Followers

Wednesday, September 7, 2016

Home » » Melissa Shoes

Melissa Shoes

Assalammualaikum...


Dalam insdustri fesyen terdapat banyak jenis koleksi fesyen yang kita boleh temui. Ini disebabkan ia mempunyai pelbagai cabang produk yang berbeza dan setiap satunya memberikan pelbagai pilihan yang boleh kita pilih. Antaranya ialah kasut. Kalau anda tidak tahu sebenarnya kasut fesyen mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi bernilai ratusan jutaan dollar ataupun mungkin lebih! Ini kerana saban tahun kita akan dapat melihat banyak koleksi kasut yang diketengahkan bersama pelbagai pilihan rekaan baru sesuai dengan arus trend fesyen terkini. 

Banyak juga jenama kasut yang kita boleh dapatkan di luar sana dengan cukup mudah. Daripada yang dikenali ramai sehinggalah yang baru ataupun jenama tempatan. Tetapi tidak semua orang sedar bahawa membeli kasut ini umpama membuat satu bentuk pelaburan. Anda pasti hanya mahu gunakan wang anda untuk sesuatu yang boleh dipakai bagi tempoh masa yang lama, bukan? Oleh itu selepas ini anda haruslah membeli dengan bijak. Pilih jenama yang hanya menawarkan koleksi kasut wanita yang berkualiti sahaja. Jangan gunakan wang anda untuk produk kasut yang tidak mempunyai nama ataupun brand. Kerana kasut yang tidak baik kualitinya tidak tahan lama!



Jika anda sedang mencari jenama kasut untuk koleksi anda di rumah apa kata lihat jenama kasut Melissa. Melissa telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industry fesyen antarabangsa dalam menghasilkan koleksi kasutnya tersendiri. Apa yang lebih menarik ialah tidak seperti jenama-jenama lain, mereka telah muncul dengan koleksi terbaru Melissa shoes yang diperbuat daripada plastik! 




Koleksi kasut Melissa yang cukup unik ini telah menarik perhatian ramai dan menjadi pilihan selebriti-selebriti terkenal di Hollywood. Kini jenama ini boleh didapati di Malaysia dan bagi anda yang berminat boleh dapatkan secara online juga. Ada website online shopping Malaysia yang menawarkan koleksi kasut terkini wanita daripada Malaysia di butik online mereka. 

Nampak menarik bukan! kasut plastik yang bermacam fesyen mengikut trend terkini..Bagi MV ianya satu koleksi yang patut di miliki.

4 comments:

  1. klu ada heel sket tu nmpk koporat sket yak

    ReplyDelete
  2. wah, first time sy dengar jenama ni. nanti boleh cari kalau ada yg berkenan.hahah

    ReplyDelete