All About Love: novel
Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Monday, June 5, 2017

Suamiku ketua gengster-qhayra qhayriesa-

11:18 PM
Suamiku ketua gengster-qhayra qhayriesa-
Assalammualaikum...
suamiku ketua gengster
Suamiku ketua gengster tulisan qhayra qhayriesa...

"Dia belasah orang aku tak suka, dia kata cinta aku pula gabra"

Tengku ishaan danish ceo muda menjadi pujaan merangkap ketua gengster yang mendambakan gadis yang sebaya kakaknya..

Nurul sarah sulaiman ....gadis keturunan biasa...menjadi cikgu peribadi ishaan ketika spm...merangkap kawan baik tengku iris kakak kpd tengku ishaan...

Keinginan dan keegoan tengku ishaan untuk memiliki sarah menjadikan sarah membencinya...

Bukan hanya sarah!!tetapi dahlan dan dellina....2 insan yg terluka dengan perkahwinan koboi mereka...
Siapa dellina???kenapa dia membenci sarah dan juga mahu memiliki ishaan....

**hidup jika berlandaskan dendam takkan ke mana dan xkan bahagia...
.
**jodoh dan takdir yang Allah tentukan pasti adalah yg terbaek untuk kita

Read More

Wednesday, May 31, 2017

Dia yang ku cari-Cempaka qistina-

11:33 AM
Dia yang ku cari-Cempaka qistina-

Assalammualaikum...


Dia yang ku cari..tulisan cempaka qistina...mengisahkan kisah haikal dan maisara.Haiqal yang dihantui dengan kisah silamnya dengan Dania..

Dania ..si gadis yg menjadi mangsa keegoaan haiqal ....dia tercari-cari dania setelah kisah silam itu..

Kehadiran maisara,sepupu emir membuatkan hatinya berdetik dan mengingatkan haiqal pada seseorang..

Iya dania rupa2nya dania dan maisara orang yg sama..bagaimana kesudahannya..

Pakat baca...sedih tau novel ni...bagaimana seorang suami hilang kepercayaan pada isteri dek percayakan kata2 orang lain
Read More

Monday, March 27, 2017

Lelaki paling setia-Luna Bulan-

7:25 AM
Lelaki paling setia-Luna Bulan-
Assalammualaikum...

Lelaki paling setia..tulisan Luna Bulan.Tajuk jer pun dah tau romantik...

Mengisahkan Maryam Ar Zahra,Ali Aduka dan Fattah. 3 bersepupu yang penuh cerita.
Perkenalan maryam dengan ali aduka yang penuh dengan tragedi dan salah faham.insiden bibir berdarah.tuduhan sebagai pasangan gay.

Fattah lelaki yang seperti mafia.Walaupun bersepupu tapi layanannya mak ai sungguh x berpatutan.
Kesungguhan ali aduka...membuatkan maryam tertawan.tatkala cinta sedang bersemai maryam dipaksa bernikah dgn fattah untuk menutup malu keluarga..

Pertolongan yg diharapkan dari ali aduka x kunjung tiba.maryam menjadi isteri fattah namun hanya atas nama...

Satu tragedi berlaku..dia diceraikan talak 3.. X cukup itu...dia kehilangan kedua org tuanya..dia hilang tmpt bermanja..

Kemunculan Duke sepupunya memeranjatkan maryam..rupanya ali aduka hilang kerana memberi ruang kepada fattah abg sepupunya...

Cinta aduka dan maryam disemai kembali...fattah pula menginginkan maryam semula..
Berharap agar aduka menjadi cina buta supaya dia mendapatkan semula maryam...satu tragedi yg berlaku akhirnya membuatkan aduka dan maryam berhijrah meninggalkan malaysia..

Kena baca novel ni..sangat ringkas ceritanya tapi penuh dengan plotnya...

Read More

Thursday, December 22, 2016

Biar Aku Jadi Penunggu (Drama Adaptasi Novel)-Slot Akasia TV3

9:28 AM
Biar Aku Jadi Penunggu (Drama Adaptasi Novel)-Slot Akasia TV3
Image result for biar aku jadi penunggu
sumber google

Assalammualaikum...

Biar Aku Jadi Penunggu...drama adaptasi novel tulisan arsna yang akan menggantikan 7 hari mencintaiku ...mula ditayangkan pada 26.12.2016(Isnin)....pelakon utama Asyraf Muslim dan Janna Nick...

dah lama tak tengok Asyraf Muslim berlakon..macam menarik jer lakonan dia kali ni..

Sinopsis belakang novel 

Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

“Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti?”

sinopsis drama (credit to kbergetar)

Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. 

Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. 

Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. 

Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. 

Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.

Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. Namun, mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu?


Read More

Monday, December 19, 2016

Dia bukan Arissa

3:42 PM
Dia bukan Arissa
Assalammualaikum..


No automatic alt text available.
habis dalam tempoh 4 jam..
Dia bukan Arissa.. Tulisan Syaida Ilmuna..MV bagi 5 bintang untuk novel ni...MV baca dalam temph 4 jam jer..dah habis..sebab jalan cerita yang buat kita nda sabar mau tau apa yang jadi lepas.


