All About Love

Friday, March 10, 2017

Gajet dan kanak-kanak

7:30 AM
Gajet dan kanak-kanak
Hari ini para guru tadika menghadapi masalah anak-anak tidak pandai memegang pensel, tidak pandai makan sendiri, tangan tidak kuat. Ibu-ibu semua nak cepat, tak nak buat kerja lebih.

Anak-anak seawal usia diberi gajet. Umur 6 bulan nak beri anak duduk diam, ibu beri gajet. Ibu suap, anak buka mulut. Anak hanya menggunakan satu jari sahaja untuk slide gajet.

Ibu-ibu, bukan saja merosakkan mata tetapi otak anak-anak. Super khalifah di muka bumi ni kita biarkan sahaja. Tak ada rangsangan pada jari anak, secara tidak langsung membuatkan otak anak-anak tidak dirangsang.

Biarlah anak makan bersepah, comot, asalkan tidak kaku kerana tidak mampu memegang barang. Kita menghadapi masalah anak-anak yang normal tetapi menjadi autistik kerana diberi gajet.

Anak tidak boleh bercakap kerana tiada komunikasi dengan ibubapa.

Kalau ibubapa sayang pada anak-anak, hadkan gajet pada anak-anak. Kalau kita tanya semua ibubapa mahu anak jadi hafiz al quran. Ada tak kita buat strategi untuk menjadikan anak kita hafiz al quran?

Seminar tempoh hari, puan pengasas tadika beri ibubapa semangat supaya tinggalkan gajet.

Subhanallah. Bukan kita meninggalkan teknologi tetapi menggunakan teknologi sekadar keperluan.

Komunikasi. Bercakaplah. Berbuallah. Sampai masanya kita bersendiri dengan apa yang kita semai, sendirian di barzakh.

Ummu Amir.
cnp, Insyirah Soleha(dapat Dari FB Nurul Mubarak)

Assalammualaikum...

Membaca status yang dishare di Facebook membuatkan MV teringat pada wani...wani dulu masa umur 3 tahun memang suka main gajet..bila dia masuk 4 tahun...dia tak reti pegang pensil...masa 5 tahun pun payah nak ajar cara pegang pensil yang betul..pegang kejap dia cakap penat.

Sebab tue MV ambik keputusan syamimi memang MV kurangkan dengan gajet...MV lebihkan dia dengan aktiviti mewarna...alhamdulillah di usia dia sekrang 3 tahun 2 bulan..dia sudah boleh memegang dan mewarna dengan baik...

Semoga ibu2 diluar sana...ambik tahu pasal ni...untuk kebaikan anak2 kita semua
Read More

Thursday, March 9, 2017

Ole ole from Vietnam

10:30 AM
Ole ole from Vietnam
Assalammualaikum...


dari kak sarimah...
Ole ole from vietnam ....alkisahnya..Kelab ofis buat  trip ke Vietnam Untuk AJK..tapi MV tak dapat join sebab anak2 takda yang urus,,,sebab kena waktu persekolahan...bila Mr Velentine dah kerja di Kesihatan ni...urusan anak-anak sekolah MV yang urus,,,


dari CCD
Terima kasih lah kawan-kawan yang sudi bagi ole2...tudung nealofa...beg ada dua ,,,satu warna purple dari CC R,,,,dan ada juga bagi keychain...semoga kawan-kawan dimurahkan rezeki ya..AMin
Read More

Respect

7:30 AM
Respect
Assalammualaikum

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion. Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup. Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian-- yang lebih hebat, yang lebih halus. Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Tak ada satu pun kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa.

Respect other's decision.
Embrace diversity.
Pesanan buat diri sendiri..


**dapat ni dari whatsapp..semoga menjadi peringatan sesama kita
Read More

Wednesday, March 8, 2017

Menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway

2:00 PM
Menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway
Assalammualaikum...

dapat medic serum
Hantar hadiah Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway dekat rumah kak @mrsvelentine tadi. Kak MV cakap mau guna tuk abang Haikal, harap-harap berkesan tuk hilangkan ekzema Haikal.

alhamdulillah MV menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway ..MV dapat hadiah Medic serum...kebetulan abang haikal ada ekzema so try ni untuk dia...terima kasih tau sha...hantar hadiah ni sampai rumah....

Sesiapa yang berminat nak dapatkan Medic Serum & Bio Active Serum bolehlah hubungi eca di wasap 0148594953..


Read More

"PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017"

9:48 AM
"PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017"

Selamat Hari Wanita 8 MArch 2017

9:24 AM
Selamat Hari Wanita 8 MArch 2017
Assalammualaikum..


Happy women's Day buat semua wanita di seluruh...wanita seluruh dunia ku ingat kau tahu....haha..menyanyi terus...selamat hari wanita buat semua ibu,kakak,makcik dan kawan....


Hadiah di pagi hari wanita.....bila kakak wani buat kecoh...cermin mata nya tak jumpa...apalagi radio mama pun mula lah berbunyi ...syukur jugalah ada cermin mata lama...bolehlah pakai....nanti balik rumah cari lagi


Betul-betul dugaan hari ni..bila jalan jammed..tiba-tiba ramai pula ORANG PINTAR yang jumping Queue di depan taffic light indah permai tadi...apa kamu ingat kamu punya lambat saja kah...gara-gara kamu lah punca jammed..orang yang tunggu lama tak dapat limpas...pergh geram okey..

Sampai parking ofis...terpaksa exercise..kejar masa mau punch...dukung syamimi bawa handbag dan beg galas...jalan selaju yang yang boleh...tiba-tiba di lif lagi buat hal..bila boleh berbincang masuk lift then keluar balik..adui
senyum walaupun huru hara pagi tadi
Apa-apapun..syukur sempat punch..on time 7.30am.... al kisah MV hari ni..takpe kita senyum saja...insyaallah hari ni pasti berjalan lebih baik...
Read More

Masalah

7:30 AM
Masalah
Inilah dia kakak cantik hahaha
Assalammualaikum....


