All About Love

Thursday, October 9, 2014

Alergic Telur

8:00 AM
Alergic Telur
muka,badan,kaki tangan telinga habis bengkak
Assalammualaikum...

Syamimi alergic telur...habis bengkak satu badan...MV cepat bawak pergi klinik...kesian...menggaru dia..huhu,,lepas ni kena pantang telur sudah ya adik..tuelah abg kakak makan dia pun mau....

Terkejut tengok...huhu...terpaksa monitor bengkaknya tue...kalau tak surut dalam 2 jam kena bawa pegi kecemasan..syukur alhamdulillah lepas makan nubat n sapu di badan bengkak n gatal hilang....

So lepas ni adik tak boleh makan telur..dan MV pun sama..
Read More

Wednesday, October 8, 2014

Kepala Luka

12:00 PM
Kepala Luka

Assalammualaikum...

sempat lagi posing walau kepala luka
Alkisah Ayu Syamirah..jumaat lepas ntah apa dibuat kat sekolah kepala dia luka...sudah tue nda lagi bagi tau cikgu....sebabnya takut nda dapat duduk exam..menahan sakit dengan kepala berdarah dari jam 12.30 smpi jam 4 petang...

Bila MV ambil baru dia bagitau...pergh apa lagi..terus lah bawa ke Hospital Likas di unit kecemasan..macam2 anak MV ni..tapi tengok muka dia tue mcm takde apa2 kan...huhu....dapatlah 3 kesan luka..

Syukur tak dalam mana...dicuci luka then bagi ubat jer..bila MV tanya masing2 diam...abg haikal pun mcm tue..huhu....budak2 ni buat komplot pula..takpe one day they will story the true...pasti..
Read More

Giveaway Pertama SitiSab

8:54 AM
Giveaway Pertama SitiSab

Assalammualaikum..


Giveaway ni bermula pada hari ini! 

( 3rd October 2014 - 3rd November )
-mungkin akan di pinda juga ye

tag 


** cik rose  MV dah  join dah ...kalau yg lain nak join just klik banner


Read More

Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi Bapa ke 56 tahun

12:00 AM
Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi Bapa ke 56 tahun

Assalammualaikum

cucu Yap....tapi ada 3 org lagi takde dalam gambar
Ini cerita malam raya aidil adha...MV balik beaufort sambut raya..sebab dah lebih sebulan tak balik kampung....malam raya tue kami buat BBQ dan doa selamat sempena birthday bapa yang ke 56 tahun...
ni dia ustaz muda yg baca doa malam tue 

my dad potong kek
Yang baca doa malam tue adik MV yang bongsu..masa belajar tingkatan 5 di sekolah menengah agama islam pantai manis papar....dia memang niat nak buat doa selamat tue....

kek made by my sister
MV doakan semoga bapa dikurniakan kesihatan yang sempurna...dan dimurahkan rezeki..birthdaynya hari ni tapi kami sambut awal sebab kena hari kerja...nnt tak dapat kumpul....happy birthday bapa...we all love u so much

antara menunya..ayam tak sempat snap

buat majlis keluarga jer

nilah teratak kecil yang membahagiakan kami
Mv harap ikatan kekeluargaan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya,,,,anak2 MV dan sepupu..semoga terus rapatkan silaturahim ini..Insyaallah.AMin

Read More

Tuesday, October 7, 2014

Gambar Family Day PSUPS 2014-Beringgis Resort-

10:10 AM
Gambar Family Day PSUPS 2014-Beringgis Resort-
Assalammualaikum

tiup belon kanak-kanak

excited posing with minion 


yeah dapat blender..

tiup abg jangan tak tiup

wani terlebih excited
suka tengok gambar ni..pandai abng posing

kanak2 ribena with maskot minion

melekat betul dengan minion

siap peluk lagi

suka budak2 tau

tengok kakak siap kejar minion tue

kakak ayu with kakak aimi n tasha
Sebulan sudah berlalu baru terup ni gambar..ni pun ihsan dari unit ICT..kalau tak takdelah sebab MV sibuk hari tue....sebagai Setiausaha kelab mmg tak menang tangan hari tu....

Mv belanja kamu gambar untuk hari ni..hahaha....

Read More

Mafarikha Tolong [ Lirik ] [ OST Maaf Jika Aku Tak Sempurna ]

9:24 AM
Mafarikha Tolong [ Lirik ] [ OST Maaf Jika Aku Tak Sempurna ]

Assalammualaikum....



