All About Love

Wednesday, September 17, 2014

Wordless Wednesday#CPUV SEPTEMBER#

8:00 AM
Wordless Wednesday#CPUV SEPTEMBER#
Assalammualaikum...

rezeki HAWW
**rezeki anak2 syukur..tengah kumpul2 with suit 8share dan churp2...dah cukup untuk cashout tapi nak kumpul lagi,,hihi
Read More

Tuesday, September 16, 2014

Gabungan,Telupid - - - >>>>>> Sabah Tea Ranau

8:00 AM
Gabungan,Telupid - - - >>>>>> Sabah Tea Ranau
Assalammualaikum...
MIL & FIL with HAW kat pokok rambutan

suka this picture
Ini cerita ahad....MV balik Ranau...SO Father IN Law ajak Ke Kg Gabungan Telupid untuk menziarah atuk dan nenek suami....anak2 excited sgt sebab sebelum tue kitorg singgah kebun jap..ingatkan ada durian..alih2 dapat cempedak jer..hahaha

Lepas dari Telupid,,kami singgah Sabah Tea..bawa anak2 makan...FIL yang belanja...makanan buli tahan..mmg sedap..harga berpatutan...paling suka sup ayam yg dicampur daun teh....



posing 3 beradik

model cilik mv

wani wani nak jg ikut apa yg kakak buat

peacee

selipar pun hilang  sdh

peace kakak ayu bilang

mereng bah bergambar

andu bah di paksa bah c syamimi
Hanya anak2 yang bergambar...mak ayah dah malas dah nak posing..hihi...


Read More

Monday, September 15, 2014

Diam Diam Jatuh Cinta

5:13 PM
Diam Diam Jatuh Cinta


Assalammualaikum...

Terjatuh cinta dengan lagu ni..sebab masa kat kereta nak balik ranau ahad lepas..MV nyanyi hubby gelakkan..katanya..mana ada lagu mcm ni..nah kan skg dengar lah abg oi...
Read More

"GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta dari Mama ka0ri "

10:13 AM
"GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta dari Mama ka0ri "
Assalammualaikum..

Klik Banner untuk join
Memulakan entry minggu ini dengan GA "GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta dari Mama ka0ri "

Syarat-syaratnya

1. Of course la kena follow blog aku...dan kena follow dan add google aku..(button follower ade kat bawah sekali..dan button add google ade kat sidebar..)

2. Tak lain tak bukan korang kena follow jugak blog sponsor GA Merdeka ni..Ourkizunadan like Page Ourkizuna di fb..

3. Follow juga blog sponsor iaitu Cheqart 

3. Buat tajuk entry "GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta dari Mama ka0ri "

4. Mesti tempek banner di atas dan linkkan ke entry ini..

5. Entry juga MESTI kena tempek GAMBAR korang / gambar suami isteri bagi yg dah berkahwin / gambar anak bagi yang dah ada anak..boleh pilih salah satu..dan gambar tersebut juga mestila diambil dengan sekreatif mungkin berkonsepkan kemerdekaan..contoh gambar boleh tengok kat entry SINI.

6. INGAT!! Gambar mestilah asli..jangan cilok sana sini..jangan duk meniru idea orang lain..dan jangan lupa letak trademark blog (optional) korang pada gambar tersebut..

7. Lepas dah post entry tersebut..jangan lupa letak URL GA korang tu kat ruangan komen di bawah ini..

8. Tarikh GA bermula hari ini 28hb Ogos 2014 dan tarikh tutup sehingga 16hb September 2014 (sempena hari Malaysia)

syarat 1,2,3,4, dah settle....dan ni pula untuk syarat ke 5...

selfie ketika sambutan kemerdekaan peringkat negeri sabah
adakah gambar ni dianggap kreatif???tak lah...tapi MV tempek gambar ni sebab baju yang MV pakai tue...baju ni baju rasmi untuk sambutan kemerdekaan yang ke 57....topi tue pun...benda free...tapi yang penting bila pakai terus rasa nak sambut merdeka....

