Followers

Showing posts with label Lambaian Ramadan(Drama). Show all posts
Showing posts with label Lambaian Ramadan(Drama). Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

Lambaian Ramadan(Drama)

Assalammualaikum...

Sinopsis 

Pinjam Google
 Lambaian Ramadan mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Adam dan Shila. Pada awalnya Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) hidup bahagia bersama tiga orang anak mereka iaitu Iman (Izz Ilham), Iskandar lakonan Muntazar Ghufran dan Nurin (Puteri Balqis). Namun kebahagian itu tidak berkekalan bila wujudnya orang ketiga lakonan Reen Rahim yang membawakan watak Warda.

Warda berjaya menawan hati Adam dan dalam diam Adam mula curang demi untuk kepentingan perniagaannya. Namun akibat kehadiran Warda, Adam mula mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Dalam masa yang sama, tanpa disedari anak bongsunya, Nurin menghidap satu penyakit kronik.


**Semalam tengok drama ni..emosi pula MV..adui geram dengan si suami dia angkat tangan isteri..dan si perempuan menjadikan dendam untuk menghancurkan rumah tangga orang lain...

malam ni nak tengok...drama ni setiap isnin hingga rabu jam 10.00 malam TV3