All About Love

Wednesday, April 23, 2014

Jantung Hati

4:31 PM
Jantung Hati

Assalammualaikum..

jantung hati MV dan suami

3 anak dara MV
Dear HaikalAyuWaniMimi...Bila besar nnt bacalah coretan dari lubuk hati mama ni buat kamu sayang jantung hati mama dan babah

Hadirnya kamu seumpama harta
bukan lagi umpama tetapi sebenarnya harta
harta dunia akhirat mama dan babah

kasih sayang kami kadangnya tak terlihat
walau marahnya mama dan babah
sedarlah dan ketahuilah 
perasaan sayang dan cinta pada kamu 
melebihi perasaan marah

tak pernah timbul rasa benci di hati ini
walau pernah terucap di bibir
percayalah ianya tanpa niat n maksud apa2...

biar kamu lihat hidup kita ak semewah mana
tapi ingatlah kamu punya sebuah kasih sayang 
dari mama dan babah
 kasih sayang yang tak pernah hilang sampai bila2

mungkin orang akan cakap apa2..
tapi sebagai mama n babah 
kami doakan kamu semua berjaya...
jadi anak yang soleh dan solehah..

tak mampu memberikan kemewahan 
cuma kesederhanan yang kami ada...

Ingatlah Haikalayuwanimimi...
kasih sayang kami tetap dan sentiasa bersama kamu semua..
walau suatu saat nnt kami telah tiada...

Mama dan babah sayang jantung hati kami...

**tiba2 terbuat entry ni

Read More

Statistik pinjaman Perpustakaan Negara menurun

3:29 PM
Statistik pinjaman Perpustakaan Negara menurun
Assalammualaikum..

KUALA LUMPUR - Statistik pinjaman bahan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menurun kepada 1.08 juta tahun lepas berbanding 1.35 juta pada 2012 berikutan pengguna mempunyai pelbagai pilihan untuk mengakses bahan bacaan, kata Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar.
   
Katanya penurunan itu melibatkan pinjaman bahan bacaan fizikal seperti buku dan jurnal.
   
"Kini, untuk mengakses bahan bacaan pengguna boleh memanfaatkan buku elektronik, perkhidmatan secara online yang kita sediakan, mengakses laman sesawang PNM dan juga pangkalan-pangkalan data yang kita langgan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Buku Sedunia 2014 di sini, hari ini.
   
Menurut beliau, susulan daripada sambutan yang mengalakkan terhadap perkhidmatan online itu PNM akan memperbanyakkan bahan-bahan bacaan elektronik lain yang boleh diakses secara dalam talian.
   
Terdahulu, Raslin berkata, PNM menyambut Hari Buku Sedunia secara serentak di seluruh negara esok dengan tema tahun ini "Buku Pemacu Minda Generasi."
   
Katanya Hari Buku Sedunia itu disambut serentak di seluruh dunia esok dan ia bertujuan mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan juga menghormati hak cipta.
   
"Saya ingin tekankan bahawa tiada jalan pintas untuk menjadi bangsa yang bijaksana yang mempunyai minda kelas pertama selain daripada membaca dan menguasai ilmu," kata beliau. - Bernama(sumber dari sinar harian )

Ni berita semalam terkesan di hati dan mata MV..kenapa???inilah yg kami hadapi bile bekerja di library....apatah lagi library khusus macam tempat MV ni..kalau library akademik meriah sedikit sebab ramai student pinjam buku...

Macam di tempat MV ni ada juga lah yang datang meminjam buku....tapi boleh dikira...cuma bila waktu exam Jpa,exam KPSL confirm masa ni statistik pinjaman mencanak2 naik...alhamdulillah dalam sebulan library Mv keja ni jumlah buku yang dipinjam melebihi 100 buah juga...

Nampaknya skg org lebih suka pada e-book...budaya membaca di Malaysia semakin menurun...program macam kak aima buat di library state iaitu program membaca selama 10 minit patut diperluaskan lagi kan kak....

sumber dari kak aima
So korang rasa mcm mana...korang kategori yg suka baca buku atau e-book??
Read More

Tuesday, April 22, 2014

Pensel O Pensel

3:50 PM
Pensel O Pensel
Assalammualaikum..

sesi tagging pensel
Nampak pic kat atas..yp selalu orang buat tagging meja @ kerusi untuk program ni MV buat tagging untuk pensel HaikalAyu...sama juga mcam pen MV kat ofis semua pekakas alat tulis MV bertagging supaya tak dirompak orang hahaha..