Layan lagu ni....alhamdulillah sudah 3 hari bumi Sabah dibasahi air hujan..sejuknya tak terhingga..sehinggakan pagi tadi bawa kereta pun tak nampak jalan....

Syukur atas nikmatnya....tempat korang hujan tak..
Read More

Thursday, October 2, 2014

Harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter !!

9:36 AM
Harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter !!
Assalammualaikum....

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2 Oktober 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

KPDNKK dalam kenyataannya hari ini menyatakan, walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi 2014.

Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

KPDNKK berkata, pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.

Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak. - BERNAMA(Sumber dari Berita Harian)


Terima kasih atas kenaikan ni....positif jer...apa buli buat kan...huhu



Read More

Peneman Mama

7:30 AM
Peneman Mama
Assalammualaikum..
tidur hihi
zoom sikit...nampak tak si comel syamimi
Ini cerita minggu lepas....syamimi teman mama ke ofis 2 hari berturut2...cerita hanya kerana tak cukup susu..hahaha....syamimi kehabisan susu perahan...so bila taska call MV nak pergi hantar,,,

Dijadikan cerita si manja mama yg pintar ni ternampak kelibat mama terus senyum cakap..a mama .....masa tu nak hantar susu jer tapi dia dah teriak aka nangis..so mau tak mau ken abawa juga ke library...

kebetulan MV seorg sebab mmbr ofis ada perbarisan....jadi mmg kena jaga kaunter...syukurlah juga sepanjang dia ikut 2 hari tue dia x meragam...dia just tidur jer...nilah ni syamimi sekejap nda mau susu perahan dalam botol....satu kali dtg mood dia nah ambik setengah hari sdh habis..hihi...

Skg Mv berusaha mengepam susu untuk syamimi...doakan syamimi full BF sampai 1 tahun ya....


Read More

Wednesday, October 1, 2014

Wordless Wednesday#daging,sosej & lobak grill#

3:48 PM
Wordless Wednesday#daging,sosej & lobak grill#
Assalammualaikum...

menu dinner sabtu lepas sebab hubby outstation MV takleh nak masak bnyk sebab syamimi nak dukung jer..
**grill with majerin,perap daging dengan sos cili n kunyit,,hihi
Read More

TOlong Lagi Boleh??

11:38 AM
TOlong Lagi Boleh??
Assalammualaikum

Terima kasih Mv ucapkan pada siapa2 yg tolong MV like picture di entry INI,,,uollss mmg sporting..terbaek..hihi...tapi amat mengecewakan bila cntest tue dibatalkan dek kerana ada yang guna autolike...sakit pula hati kitew tau...

So penganjur buat contest baru..dengan cara yang sama tapi kali ni..just share gambar dan kumpul komen yang paling banyak...so hari ni MV nak minta bantuan kawan2 tolong komen gambar yang MV share...

Komen jer apa2...link blog pun MV terima...senang nak baca kamu punya link....komen merapu pun takpe....kalau ada yang sudi tolong just drop komen kat sini...komen lah berapa2 pun tak kisah just komen...boleh kan..

MV ucapkan terima kasih atas bantuan kamu semua...
Read More

Tuesday, September 30, 2014

Suamiku encik Sotong,Pengantin Ekspres,Menantu Vs Mentua & Chan Rak Ter

4:28 PM
Suamiku encik Sotong,Pengantin Ekspres,Menantu Vs Mentua & Chan Rak Ter
Assalammualaikum....

Nampak tak tajuk entry kali ni...semua tajuk novel uolllss..hihi nampaknya MV kembali menjadi pembaca novel..ahakss...see 4 novel dalam sebulan hahaha....tapi cuma 3 yang baru habis...hihi

Suamiku encik sotong sangatlah best...huhu siap nangis lagi masa baca...huhu...mengisahkan seorang wanita yang terpaksa kahwin dengan musuh ketatnya yang berpewatakan lembut dan digelar sotong...dalam masa yang sama perkahwinan yang terjalin atas dasar ego membuat mereka terluka,,,,mencintai orang lain dan menghadapi halangan itu membuat hidup gadis tersebut dalam keadaan yang meyedihkan...mengandung anak luar lelaki lain sdg diri masih  bergelar isteri kepada encik sotong..huhu seriously sedih kalau baca...

