Hari ini para guru tadika menghadapi masalah anak-anak tidak pandai memegang pensel, tidak pandai makan sendiri, tangan tidak kuat. Ibu-ibu semua nak cepat, tak nak buat kerja lebih.
Anak-anak seawal usia diberi gajet. Umur 6 bulan nak beri anak duduk diam, ibu beri gajet. Ibu suap, anak buka mulut. Anak hanya menggunakan satu jari sahaja untuk slide gajet.
Ibu-ibu, bukan saja merosakkan mata tetapi otak anak-anak. Super khalifah di muka bumi ni kita biarkan sahaja. Tak ada rangsangan pada jari anak, secara tidak langsung membuatkan otak anak-anak tidak dirangsang.
Biarlah anak makan bersepah, comot, asalkan tidak kaku kerana tidak mampu memegang barang. Kita menghadapi masalah anak-anak yang normal tetapi menjadi autistik kerana diberi gajet.
Anak tidak boleh bercakap kerana tiada komunikasi dengan ibubapa.
Kalau ibubapa sayang pada anak-anak, hadkan gajet pada anak-anak. Kalau kita tanya semua ibubapa mahu anak jadi hafiz al quran. Ada tak kita buat strategi untuk menjadikan anak kita hafiz al quran?
Seminar tempoh hari, puan pengasas tadika beri ibubapa semangat supaya tinggalkan gajet.
Subhanallah. Bukan kita meninggalkan teknologi tetapi menggunakan teknologi sekadar keperluan.
Komunikasi. Bercakaplah. Berbuallah. Sampai masanya kita bersendiri dengan apa yang kita semai, sendirian di barzakh.
Ummu Amir.
cnp, Insyirah Soleha(dapat Dari FB Nurul Mubarak)
Assalammualaikum...
Membaca status yang dishare di Facebook membuatkan MV teringat pada wani...wani dulu masa umur 3 tahun memang suka main gajet..bila dia masuk 4 tahun...dia tak reti pegang pensil...masa 5 tahun pun payah nak ajar cara pegang pensil yang betul..pegang kejap dia cakap penat.
Sebab tue MV ambik keputusan syamimi memang MV kurangkan dengan gajet...MV lebihkan dia dengan aktiviti mewarna...alhamdulillah di usia dia sekrang 3 tahun 2 bulan..dia sudah boleh memegang dan mewarna dengan baik...
Semoga ibu2 diluar sana...ambik tahu pasal ni...untuk kebaikan anak2 kita semua
Sha pun memang tak bagi Amani dgn Imani pegang gajet..
ReplyDelete