Kenapa MV tagging pensel untuk haikalayu..alkisahnya dah 4 bulan mereka di sekolah rendah..darjah satu lah pendek cetanya...dan selama 4 bulan sudah berkotak2 pensel MV beli...yang kat gambar tue masuk kotak kelima...

Pada awalnya MV just tulis pakai marker kat pensel tapi hilang juga kena rembat kawan2...bawa 6 batang tinggal sebatang bila MV marah..kakak ayu cakap kawan pinjam kalau tak bagi pinjam cikgu marah...

kalau iya pun cikgu nak marah jangan marah sebab pelajar tak bagi pinjam..kena marah budak yg tak bawa pensel....dah lah zaman skg org jual sebatang pensel jer rm0.70 sekotak pensel yg ada 12 batang pun baru RM3.50..pergh ke ambik untung tue...

MV ni bukannya org kaya....nak beli penselberulang kali..hihi...bukan takat pensil..pembaris,pemadam,pengasah pensil,smpikan box pensel pun kena tibai.....itu belum ceta pasal warna...beli hari ni ptg nnt balik sekolah dari 12 tinggal 10 btg...huhu...

Rasanya bukan takat MV alami masalah ni..sebab kawan MV pun anaknya berdepan masalah ni...Patutnya kita sebagai ibubapa kenalah periksa beg anak2...kalau rasa barang yg ada dalam beg bukan barang yg kita beli suruh anak pulangkan..

Macam kes botol air ayu juga kawan dia ambik..huhu....sampai ke tahap itu..siap boleh budak tue bawa ke sekolah lagi....MV pun pernah nampak pembaris haikalayu budak tue guna....masa tue ada mak dia kat kelas..dalam hati takde ke perasan malu bila buat mcm ni..iyalah kalau budak2 mungkinlah..tapi kita sebagai ibubapa takkan takde kot..

oppss panjang lebar nampak..oklah renung2kan selamat beramal..hihi 
Read More

Bintang Mencari Bintang Musim Kedua(BMB 2014)

10:00 AM
Bintang Mencari Bintang Musim Kedua(BMB 2014)
Assalammualaikum

Bintang Mencari Bintang Musim Kedua sudah bermula dengan sifu2 baru dan lama iaitu Harun salim bachik yg menjadi juara musim pertama bersama achey...dan dimeriahkan lagi dengan sifu-sifu yang lain yg tak kurang hebatnya:


  1. Apek saiful
  2. Adlin Aman ramli
  3. Faizal Ismail
  4. Afdlin Shauki
  5. Ebby Yus
  6. Harun Salim Bachik..
Kesemua sifu mempertaruhkan anak didik secara berkumpulan kecuali Faizal Ismail yg mempertaruhkan standup comedian(betulkah ni..hahaha) iaitu Gbob budu..hahaha...BMB 2014 macam biasa dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B..

Kumpulan A
  1. Lampu
  2. OOOOO
  3. Taktih
  4. Tokan
  5. PK
  6. Jebat
Kumpulan B
  1. Ehah
  2. MMMMM
  3. 2Az
  4. Sumbu
  5. Kepoh 
  6. GBob
Battle kumpulan A yang pertama pada jumaat lepas (18.4.2014) menyaksikan anak didik saiful apek yang pada mulanya di kumpulan B kemudian ditukarkan pada saat akhir menjadi juara battle pertama..persaingan menarik tapi kesian kat anak didik adlin aman ramli yg Mv rasa lawaknya lucu tapi tak menarik  minat penonton dan meletakkan anak didiknya berada di kedudukan paling corot...

Kedudukan kumpulan A selepas batte 1(18.04.2014)
  1. Lampu
  2. PK
  3. Taktih
  4. Tokan
  5. ooooo
  6. Jebat
Manakala Battle 1 kumpulan B pada (20.04.2014) ahad menyaksikan persaingan hebat apabila kumpulan sumbu menjadi juara dengan markah yg tinggi...


Kedudukan kumpulan B selepas batte 1(20.04.2014)
  1. Sumbu
  2. GBob
  3. MMMMM
  4. 2az
  5. Kepoh
  6. ehah
So mari kita sama2 tgk battle kedua minggu ni....

