All About Love

Tuesday, September 20, 2016

Gerai #kitakitasajabaini Klias Kecil Beaufort

11:42 AM
Gerai #kitakitasajabaini Klias Kecil Beaufort


Assalammualaikum..

Gerai #kitakitasajabaini Klias Kecil Beaufort ini diusahakan oleh adik sepupu MV...dan dibantu mama MV...Dibuka setiap hari bermula jam 6 pagi sehingga petang...

Menu pada waktu pagi antaranya :-
  • Nasi lemak - Ayam goreng/telur mata
  • bihun goreng
  • kuih muih - popia/donut/karipap/paing- bertukar2
Menu waktu petang pula :-

1. pisang goreng biasa - ada sambal
2.Pisang goreng cheese



Sudila singgah ke gerai kazen MV di Kampung  klias kecil beaufort tepi jalan highaway beaufort - menumbok...kalau  dari beaufort selepas jambatan sungai  klias kecil sebelah kiri. Kalau dari menumbok sebelum masjid Klias Kecil..Betul-betul tepi jalan/

Menjual kuih muih dan makanan sarapan pagi dengan harga yang berpatutan...juga menerima tempahan..utk tempahan bole berhubung di talian 014-6524451 (suzyaney) 011143732384 ( Armah) ...Kalau mau tau menu apa yang dijual pun boleh.

Oh Ya Sebelum ini dorang ni  berniaga di labuan..cuma pakcik MV  pencen sudah jadi dorang balik ke kampung dan berjual di kampung pula.

Yang area beaufort dan berdekatan boleh lah jemput singgah.

Read More

Monday, September 19, 2016

Kad Starbucks Dah sampai

7:30 AM
Kad Starbucks Dah sampai

Assalammualaikum....

Ingat  entry ini  ...pihak 8share poskan hadiah yang MV menang ,,,cepat juga pihak mereka poskan hadiah ni.....

Terima kasih ##iLove8share @8share @8shareMY
Read More

Sunday, September 18, 2016

Shoping Di Zalora

7:30 AM
Shoping Di Zalora

Assalammualaikum...
ni lah yg MV belanja hasil dari voucher yang Zalora bagi..
Ingat lagi entry ini .. MV janji akan update barang yang MV beli melalui voucher yang MV dapat kan...tapi kan hihi malas nak ambik gambar so culik gambar dari email saja lah...sepasang kasut ambros warna pink dan 2 pasang baju untuk Mr Velentine...

Kasut dah dirasmi untuk jogging hari sabtu 10.09.2016 haritu ...hihi...oh ya terbaek penghantaran Zalora  kali ni...sehari dah sampai barangnya...sebelum ni 4 hari juga baru sampai
terbaek tak  sehari jer dah sampai 
Memang puas hati kali ini memang terbaek,,,,
Read More

Saturday, September 17, 2016

Tukar ATM/Debit Kad Secara Online

7:30 AM
Tukar ATM/Debit Kad Secara Online

Assalammualaikum...

Langkah Pertama

langkah kedua
Tukar ATM/Debit Kad Secara Online bagi pemegang akaun maybank. Mudah dan jimat masa.Tak payah beratur di bank . Taulah kan bank ramai orang. Mula-mula buka Maybank2u..kemudian ikut langkah pertama sampai habis.

langkah ketiga
langkah keempat
langkah kelima

Pastikan hp anda ada semasa membuat proses penukaran secara online ini kerana TAC number akan dihantar ke talian hp yang kita daftar untuk maybank 2u ni..
dah siap 
Selepas siap kad akan dihantar dalam tempoh 14 hari berkerja. Dan sepanjang tempoh tersebut kad lama masih boleh digunakan..Sehingga lah kad baru sampai. Dan kad baru juga boleh diaktifkan di maybank2u..


