v Rep. Czech ....
*18 Jun* _*Sabtu*_ 12:00 pagi
.... Rep. Czech v Croatia ....
*18 Jun* _*Sabtu*_ 03:00 pagi
    Sepanyol v Turki ....
*22 Jun* _*Rabu*_ 03:00 pagi
.... Croatia v Sepanyol   
*22 Jun* _*Rabu*_ 03:00 pagi
.... Rep. Czech v Turki ....

*Kumpulan E*
.... Belgium
    Itali
.... Republik Ireland
.... Sweden

*14 Jun* _*Selasa*_ 12:00 pagi
.... Rep. Ireland v Sweden ....
*14 Jun* _*Selasa*_ 03:00 pagi
.... Belgium v Itali   
*17 Jun* _*Jumaat*_ 09:00 malam
    Itali v Sweden ....
*18 Jun*  _*Sabtu*_ 09:00 malam
.... Belgium v Rep. Ireland ....
*23 Jun* _*Khamis*_ 03:00 pagi
.... Sweden v Belgium ....
*23 Jun* _*Khamis*_ 03:00 pagi
    Itali v Rep. Ireland ....

*Kumpulan F*
.... Portugal
.... Iceland
.... Austria
.... Hungary

*15 Jun* _*Rabu*_ 12:00 pagi
.... Austria v Hungary ....
*15 Jun* _*Rabu*_ 03:00 pagi
.... Portugal v Iceland ....
*19 Jun* _*Ahad*_ 12:00 pagi
.... Iceland v Hungary ....
*19 Jun* _*Ahad*_ 03:00 pagi
.... Portugal v Austria ....
*23 Jun* _*Khamis*_ 12:00 pagi
.... Hungary v Portugal ....
*23 Jun* _*Khamis*_ 12:00 pagi
.... Iceland v Austria ....

  Siaran Langsung melalui saluran Astro Euro1 821,Euro2 822 & Euro1 HD 841,Euro2 Hd 842. 
.. Saluran Astro Arena 801 hanya untuk perlawanan terpilih sahaja.(sumber dari whatsapp  saja)

**mv pilih england.. Hihi mcm biasa.. Korang sokong team apa

Read More

Friday, June 10, 2016

Kadar Zakat Fitrah 2016 Seluruh Malaysia

7:30 AM
Kadar Zakat Fitrah 2016  Seluruh Malaysia
Assalammualaikum....




Kadar zakat seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2016..tengok no.13..Masih seperti tahun sebelumnya RM7.00..Di darab dengan 6 orang..Maka jumlah zakat yang perlu suami bayar tahun ini adalah RM42.00

Dulu pernah menetap di Johor..bayaran masa tue kalau tak silap RM4.80(Tangkak),,kalau tak silap lah...masa tue baru berempat sekarang dah berenam...

Bah jangan kamu lupa bayar zakat di kaunter berhampiran..Macam Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah ada dibuka juga kaunter pembayaran zakat fitrah...

Sumber SINI

Read More

Thursday, June 9, 2016

Hormat Menghormati

7:30 AM
Hormat Menghormati
Sumber Sini 
Assalammualaikum...

Walaupun berbeza agama ,,,tapi  hormat menghormati itu penting untuk hidup aman dan harmoni apatah lagi di Negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Di Malaysia
Read More

Wednesday, June 8, 2016

Pembayaran bantuan khas raya kepada penjawat awam dan pesara kerajaan pada 13 jun2016

8:10 PM
Pembayaran bantuan khas raya kepada penjawat awam dan pesara kerajaan pada 13 jun2016

Assalamualaikum

Alhamdulillah  syukur.. Rm500 bantuan khas unrltuk persediaan perbelanjaan raya diumumkan oleh YAB Perdana menteri...

Pembayaran akan dibuat pada 13 jun 2016...pesara kerajaan  juga diberi rm250 bantuan khas raya...

Syukur menerima... Sekurang2nya meringankan perbelanjaan hari raya nnti

Read More

Tips Minum 8 Gelas Air di Bulan Puasa

1:46 PM
Tips Minum 8 Gelas Air di Bulan Puasa

OST Lambaian Ramadan-Ingatkan Dia(Wings)

7:30 AM
OST Lambaian Ramadan-Ingatkan Dia(Wings)
Assalammualaikum..


Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku percaya

Biar pun remuk di hati
Akan ku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa aku kah yang berdosa
Mengapa ku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu dusta
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa aku kah yang berdosa
Mengapa ku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa aku kah yang berdosa
Mengapa ku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih ko goda
Masih goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa aku kah yang berdosa
Mengapa ku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama
Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa aku kah yang berdosa
Mengapa ku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama
Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa aku kah yang berdosa
Mengapa ku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama
Read More

Tuesday, June 7, 2016

Lambaian Ramadan(Drama)

2:05 PM
Lambaian Ramadan(Drama)
Assalammualaikum...

Sinopsis 

Pinjam Google
 Lambaian Ramadan mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Adam dan Shila. Pada awalnya Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) hidup bahagia bersama tiga orang anak mereka iaitu Iman (Izz Ilham), Iskandar lakonan Muntazar Ghufran dan Nurin (Puteri Balqis). Namun kebahagian itu tidak berkekalan bila wujudnya orang ketiga lakonan Reen Rahim yang membawakan watak Warda.

Warda berjaya menawan hati Adam dan dalam diam Adam mula curang demi untuk kepentingan perniagaannya. Namun akibat kehadiran Warda, Adam mula mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Dalam masa yang sama, tanpa disedari anak bongsunya, Nurin menghidap satu penyakit kronik.


**Semalam tengok drama ni..emosi pula MV..adui geram dengan si suami dia angkat tangan isteri..dan si perempuan menjadikan dendam untuk menghancurkan rumah tangga orang lain...

malam ni nak tengok...drama ni setiap isnin hingga rabu jam 10.00 malam TV3


Read More

first Day Wani Puasa

11:59 AM
first Day Wani Puasa
Assalammualaikum...

Salam 2 Ramadan...tahun ni tahun keempat haikalayu berpuasa...alhamdulillah abang haikal mula berpuasa penuh sejak usia 6 tahun...Kakak Ayu pula pada usia 7 tahun...dan tahun ni giliran wani untuk berpuasa...

Oh ya tahun ni mereka berpuasa tanpa MV,Suami dan syamimi..Sebab mereka balik bercuti di kampung ....berpuasa dengan sepupu dan ahmah(mama MV) ah tong(bapa MV)...MV minta mama tolong ajar wani puasa tahun ni...

Puasa setengah hari saja...iyalah kan badannya berisi takut nanti nda larat pula...hihi...apa2pun tahniah my wani..sebab puasa pertama full day semalam...cuma dia balik2 tanya lah bila boleh minum..hihi..

Sebelah malam pun dia takut2 mau minum..siap tanya .."ahmah buli minum kah"..hari ni dia berpuasa buat hari kedua..Belajar berpuasa bukan memaksa..kalau dia tak tahan dia boleh berbuka juga...


Read More

Monday, June 6, 2016

Misi popia mini udang

10:59 PM
Misi popia mini udang

Assalammualaikum

Salam ramadan pertama,alhamdulillah masih diberikan kesempatan untyk menunaikan ibadah puasa tahun ni..walaupun dlm keadaan yg X berapa sihat.

Hari ni memulakan misi menggulung popia mini udang...tapi cukup lah Hari ni..X larat dah

Read More

Sunday, June 5, 2016

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 TAMBAHAN WAKTU PERINGKAT (WP) DALAM JADUAL WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DILAKSANAKAN KHAS PADA BULAN RAMADAN

7:30 AM
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 TAMBAHAN WAKTU PERINGKAT (WP) DALAM JADUAL WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DILAKSANAKAN KHAS PADA BULAN RAMADAN
Assalammualaikum...


Isnin ni 06.06.2016 merupakan 1 Ramadan..Seperti tahun sebelumnya pastinya ramai yang ternantikan waktu peringkat bekerja pada bulan tersebut... Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan waktu rehat penjawat awam selama setengah jam. 

So korang boleh tengok surat pekeliling tue dekat link kat bawah ni...

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016TAMBAHAN WAKTU PERINGKAT (WP) DALAM JADUAL WAKTUBEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DILAKSANAKAN KHAS PADABULAN RAMADAN 



ni waktu bekerja berperingkat di sabah & Labuan
So MV akan pilih WP4....kena balik awal..nak kena masak untuk berbuka..nda boleh mau beli di bazar jak....pergh tak mampu kita hahaha
Read More

Saturday, June 4, 2016

Siapa Kawan Isteri Anda??