SO jom join...sebelum tarikh tutup


Read More

Sunday, September 14, 2014

Ayu New Look

8:00 AM
Ayu New Look
Assalammualaikum...

new look with glasses
Penampilan baru katanya....kecik2 dah berkaca mata..rabun dekat....huhu..degree 200...buli tahan oh..tak tau mana dia dapat..mak ayah tiada rabun tiba2 dia ada....sudahlah lasak....mmg payah mau kontrol...tanpa cermin mata habis semua dia langgar..huhu....

Jadi budak skema dah dia....abg haikal cakap nenek tua...kawan2 sekolah ejek..Mv cakap biarkan janji nampak dr tak nampak..biar diejek janji boleh belajar...

cermin mata ada subsidi kerajaan..RM50 jer....pilihan kakak AYu sendiri...cantik tak???cermin mata tak boleh buka..kena pakai kecuali tidur n mandi...lain2 masa kena pakai sebab kalo tak pening dia bilang....
Read More

Saturday, September 13, 2014

selfie di Kehijauan

8:00 AM
selfie di Kehijauan
Assalammualaikum...

ada iras tak???
ni namanya kopi susu...hihi...



Tajuk entry jer dah metafora kan....hahaha...selfie di kehijauan...mesti korang fikir pemandangan or tempat yang mendamaikan..sekali masuk jer blog terpampang MV n Huby serba hijau sedang selfie..hihi

Saja jer kasi gempak..hahaha.....perasan tak MV punya caption gambar kopi susu????sebab hubby berkulit gelap MV cerah dulu masa couple ada kawan cakap nnt lahir anak jadi kopi susu...hihi...

Nilah hasilnya kopi + susu...hahaha
oklah selamat hujung minggu
Read More

Friday, September 12, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

10:20 AM
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Assalammualaikum...

Di Sini Lahirnya Sebuah CInta Yang murni abadi sejati....itu antara lirik lagu Warisan ...betul kah lirik tue..ahaks...main taip jer..Tema kemerdekaan MALAYsia 57 Tahun..DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...

Seriously MV sangat suka tema tahun ni..kebetulan pula MV berkesempatan bertugas pada sambutan hari kemerdekaan peringkat Negeri Sabah....memang perasaan masa sambutan tue bercampur baur....

Gembira ada..sedih pun ada..terfikir keharmonian dan keamanan yang kita kecapi sekarang ini adakah akan terus berkekalan begini..atau nanti musnah dek kerana tiada perpaduan dan persefahaman lagi...emo pula masa tue hihi.. 

Apa2pun MV doakan semoga Malaysia akan terus Aman dan damai.

ayu join juga sambutan..nak dia tau apa itu erti merdeka
masa ni nak tunggu perbarisan

selfie with ayu
Read More

Thursday, September 11, 2014

UPSR SAINS 018 2014 DITANGGUHKAN

9:36 AM
UPSR SAINS 018 2014 DITANGGUHKAN
Assalammualaikum...

Photo: Ujian mata pelajaran Sains #UPSR esok, 11 Sept 2014, DITANGGUHKAN
sumber dari Mary Yap Kain Ching
Heboh semalam kertas soalan sains UPSR 2014 bocor...mula2 dapat kat wasap group mcm tak percaya..sebab sebelum ni ada soalan BM berbaur perkauman yang disebarkan....namun ianya hanya fitnah...

Tapi bila tengok berita semalam terus rasa kecewa...mana integriti orang yang diamanahkan dan diberi kepercayaan untuk menyediakan soalan tersebut...dek kerana mengejar kejayaan dunia sanggup buat orang sekeliling susah...

AKhirnya SAINS 018 UPSR 2014 ditangguhkan pada 30.9.2014...kesian kat budak2 yang tak bersalah....semoga adik2 ulang kaji lagi untuk sains ni yea..INsyaallah ada hikmah disebalik semua ini...