Mv buat isnin lepas...14.09.2016 dah dapat 
Yeahh MV dah dapat kad baru..tak sampai seminggu pun buat.....jomlah try buat...sebelum ni takut juga nak buat..tapi alhamdulillah dah selesai..menggunakan kemudahan internet itu seadanya
Read More

Friday, September 16, 2016

Selamat hari Malaysia Ke 53

7:30 AM
Selamat hari Malaysia Ke 53

Assalammualaikum....
ready to perbarisan kemerdekaan sekolah 
16.09.2016 ... Genap 53 Tahun penubuhan Malaysia ... Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 iaitu Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak bergabung membentuk  Malaysia. Sebelum tahun 2010 16 September hanya cuti am kepada Sabah kerana sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertua Negeri Sabah..

Namun pada 16.09.2010 cuti am diumumkan untuk seluruh Malaysia sempena Hari Malaysia..Itu sedikit mengenai Hari Malaysia buat semua.Mv kongsikan sedikit mengenai haikalayu yang semangat dengan baju bendera mereka.
adik yang tak pernah tinggal kalau bergambar
Ini sempena perarakan kemerdekaan sekolah rendah mereka. Itu saja yang mampu... Dorang mau baju kadazandusun..tapi nak sewa mahal sangat .SO minta tolong mak cik MV jahit baju bendera untuk dorang... 

Kurta dari bendera Sabah... Jubah dari jalur gemilang....21.09.2016 ni dorang ada penutupan bulan kemerdekaan...dorang akan pakai balik baju ni....best haikalayu cakap..cikgu panggil berdiri di depan jadi contoh..

Semangat kemerdekaan ni patut kita pupuk di kalangan anak2 kita. Supaya mereka mengerti apa itu kemerdekaan dan semangat cintakan tanah air...
Read More

Thursday, September 15, 2016

"SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA"

9:38 AM
 "SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA"

Jalan-Jalan Bukit Bendera @ Signal Hill

7:50 AM
Jalan-Jalan Bukit Bendera @ Signal Hill
Assalammualaikum...
berdua lebih baik 
Hari ahad lepas punya cerita.Mama Dan Bapa MV turun ke kk...Jadi ambil peluang bawa dorang jalan-jalan...dorang datang masa hari sabtu lagi.Kami bawa jalan2 ke Tanjung lipat. Sambil-sambil MV jogging....

with syamimi....
kalau sudah ke kk..memang dorang akan ke Pasar Filipin...Beli ikan...Ikan dan sayur yang murah dari harga pasar. sayur rm1 seikat. ikan pula ada yang serendah rm 2.00 sekilo...ada yang sepiring rm5.00....cuma kena pandai pilih lah. 

abaikan posing MV tu yea
hari ahad tue sementara menunggu pasar filipin tue buka MV bawa mama dan bapa ke bukit bendera atau signal hill,,bawa dorang ambil udara ..dan tengok pemandangan di kk...sempat lah bergambar sekejap. oh ya gambar tanjung lipat,pasar filipin xda....malas nak snap....
posing anak beranak 
di pasar filipin kami beli amplang ....dan keropok sotong..sedap...balik jak..sampai rumah terus masak ikan yang dibeli....memang mantop...malam nya bawa dorang jalan2 ke Perdana Park pula...alang2 sudah turun kk kan.. bawalah jalan2

**wani dan haikal tiada dalam gambar dorang balik kampung di ranau bercuti...ayu x balik sebab mimi nangis....
Read More

Wednesday, September 14, 2016

Suamiku Ofisboy Aka Driver

4:23 PM
Suamiku Ofisboy Aka Driver


Assalammualaikum....

Suami Aku Ustaz.. I Love You CIkgu ...Sayangku Kapten Mukhris.. Abang Bomba I Love You .... dan terkini tunang ku Encik Inspektor Penjara....hahaha semuanya penajwat awam..rasa lucu pula.... lepas ni ada kah yang nak buat isteriku librarian..hahaha//

Kalau MV yang buat novel... Suamiku Ofisboy aka driver ada yang nak baca kah hahaha... kalau diolah dengan baik rasanya ada kot hahaha...berbangga dengan suami MV,,,walaupun tak berpangkat dan gaji tak sebesar mana...pengorbanan dia mencari nafkah untuk kami sekeluarga amat dihargai....