8:00 AM
Siapa Kawan Isteri Anda??
Assalammualaikum...

pinjam google
Kalau MV sebelum kahwin memang kawan tak ramai..lepas kawin then kerja kawan MV adalah di kalangan rakan sepejabat,rakan sejawatan,kenalan waktu kursus...dan sekarang berjinak2 di bidang perniagaan..so berkawan dengan yang memberi peluang perniagaan...

Tapi kawan yang paling Rapat Of course suami & anak-anak..tak di nafikan...Mcm MV weekend memang stay duduk rumah..kalau kena kerja pun bawa anak turun ofis,.,,bila jadi ibu dan isteri ni..

macam mana banyak pun kawan yang kita ada..kwan yang akan sentiasa ada di sisi kita di saat susah senang ialah suami dan anak-anak...
Read More

Friday, June 3, 2016

Paedophilia atau paedophile

4:02 PM
Paedophilia atau paedophile
Assalammualaikum..

Copy Paste
Paedophilia atau paedophile, adalah satu spesis manusia yang rare. Diorang ni kalau tengok budak-budak akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.
Scary kan? Scary gila.
Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini. Memang ada dan memang wujud.
Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis. Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"
80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa. 
-______-
Most of us tak aware pasal ni. Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak, kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik, kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard, kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal, kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.
Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM. Tak faham how can all this happen. Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.
Itulah dia--
PEDOPHILES.
Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids. Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids, tak macam orang-orang normal yang lain. Tengok gambar-gambar contoh di bawah.
Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu. That's it.
So apa yang kita boleh buat? Itu persoalannya sekarang.
Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING. Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile. Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile. -______-
Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..- 
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya. Tapi apa yang kita boleh buat ialah, MINIMIZE THE RISK.
Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita. Contoh paling mudah, SOCIAL MEDIA.
FIKIRRR sebelum upload apa-apa gambar anak di social media. Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel. Semua anak pun comel. Kan?
Tapi jaga privasi mereka. Anak lelaki mahupun anak perempuan. Jaga.
Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak, those photos are high-risk photos! Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu. Lagi comel lagi geram. You know what i mean.
"Ahhh lantak ahhh. Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!! Comel kott gambar anak aku tengah mandi. Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."
Bare in mind, pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR, boleh jadi SESIAPA SAJE termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.
Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell. But to pedophiles. They get SEXUALLY AROUSED. Beza kan, comel dengan sexually attractive? Kan?
Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan, ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu, and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.
Sounds insane kan? Tapi possible. Sumpah possible.
Dan ingat, walau se-private mana pun social media kita, it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.
"Ahhh merepek! Selama ni aku upload gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"
So kau nak tunggu anak kau hilang dulu, kena culik dulu, kena bunuh dulu, baru nak stop publish la? Hmm?
Act now. Mencegah lebih baik dari merawat. Kan?
These are 12 safety rules yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.
1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc. Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!
2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.
3) Never post status yang macam, "Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."
Atau,
"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."
NEVER.
4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje. Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua. But remember, pedophiles are everywhere.
5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki. Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID. Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".
6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.
7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan. There must be something yang ganggu fikiran dia.
8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.
9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa). Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.
10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum. Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!
11) Respect your kids privacy. Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.
12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile, atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile, terus call ChildLine 15999. Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.
A Please parents.
We are currently living in an era yang langsung takde barrier. Langsung takde sekatan. Bila takde barrier takde sekatan, hence takde keselamatan. Pandai-pandai jaga diri. Pandai-pandai jaga anak sendiri.
Pedophiles are everywhere. Pedophiles can be anyone.
U don't say these people dont exist. They do. Dan RAMAI sebenarnya. Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka. Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles. Kan?
Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia. Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang. And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat. Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan. Dua, free.
Na'uzubillahi min zalik.
Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu. Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk, DELETE je.
Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi. Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi, ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.
Esok-esok kita kena soal, tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.
Mintak jauh.
Cc : Adlil Rajiah
p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak. Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya.


(**ini berita yang mengemparkan semalam...huhu..scary kan..peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua...sekarang bukan boleh percaya...satu ilmu baru untuk kita yang bergelar ibu bapa)

MV pinjam status ni...tak tau sumbernya mana..tapi sekiranya empunya FB terbaca..boleh koemn supaya MV boleh credit kan entry ni kepada beliau..
Read More