All About Love

Friday, December 16, 2016

Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung ( OST 7 Hari Mencintaiku )

12:00 PM
Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung ( OST 7 Hari Mencintaiku )

Assalammualaikum....

7 hari mencintaku...drama adaptasi novel... yang menjadi sebutan ramai..MV mula2 tak follow ceta ni..terus jer beli novel and baca...baca sehari jer dah habis..part awal memang geram baca..sakit hati dengan Mia Arissa..

Watak anak orang kaya yang sombong ..walaupun sudah diisytihar bankrap dan ditinggalkan tunang..masih tidak boleh menerima Khuzairi sebagai suami..Khuzairi berkahwin dengan mia atas permintaan arwah ayah mia...

Bermula kehidupan Mia di kampung..tanpa diterima oleh Mak Leha(Ibu tiri Khuzairi) ...ego Mia...gangguan dari Khalil...bekas tunang...kebencian  dari mak mertua..kelembutan khuzairi yang sentiasa mengalah apabila melibatkan ibunya..

Bila baca novel ni kan...part selepas mia berubah tue yang menyedihkan sangat2 touching...geram pula dengan mak leha yang jahat mulut...syukurlah watak pak samad itu mendamaikan...

sapa yang sudah baca novel ni..mesti tau macam mana kesedihan yang dialami mia di part2 akhir novel ni....ternyata hasil tulisan Siti Rosmizah ni memang menyentuh jiwa ....
Read More

Exchange Gift PSUPS 2016

7:30 AM
Exchange Gift PSUPS 2016
Assalammualaikum...

Image may contain: 2 people, people standing, christmas tree and indoor
peneman setia sepanjang cuti sekolah 
Exchange gift PSUPS 2016..tiap tahun pejabat MV memang ada buat exchange gift ...tahun ni pun tak berkecuali...majlis dibuat pada 13.12.2016..MV dapat set berus hasil dari cabutan ...
Image may contain: 1 person, standing, indoor and food

dan sekali sambutan birthday November&Disember 2016..MV dapat hadiah set bottle tupperware...memang best...majlis ni di mulakan dengan ucapan SUP iaitu Datuk Borhan Bin Dolah...

Image may contain: indoor

Nampak tak hadiah yang banyak tue..MV dapat hadiah no.13..hadiah yang MV bagi pula nombor 21.... 

No automatic alt text available.

Ni hadiah yang MV dapat set berus makeup..tau2 jer yang MV suka makeup hahaha


Read More

Thursday, December 15, 2016

Sayangku Mr. Busybody

3:08 PM
Sayangku Mr. Busybody
Assalammualaikum...



Sayangku Mr. Busybody hasil tulisan hee-da ini mengisahkan Hanis yangterpaksa berkahwin dengan iqram bagi menggantikan Nurin. Iqram yang marah dengan penipuan ini terus menyeksa Hanis .Begitu juga ibunya iaitu Datin RIna..

Hanis di jual kepada Ibu Ayam semasa ketiadaan bapa mentuanya yang ke US untuk bertemu Datuk Helmi. Namun Hanis berjaya menyelamatkan diri dari rumah pelacuran Mama MOna...dia diselamatkan oleh Daniel(abang kepada Iqram)

Berlaku salah faham antara Daniel dan Hanis...Daniel mengganggap Hanis aa seorang perempuan murahan..Kerana hubungan Hanis dengan Datuk Helmi..Rupa2nya hanis adalah anak kepada Datuk Helmi...ibunya Halimah adalah isteri pertama datuk Helmi yang terpaka menjadi orang gaji di rumah suaminya sendiri...

Kematian Ibu hanis (**dibunuh oleh Datin SOfiah) membongkar identiti Hanis...Manakala Shahrul bekas kekasihnya pula muncul meraih cinta...

Daniel yang dianggap stalker oleh Hanis akhirnya mula mencintai Hanis...segala salah faham Daniel terhadap Hanis terungkai apabila dia mengetahui rupa2nya Hanis adalah bekas isteri iqram(namun perkahwinan itu x sah kerana kahwin sindiket yang dirancang nurin kakak Hanis)....