Tak kisah lah.. siapa dan apa kerja suami atau isteri,boyfirend atau girlfriend, tunang kamu...yang penting.halal dan nawaitu tue ikhlas dalam melakukan pekerjaan .....


Read More

Kek pisang, Kuih champiang Dan Kuih sosej

11:10 AM
Kek pisang, Kuih champiang Dan Kuih sosej
belajar dan terus belajar.
Assalammualaikum....

Belajar dan terus belajar....kalau haritu donut kali ni.. kuih sosej dan champiang....aktiviti masa raya haji... tak ada rendang ...ada ini jak...kebetulan mama MV datang rumah...jadi ini lah masa berguru...

Mama Mv ajar buat kek pisang..simple jer..nnti mv try yang ni..mak MV yang buat..kuih-kuih MV yang adun....simple2 saja...

jadi perempuan ni..tak minat nak masak pun kena belajar....alhamdulillah boleh lah sikit2 bab kuih ni...dan akan terus belajar....sapa ada resepi kek yang simple2 boleh lah share dengan MV....bolehlah try2


Read More

Saturday, September 10, 2016

Instant Bubble Shawl

7:00 AM
Instant Bubble Shawl

Assalammualaikum,,,   

Instant Bubble Shawl.....Datang dengan pelbagai pilihan warna. berkualiti dengan jahitan homemade..ya Homemade ok bukan dari kilang ya kawan-kawan...Akak dalam gambar tue yang jahit sendiri,,,

Harga pun mampu milik ok RM35 sahaja..Berminat boleh wasap MV di 0168040362.. Cepat2 janganlepaskan peluang anda

Read More

Friday, September 9, 2016

Sambutan Kemerdekaan TAska Permata/Tadika Kemas KPKPS

7:30 AM
Sambutan Kemerdekaan TAska Permata/Tadika Kemas KPKPS


Assalammualaikum...


sambutan birthday mei - september
Sambutan Kemerdekaan TAska Permata/Tadika Kemas KPKPS  anjuran bersama dengan Perpustakaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah(tempat MV bekerja)... seperti tahun sebelumnya alhamdulillah sekali lagi sambutan kemerdekaan berjaya di sambut dengan meriah walaupun simple.

aktiviti mewarna bendera malaysia
Antara aktiviti pada hari tersebut adalah :-

  1. sambutan harijadi kanak-kanak taska permata/tadika kemas kpkps yang lahir pada bulan mei hingga september.
  2. aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak tadika
  3. aktiviti mewarna kanak-kanak taska permata
hadiah dan hasil kerja kanak2
Tahun ni tiada perarakan sebab kanak-kanak Tadika kemas sudah terlibat  dengan Perbarisan pada 01.09.2016 haritu . Ini kira sambutan dalaman iaitu peringkat  sekolah.
syamimi dengan baju jalur gemilangnya
Syamimi antara yang paling excited pada hari tersebut sebab dia sudah ready dengan baju jalur gemilangnya yang dijahit oleh makcik MV merangkap nenek saudara syamimi...dia minta jahit sebab dia nampak kakak ayu minta jahit baju bendera untuk sambutan sekolah nanti..

oleh kerana ada lebihan bendera maka terhasillah baju jalur gemilang ni untuk syamimi...oh ya masa ni wani sambut birthday kali ke 3 ..kali ni dengan kawan sekolah....meriah sungguh majlis pada haritu...

Semoga sambutan seperti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang.
Read More

Thursday, September 8, 2016

One Hour With Al-quran

2:07 PM
One Hour With Al-quran
Assalammualaikum..


