Selamat hari Malaysia Ke 53 - All About Love

Friday, September 16, 2016

Selamat hari Malaysia Ke 53


Assalammualaikum....
ready to perbarisan kemerdekaan sekolah 
16.09.2016 ... Genap 53 Tahun penubuhan Malaysia ... Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 iaitu Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak bergabung membentuk  Malaysia. Sebelum tahun 2010 16 September hanya cuti am kepada Sabah kerana sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertua Negeri Sabah..

Namun pada 16.09.2010 cuti am diumumkan untuk seluruh Malaysia sempena Hari Malaysia..Itu sedikit mengenai Hari Malaysia buat semua.Mv kongsikan sedikit mengenai haikalayu yang semangat dengan baju bendera mereka.
adik yang tak pernah tinggal kalau bergambar
Ini sempena perarakan kemerdekaan sekolah rendah mereka. Itu saja yang mampu... Dorang mau baju kadazandusun..tapi nak sewa mahal sangat .SO minta tolong mak cik MV jahit baju bendera untuk dorang... 

Kurta dari bendera Sabah... Jubah dari jalur gemilang....21.09.2016 ni dorang ada penutupan bulan kemerdekaan...dorang akan pakai balik baju ni....best haikalayu cakap..cikgu panggil berdiri di depan jadi contoh..

Semangat kemerdekaan ni patut kita pupuk di kalangan anak2 kita. Supaya mereka mengerti apa itu kemerdekaan dan semangat cintakan tanah air...

2 comments:

  1. Wah hebatnya semanagat cintakan Sabah Malaysia tetap cemerlang..ceria ya baju2 adik2 ni

    ReplyDelete