Kemudian satu dami satu rahsia terbongkar,  kenapa bapa Shahrul beriya supaya shahrul berkahwin dengan Erika, Siapa mama mona dan apa kaitannya dengan keluarga Datuk Izhar, Siapa Iqram sebenarnya?

Apa rahsia besar yang disimpan oleh datin Rina? Perpecahan dua keluarga.... berakhir dengan kebahagian buat hanis dan daniel....

(**baca 10.12.2016 habis 15.12.2016)

Read More

Cermin Mata

7:30 AM
Cermin Mata
Hitam juga jadi pilihan 
Assalammualaikum...

Kaca mata baru untuk wani....pilihannya mau warna pink..tapi semua yang warna pink tue nda sesuai dengan dia..last2 pilih lagi warna hitam macam haritu...harap2 yang ni bertahan lah...

kalau ikutkan degree wani tak berubah..cuma cermin mata dia patah...itu yang belikan yang baru ....cermin mata ni bingkainya buy 1 free 1...so MV beli satu bingkai untuk kakak Ayu...nanti baru pasang cerminnya...

Harga frame ni RM78(2 Pasang)...untuk cermin wani RM45..MV ambik yang biasa jer....SO total semua RM123...Insyaallah nanti mau tukar untuk abang dan kakak lagi...tapi kena beli dulu frame untuk abang...baru ble tukar yang baru....

Kosnya RM123(2 pasang frame+ Cermin) untuk abang haikal, Kakak Ayu Pula RM45(**cermin sahaja sebab frame ada sudah)....so total dalam RM168.00...  Ni MV buat di Kedai cermin mata Bee di 1borneo hypermall kota kinabalu....

Itupun selepas temujanji dengan doktor pakar mata di Hospital .....sebab kes dorang ni lain sikit..rabun dekat...jadi memang nda berani bawa check di kedai....
Read More

Wednesday, December 14, 2016

AFF SUZUKI CUP FINAL 1 2016 (INDONESIA VS THAILAND)

10:05 PM
AFF SUZUKI CUP FINAL 1 2016 (INDONESIA VS THAILAND)
Assalammualaikum..


AFF SUZUKI CUP FINAL 1 2016 ANTARA INDONESIA VS THAILAND BERAKHIR DENGAN KELEBIHAN BUAT INDONESIA DENGAN KEMENANGAN 2-1..

BERMAIN SELAMA 94MINIT TERMASUK MASA TAMBAHAN MEMANG MENDEBARKAN...THAILAND MENDAHULUI 1-O DI SEPARUH MASA PERTAMA...

NAMUN JARINGAN RIZKY PORA MENAIKKAN SEMANGAT INDONESIA...GOL PENYAMAAN RIZKY PADA MINIT KE-65 ...BERTAHAN SAMBIL MENYERANG....INDONESIA AKAN KE THAILAND UNTUK FINAL KEDUA YANG BERLANSUNG PADA 24.12 2016..

CHAYOK2X

posted from Bloggeroid

Read More

Sebelum & Selepas

2:29 PM
Sebelum & Selepas
Assalammualaikum...


Muka sebelum dan selepas di makeover...tak jauh beza..sama jer..masih lagi ...first time MV di makeover macam ni..dulu masa kahwin pun makeup biasa jak...kakak MV Yang makeup...

Ni kiranya pun x berat sangat makeup ni...sebab MV minta yang biasa2 jak...MUA MV ni budak giat mara...ada kedai urut di Wawasan Plaza...kalau siapa area Sabah mau makeup ..boleh try contact dia (019-800 4457),,,

Harga berpatutan...henna pun dia ada buat...



Wawasan plaza, 3 floor,
Next to TD plaza hotel ,kk
Aquamist beauty & reflexology
Monday - sunday
10am - 8 pm


Tu alamat kedainya....


Read More

2016 reading challenge

7:00 AM
2016 reading challenge
yeah berjaya juga hahaha
Assalammualaikum...