Save the Date:-

Ahad  11.09.2016 jam 9.00 am... Jom baca al-quran berssama selama 1 jam...buat kat rumah sendiri dengan keluarga pun boleh...
Read More

7 picture nude kak ros in upin ipin ???

9:27 AM
7 picture nude kak ros in upin ipin ???

Assalammualaikum....

7 picture nude kak ros in upin ipin .Terkejut MV bila check keywords kat nuffnang. Tak sangka ada juga spesis macam ni erk. 

Baru-baru ni heboh pasal kartun frozen,doreamon dan upin ipin dilucahkan... maksudnya versi lucah ....ada kat You tube...sebab tue MV dah berhenti kan penggunaan Hp atau tab untuk anak2...

Kalau nak tengok You Tube pun yang MV dah save....berbalik pada tajuk entry huhu menakutkan ....lepas ni kita kena extra beri perhatian pada anak2 apabila menggunakan hp atau tab...

Takut sebab sekarang kartun pun dah ada versi porno....Maaflah ya tajuk entry ni agak erm..


Read More

Aktiviti 2 beradik

7:30 AM
Aktiviti 2 beradik
Assalammualaikum...


tengok abang haikal seronok main ..berjemur
Memanfaat cuti minggu lepas dua hari...cuti lepas merdeka..cuti sekolah rendah tapi agama tak cuti..kiranya ponteng sekolah agama ...sebabnya mau ikut atuk dan nenak ke Ranau..lama sudah nda balik ranau....


haikalayu cakap nanas tue nda pandai masak..lama sudah..haha
AKtiviti dorang di sana ...menjenguk kebun.....memancing..dorang balik bawa rambutan,pisang dan ikan keli 2 ekor...ikan keli ni di dalam kolam...dulu mama mertua MV beli ikan ni masukkan ke kolam...

So haikalayu ni memancing..abang haikal dapat 2 ekor...kakak ayu takda....sampai jak di rumah ...terus misi mama pula yang mensiang ikan..ikan keli ni hidup lagi....


Caranya tabur garam kat ikan supaya ikan tue mati then boleh lah di siang....dah siap siang... masak kari....pegh makan memang terangkat..haha...mama dia masak anak2 suka walaupun tak sedap mana..haha .

Read More

Wednesday, September 7, 2016

Melissa Shoes

2:29 PM
Melissa Shoes
Assalammualaikum...


Dalam insdustri fesyen terdapat banyak jenis koleksi fesyen yang kita boleh temui. Ini disebabkan ia mempunyai pelbagai cabang produk yang berbeza dan setiap satunya memberikan pelbagai pilihan yang boleh kita pilih. Antaranya ialah kasut. Kalau anda tidak tahu sebenarnya kasut fesyen mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi bernilai ratusan jutaan dollar ataupun mungkin lebih! Ini kerana saban tahun kita akan dapat melihat banyak koleksi kasut yang diketengahkan bersama pelbagai pilihan rekaan baru sesuai dengan arus trend fesyen terkini. 

Banyak juga jenama kasut yang kita boleh dapatkan di luar sana dengan cukup mudah. Daripada yang dikenali ramai sehinggalah yang baru ataupun jenama tempatan. Tetapi tidak semua orang sedar bahawa membeli kasut ini umpama membuat satu bentuk pelaburan. Anda pasti hanya mahu gunakan wang anda untuk sesuatu yang boleh dipakai bagi tempoh masa yang lama, bukan? Oleh itu selepas ini anda haruslah membeli dengan bijak. Pilih jenama yang hanya menawarkan koleksi kasut wanita yang berkualiti sahaja. Jangan gunakan wang anda untuk produk kasut yang tidak mempunyai nama ataupun brand. Kerana kasut yang tidak baik kualitinya tidak tahan lama!