Pengantin ekspres...seorang playboy bernama Rayyan yang menginginkan seorang isteri yang muslimah iaitu aleya..dek kerana putus tunang dan ingin menyelamatkan maruah keluarga,,,aleya menerima lamaran Rayyan......ketabahan Aleya dalam mengubah aleya sangat menyentuh hati..kisah keluarga Rayyan yang penuh pergolakkan....pergh kalau baca sehari jak habis ni...macam MV..hihi

Menantu Vs Mentua :

Sinopsis:-

Disebabkan satu peristiwa yang tak disengajakan, Izz Rayyan Iskandar telah menjadi hero di hati Qeesya Ameena. Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Qeesya menjadi angau, sehinggakan dia membuat keputusan untuk melamar lelaki itu.

Dalam usaha memikat hati dan cinta suaminya, dia terpaksa berdepan dengan Puan Sri Afifah. Bagi Puan Sri Afifah yang datang ke rumahnya bukan menantu tapi, hantu. “Qeesya Ameena kau ada dua misi. Satu, projek memikat Izz Rayyan Iskandar. Dua, projek memikat hati Puan Sri Afifah a.k.a Queen of the Lions.”

Sejauh mana hubungan Qeesya dan Rayyan dapat bertahan? Dan adakah mampu Qeesya melembutkan hati mak mentuanya yang keras ibarat batu-bata itu?


“Sumpah, aku menantu bukan hantu!”(credit Sini)

Kalau baca ni terutama di bahagian tengah pasti anda akan menitiskan air mata...tak percaya..carilah buku ni....MV dah baca.,...mmg sedih...hihi

Dan yang last sekali Chan Rak Ter...buku yang dah lama beli...tapi tak habis baca sebab masa pregnnt dulu tak leh baca buku lama2 sebab morning sickness...selalu pening n muntah...dan skg menyambung balik apa yang di baca...

Kamu pula sedang baca buku apa??MV ada dua buku lagi menanti..panduan menyusu n beautiful asmara.....
Read More

Monday, September 29, 2014

TOlong MV Boleh???

9:05 AM
TOlong MV Boleh???
Assalammualaikum...

Kawan2 blog boleh tolong MV???tolong like kan picture ni Frozen untuk wani ....sebenarnya MV join contest untuk dapatkan like paling banyak untuk gambar yg kita pilih..kalau like paling banyak MV akan dapat baju frozen tue..

So boleh tak?mohon jasa baik kawan2 Blog MV yang ada Facebook untuk like gambar ni...boleh??

Terima kasih atas bantuan kamu semua...
Read More

Friday, September 26, 2014

Mama,Wani & Syamimi

8:00 AM
Mama,Wani & Syamimi
Assalammualaikum...
peace wani bilang

masamnya muka dia
mama yg over
Posing dengan wani n syamimi...abg n kakak dah susah nak ajak posing masing2 buat hal..abg haikal pula klo suru posing buat muka buruklah..nyampah...so nilah yg boleh di bawa..hihi

Ada iras tak muka kami???
Read More

Thursday, September 25, 2014

Wani & Elsa Frozen

8:00 AM
Wani & Elsa Frozen

Assalammualaikum...

tue dia senyum gaya model cilik
ni posing cucuk pipi
comelnya dia posing mcm ni
nah wani ada beg  elsa

peace yoo

Alamak mama ni over lah..hihi
gambar ni snap masa isnin hari tue,,,wani rasmi beg elsa yg MV beli..suka betul dia..siap ajak MV pergi ambil gambar kat luar bangunan ofis hihi...tengoklah gaya yang dia buat...mcm model kan..hihi...

baju yg wani pakai ni..baju sukan untuk Taska  Permata KEMAS KPKPS.....comel kalau dia pakai baju ni..tahun depan dah pakai baju seragam pula...tak sabarnya....oh ya wani ni paling suka menyanyi...

kat umah selalu nyanyi..selalu juga baca ikrar....baca surah Al-Fatihah pun dah lancar selain doa makan n selepas makan...Teruskan beljar yg wani...baca one two three tue jangan lupa eight..ok....
Read More

Wednesday, September 24, 2014

Wordless Wednesday#Hasil Tangan Wani#

8:00 AM
Wordless Wednesday#Hasil Tangan Wani#
Assalammualaikum...

puas hati bila siap apa yg dia buat

oklah...hasil tangan budak 4 tahun
**oklah yg penting dia pandai dah sikit2
Read More

Tuesday, September 23, 2014

Excited Sungguh

10:19 AM
Excited Sungguh
Assalammualaikum...

suka dapat main stereng keta

yeah saya sdh pandai diri mama...hihi
Cerita semalam..bawa syamimi pergi klinik...sebelum tue singgah bank jap hubby ada urusan....kakak wani masa ni tidur kat seeat belakang...syamimi pula excited ain lampu sidnal n wiper...huhu...