Read More

Monday, April 21, 2014

4 Bulan Sudah

3:28 PM
4 Bulan Sudah
Assalammualaikum...

Alhamdulillah 21.04.2014 genaplah usia my Waznah syamimi 4 bulan...sekejap jer dah 4 bulan..dah pandai niarap..tadi bawa syamimi g klinik temujanji..berat tak naik sangat sebab baru lepas demam...

Skg di usia 4 bulan baby syamimi dah 6.6kg...61cm...hihi dan dah pandai tarik rambut kakak n mama.....pantang nampak rambut cepat jer tangannya tarik...namun bersyukur baby syamimi seorang nak yang baik solehah...tak banyak ragam...

macam tadi kat klinik masa temujanji tak nangis langsung walaupun panas n berpeluh menunggu nombor yang begitu lama untuk dipanggil....sempat juga mama bawa syamimi selfie tadi..tarra 

comel tak syamimi...abaikan muka mama dia yang cute tue ok ahaks!!
ni masa syamimi demam masa khamis lepas...
Mama doakan adik cepat sembuh dari selsema dgn batuk sebab next month nak kena cucuk jarum untuk temujanji 5 bulan...tak mau sakit2 lagi yer sayang..mama pun jaga makan demi untuk baby..alhamdulillah syamimi masih full  BF...yeahhhh..terima kasih incik suami yang memberi sokongan buat MV..

Terima kasih juga buat pengasuh yg jaga baby syamimi d taska...semoga baby syamimi membesar dengan sihat.amin



Read More

Resepi ayam tauhu berkacang panjang

8:43 AM
Resepi ayam tauhu berkacang panjang
Assalammualaikum...

sis, share lah resepi ni. mcm nak try. first time dengar.
farahin suke makanan yg main campak2x ni hehe

#nota555: jemput ke ehfarahin.blogspot.com


Malu pula bila ada yg minta resepi hihi....mask campak jer dik oi.....tapi xpe kak MV share juga k...


ayam tauhu berkacang panjang
bahan-bahannya 
  1. ayam(mv guna peha..tp tak kisah bahagian mna pun )
  2. kacang panjang
  3. tauhu sebiji
  4. halia,bawang putih,bawang merah
  5. kunyit
  6. garam,aji
  7. minyak masak
cara menyediakan
  1. tumis bawang merah putih n halia..masukkan sedikit serbuk kunyit untuk buat dia kekuningan
  2. masukkan ayam....bila ayam dh masak separuh campak kacang panjang dan masuklah garam n aji secukup rasa
  3. then bila dah hampir2 masak masukkan tauhu..
  4. siap.
simple kan sebab ni menu main campak made by MV...so selamat mencuba dik..

***nak g klinik bawa syamimi temujanji 4 bulan
Read More

Friday, April 18, 2014

Surah Al-asr

7:00 AM
Surah Al-asr
Assalammualaikum..

sumber dari google
My HaikalAyu mmg hafal surah ni sekali dengan terjemahannya sekali...depa baca ni taip kali balik dari sekolah agama...

Read More

Wednesday, April 16, 2014

Wordless wednesday#BE/CPUV APril 2014#

3:57 PM
Wordless wednesday#BE/CPUV APril 2014#
Assalammualaikum..

tinggal 3 CPUV yang Running...

***ALhamdulillah masih ada Iklan yang running di blog MV..
Read More

Ayam Tauhu berkacang Panjang...

3:16 PM
Ayam Tauhu berkacang Panjang...
Assalammualaikum,,,


Main campak saja...
Pergh amacam sedap tak nama resepi menu lunch MV..made by MV sendiri...hahaha..ini semua gara2 nak save masa sebab nak masuk keja jam 2...so MV campak jerlah ayam,tauhu n kacang panjang untuk makanan lunch with my Mr Velentine....

Kitaorang mmg makan kat umah kalau ada masa...sebab nak save ongkos...iyalah daku tak sekayo mana...hihi...bila dua2 keja ni memang belanja banyak sikit....sebab tue kalau ada masa masak kat umah MV akan masak...