Jika anda sedang mencari jenama kasut untuk koleksi anda di rumah apa kata lihat jenama kasut Melissa. Melissa telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industry fesyen antarabangsa dalam menghasilkan koleksi kasutnya tersendiri. Apa yang lebih menarik ialah tidak seperti jenama-jenama lain, mereka telah muncul dengan koleksi terbaru Melissa shoes yang diperbuat daripada plastik! 




Koleksi kasut Melissa yang cukup unik ini telah menarik perhatian ramai dan menjadi pilihan selebriti-selebriti terkenal di Hollywood. Kini jenama ini boleh didapati di Malaysia dan bagi anda yang berminat boleh dapatkan secara online juga. Ada website online shopping Malaysia yang menawarkan koleksi kasut terkini wanita daripada Malaysia di butik online mereka. 

Nampak menarik bukan! kasut plastik yang bermacam fesyen mengikut trend terkini..Bagi MV ianya satu koleksi yang patut di miliki.

Read More

D'Saiful Restoran

7:30 AM
D'Saiful Restoran
Assalammualaikum...

Sarapan pagi dengan nasi lemak berharga rm2.90????

Makan tengah hari dengan Nasi lemak + Lauk , Nasi Kerabu + Lauk  dengan harga serendah RM3.90!!!!

Jangan tak percaya ok....ini betul-betul punya..bukan main-main... kalau kamu orang Sabah dan tinggal area kota kinabalu...Mari try datang D'Saiful Restoran ....lauk yang erm marbelossss,,,

Nasi kerabu dia memang ohsem...lauk pun tak kedekut..memang terbaek lah.... restoran ni terletak di alam mesra...senang juga nak cari,,, ni mv kongsikan alamatnya

97, Lorong Plaza Permai, 
Plaza Permai, 88400 
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Kamu boleh try ...sambal nasi lemak dia pun memang sedap sangat... dan satu info penting mengenai restoran ini ialah 

SEBUAH RESTORAN YANG TERDIRI DARIPADA STAFF MEREKA MEJORITINYA STUDENT... D'SAIFUL RESTORAN MENCIPTA SATU PEMBAHARUAN ALAM PEKERJAAN SAMPINGAN.


**mula-mula tak percaya tapi bila pergi dan masuk ,,makan dan bayar..yes ...only RM3.90 for one dishes. kira jimat lah..Semoga D'Saiful Restoran  terus sukses
Read More

Tuesday, September 6, 2016

Jogging At Teluk Likas

3:54 PM
Jogging At Teluk Likas

Assalammualaikum...


not bad...220 kcal terbakar
First time jogging...selalu rancang tak pernah lah jadi.Tapi kali ni menjadi.Asbabnya adalah sebab berat suami pun makin bertambah .So MV terus download Fit App ni...senang untuk tau berapa jauh ita lari dan berapa kalori yang terbakar....

Cubaan pertama gps tak ter"on" maka  distance tak terekod..hanya terekod masa ....41 minit 56 saat,,,cubaan pertama....oklah lari with anak2....syukur juga ada adik MV..jadi wani syamimi ayu dia tengok...

MV abang haikal dan suami..jogging....dorang cakap MV bagi tinggal dorang..hahaha...mungkin dorang belum biasa...MV dah terbiasa ikut run..jadi mungkin sebab tue fit sikit..sikit jak...hahaha

budak penat sebab jogging
Semua mandi peluh dan kepenatan....dan yang paling penat syamimi...masuk kereta jer terus menyusu..lepas tue tertidur...nanti kita jogging lagi...
Read More

Monday, September 5, 2016

Menang RM50 Starbucks "national Day" Card

2:30 PM
Menang RM50 Starbucks "national Day" Card
Assalammualaikum...

menang tapi jauhnya nak ambik

Menang RM50 Starbucks "national Day" Card  8share punya contest.Alhamdulillah ...tapi ada masalah sikit .. kad ni kena ambik kat ofis 8share. Tengah try contact orang 8 share untuk tuntut hadiah ni macam mana...