Berjaya juga  ... GoodReads 2016 reading challenge....walaupun hanya novel...at least membaca juga kan...tahniah untuk MV target 10 buku jak tahun ni...tahun depan kita up lagi ikut kemampuan ....

korang pula mcm mna
Read More

Tuesday, December 13, 2016

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2016

4:49 PM
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2016
Assalammuailaikum...

wefie duluan 
Salam Maulidur Rasul.. semalam sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri sabah bertempat di Beaufort . Sudah menjadi rutin tahunan pejabat MV akan terlibat dalam perarakan seperti tahun sebelumnya....



Tahun ni sambutan di buat di Beaufort Sabah..kampung MV...jadinya kira balik kampung terus lah...tahun ni ayu dan wani ikut sekali berarak ...itu pun last minit sebab nda cukup kontinjen...

terpkasa lah meminjam baju dekat makcik kebetulan ada sepupu MV yang sebaya ayu...dan ada satu baju yang besar untuk wani...



dugaan juga sebab wani ...mengadu penat dan tak larat..hihi...alhamdulillah syukur dia smpi juga ke garisan penamat....



kakak ayu steady jer...berjalan d depan dengan memegang pelakat ....bagus juga melibatkan anak-anak dengan aktiviti macam ni...



tahun ni ..tema baju adalah batik...ditaja oleh pejabat dan sehelai shawl ariani..hihi..sapa2 yang ada join sambutan maulidur rasul hari tu..mari lah share cerita
Read More

Monday, December 12, 2016

Anugerah tokoh maulidur rasul 2016(sabah)

2:42 PM
Anugerah tokoh maulidur rasul 2016(sabah)
Assalammualaikum..

Anugerah tokoh Maulidur Rasul
1) Wanita (datin seri panglima Nursuadah Hj Basah)
2) Lelaki (Dtk Ismail bin Ag Besar)

Sepanduk
1) Kementerian jabatan swasta
(3)pjbt pendidikan bfort
(2) pjbt setiausaha persekutuan sabah
(1) jheains

2) Pertubuhan
(3) persatuan kedayan sabah
(2) bdn dakwah daerah kp
(1) persatuan seni khat sabah

3) qaryah
(3) surau annur padas valley
(2) surau kg pimping
(1) surau masjid jamek kg kebatu

4)Sekolah kebangsaam
(3) sk pekan mesapol
(2) madrasah alhidayah pasir putih putatan (1) san kabidang bfort

5) Smk
(3) smk bfort ll
(2) smk pdg berempah sptang
(1) sman Bfort


Kontinjen Terbaik
- kementerian jabatan & swasta (jbtan penjara malaysia)
- pertubuhan (badan perhubungan umno negeri sabah)
- qaryah (rukun tetangga krt bfort)
- sk (madrasah alhidayah kg pasir putih putatan
- smk (smk bfort ll)

Kontinjen Teramai
- 210 org sempena Maulidurrasul  (madrasah alhidayah kg pasir putih putatan)

*alhamdulillah pebajat mv menang nombor dua kategori sepanduk..

posted from Bloggeroid

Read More

Sunday, December 11, 2016

Leng loi

6:59 AM
Leng loi
Assalammualaikum


Leng loi...best cerita novel ni ..buat kita tertanya apa yang berlaku dengan gerai lot 55..

Dari restoran india,hadware kemudian butik..ada saja yang x kena..setiap kli ada yang menyewa di kedai tersebut pastinya ada kematian..

Kematian muthu,terrance,nora ..semua misteri di kedai lot 55 bermula apa bila kehilangan suzy..buat kita tertanya2 suzy kenapa..

Adakah suzy dibunuh..tapi siapa dan kenapa..dan kenapa lengloi menghantui lim,grak,beng,jacky dan muthu...

Pelbagai misteri yang ada buat mv tak berenti membaca..akhirnya misteri terjawab..suzy dibunuh dengan kejam dan diseksa dgn dilibas dgn rantai..dan dibiarkan mati..

Kemudian mayatnya dibakar dan tulangnya ditanam disebuah tandas d kedai lot 55...ini kerana untuk tujuan sihir bagi memastikan kedai muthu lingkup...