Biasanya hari jumaat mmg MV masak sebab waktu rehat lama..so haikalayu boleh bawa bekal ke sekolah.....kan3x....tapi untuk hari ni mmg niat masak sebab terlebih rajin...bukan takat masak sempat juga mencuci kain jap..hihi...

terima kasih Mr Velentine sebab tolong basuh kain..MV tukang jemur jak tadi..Alhamdulillah hari ni suami makan air tangan MV untuk lunch..yeahhhh.....sebab masa pantang hari tue mmg dah biasa masak tengah hari bila keja ni hari jumaat dan hujung minggu jer dapat masak waktu tengahari....

Oklah tue jer bye...
Read More

Al-Kisah Waznah Syamimi

12:11 PM
Al-Kisah Waznah Syamimi
Assalammualaikum...

Kisah baby syamimi....masih lagi demam  selsema..sian....terpaksa MV hisap dari hidungnya untuk kuarkan hingus sebab baby syamimi tak selesa...takde nak geli ker apa mmg dari haikal lagi kalau dorang selsema masa baby mmg MV hisap kat hidung....

demam tak mo lepas dr tangan
ditambah pula baby syamimi skg dalam proses nak tumbuh gigi...air liur memang menceceh keluar...itu belum lagi bab gigit tangan sendiri..nampak gaya nya kena g cari mainan untuk digigit lah ni...umur baru nak masuk 4 bulan isnin depan (21.04.2014)

Sekarang dah pandai meniarap,,,,badan pun naik sikit jer dr bulan lepas hari tue timbang 6.7 kg...isnin ni tak tau naik berapa...takpelah janji sihat walafiat kan baby syamimi..
dah pandai marah kalau kena snap pic

santai2 with kakak wani
**doakan baby syamimi MV sembuh cepat k...amin


Read More

Tuesday, April 15, 2014

INi KIsah Ayu Syamirah

7:00 AM
INi KIsah Ayu Syamirah
Assalammualaikum..

bila dia mula bercerita
menulis jawi

ucapan harijadi buat babah 
**inilah hasil pembelajaran my ayu...x mo cakap banyak just tengok gambaq
Read More

Monday, April 14, 2014

Tudung Bawal Mawar Fizo Omar

3:47 PM
Tudung Bawal Mawar Fizo Omar
Assalammualaikum...

Fenomena tudung bawal mawar fizo omar menyerang..hahaha..ayat nak metafora sangat..wakakaka...semalam kakak MV sibuk dok bergaya kat Fb dengan gaya baru ala2 tudung fareeda...ala u all mesti tau kan kes mawar fizo omar yang buat statment kalau nak bergaya ikut kemampuan katanya,,,

yup MV ni tak mampulah nak beli satu tudung dengan harga ratus ringgit...bayar anak sekolah m taska jer sebulan dah 600..itu belum masuk belanja dapur lagi..bayar keta api air....pergh melalut lagi nampaknya tuan punya blog....

Sebenarnya nak bagi tengok ni jer 
see nilah kakak MV cantik kan dia pakai gaya tudung bawal mawar fizo omar

taraa selfie di awal pagi dengan gaya tudung bawal mawar fizo omar..hihi
hihi see kami try test gaya ni di permulaan hari pertama kerja di minggu ini....dan yg pastinya dia dengan febret colournya..MV dengan febret colour MV....so korang ada yg dah try gaya tudung ni...kalau belum jom try tengok blog adik comel YunaBella..

So selamat mencuba.
Read More

Monday, April 7, 2014

Bila Musim Demam Kembali

3:14 PM
Bila Musim Demam Kembali
Assalammualaikum..

ikut MV ke library sian kan...
Pertukaran cuaca dari panas ke hujan menyebabkan badan kita tak selesa...MV pun terkesan dengan perubahan cuaca ni..tapi kena kebalkan diri...tak mau ikut rasa tak sedap badan sebab nnt takde sape nak urus anak2 n kerja2 di rumah...

dan pastinya anak2 pun akan terkesan sekali dengan perubahan cuaca ni...my ayu syamirah demam hari ni..ponteng sekolah agama dengan sekolah rendah...badannya panas....terpaksa bawa ke library...

sudahlah sejuk..nilah pengorbanan yang terpaksa MV buat...MV rasa masa cuti bersalin hari tue menguruskan anak2 lebih mudah..skg bila dah keja ni...mmg penatnya yang teramatlah....