Mengisahkan sepasang kembar Arlisa & Arissa..mempunyai wajah yang seiras namun personaliti yang berbeza...Arissa si kakak yang sangat menjengkelkan..manakala si adik penuh kelembutan,kebijaksanaan dan kesabaran...

Arissa yang lari dari rumah untuk ke KL telah berkahwin dengan Adam .. namun perangai Arissa membuatkan ahli keluarga Adam tidak merestui perkhawinan itu. Arissa memberitahu yang dia ingin bercuti ...

Namun sebenarnya dia balik ke Kampung berjumpa Arlisa ..adik kembarnya....sesuatu telah terjadi..Arissa mati dibunuh..dan arlisa telah di tuduh membunuh kakaknya sendiri oleh seorang lelaki yang hanya mau dikenali sebagai Zik..

Atas alasan tidak mahu dipenjara..Arlisa bersetuju menyamar sebagai Arissa dan balik ke rumah suaminya...dan di situ segalanya berubah...bagaimana Arlisa diuji dengan karenah puan murni dan adik Adam...

di tambah lagi dengan perasaan cinta terhadap abang iparnya...tanpa disedaru arlisa...sebenarnya puan murni tahu yang dia bukanlah arlisa...manakala kamal bekas kekasihnya cuba untuk mengugut....membongkar rahsianya...

Kehadiran Zik akhirnya membongkar satu rahsia..rupa2nya arrisa tidak mati dibunuh..itu hanya rancangan arissa dengan kekasihnya Zikri...Adam pula sudah tau segalanya daripada Kamal...

Dan ketika Arissa cuba meninggalkan rumah adam..dia di tahan...namun atas bantuan puan murni dan adik adam..dia dapat melarikan diri...arissa pula kembali ke rumah dan berlagak seperti tiada apa2 yang berlaku..

namun perasaan cinta adam terhadap arlisa..membuatkan dia meminta arlisa menjaga anaknya ameera..dan arissa dapat tahu...berlakulah pergaduhan yang menyebabkan kematian arissa...

akhirnya penyatuan 2 hati antara adam dan arlisa..walaupun mengambil masa yang lama....

(**ini sedikti sinopsis dari novel dia bukan arissa versi MV)




Read More

Sunday, December 11, 2016

Leng loi

6:59 AM
Leng loi
Assalammualaikum


Leng loi...best cerita novel ni ..buat kita tertanya apa yang berlaku dengan gerai lot 55..

Dari restoran india,hadware kemudian butik..ada saja yang x kena..setiap kli ada yang menyewa di kedai tersebut pastinya ada kematian..

Kematian muthu,terrance,nora ..semua misteri di kedai lot 55 bermula apa bila kehilangan suzy..buat kita tertanya2 suzy kenapa..

Adakah suzy dibunuh..tapi siapa dan kenapa..dan kenapa lengloi menghantui lim,grak,beng,jacky dan muthu...

Pelbagai misteri yang ada buat mv tak berenti membaca..akhirnya misteri terjawab..suzy dibunuh dengan kejam dan diseksa dgn dilibas dgn rantai..dan dibiarkan mati..

Kemudian mayatnya dibakar dan tulangnya ditanam disebuah tandas d kedai lot 55...ini kerana untuk tujuan sihir bagi memastikan kedai muthu lingkup...

Suzy menghantui kedai itu dan Lim kerana dia berjanji akan mencintai lim.sampai mati...

posted from Bloggeroid

Read More

Monday, November 7, 2016

Awak Sangat Nakal!

8:55 AM
Awak Sangat Nakal!
Assalammualaikum...
Image result for awak sangat nakal sinopsis
PInjam Google
Awak sangat nakal drama yang menggantikan suri hati Mr.Pilot yang akan start malam ni di astro ria dan ria hd jam 10.00 malam..setiap isnin hingga khamis...

MV tertarik dengan watak ayda jebat..kalau nak follow drama ni memang x dapat lah..so kita dalam misi mencari novel ni dekat popular hihi

Bila baca sinopsis dari novel ni,terus makin laju betul mau membeli ni novel..harap2 dapat lah...

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. 

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

Read More

Friday, November 4, 2016

Mr.Donut Karamel dan Lengloi

8:50 AM
Mr.Donut Karamel dan Lengloi
2  lagi tambahan koleksi novel

Assalammualaikum...

Menambah Koleksi Novel... Mr. Donut Karamel menjadi pilihan bersama LengLoi...takpa MV siapkan dulu buku-buku yang mau dikatalog..lepas ni baru fokus baca novel dengan aman hihi...

Oh ya Mr donut Karamel ni tengah main kat TV...Slot lestary TV3 jam 9 Malam.... Ni Mv kongsikan Sinopsis dari belakang novel 

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

“Kenapa? Cik ingat tak ada lelaki yang baca novel ke? Lelaki yang baca novel tu sangat gentleman tau, cik.”

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

Nampak menarik kan..nanti MV review yea.... dan MV bagi juga sinopsis novel lengloi 

Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa dia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?