Semoga dipermudahkan.
Read More

CPUV Scoots DHA

12:26 PM
CPUV Scoots DHA
CPUV BARU
Assalammualaikum...

Terima kasih kerana bagi iklan kat blog yang tak seberapa ni...terima kasih juga kawan2 yang klik iklan kat blog ni
Read More

Sunday, September 4, 2016

Jeruk Betik Asamboi

10:31 PM
Jeruk Betik Asamboi
Assalammualaikum

Rezeki... Ada permintaan Dan Ada Bahan terus lah di Buat.. Kebetulan di kmpung suami Ada Buah Betik muda.. 

So suru haikalayu bawa Balik kk untuk Buat jeruk. Ada permintaan Dari customer.. Make terhasillah jeruk Betik Asamboi  ni. 


7 bekas Sudah Bertuan Dan Akan dihantar esok..mood rajin kupas  Betik awal Pagi. Jerukkan malam terus packing Sebb cili  Susah cri. 

Haikalayu lupa bawa Dari Kebun. Ini adalah satu pendapatan  sampingan Mv. 

Terima kasih pada Yg Sudi order
Read More

Donut lembut Dan gebu

10:48 AM
Donut lembut Dan gebu
Assalammualaikum 


Menu Minum petang kemarin... Donut... Yg resepinya di hentam 

Bahan2

1 paket yis
2 Sudu Susu manis
2 Sudu gula
2 Sudu teh  ovalet
2 sudu teh bikabonat
2 Sudu lemak sayuran
1 gelas air
4 gelas tepung

Cara-caranya
Yis ,Susu Manis ,gula Dan air (dicampur sekali)

Tepung ovalet bikabonat lemak sayuran diadun sekli kemudian masuk Bahan pertama tadi.. Bila Sudah jadi doh. Rehatkan sejam. 

 Lepas sejam  ..boleh lh Buat donut ikut size. Insyaallah  donut pasti gebu Dan lembut. 

Read More

Saturday, September 3, 2016

Kes Jangkitan virus zika pertama di sabah

6:50 PM
Kes Jangkitan virus zika pertama di sabah

Assalammualaikum

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di Malaysia semalam, membabitkan lelaki tempatan berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya di Likas, di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit mengalami demam pada 27 Ogos lalu dan mendapatkan rawatan kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos.

Bagaimanapun, katanya, warga tua terbabit mengalami demam lebih teruk, sakit otot dan cirit-birit keesokannya, sebelum mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2.

"Oleh kerana pesakit menghidap tekanan darah tinggi, masalah pembuluh darah jantung, penyakit kronik buah pinggang, masalah batu karang dan gout, keadaannya didapati serius ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma di HQE 2.

"Walaupun keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam menunjukkan darah dan air kencing sampel pesakit didapati positif jangkitan Zika, keadaannya yang agak serius mungkin bukan disebabkan jangkitan Zika tetapi penyakit lain," katanya dalam kenyataan di sini, ( sumber Dari berita harian)

Mv kongsikan sedikit berita mengenai Kes Jangkitan virus zika pertama di sabah . Berhati2 lah Buat semua terutamanya  Buat ibu Yg mengandung.

Untuk berita selanjutnya baca di www.bharian.com.my

Read More

Friday, September 2, 2016

Koleksi Tudung aidijuma

12:51 PM
Koleksi Tudung aidijuma

Assalammualaikum 


Suatu ketika dahulu, haha mcm mau Buat story telling pula. Nampak kamu gambar di Atas? 

4 hanger tudung Mv Koleksi aidijuma Dan Ada berapa helai shawl Dan bawal Jenama lain. Terjebak dengan aidijuma  ni tahun 2014..

Selama 2 tahun mengumpul akhirnya tahun 2016..mv berehat Dari membeli tudung  aj. Tgu nnt mood aj dtg blk bru kita kumpul lagi

Yg Ada skg pun jrg pki.. Paling2 Ada beberapa helai jk yg balik2 di Pakai..