Doakan anak MV ayu syamirah yang baik ni cepat sembuh yea kawan2..tq


Read More

My HaikalAyuWaniMimi

11:48 AM
My HaikalAyuWaniMimi
Assalammualaikum

ready go to school

peace yoo

syamimi tengok apa tue

gaya cermin mata

manis pula mama tengok kakak ni senyum

ni namanya posing pipi kembung

abang haikal syang adik syamimi
Layan gambar-gambar My HaikalAyuwanimimi...mood tangkap gambar kembali lagi..seperti biasa yang tak kuat gerak lah yg jadi mangsa..hihi....kalau haikalayuwani skg nak ambik gambaq depa punya main susah lagi...hihi...

**tak sempat nak BW lagi.tq sape yg sudi singgah blog ni
Read More

Friday, April 4, 2014

Syamimi berposing

3:14 PM
Syamimi berposing
Assalammualaikum..

Mata syamimi yang sepet

tengok mulut dia

ar sudah dah pandai duck face

penatlah nak baring2 jap
**MV snap pic ni masa MV tengah main dengan syamimi....dia ni bab main n ketawa mmg no 1...syukur tidur malam nda susah..nda nangis dan nda pandai berjaga....

Syamimi ni comel kan...mcm MV..hahaha Larik
Read More

Thursday, April 3, 2014

Papinka - Masih Mencintainya (Official Video)

3:44 PM
Papinka - Masih Mencintainya (Official Video)
Assalammualaikum...



Tengah layan lagu ni sambil buat kerja>>>mOOD JIWANG JAP..HIHI
Read More

14 "KEMULIAAN" WANITA MUSLIMAH YANG SEDANG HAMIL’

9:04 AM
14 "KEMULIAAN" WANITA MUSLIMAH YANG SEDANG HAMIL’
Assalammualaikum...

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam
rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan
Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak,
hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru
dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,
maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada
susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah
lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang
tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI)
kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat
1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
karena menjaga anaknya yang sakit akan
diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan
bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus
berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus
beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan
pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala
haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan
kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada
anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi
pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

► Subhanallah...

► Betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya
dengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah
SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang
tidak di sukai-Nya....

Credit to: AKU DAN HATIKU(sumber dari Mohd Firdaus Official Fan Page)

**lihat pada 13 & 14....
Read More

Kehadiran Adik Buat Kakak Rasa Terbuang

7:00 AM
Kehadiran Adik Buat Kakak Rasa Terbuang
Assalammualaikum...


Terbaca pasal ni di Majalah Mingguan Wanita,,,yup mesti pernah melalui masalah seperti ni..Macam MV masa lahirkan wani,,HaikalAyu dah 3 tahun masa tue masing-masing dah pandai cakap...dorang cakap lepas ni mama nda sayang kami lagi sebab ada adik baru sudah..see..

Sebab tue dalam majalah mingguan wanita ni dia kongsikan penyelesaian untuk masalah ni...Jom baca sama-sama untuk rujukan dan pengetahuan kita sebagai seorang ibu.

  1. Terima kehadiran adik dengan lapang dada- untuk mendidik perasan agar tidak mencemburui adik kandung sendiri memerlukan latihan hati.Oleh itu kena ajar anak kita menerima setiap perbuatan adik dengan lapang hati dan bertolak ansur adalah cara yang paling baik.TIdak salah mengalah dengan adik sendiri Insyaallah satu hari nnt adik akan membantu kakaknya.
  2. Berfikiran terbuka - andai ibubapa melebihkan adik jangan terasa kerana bukan niat mereka ajar diri untuk berfikiran terbuka menerima semuanya dengan positif.
  3. Air yang dicincang takkan putus- percaya pepatah ini kerana hubungan adik beradik takkan terputus
  4. belajar menjadi matang-latihlah diri menjadi seorang yang matang 
  5. elakkan memberontakjangan memberontak bertenang dan jangan membiarkan org disekeliling mengawal pemikiran kamu.
walaupun tips ni untuk kakak yang dewasa tapi MV rasa kita sebagai ibubapa boleh guna tips ni untuk anak2 kita..kan...so semoga perkongsian ni memberikan kebaikan untuk kita bersama.amin


Read More

Wednesday, April 2, 2014

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 2014

12:09 PM
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 2014

Wordless Wednesday#CPUV Penghujung Mac 2014#

10:21 AM
Wordless Wednesday#CPUV Penghujung Mac 2014#

Keputusan Sampel Air Di taman mata air Panas Poring,Ranau,sabah

12:00 AM
Keputusan Sampel Air Di taman mata air Panas Poring,Ranau,sabah

Tuesday, April 1, 2014

Perkembangan Syamimi di Taska

3:24 PM
Perkembangan Syamimi di Taska
Assalammualaikum...