Pada yang bertanggungjawab..renung2kan dan selamat beramal
Read More

Wednesday, September 10, 2014

Anak Penawar Stress

5:22 PM
Anak Penawar Stress
Assalammualaikum...

Stress hari ni...stress dengan orang yang tak pernah fikir tentang orang lain...yang hanya fikir dia,dia,dan dia sahaja......tak pernah kah kau sedari aku yang kau sakiti....pergh  siap nyanyi lagi...namun syukurlah setelah diluahkan kepada suami,bekas tempat sekerja akhirnya stress itu beransur hilang...

Apatah lagi bila terlihat gambar syamimi kat hp...terus ingat dia jer....
mata sepet....doktor cakap mcm korea
dia geram nak makan
paling suka bila dapat duduk atas badan mama
kat taska org tisur dia main
tengok nak pula dia pandang kamera..
.
pergh sombong uollls
penawar duka lara kami sekeluarga....hihi stress hilang bila ingat dia....syamimi skg dah makin pandai..cuma skg dia dah taknak susu badan dr botol...kalo kat taska dalam 10 oz jer dia minum...itu pun ikut mood dia....

Takpelah yang penting sihat...skg dah nak belajar berdiri....dah pandai dah pegang sana pegang sini..panjat sana panjat sini...cuma gigi tak keluar lagi...21.09.2014 ni dah masuk 9 bulan sekejap jer..tak sedar....

Oh tak sabar nak jumpa syamimi.....kejap lagi tgu hubby sampai..bye..semua..sorry busy lately..nnt ada masa BW kamu semua ok..tq pada yg sudi dtg n tinggal jejak




Read More

Monday, September 8, 2014

Family Day 2014

12:04 PM
Family Day 2014
Assalammualaikum...

kakak ayu siap peluk minion tu

see wani n ag yg excited

hadiah cabutan bertuah
Ini cerita minggu lepas 01.sept.2014..sempena cuti imum hari kemerdekaan ofis MV buat Family day untuk 2014...bertempat di Beringgis Resort....MV biasalah sebagai Setiausaha sibuk sikit pada hari tersebut...

Syukurlah suami jaga syamimi..haikalayuwani buat hal sendiri...hihi...depa enjoy the game....yang penting dapat hadiah...tak banyak pun xpe..macam wani dia ikut pertandingan tiup belon sampai pecah...

Belon dah besar last2 dia buangkan angin..then lari ke arah MV..sambil cakap"mama ani dapat belon..."hahaha... see motifnya adalah belon semata2 bukan game...dia ikut game pun kakak dia paksa...dia x mau sebab dia bilang panas bah...ni anak ar...

seperti biasa ada cabutan bertuah tahun ni MV bawa balik blender jenama Philips...tahun lepas bawa periuk nasi jenama philips..Alhamdulillah rezeki...dan anak2 paling happy sebab dapat main dengan maskot Minion...pergh sampai lemas dibuatnya maskot tue///

Gambar Syamimi,MV dan Hubby takde sebab takde masa nak snap picture hihi

Read More

Thursday, September 4, 2014

Ruji Ubi DiLantik Pengarah Awam Esscom

3:37 PM
Ruji Ubi DiLantik Pengarah Awam Esscom
Assalammualaikum,,,
Sumber dari Mohamad Fadzli
Sumber dari Mohamad Fadzli
Sumber dari Mohamad Fadzli

Sumber dari Mohamad Fadzli
Tahniah Mv ucapkan buat mantan bos MV iaitu Encik Ruji Bin Ubi..Alhamdulillah dimurahkan rezeki di naikkan pangkat ke Jusa C..Sebelum ni sebagai Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah selama 3 tahun bertugas dibawah pimpinan beliau banyak yang MV pelajari dan kerjasama daripada beliau amatlah di hargai..

