Kristal Maya - All About Love

Thursday, September 18, 2014

Kristal Maya

Assalammualaikum...

Maya (Amyra Rosli) lulus temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang ditemuduga sendiri oleh Pengarah Syarikatnya sendiri Dato Efendi (Rahim Jailani) yang dibantu oleh Mona( Elly) adik ipar Dato selaku Ketua Bahagian Penerbitan. Maya diterima bekerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama bekerja sahaja, kekecohan berlaku apabila Ezam (Shah Jaszle) Ketua Pengarah Kreatif sangat dingin dan tegas.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah( Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz (Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Dato Efendi Sharizan (Hefny). Syukri (Amar Baharin) anak sulung Dato Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.

Dato' sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa. Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.

Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia  tentang dirinya.Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya pada Maya.(sumber dari sini )

**ni lagi satu drama yg buat MV geram...penuh dengan tanda tanya..penuh dengan konflik..penuh dendam...tak sabar nak tunggu episod baru hari ni

3 comments:

  1. asalam..baru balik dari Kundasang Ranau, pergi sana sementara kelas tambahan anak saya belum habis. Tq.Wah rajin menulis pula MV ni tak mustahil dapat cipta novel sendiri. bagus ni

    ReplyDelete