Alhamdulillah hari ni genap 5 hari baby syamimi tinggal di taska...taska emas Hijau...taska kakak wani dulu...syukur nampaknya syamimi serasi dengan pengasuhnya yang bernama "Cikgu Ana"....

Baby Syamimi dah mula pandai minum susu perahan melalui botol....dan jumlah susu yang diminum pun makin bertambah..dari 12oz ke 16oz...yeah pandainya baby syamimi....dia tak mau mama risau jadi dia pun tak banyak karenah kat taska....

Semalam masa ambil baby syamimi sempat lah berbual dengan cikgu ana.

MV : "Ok juga baby syamimi hari ni..nda juga meragam??"

Cikgu Ana :"ok juga nda juga nangis cuma dia berak tadi..wah banyak juga dia berak"

MV : "Oh ya syamimi berak 3 hari sekali jak..itu yang banyak"

Cikgu Ana :"tadi kak dia meniarap lagi...tapi kali ni dia meniarap sendiri..."

Terkejut bila cikgu ana bagitau syamimi berjaya meniarap sendiri ...yeah anak mama dah pandai tiarap..sebelum ni mmg mv akan tiarapkan dia tapi x lama pun...kali ni dia buat sendiri...good job sayang mama syamimi...

Bab berak tue syamimi mmg berak 3 hari sekali...mula-mula risau tapi bila nurse cakap normal sebab BF tak risau..katanya itu maknanya susu badan tue sesuai dengan dia....Alhamdulillah...
ni gambar latest baby syamimi

ni masa umur 2 bulan...




Read More

Monday, March 31, 2014

Anak Mama

3:55 PM
Anak Mama
Assalammualaikum...
macam muka MV ker?
Photo
My HaikalAYU
Photo
MY AYUWANI

sama tak muka kami
Anak mama..iyalah mestilah anak mama kan haikalayuwanimimi....kan semua cahaya hati mama..jantung hati mama....saja jer sebenarnya up entry ni...nak kongsi pic my HAWW dengan korang...

Ada yang cakap Wani ikut rupa MV...syamimi pun....haikal juga..ayu pun sama...hahaha...mesti lah kan ikut MV sebab MV ni mama dorang...tapi kalau bagi MV kakak ayu lebih iras babah dia...syamimi pun kan..

Korang rsa mereka ni ikut rupa sape..yang pastinya rupa MR Velentine n MV lah kan...oh ya sorry tau..MV hanya sempat dtg ke beberapa blog jer...Insyallah pasti nnt singgah ke blog kamu juga tau...
Read More

Friday, March 28, 2014

ESP SHAKLEE MILKBOOSTER TERBAIK

3:57 PM
ESP SHAKLEE MILKBOOSTER TERBAIK
Assalammualaikum...

Ini bukan entry pengiklanan okey..ini entry berkongsi pengalaman...MV baru jer mengamalkan ESP Shaklee start rabu (26.03.2014)...dan semalam MV dah rasa keberkesanannya...betullah org ckap...kalau minum esp ni air susu bertambah...

MV dapat rasakan air susu sentiasa ada payudara pun tak kosong walaupun baru jer lepas susukan baby syamimi....dan jumlah susu perahan makin bertambah...MV harap susu akan senantiasa mencukupi utuk syamimi....amin..

Walaupun harga ESP ni orang cakap  mahal tapi berbaloi lah dengan pengunaannya selama 2 bulan amatlah berbaloi sekali dengan harganya..lagipun semua ni demi syamimi..so keluarkan duit sikit pun xpe yang penting baby syamimi dapat minum susu badan ...Insyaallah


Doakan penyusuan baby syamimi ni berterusan sehingga umurnya 2 tahun amin.


baby syamimi dah 4 hari di taska...
plz help me 28/3/2013





Read More