Mengenali beliau adalah sesuatu yang sangat bermakna....seorang yang versatile..friendly..very independent,inovatif,pemurah,dedikasi....terima kasih atas kerjasama yang telah diberi bos...

Dan mohon dihalalkan makan minum selama ni...beliau ni mmg pemurah selalu belanja staf bawahan...dan yang paling best...dia kalau bergaul tak kira pangkat dan darjat....

Dilantik sebagai CEO @ Pengarah Awam Esscom di usia yang muda adalah satu pencapaian yang bersesuaian dengan usaha dan kebolehan beliau..MV doakan semoga Bos berjaya di Esscom...

Kami warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah mendoakan kerjaya bos di sana...Insyaallah Semoga semuanya dipermudahkan..AMin...

Good luck Bos...Apa yang pasti kehilangan bos ni dirindui oleh semua staf
Read More

Wednesday, August 27, 2014

Wordless Wednesday#Birthday Party Wani At School#

9:52 AM
Wordless Wednesday#Birthday Party Wani At School#
Assalammualaikum...









#wani tak senyum sebab mama dia tak datang..bukan x nak datang tp ramai org kat library..sory sayang....

#selesai temduga..kalau ada rezeki adalah
Read More

Tuesday, August 26, 2014

8 Bulan

9:52 AM
8 Bulan
Assalammualaikum..
tengok syamimi membongkar
belum pandai berdiri dah memanjat
si bam bam mama


siap berdiri pegang 1 tangan jer...
Waznah syamimi genap 8 bulan pada 21.8.2014...alhamdulillah di usia 8 bulan ni syamimi dah boleh duduk sendiri tanpa dibantu....gembira tengok perkembangannya....itupun MV tak perasan dia dah boleh duduk..sebab kalau dgn MV dia macam baby yang tak tau apa2 lagi..yg dia tau merangkak...

Sabtu lepas mimi kantoi sebab MV ke dapur masa tue dia tengah baring tup2 MV datang dia dah duduk...MV tengok wani n ayu takde...kalau ayu wani ada mesti dorang yg dudukkan...
bila tanya haikal dia cakap adik yg duduk sendiri...dia tiarap terus duduk....

Yeah nah maknamya dia nak manja2 dengan MV..skg dah pandai memanjat tapi belum beridir..mungkin tak lama lagi kot...hihi....doakan yea..


**doakan Temuduga MV esok tau...tq


Read More

Thursday, August 21, 2014

Happy Birthday Wani

11:12 AM
Happy Birthday Wani
Assalammualaikum...
sian kakak Ayu demam
kek pilihan abah wani


see..syamimi yg over excited nampak kek
19.08.2014 genaplah umur wani 4 tahun..sekejap jer masa berlalu..tak sedar dah 4 tahun..tahun depan dah tadika...selamat hari jadi sayang..jadi anak yg solehah dan mendengar kata,.,,jangan nakal2 tau....

Ni gambar sambutan hari jadi kat umah with adik beradik..sebelum tue dia sambut kat sekolah with friend katanya....kek yg kat sekolah manggo cake beli kat multibake rm58..yang kat umah fresh cream cake rm 35....

Saja sambut dua kali sebab abg n kakak dia tanya di rumah tak sambut kah....yg happy tentunya birthday girl sebab dapat 2 cake...takde hadiah pun xpe sebab yg penting kena sambut birthday....

LEpas ni MV kongsi kalau dah dapat gambar dari cikgu wani....apa2pun tq yg doakan kesihatan anak2 MV
Read More

Tuesday, August 19, 2014

Pengorbanan Seorang Ibu

12:10 PM
Pengorbanan Seorang Ibu
Assalammualaikum...

Semalam MV ada update entry INI..yang mana MV bagitau wani dan mimi demam....terima kasih yang mendoakan kesihatan anak2 MV....