Suzy menghantui kedai itu dan Lim kerana dia berjanji akan mencintai lim.sampai mati...

posted from Bloggeroid

Read More

Saturday, December 10, 2016

Family day #psups #hawaian

9:10 PM
Family day #psups #hawaian
Assalammualaikummm

Alhamdulillah ..selesai lagi satu program ofis..kali ni dikendalikan Kelab ofis..dan temanya kli ni hawaian di buat di ODEC UMS....so mv cubalah mengikut tema..oh ya abg haikal xda join ni sebab dia balik ranau😢
Untuk hari keluarga ni mv sebagai urusetia game ...bersama 4 lgi kawan...walaupun pada awal2 hari hujan ...syukur tak lama lps tu cerah semula...


ANTARA game yang disediakan :
Kanak-kanak 3-6 tahun
Isi air guna span
Bawa bola guna sudu

Kanak-kanak 7-12
Bola beracun
Musical chair

Dewasa pula 
Apple dance(pasangan)
Bola beracun
musical chair
Pijak belon smpi pecah

Alhamdulillah acara sukaneka berjalan lancar...kesian anak2 nak main lagi..tapi apa ble.buat game x byk...based on bajet...

Ayu ada menang no.2 untuk.bola beracun dan no.4 untuk musical chair...wani dapat saguhati jer..wani ni bukan nak menang..dia mmg x berapa kisah menang kah x janji dia main..

Syamimi pula sibuk main pasir.hihi..macam biasalah kan...acara plng ditunggu2 ... Cabutan bertuah...

1st mini fridge
2nd home theatre
3rd penginapan di dalit 2 hari 1 mlam
4th go pro
5th go pro

Dan sekali lagi mv dapat blender...tahun ni dpt jenama panasonic pula...lepas mungkin rezeki kan..mv dapat lagi cabutan khas..dapat beg sukan adidas...

Selain itu ada pertandingan best dress lelaki/perempuan yang mana hadiahnya jam fossil rm5++

Family gempak hadiahnya penginapan 2 hari 1 malam di hotel dalit tuaran

Untuk budak pun ada...princess n prince...tahniah semua ya..enjoy your gift...keep this moment in our memory..

Oh ya...setiap keluarga yang hadir dapat goodies yang berisi nescafe latte,biskut jacobs,air ribena dan coklat kit kat..

Puas hati dengan program family day..next year kita buat lagi..always love Psupspian and family..memang sporting.. Tq semua atas kerjasama yang diberikan
Read More

Bertugas

7:00 AM
Bertugas

Assalammualaikum...
Urusetia hari antirasuah SPRM Sabah
Di penghujung tahun ni...macam mau habis2 sudah program yang di rancang... MV terlibat dalam beberapa program...iaitu mesyuarat perhubungan ketua jabatan persekutuan/badan berkanun di sabah bil.4/2016...

Macam biasa MV buat pendaftaran ketua2 jabatan jer....hihi
bertugas Mesyuarat perhubungan ketua2 jabatan
lepas tue jumaat  09.12.2016 semalam MV bertugas pendaftaran Hari anti rasuah antarabangsa sprm sabah 2016.... MV bukan bertugas di SPRM cuma Jabatan MV membantu di bahagian pendaftaran...
sempat lagi selfie sebelum bertugas
Bila bertugas ni..mesti ada gambar selfie hahaha..buat kenangan..ceh ...biarlah nda lawa kan...yang penting selfie... haha Larikkkk
Read More

Friday, December 9, 2016

Iklan CPUV Disember 2016

4:52 PM
Iklan CPUV Disember 2016
Ada enam iklan ...

Ahlamdulillah ada juga iklan CPUV yang nuffnang ....walaupun jumlah yang MV dapat tak banyak..sekurang-kurang2nya ....ada juga lah daripada takda kan ..hihi..syukur

Read More

Thursday, December 8, 2016

THAILAND LAYAK KE FINAL AFF SUZUKI CUP 2016

10:16 PM
THAILAND LAYAK KE FINAL AFF SUZUKI CUP 2016

Assalammualaikum

THAILAND LAYAK KE FINAL AFF SUZUKI CUP 2016 DENGAN KEMENANGAN BESAR KE ATAS MYANMAR...

