All About Love: imunisasi difteria
Showing posts with label imunisasi difteria. Show all posts
Showing posts with label imunisasi difteria. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

Sabah Catat 3 Kematian Wabak Difteria

9:30 AM
Sabah Catat 3 Kematian Wabak Difteria
Assalammualaikum...

PAgi tadi dalam perjalanan ke pejabat ..dengar berita kat radio Hot Fm...Pastinya mengenai Wabak Difteria.. Setakat ini wabak difteria mencatatkan 5 kematian di Malaysia. Satu di Kedah dan melaka,Manakala 3 lagi di Sabah.

3 Kematian di Sabah....4 kes difteria di sahkan dan mencatatkan 3 kematian.Ya Allah lindungi Lah anak2 kami daripada penyakit ini.Amin.

sekiranya anak-anak mengalami tanda2 difteria :-

• Sakit tekak
• Demam panas
• Batuk 
• Sukar menelan
• Sukar bernafas 
• Sakit Kepala
• Keletihan 
• Bengkak kelenjar leher 
• Lendir hidung berbau dan 
   bercampur darah

Bawalah anak anda ke klinik dengan kadar segera
Read More

Wednesday, June 29, 2016

Wabak Difteria disahkan di Sabah

9:30 AM
Wabak Difteria disahkan di Sabah
Assalammualaikum

berhati-hati lah kita
Salam 24 Ramadan, wabak Difteria  disahkan di Sabah. Ada 3 kesan yang disahkan...
mv kongsikan lagi info difteria  ini untuk perkongsian bersama.

*INFO DIFTERIA*
Penyakit yg disebabkan oleh bakteria _corynebacterium diphteriae_ dan boleh membawa maut

*CARA JANGKITAN*
~ Tersebar melalui titisan respiratori apabila bersin, batuk atau bercakap. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan

*TANDA DAN GEJALA*
• Sakit tekak
• Demam panas
• Batuk
• Sukar menelan
• Sukar bernafas
• Sakit Kepala
• Keletihan
• Bengkak kelenjar leher
• Lendir hidung berbau dan
   bercampur darah

*PENCEGAHAN*
• Ia boleh dicegah dgn pengambilan vaksin bagi membentuk antibodi atau pertahanan dlm badan
• Pastikan anak anda mendapat imunisasi mengikut jadual yg di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

*KOMPLIKASI PENYAKIT*
• Jangkitan paru paru
• Jangkitan telinga
• Radang Saraf
• Kerosakkan otot jantung
• Lumpuh
• Kegagalan Pernafasan
• Kematian

*RAWATAN*
• Antibiotik akan diberikan untuk
  mencegah komplikasi

*PESANAN*
• Sekiranya anak anda mempunyai TANDA dan GEJALA di atas SEGERA ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran

**menakutkan my haikal batuk2 ..nak bawa ke klinik ptg ni

Read More

Sunday, June 26, 2016

Imunisasi Difteria

4:30 AM
Imunisasi  Difteria

Assalamualaikum

Salam 21 ramadan, Difteria... Negara dikejutkan dengan wabak  penyakit  baru iaitu difteria...yang mana ia mencatatkan kematian  budak berusia 2 tahun, adik yg berusia 10bln kritikal... Manakala adi beradiknya yg lain jg dirawat  di hospital

Mv kongsikan sedikit mengenai difteria . .tanda2  ,apa itu Difteria ...sumber mv dapat dari kementerian kesihatan malaysia...

Sama2 lah kita menjaga kesihatan kita....

Read More