Bila Mv bagi dia diri jauh dari stereng dia excited sebab dia ingat dia dah boleh berdiri tanpa bantuan..hihi..tengoklah muka syamimi tue....berat semalam masa check up 7.7 kg jer...panjang 75 cm....gigi belum ada lagi...lambat pula mimi ni nak tumbuh gigi...

Kalau orang jumpa syamimi ni..depa cakap mcm anak korea..hoho..sebab tue kakak abg panggil dia ji hyo...muka dia agak2 ikut muka sape erk???mata dia mmg sepet dari yg lain...rambut pun tak lebat....

Hari ni jangan nakal2 dekat taska ya syang mama
Read More

Monday, September 22, 2014

Liebster Awards

11:34 AM
Liebster Awards
Assalammualaikum...




First time ditaq untuk Liebster Award ni oleh Starniea ...tak reti sangat ni tapi buat juga lah hihihi

1.3 Perkara Yang Anda Rindu
- Rindu zaman kanak-kanak sebab selalu ada masa buat mak ayah..skg dah jauh nak balik kg pun kena tgu cuti sekolah
- Rindu zaman persekolahan...sebab rindu nak pakai baju sekolah ahaks..rindu kat cikgu kat kawan2...yang pastinya rindu nak naik pentas tiap kali perhimpunan untuk baca ikrar...rindu nak naik pentas untuk ambil hadiah untuk peperiksaan hujung tahun
-Rindu kat anak2 n suami..yang ni walaupun baru seminit dah fikir pasal mereka...ya jantung hati kan

2. 3 perkara yang anda tak suka orang buat pada anda?
-tak suka ditipu
-tak suka dimaki
-tak suka bila kerja yang sepatutnya siap jadi lmbt gara2 org lain

3. Tempat yang anda nak sangat pergi tapi tak tertunai lagi?
-korea
-langkawi
-Makkah

4. Ape yang anda nak buat kejap lagi?
-ambil wani kat taska,pastu beli nasi untuk haikalayu,,then hantar pegi sekolah.lepas ambil syamimi bawak ke klinik....

5. Ape yang teringin sangat nak makan hari ni?
-tak tau lah,,,tapi macam2 dalam fikiran..macam nak cari soto..hihi

6. Adakah anda jadi seperti apa yang anda inginkan?Kalau x ape cita2 anda yang sebenar?
Cita-cita dulu nak jadi pegawai bank tup2 jadi Pembantu perpustakaan jer...Syukur terima seadanya

7. Kereta yang anda idamkan?
takde kot sebab tak memilih..MV ni lahir dari keluarga biasa2 jer..xda kereta so skg ada viva ni pun dah kira ok

8. Kalau anda jadi kartun, anda nak jadi watak ape?
nak jadi kartun watak sailormoon

9. Kata2 yang selalu anda pegang untuk terus hidup?
biar orang cakap atau hina kita yang penting kita tahu apa yg kita ada..sentiasa ingat di mana kedudukan kita...yang penting jangan menyusahkan orang walaupun kita dah cukup susah

10. 1 hari yang memalukan dan lawak yang pernah jadi pada anda?
hihi masa baca ikrar time form 6..tersasul nak sebut keluhuran perlembagaan...pergh depan satu sekolah tue..huhu....

11. Ape pendapat anda tentang blog ni?
Menarik simple dan kemas...

Rasanya cukup dah ok....hihi kak MV tak taq sape2 sebab malas...so harap puas hati


Read More

Sunday, September 21, 2014

21.09.2014~9 BUlan ~

8:30 AM
21.09.2014~9 BUlan ~
Assalammualaikum...