DENGAN KELEBIHAN 2 GOL DI SEPARUH AKHIR PERTAMA. MALAM INI THAILAND MENANG DENGAN JARINGAN 4-0..

SEKALIGUS MENANG SECARA AGREGAT 6-0..OH YA BEST PULA TENGOK GAME FINAL NNT..

**JURULATIH THAILAND ni Kan so kiatisuk senamuang...muka still mcm dulu.. Awet muda...

Read More

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

8:47 AM
END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS
Assalammualaikum...


Tarikh Mula : 1/12/2016
Tarikh Tamat : Akan dimaklumkan.

Tadaaa. END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS. Dah hampir setahun nampaknya MellyaCrayola disini. hihihi Jemput join ye kawan-kawan. End Year Mini Giveaway by Mellya & Friends yang dinantikan sekian lama hewhew Tajaan khas lagi glamour gitu dari MellyaAbamKieIolaShikinJMSNM,MarRenexShahida, EyzLiyanaMekSafienaSiqahiqaUnnianjeEdrina

Syarat penyertaan 
Follow blog pihak sponsor 👆👆
Follog Google+ pihak sponsor (yang mana ada dalam blog follow je)

      
Create post, letak banner, backlink, comment di blog Mellya sahaja ya.



Read More

Wednesday, December 7, 2016

Indonesia ke final AFF SUZUKI CUP 2016

10:48 PM
Indonesia ke final AFF SUZUKI CUP 2016

ASSALAMMUALAIKUM

BERMAIN DI TEMPAT LAWAN... PENUH DRAMATIK.. BERTANDANG KE VIETNAM DENGAN KELEBIHAN 1 GOL...

SEPARUH AKHIR PERTAMA DI INDONESIA..MENEWASKAN VIETNAM 2-1..DAN HARI INI SEKLI LAGI INDONESIA TERLEBIH DAHULU MENJARINGKAN GOL...

MENDAHULUI 1-0 ..DAN TIBA2 VIETNAM MENYARINGKAN 2 GOL DI SAAT VIETNAM BERMAIN 10 PEMAIN ORANG APABILA PENJAGA GOL DILAYANGKAN KAD MERAH..

KELEBIHAN YANG ADA TAK DIGUNAKAN INDONESIA.. MEMBUATKAN MEREKA TERPAKSA BERMAIN DENGAN 30 MINIT MASA TAMBAHAN.

DENGAN  SEPAKAN PENALTI PADA EXTRA TIME PERTAMA.. INDONESIA LAYAK KE FINAL.. DENGAN AGGREGATE 4-3..

TAHNIAH INDONESIA.. ESOK KITA TUNGGU ANTARA THAILAND ATAU MYANMAR.. YANG MANA AKAN BERTEMU INDONESIA DI FINAL AFF SUZUKI CUP 2016

Read More

Bollywood night

8:30 AM
Bollywood night
Assalammualaikum 


Bukan kajol Dan bukan juga kojol.. Janam Janam jangan jak jahanam sudahlah Kan.. Hihi.. Ni bollywood theme untuk annual dinner Pejabat.. 
Pagi tu bertugas untuk Mesyuarat perhubungan ketua-ketua jabatan persekutuan Dan Badan Berkanun di sabah.. Dengan berpakaian long suit..

Update gambar d fb adik Dan kakak Mv cakap. Mv mcm polis.. Ada jg yg ckp mcm Cikgu... Mcm sajalah Kan... Tp reality nya Pembantu pustakawan.. Hahaha

Malam pula kita berbollywood... Annual dinner office... Tema bollywood.. So ber ala2 kajol...kajol versi Chinese.. Hihi..kali ni...ada yg cakap boleh dah jadi pelakon hindustan..hahaha..suka2 kan


Tak Menang apa2...yang penting kita enjoy, sporting.. Kiranya malam tu release tensionlah... Nnt Mv update Lagi..dalam satu entry.. 