AL-kisahnya petang lepas ambil kakak dan abg kat sekolah...MV tengok kakak Ayu ada tanda2 lemas badan dan tak sihat...badan panas sgt...makan pun tak nak ....kakak Ayu ni mmg susah sikit nak bagi makan...nak diet aja huhu...


Dalam jam 2.00 pagi MV dengar kakak Ayu muntah...bila pegang kepala panas...terus pandang kat wani...mengigil...pegang kepala pun panas juga....pergi tengok syamimi...pegang kepala dia pun panas...huhu...

MV pergi buka peti ais ambik ubat sumbat terus sumbat kat bontot syamimi..wani n ayu dah makan ubat..so MV ambil 3 sapu tangan kecik..ambil bekas letak air..dan bermulalah misi menjadi nurse di rumah...

Seorang2 MV lapkan badan..MV letak tuala kecil tue di kepala...syamimi..MV tukarkan baju yang lubang2....baju yg sedia ada MV basahkan terus letak kat kepala n belakang...

Memang itu jerlah caranya nak buat kalau badan anak2 panas...x cukup tidur jangan cakaplah...bila pagi alhamdulillah syamimi dah kebah demam...wani dah kurang2 panas...MV sambungkan ubat dan dia ke sekolah...

Kakak Ayu MV terpaksa bawa ke Hospital Likas..muntah2 tak berhenti..terpaksa minta kebenaran keluar tanpa di "sign" sebab bos2 tak masuk lagi..depa masuk 8.30 pagi...sampai hospital...suhu bdan kakak Ayu 36.7 darjah celcius...oklah tak panas sgt..

Tapi dia lemah sebab tak leh jalan sendiri..pening katanya..terima kasih kat my Father in Law...sebab tolong hantarkan kami..mmg MV nak bawa kereta sendiri tapi dia fikir sape nak jaga ayu bila MV naik ke ofis...tue yg dia ikut...

DOktor cakap kakak ayu ni gastrik,tongsil bengkak,batuk....kena makan benda berkhasiat..jangan makan keropok..kakak Ayu just angguk2 jer sebab doktor tue bagi nasihat...selama ni mama dia nasihat tak jalan..

doakan kakak Ayu,wani,mimi cepat sembuh ya kawan2...terima kasih

Read More

Monday, August 18, 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

12:16 PM
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP
Assalammualaikum..


Syarat-syarat Penyertaan :
1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
dan backlink kan ke entry ini.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya. Tak mahu seperti giveaway lepas. Buat entry tapi tak tinggalkan link jadinya aku tak tahu korang dah turut serta.
4. Selesai.

Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!
Korang mungkin salah seorang darinya. Mari mari join kalau sudi.

**Jom join tiba2 mood berGA n Bersegmen dah mai..MV join sebab cikgu etuza  ajak...hihi 


Read More

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com

12:12 PM
Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read More

Cepat Sembuh

9:31 AM
Cepat Sembuh
Assalammualaikum...

Hari ni MV pergi kerja seorang jer..wani demam...so kebetulan nenek dia ada kat umah...dia cakap dia mau cuti ni hari....sebab panas di badan belum hilang...jadi ani mau rehat...nnt esok baru sekolah...

Esok wani mau sambut hari jadi katanya....mau kek princess elsa...penangan forzen betui anak MV yg sorang ni...pejam celik pejam celik esok 19.08.2014 usia my wani dah 4 tahun..makin besar anak mama ni..makin pintar...

Hari ni no selfie...sebab wani tiada...Syamimi pun tak sihat tapi di hantar ke taska juga sebab nenek dia takle jaga dua orang kat umah..tapi MV dah pesan dekat cikgu dia..call kalau mimi panas or apa2...

Insyaallah semuanya baik2 saja....MV pula nak buat kerja tapi komputer blue skrin..hish malar rosak jak ni komputer..bikin hilang mood bah....sudahlah satu org jak di library mana aircond sejuk..tambah pula batuk n selsema mmg mantaplah...

Kamu orang semua..happy monday..happy working..
Read More