“Kematian seseorang manusia itu tak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat. Apabila sampai masanya, tercabutlah roh dari jasad. Cara sahaja yang berbeza.” –PAK CIK KASIM

“Saya akan cari jalan. Saya mahu bomoh bunuh itu hantu.” LIM 

“Gua cinta lu sampei gua mati.” – SUZY


Nda sabar mau baca.....hihi...lepas habis satu novel baru baca 2 novel ni....




Read More

Wednesday, October 26, 2016

Review Novel Jangan Goda Aku-Zura Rahman

7:00 AM
Review Novel Jangan Goda Aku-Zura Rahman


Assalammualaikum...

akhirnya habis juga baca novel jangan goda aku tulisan zura rahman. Lyn Jasmine & Shen(hussien)...dua watak yang diolah dengan baik oleh penulis. Jalan cerita yang menarik..ada sedih suka lucu..saspen.

Yang paling penting novel ni mengarapkan kisah konflik keluarga.Hubungan shen dan ayahnya. Cara hidup yang terlalu bebas.Menceritakan sikit mengenai diet atkins dan tips berpakaian.

Memang sangat menarik novel ni...Sedikit sinopsis dari MV...

Lyn Jasmine seorang gadis yang mengalami kenaikan berat badan dan sering dilukai dalam percintaan bertemu dengan Shen yang merupakan bos baru di tempat kerjanya. Shen seorang anak orang kaya yang cukup "perfect" sebagai Prince charming lyn jasmine.

Namun Shen yang sering bertukar teman wanita membuatkan Lyn Jasmine kurang senang dengan bos baru nya itu. Apatah lagi dengan size badan lyn jasmine.Dia meras arendah diri.Tambahan pula Shen sebagai bos pada awalnya suka membuli Lyn.

Oleh kerana Lyn ditegur badannya makin besar maka dia mengambil keputusan untuk mengamalkan diet atkins. Kekecewaan dia terhadap Azman juga sedikit sebanyak buat dia tertekan.

Diet Lyn menjadi dan beratnya menurun..Pada masa yang sama sebenarnya Shen tertarik dengan Lyn dan meluahkan rasa cintanya tapi ditolak oleh Lyn kerana dia beranggapan Shen hanya ingin mempermainkannya.

Kemalangan yang dialami Shen ..Kematian Megat ,,,membuatkan Shen mendekatkan diri kepada ajaran agama.Dia mula meninggalkan kelab malam. Akhirnya Lyn setuju menerima Shen..

Namun dek kerana salah faham Lyn Terhadap Hana dan shen .Membuatkan dia menerima lamaran dari orang yang tak dikenali.Hanya kerana ingin melupakan Shen.

Tapi akhirnya perkahwinan antara mereka berdua berlangsung jua. Rupanya lamaran yang diterimanya adalah dari Keluarga SHen..

Nak tau lanjut kena baca,...Serius memang best.Cuma Ambil masa yang lama sebab ..kekangan masa.bila nak baca ada jer yang kacau...hihi  

Read More

Sunday, April 14, 2013

Novel-Beautiful Asmara-

11:00 AM
Novel-Beautiful Asmara-
Assalammualaikum


cover dia unik kan...
Husna, Khaleeda dan Widad menggelarnya ‘fashionista’ dek kerana tabiat yang suka melaram. Walaupun suka bergaya, Fira tetap biasa-biasa sahaja dan sangat selesa mengaku yang dia bukan minah urban.

Sejak dulu lagi Fira sudah rapat dengan Jazli, juga sekampung dengannya. Sekalipun lelaki itu berada jauh di perantauan, gadis itu tetap setia menunggu. Namun terlalu banyak kisah misteri yang menjadi latar perhubungan mereka, ada kala membuat Fira berasa ngeri untuk melangkah ke depan. Jazli pulang dan sepatutnya mereka berbahagia, tetapi kisah cinta mereka tidak semudah menyusun huruf alif baa taa.

Kemunculan lelaki selebriti yang bermulut ‘longkang’, bersama seorang teman ‘nerd’ di kampungnya, menimbulkan pelbagai episod drama dalam hidup Fira. Mungkin betul agaknya Reez Putra yang dikatakan tidak berperasaan itu mempunyai masalah dalaman akibat pengalaman yang pernah dilaluinya. Kini, Reez ghairah untuk memaparkan sebuah program realiti di kaca TV. Apa pula kaitannya dengan kisah cinta Fira-Jazli? Tentu sekali membingungkan bila Reez hilang dengan tiba-tiba sahaja. Ke mana pula perginya? Siapa pula gerangan Muz yang turut muncul ketika Fira dalam kekalutan?

Beautiful Asmara akan membawa anda berkenalan lalu menyelami hati dan jiwa watak-watak, ada yang ceria, ada pula yang pelik karakternya. Isu rating, hits dan gosip menjadi persoalan sensasi. Yang pasti, anda akan berteka-teki untuk melengkapkan mainan ‘puzzle’ yang terbentang dalam novel ini.


Sinopsis dari belakang novel...MV ni memang suka baca novel..tak kisahlah penulisnya terkenal atau tidak..asalkan novel itu menarik sudah cukup....

Pernah baca novel ni???

Read More