21.09.2014 my syamimi dah 9 bulan..esok nak bawa pergi temujanji klinik untuk 9 bulan..tak taulah berapa beratnya sebab dia dah ringankan badan dah ni...gigi belum tumbuh walau sebatang hahaha...

ni febret dia panjat sana panjat sini
cepat jalan mimi..nnt mama bawa pergi main kat pantai...macam biasa di tajung Aru...hihi..selamat ulang tahun ke 9 bulan adik kesayangan abg & kakak...mulut dia ni mmg mcm 2 bunyi kuar...

dia pantang nampk ayu..mesti "tata tata"(kakak) dia panggil haikal abam(abang)...babah mama..momom nenen...tak sabar tgu dia petah bercakap..kalau ikut ayu n wani...1 thn lebih dah lancar ckp...

tapi klo ikut abg kena tgu 3 tahun..hihi..takpe nnt kita tgk mcm mn...membesar dengan sihat sebagai juara yang sayang
Read More

Saturday, September 20, 2014

Apa Saja UntukMu

8:00 AM
Apa Saja UntukMu
Assalammualaikum...

Buku ABC untuk wani
Wani dah pandai request sesuatu dari mama..tapi yang penting apa yang di RQ itu sesuatu yang baik untuk dia...dia minta mama belikan buku untuk dia belajar...ni semua sebab dia cemburu tengok kakak dan abg belajar...

Wani ni bab menwarna pandai betul...hihi...sambung titik huruf pun dia suka..cuma beli kena buat tanpa titik tue kadang2 dia minta MV tolong pegang tangan dia...iyalah baru umur 4 tahun kn..

Kelmarin MV belikan lagi buku untuk dia..buku 1,2,3...nak dia beljar huruf juga...tahun depan dia nak masuk tadika dah..so kena bagi dia pengenalan dari sekarang..supaya tak terkejut nnt...

dan MV belikan dia beg galas ELsa frozen..ingat nak beli masa gaji..tapi kesian pulak bila tengok dia berdiri kat depan gerai tue...Masa tue MV janji beli next week..tapi masa buat kutipan bazar...peniaga tu bagi kurang harga MV ambillah untuk wani...kebetulan ada duit claim masuk.....

Happy wani dapat beg elsa and buku...next week kena belikan kakak dan abang juga nnt mengomel pula MY kembar tahun tue....apa2pun...rajin2 belajar yea anak2 mama
Read More

Friday, September 19, 2014

Buah Hati Kami

9:24 AM
Buah Hati Kami
Assalammualaikum...
sibuk kacau baby chair
Nilah dia buah hati kami Waznah Syamimi...adik kesayangan HAIKALAYUWANI....sangat manja...kalau kat rumah pantang mama gerak jak...dia punya nangis..mak ai macam kena pukul...hihihi
nak rampas makanan kakak wani
Dah mengecil syamimi ni kan....orang yg cakap lah MV tak perasan pula....sebab hari-hari tengok dia..kecil ker besar   tak kisah janji sihat walafiat....21.09.2014 ni syamimi dah 9 bulan..alhamdulillah masih lagi fully BF...baru-baru ni dia dah kuat balik menyusu kalau kat taska...serasi dah dengan botol susu tue agaknya...jadi MV kena usaha lebih untuk sediakan susu perahan yg cukup untuk syamimi
s sepet mama...ji hyo kami
Bab makan paling senang nak atur...masal bubur jer mesti habis...kadang2 bila mama babah n kakak abg makan dia pun join sekali...kalau x suap kat mulut dia mulalah nangis...kdang2 tunggu dia tidur baru makan...tapi kalau kat restoran kena gilir2 makan,,sebab dia akan meragam nak makan..hihi..

lagi 2 hari nak 9 bulan..aktifnya anak mama ni buli tahan....bab menyelongkar buku mmg febret,,,bab panjat memanjat jangan cakap hihi...kadang2 siap kacau abg kakak yg tgh tgk TV..

Syamimi beruntung sebab kakak abg syang dia...sanggup dukung dia kalau mama mandi..sebab dia menangis tak nampak mama..semoga ikatan adik beradik ni berterusan begini....

Semoga Syamimi membesar menjadi anak yg solehah....AMin
Read More

Thursday, September 18, 2014

Kristal Maya

3:47 PM
Kristal Maya
Assalammualaikum...

