Mesyuarat PIBG - All About Love

Tuesday, March 14, 2017

Mesyuarat PIBG

Gambar diblurkan hihi...
Assalammualaikum...

Mesyuarat PIBG sekolah rendah anak-anak MV...12.03.2017 ahad...pergi sebab masa ni lah kita nak suarakan pendapat,ketidakpuasan ...tetapi agak mengecewakan sebab tak ramai ibubapa yang hadir...

dalam 100 orang sahaja ....masa inilah MV suarakan pandangan mengenai harga makanan yang agak mahal di kantin sekolah..KUih sahaja RM 0.80 Sen sebiji...MV bercakap bagi pihak ibubapa yang lain....

Anak-anak MV bawa bekal ke sekolah....air mineral cup jer pun 1.20 ..mahal ya ampun...kadang2 kalau Pendidikan Jasmani...anak-anak terpaksa bawa air lebih dari sebotol..sebab harga air terlalu mahal...

Semoga apa yang MV suarakan diambil tindakan oleh pihak sekolah dan pegawai pendidikan yang hadir pada hari tersebut.....Semua yang hadir bersetuju untuk mengekalkan barisan jawatankuasa yang ada sebab atas sumbangan yang mereka berikan...

MV dilantik sebagai biro sosial...nasib badan lah.tapi takpe janji dapat mengetahui apa yang terjadi di dalam sekolah dan PIBG...

2 comments:

  1. Mahalnya kuih tu. Kalah harga kuih di luar. Rasa kejam sgt pengusaha2 kantin ni. Dgn murid2 dorang caj harga tak masuk akal. Geram pulak rasanya.

    ReplyDelete