All About Love: Statistik pinjaman Perpustakaan Negara menurun
Showing posts with label Statistik pinjaman Perpustakaan Negara menurun. Show all posts
Showing posts with label Statistik pinjaman Perpustakaan Negara menurun. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

Statistik pinjaman Perpustakaan Negara menurun

3:29 PM
Statistik pinjaman Perpustakaan Negara menurun
Assalammualaikum..

KUALA LUMPUR - Statistik pinjaman bahan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menurun kepada 1.08 juta tahun lepas berbanding 1.35 juta pada 2012 berikutan pengguna mempunyai pelbagai pilihan untuk mengakses bahan bacaan, kata Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar.
   
Katanya penurunan itu melibatkan pinjaman bahan bacaan fizikal seperti buku dan jurnal.
   
"Kini, untuk mengakses bahan bacaan pengguna boleh memanfaatkan buku elektronik, perkhidmatan secara online yang kita sediakan, mengakses laman sesawang PNM dan juga pangkalan-pangkalan data yang kita langgan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Buku Sedunia 2014 di sini, hari ini.
   
Menurut beliau, susulan daripada sambutan yang mengalakkan terhadap perkhidmatan online itu PNM akan memperbanyakkan bahan-bahan bacaan elektronik lain yang boleh diakses secara dalam talian.
   
Terdahulu, Raslin berkata, PNM menyambut Hari Buku Sedunia secara serentak di seluruh negara esok dengan tema tahun ini "Buku Pemacu Minda Generasi."
   
Katanya Hari Buku Sedunia itu disambut serentak di seluruh dunia esok dan ia bertujuan mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan juga menghormati hak cipta.
   
"Saya ingin tekankan bahawa tiada jalan pintas untuk menjadi bangsa yang bijaksana yang mempunyai minda kelas pertama selain daripada membaca dan menguasai ilmu," kata beliau. - Bernama(sumber dari sinar harian )

Ni berita semalam terkesan di hati dan mata MV..kenapa???inilah yg kami hadapi bile bekerja di library....apatah lagi library khusus macam tempat MV ni..kalau library akademik meriah sedikit sebab ramai student pinjam buku...

Macam di tempat MV ni ada juga lah yang datang meminjam buku....tapi boleh dikira...cuma bila waktu exam Jpa,exam KPSL confirm masa ni statistik pinjaman mencanak2 naik...alhamdulillah dalam sebulan library Mv keja ni jumlah buku yang dipinjam melebihi 100 buah juga...

Nampaknya skg org lebih suka pada e-book...budaya membaca di Malaysia semakin menurun...program macam kak aima buat di library state iaitu program membaca selama 10 minit patut diperluaskan lagi kan kak....

sumber dari kak aima
So korang rasa mcm mana...korang kategori yg suka baca buku atau e-book??
Read More