**sorry berhutang bw dgn kawan2
Read More

Monday, December 5, 2016

Throwback Konvokesyen Wani

7:00 AM
Throwback Konvokesyen Wani
Gambar di pentas
Assalammualaikum...

Throwback...gambar kat pentas ni berbayar...ibubapa x boleh ambik gambar depan pentas..sebab tue gambar ni lambat sikit dapat...sebab dari jurukamera yang telah di upah...


Selamat melangkah ke alam sekolah rendah 


Read More

Sunday, December 4, 2016

Keputusan final gegar vaganza 2016

11:54 PM
Keputusan final gegar vaganza 2016

Assalammualaikum

Keputusan final gegar vaganza 2016..mungkin seperti yang dijangka. Atau Lari Dari tekaan  kamu.. Apa2pun Tahniah Semua

No. 6 Gmie
No. 5 Intan sarafina
No. 4 Ameng
No. 3 Zarul
No. 2 Siti Sarah
No. 1 Azharina

Berakhir Sudah gegar vaganza 2016..tahniah buat Gmie.. Walaupun no. 6 you ur the best.. Tahniah buat azharina...

Tahniah siti Sarah.. Ingatkan Dia Menang Takpe lah bukan rezeki.. U r the best siti Sarah..

Zarul, intan,ameng, Tahniah... Buat peminat Semua  jangan Sedih ya KALAU artis yang kita sokong Kalah...

Go Gmie go gmie

Read More

Suri hati Mr.Driver

7:00 AM
Suri hati Mr.Driver
baju ala2 wardah 
Assalammualaikum...


Suri hati Mr. Driver...bukan suri hati Mr.pilot yea....hahaha,,,,berangan jap ,,,,,dengan baju ala2 wardah ..tapi i x lah secantik dia....i manis jer...oh oh oh ...larik,,,perasan betui MV kan...


ni lah mr.driver MV
Tahniah buat Mr Velentine..Sebab akhirnya selepas 11 tahun ..dia dipanggil berkhidmat dalam perkhidmatan awam.... walaupun kontrak..tapi bersyukur sebab bukan mudah dapat kerja kerajaan ni....

Dia ditawarkan pemandu kenderaan H11... 1.12.2016 haritu dia dah mula lapor diri..Tahniah my lovely husband ..kerja baik-baik ya.....

**tajuk tue macam apa jer kan

Read More

Saturday, December 3, 2016

Earning 8share .

7:00 AM
Earning 8share .
earning pada 29.10.2016

Assalammualaikum..

berkongsi sedikit mengenai 8share MV...alhamdulillah bertambah lagi ,,,,dah seratus yeah...boleh dah cashout ... walaupun orang cakap benda ni lama mau kumpul tapi sekurang2nya berbaloi lah...

dengan share iklan sahaja dapat duit....x susah pun kan...rasanya macam nak cashout then beli benda yang boleh diingat,,,,
earning pada 02.12.2016
kalau rajin ..kadang sehari dapat lah rm 2- 3 ringgit ..ok lah sapa yang nak bagi kan..lagipun cukup rm50 dah boleh cashout... 

Sapa yang tak cuba lagi...boleh lah cuba yea.. jom daftar kat sini

Read More

Friday, December 2, 2016

Jamuan akhir tahun taska permata kemas KPKPS

4:24 PM
Jamuan akhir tahun taska permata kemas KPKPS
Asslaammualaikum..


sambutan hari lahir nov-dec 2016
Jamuan akhir tahun taska permata tempat syamimi sekolah...buat pada 29.11.2016...konsep pot luck...atas permintaan syamimi...MV bawa ayam goreng dan bihun goreng pada hari tersebut....