Maya (Amyra Rosli) lulus temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang ditemuduga sendiri oleh Pengarah Syarikatnya sendiri Dato Efendi (Rahim Jailani) yang dibantu oleh Mona( Elly) adik ipar Dato selaku Ketua Bahagian Penerbitan. Maya diterima bekerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama bekerja sahaja, kekecohan berlaku apabila Ezam (Shah Jaszle) Ketua Pengarah Kreatif sangat dingin dan tegas.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah( Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz (Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Dato Efendi Sharizan (Hefny). Syukri (Amar Baharin) anak sulung Dato Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.

Dato' sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa. Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.

Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia  tentang dirinya.Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya pada Maya.(sumber dari sini )

**ni lagi satu drama yg buat MV geram...penuh dengan tanda tanya..penuh dengan konflik..penuh dendam...tak sabar nak tunggu episod baru hari ni
Read More

Selamat Pengantin Madu

12:30 PM
Selamat Pengantin Madu
Assalammualaikum

Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.

Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.

Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.

Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira? Saksikan “Selamat Pengantin Madu” di slot Lestary setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam hanya di TV3 untuk mengetahui apakah yang bakal terjadi kepada keluarga Hana.(Sumber dari sini)


***geram tengok cerita ni tau..huhu...ada ker lagi isteri yang macam ni..dalam masa yg sama sedih dengan hana....menyampah dengan masmira yang gedik....marah kat Zul yang tak jujur...

Huhu terbawak2 emosi tengok cerita ni semalam...hubby pun siap cakap "ada lagi kah perempuan macam hana ni..."huhu tak sabar mau tengok episod seterusnya...
Read More

September Giveaway Party hosted by Iola Caviar

11:25 AM
September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Assalammualaikum...


  • Cara penyertaan :
  1. Blogger warganegara Malaysia
  2. Copy banner dan backlink ke entry ini.
  3. Hasilkan satu entry dengan tajuk " September Giveaway Party hosted by Iola Caviar".
  4. Klik icon lolipop dibawah
  5. Lengkapkan syarat-syarat di bawah, kemudian post link url anda di bawah entry ini.
  • Syarat-syarat wajib daripada penaja
Follow blog para penaja : 
Amy Syah (add G+ juga)
YangBaik (add G+ juga)
Kenny (klik tabung-tabung)
Shaa Yuyue
Mellya
Follow Instagram (sekiranya ada):
Rexylla
Irah Syazirah
Add friend : Karya Mahirah

**join GA lagi..jom join ramai2

Read More

Keputusan Penuh Malaysia Vs Loas Bola Sepak SUkan Asia 17 September 2014

9:24 AM
Keputusan Penuh Malaysia Vs Loas Bola Sepak SUkan Asia 17 September 2014
Assalammualaikum....

Peluang untuk pasukan Harimau Muda A kembali cerah...setelah kalah 3-0 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama Kumpulan A....Perlawanan semalam adalah misi hidup dan mati buat Harimau Muda....

Dengan kemenangan 4-0 semalam ke atas Laos...peluang masih ada buat Harimau Muda A..yang sekarang mengumpul 3 mata dan berada di tempat ke 3 kumpulan A...

Jaringan pembukaan semalam dijaringkan oleh Aidil Zafuan pada minit ke 12....namun 3 lagi gol hanya terhasil pada separuh masa kedua iaitu minit 76(Nor Farhan) 78' (Mohd Fandi Othman) 82'(ferris danial)

So Malaysia akan bertemu Arab Saudi pada 21.09.2014 ni...Harap Malaysia menang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya...Chayok3
Read More

Wednesday, September 17, 2014

Live Stream Malaysia Vs Laos - Bola Sepak SUkan Asia 2014

4:20 PM
Live Stream Malaysia Vs Laos - Bola Sepak SUkan Asia 2014
Assalammualaikum..

Printscreen live streaming

Sekarang sedang berlangsung perlawanan bola sepak sukan Asia 2014 antara Malaysia Vs Laos,,,ini perlawanan kedua selepas kalah di perlawanan pertama pasukan A ahad lepas...

Jom tengok Live streaming Malaysia Vs Laos kat SINI
Read More

Filem pendek Hari Malaysia

3:08 PM
Filem pendek Hari Malaysia

Assalammualaikum...

Mv Kongsikan filem pendek hari Malaysia 2014 Daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk Malaysia.Sama2 kita saksikan tak lama 5.11 minit jer...Insyaallah untuk tatapan anak2 dan generasi akan datang...


Read More

GA September by Karya Mahirah

12:16 PM
GA September by Karya Mahirah