Cukuplh dulu Buat Masa ni
Read More

Jeruk belimbing buluh

12:50 PM
Jeruk belimbing buluh
Assalammualaikum 

Jeruk belimbing...belimbing Pucung orang sabah bilang Tapi lebih dikenali dengan nama belimbing  buluh...

Kebetulan  Ada yang jual  ni d bazar mini dekat kompleks Mv kerja. Rm1 satu plastic. Terus Beli Sebab mau Buat  jeruk... 


Dan hasilnya... Yummy... Masam2 Manis pedas gitu. Ada org Buat sambal tp Mv Buat jeruk jer hihi.. 

Korang suka mkn tak? Klo suka sep sikit 
Read More

Sambutan kemerdekaan tadika kemas kota kinabalu sabah

9:41 AM
Sambutan kemerdekaan tadika kemas kota kinabalu sabah


Assalammualaikum 

Sambutan kemerdekaan tadika kemas kota kinabalu sabah pada 1.09.2016 Bertempat  Di Padang uitm sabah.  Ini Kali pertama diadakan perbarisan yang disertai Oleh anak-anak tadika kemas. 

Wani yang juga bersekolah di kemas merasai pengalaman berlatih kawad sekaligus tahu apa itu kawad.

Pesan wani Pada mv "kami Berbaris bukan untuk menang Tapi untuk Semangat kemerdekaan..nda menang pun nda apa Yg pnting merdeka"


Mama Bangga dengan wani. Bersemangat Berbaris tanpa mengharapkan kemenangan  yang penting kemerdekaan. Dan yang pasti banyak wani belajar Dari perbarisan  ini. 

Apa itu perpaduan, teamwork ,kesabaran. Semoga wani terus Semangat di Masa Akan datang
Read More

Thursday, September 1, 2016

Virus zika

8:28 PM
Virus zika

Assalammualaikum

Hari ni gempar Lagi pasal virus zika ni bila Ada kes dicatatkan di Malaysia. Tadi baru juga si kakak ayu call Dari ranau. Pesan bilangnya "mama Hati-hati kamu Sama Nyamuk Ada kes sdh di TV.

Terima kasih anak mama. Walau d mna berada tetap ingt mama babah Dan adik2..kakak abang pun  hati2 ya..

Mv kongsikan fakta mengenai virus zika untuk panduan semua

Read More

AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!

4:39 PM
AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!

Jangan Suka Menilai Tanpa tahu kebenaran

8:30 AM
Jangan Suka Menilai Tanpa tahu kebenaran

Assalammualaikum....

Jangan suka menilai dan menghukum orang dari cerita orang lain . Selalunya ni lah yang kita lakukan..MV pun pernah melakukan kesalahan ini....menilai orang dari cerita yang kita dengar dari orang lain...

Bila kena pada diri sendiri baru tau mcm mana perasaan orang yang kena dulu..Maafkan MV sekiranya ada sesiapa yang pernah MV buat begini...

Berbalik pada tajuk kita...sekarang makin berleluasa pula kan..macam jadi trend..bukan saja di alam realiti tetapi juga alam maya... nampak jak satu post tue terus viral...macam kes surat lin dan untuk chong wei haritu ..haha..dengan MV sekali terjebak....

Bila kita mendengar dan terus menghukum kalau bendanya betul takpa...kalau hanya rekaan bukan kah kita bersalah ,,,,Muhasabah diri supaya tidak melakukan kesalahan seperti ini lagi.
Read More

Wednesday, August 31, 2016

Nilai Duit

7:30 AM
Nilai Duit

Assalammualaikum...