MV cuti masa tue sebab memang plan mau rehat ..so spent time dengan mimi pula di hari jamuan sekolah dia...meriah walaupun x ramai ibubapa yang hadir...siap ada cabutan bertuah..

dan tak sangka MV antara yang bertuah..so balik dengan hamper..suka mimi..mimi dapat hadiah set mandian anakku ,berus gigi dan colgate kodomo lion,dan sikit makanan....mimi join sambutan birthday untuk bulan 11/12..

walaupun birthdaynya 21.12.2016 ni...
mimie ambik hadiah .....
semangat punya pasal kan..cuti2 pun sanggup dia bangun awal untuk pergi jamuan ni...siap excited kawan2 dia bila nampak mimi sampai..sebab kami datang lewat sikit,..nasib baiklah acara belum mula lagi 

dapat cabutan bertuah ....
Tahun depan syamimi masih lagi sekolah di sini..semoga adik terus belajar dan menjadi anak yang pintar ....amin
selfie berdua...
Read More

Thursday, December 1, 2016

Isteri Tuan Ihsan

5:24 PM
Isteri Tuan Ihsan
Assalammualaikum...
Image result for isteri tuan ihsan
pinjam google
Drama adaptasi novel Awak sangat nakal episod akhir malam ni.. Dan promo drama yang menggantikan pun dah start ada ... Isteri Tuan Ihsan..lakonan Aaron Aziz dan Amyra Rosli...tertarik dengan watak yang Amyra bawa...Membuatkan MV dalam misi menari novel Isteri Tuan Ihsan..hihi
Image result for isteri tuan ihsan
pinjam google
Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua!

Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza...

“Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?” – Seroja Irdina
“Excuse me? You called that godaan? Don’t flatter yourself missy!” – Tuan Ihsan

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina
“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan
“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?(sinopsis versi Novel sumber dari sini  )


Macam best kan...nak follow drama tak mampu rasanya...kita cari novel lah kan...
Read More

9 tahun ...

9:00 AM
9 tahun ...
Assalammualaikum..

   


Happy birthday to you kakak...

9 tahun sudah....besar sudah anak mama ... tahun depan darjah 4 sudah.... nanti ahad kita celebrate ya kakak..sebab kakak sekarang di ranau...ahad baru balik kk...

jangan nakal2...rajin2 belajar dan dengar cakap mama babah..jadilah kakak yang terbaek buat adik2 dan jadilah adik yang terbaek buat abang haikal....

sayang kakak ....
Read More

Tuesday, November 29, 2016

Pendapatan Sampingan Dengan 8share

7:30 AM
Pendapatan Sampingan Dengan 8share
yeah bertambah lagi
Assalammualaikum..

Alhamdulillah bertambah lagi duit 8share MV..last bulan  05.11 haritu  ada dalam 53 jer..hari ni dah 85 rgt...yeah boleh cashout dah ni....tinggal tambah sikit2 lagi ,....oh ya sebenarnya 8 share ni RM50 pun sudah boleh cashout...

Cuma MV biasa kumpul dulu..rasa mau cashout baru MV CO...kalau korang nak buat duit lebih...boleh try daftar 8share DI SINI...tak payah bayar pun...cashout pun tak lama..dan dijamin masuk account duitnya...

belum cuba belum tau...


Read More

Monday, November 28, 2016

Sebab Nora Tersingkir

12:20 PM
Sebab Nora Tersingkir
keyword hari ni...semua pasal nora tersingkir
Assalammualaikum...

MV bukan Nuffnang hari ni check blog stats ...PV mencecah 1++ dah...selalu mau dapat PV 100 pun susah UV jangan cakaplah..kalau dulu2 masih aktif sehari ble dapat 5++ tapi sekarang kena usaha lagi..


Mv rasa ni mesti entry nora tersingkir separuh akhir gegar vanganza 2016 yang membantu UV blog MV hari ni..selalunya memang susah tau .....syukur alhamdulillah... sekurang-kurangnya kan MV rasa wow...UV hari ni 1++... semangat dia lain macam ....


 Semoga blog MV ni sentiasa meningkat viewsnya...Amin...Mv kongsikan juga keyword blog MV pada minggu lepas..

1. zur eda tersingkir (2)
2. drama legen ( drama korea legend of the blue sea kot hihi)
3. awak sangat nakal (2)
4. makanan sabah 
5. tunang aku encik inspektor penjara(ada eh movie ni haha)
6.cara guna tandas duduk
7. tudung dinner glamour
8. kuih


**BW ke blog kawan2..slowly2 yea...
Read More