Kursus Keluarga @ Kerja : Imbangi Kerjaya dan keluarga siri 1/2017 - All About Love

Friday, March 10, 2017

Kursus Keluarga @ Kerja : Imbangi Kerjaya dan keluarga siri 1/2017


Assalammualaikum...
penyerahan sijil 
Kursus Keluarga @ Kerja : Imbangi Kerjaya dan keluarga siri 1/2017...Kursus pertama di tahun 2017....anjuran LPPKN..Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ....kebetulan kursus ini dibuat di bilik seminar dekat kompleks tempat MV bekerja..jadi senanglah......dekat dengan library...

Yuran penyertaan RM70 ...boleh claim hujung bulan ini...dapat lah beg goodies yang ada pen,buku, sticker dan bola .....
dapat beg goodies
Objektif kursus ini adalah untuk:-

  1. meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibubapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibubapa/pekerjaya
  2. memberi kemahiran dan panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga(family life cycle)
  3. meningkatkan kemahiran pengurusan stress di pejabat dan rumah.
ahli kumpulan dari hospital tambunan...(kakak cantek yang pakai tudung tue)
Antara aktiviti yang dibuat...mengimbangi belon...buat seorang memang susah...bila dengan bantuan ada perubahan...maksudnya dalam satu2 pekerjaan...kita jangan buat sendiri..tapi buatlah dengan bantuan orang lain juga....
hasil lukisan kumpulan MV
Ni pula lakaran tubuh badan...di mana...adakah kita mempercayai orang lain....aktiviti juga bagus sebab dapat membentuk kerjasama berpasukan....
Mr Macho
Sedikit mengenai kecerdasan emosi iaitu emosi dapat diuruskan sekiranya kita memiliki kecerdasan emosi.Sekiranya kita mampu menguruskan maka kita kan memperolehi kompentensi emosi dan sosial.Bila kita ada kedua-duanya kita akan jadi seorang yang penyantun..

Kenalpasti perasaan kita dan orang lain,motivasikan diri sendiri, urus motivasi denagn baik dalam perhubungan dengan orang lain....Emosi ini bukan hanya kita tapi berkait dengan orang lain juga...

"Pendidikan adalah untuk membina hati dan jiwa seperti mana minda"
ni dia Puan Suzanna Piny
Sebelah petang pula ada sesi Gaya keibubapaan pengaruhi aspirasi kerjaya dan pengurusan stress daripada Dr. Ferlis Bin Bullare @ Bahari ,Head of Psychology and Social Health Research (UMS)...seorang penceramah yang memang tak kering gusi kita kalau join talk dia....

Image result for dr.ferlis
sumber google
dimana dia kongsikan personaliti seseorang melalui kumpulan darah..MV tak sempat ambik gambar tapi try cari di google....MV darah B....korang Kumpulan darah apa?

Image result for personaliti mengikut jenis darah
Sumber google
Dr.Ferlis juga kongsikan personaliti melalui tarikh lahir ...Mcm MV no.7..tapi kan ini bukan kita percaya betul2 nanti jadi syirik pula...ini hanya sebagai petunjuk sahaja....membantu kita dalam pergaulan dengan orang lain ...

perwatakan berdasarkan tarikh lahir

Sekian perkongsian MV..sekiranya ada tersilap ...mohon tegur..Terima kasih

2 comments:

  1. tgok muka penceramah pon klakor. mmg lg x kering gusi la yak. best dapat join komuniti macam gini kan..

    ReplyDelete