Duit tak boleh bawak mati 
tapi tak ada duit rasa nak mati 

duti tak boleh beli kasih sayang 
tapi kasih sayang hilang kalau takda duit

duit tak boleh beli tidur 
tak ada duit tidur pun tak lena

duit tak boleh beli kesihatan
tapi nak sihat perlu duit

duit tak boleh beli kebijaksanaan
tapi nak dapatkan ilmu perlu duit

orang bodoh nampak cerdik bila ada duit 
orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit

Duit bukan segalanya 
Tapi segalanya perlu duit 


***semuanya perlukan duit..cuma jangan biarkan duit menguasai hidup dan pemikiran kita..

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 59 tahun .
Read More

Tuesday, August 30, 2016

Open Order Kuih Jala /Kuih karas

11:36 AM
Open Order Kuih Jala /Kuih karas
Assalammualaikum

Kuih jala/kuih karas
Raya haji tak lama lagi ... So MV open order kuih jala..atau kuih karas orang semenanjung sebut..Kalau di Sabah lebih dikenali sebagai kuih jala....Ni projek mama MV...dia memang teror bab kuih tradisional ni...

Kuih jala ni dijamin ranggup dan sedap...RM10 ada 25 biji..Boleh cod area beaufort to kota kinabalu....kalau ke area lain yang perlu pos tak dijamin..sebab takut hancur..

Berminat boleh PM 

Facebook MV
boleh Wasap 0168040362 


Read More

Sambutan Hari Jadi Wani Di Kampung

7:30 AM
Sambutan Hari Jadi Wani Di Kampung
sedikit gambar dirakam buat kenangan 
Assalammmualaikum....

27.08.2016 akhirnya majlis sambutan harijadi wani bersama Mama MV, Makcik MV dan anak saudara MV yang dirancang selamat dibuat di kediaman mak cik MV di Kampung Klias Kecil.Tambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga....

dengan Menu yang simple :-

Soto 
rojak
kelupis 
Satay
kek

memang meriah oh... tambah meriah apabila menu semuanya homemade..termasuklah keknya....sempat ambil beberapa gambar untuk di jadikan kenangan...Datuk MV gembira bila dia dapat bersama-sama dengan anak2,menantu,cucu dan cicitnya

MV agak lewat balik sebab MV kerja lagi .....Dalam jam 9 baru majlis di mulakan...tanpa jemput orang lain..majlis kami sekeluarga saja..majlis kecil-kecilan....Lepas ni akan ada lagi sambutan birthday ramai2..bulan 9,10,11 dan 12...
Read More

Monday, August 29, 2016

Nak Jadi macam mama

11:05 AM
Nak Jadi macam mama
Budak selfie di Hp mama
Assalammualaikum...

Mau jadi macam mamanya kali ni anak...kaki selfie....siap pakai blezer mama lagi...dalam bilik mama juga..nasib baik lah nda terselfie meja yang berselerak ,,,,haha,,,,


**mood BW..
Read More

Sunday, August 28, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz

7:30 AM
Sayangku Kapten Mukhriz
Assalammualaikum...
mampu berangan sajalah 


Sayangku Kapten HaikalFaiz sebenarnya..bukanlah sayangku Kapten Mukhris...masa Karnival Kerjaya Spa sabah 2016.Ada booth daripada tentera..So bawa dorang melawat booth.. dan dorang tertarik dengan beg tentera yang ada telefon ni..berat dalam 4 kg....

So MV pun tanya lah petugas di kaunter...bolehkah orang rabun ni mohon tentera...."biasanya puan boleh kalau rabun selepas menjadi anggota..kalau sebelum jadi anggota memang tak boleh"..itulah jawapan abang sado semalam...

Dan maknanya my hero ni tak boleh masuk unit beruniform lah...kena masuk kerjaya lain lah ya abg haikal...tapi kan kalau yang macam Kapten Mukhriz dalam drama sayangku kapten Mukhriz tue... KAGAT...orang rabun boleh masuk tak????

Siapa yang boleh menjawab kepada persoalan ini?
Read More