Hidup kalau ada masalah itu biasa..
Hidup tanpa ada masalah itu luar biasa!! Masalah itu tetap masalah...dari kita saja..macam mana kita menangani masalah kita.. Senyum ...jangan biarkan masalah menguasai kita...


  1. Cuba letak picture kakak cantik tu kat sini...nak tengok kikiki
    ReplyDelete
  2. kakak cantik tunjuklah sikit gambar.. hehehe..
    bebudak nie jujur MV..
    ReplyDelete
**psstt tempek gambar kakak cantik..cantik ker???haha,,,so untuk ELih dan Sha....korang rasa cantikkah???haha bye
Read More

Tuesday, March 7, 2017

BR1M VS SSM

9:05 AM
BR1M VS SSM
Assalammualaikum....

buka fb wall penuh dengan #br1m x lulus sebab #ssm #perkhawinanperlupengesahan...

Terkejut MV..semalam dalam jam 11 lebih macam tue....MV buka FB...pergh sekali wall dari atas sampai bawah semua update pasal BR1M tak lulus...sebab:-


  1.  maklumat pendapatan pemohon/pasangan pelu pengesahan(SSM)
  2. status perkahwinan perlu disahkan
  3.  no.kad pengenalan pasangan/tanggungan tidak melepasi Tapisan JPN
Rata2 yang x dapat ni kawan2 yang bisnes online...kan nak bisnes online mesti daftar SSM...kesian lah..kadang berapa sangat pendapatan dan untung mereka...

Dalam 3 sebab tue..ramai yang kena bab SSM....kalau suami mohon..isteri ada ssm ...permohonan pun tak lulus....dulu masa mula2 ada BR1M..tak pula mention syarat kalau ada SSM tak layak kan....

Sama jugalah dengan Bantuan Khas Awal  Persekolahan 1 Malaysia(BKAP1M)..mula-mula semua anak-anak yang bersekolah dapat RM100...tup tup selepas 2 tahun....diubah syarat...hanya ibubapa yang berpendapatan RM3,000.00 ke bawah sahaja yang dapat...

Tapi ada kawan haikalayu.,,,,ibubapa kerja kerajaan..gaji lebih 3k dapat pula...sama juga lah dengan bantuan Rancangan Makanan Tambahan(RMT)... Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAMP)

Yang dapat RMT dan KWAMP ni kebanyakan anak-anak kontraktor...yang bekerja sendiri..ada bisnes sendiri..yang tiada slip gajii...kesian pula bila ingat kawan MV kerja di Gaint anak dia tak layak dapat KWAMP sebab gaji dia lebih dari kelayakan....sedangkan yang dapat sudah mencukupi...

Kena kasi semula lagi sistem kita...memang lah yang kerja kerajaan atau yang swasta bergaji besar...tapi kenapa tidak dilihat dari segi tanggungan...

Oppsss..dari BR1M melalu Ke(BKAP1M)..lepas tue ke RMT dan Kwapm....sekian celoteh hari ini...


Read More

Gotong Royong Sekolah Rendah Anak

8:19 AM
Gotong Royong Sekolah Rendah Anak
Assalammualaikum...


pondok sudah siap...tumpang kantin untuk makan2
Sabtu lepas..ada gotong royong di sekolah rendah anak....tahap 2 diwajibkan hadir....so MV yang datang...Mr Velentine...dia ckap tak reti bertukang buat pondok..kalau suru buat kereta oklah...haha...jadi dia jaga wani n syamimi di rumah...

MV abang haikal dan kakak ayu ke sekolah...lelaki buat pondok ...yang wanita bersihkan kelas.....time ni lah dapat berkenalan..dengan ibu2 yang lain....berborak pasal anak2....agak sedih juga bila melihat sambutan daripada ibubapa yang lain...
bersihkan cermin dan kipas...
dari beratus-ratus murid...ibubapa yang hadir tak sampai seratus orang...xpalah MV selagi berdaya dan takda halangan memang akan turun untuk setiap aktiviti yang diadakan sekolah...

masa ni lah kita bantu pihak sekolah..tak dapat bantu dari wang ringgit kita bantu dari segi tenaga...minggu depan ahad ada mesyuarat PIBG pula..yang ni confirm ramai..sebab time ni banyak lah yang nak komplain itu ini....
Read More

Monday, March 6, 2017

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

2:55 PM
Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
Assalammualaikum...



Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna.  Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
Read More

Bos Senget Pa Sengal -Kay Delaila-

10:16 AM
Bos Senget Pa Sengal -Kay Delaila-
17 januari start baca
Assalammualaikum...

Novel pertama untuk tahun 2017...Bos Senget Pa Sengal hasil tulisan Kay Delaila,,,baca start 17 januari tapi MV stop sebab baca Aku dah Kurus-Aizat Razak-...di tambah pula kekangan masa....

MV start baca balik awal bulan 3..alhamdulillah 5 mac 2017..dah habis...cerita yang best....ada babak sedih,lawak,gembira,dan tragis...tak kurang juga terapan mengenai rumahtangga..agama dan keluarga..tanggungjawab anak,isteri dan suami 

Ini sedikit sinopsis dari MV 

Farah Adeeba si Pa sengal dan Taufick BAdlishah Si bos senget,,Pertemuan 2 insan yang selalu menjurs ke arah pergaduhan yang akhirnya menimbulkan bibit2 cinta antara mereka berdua... Siapa sangka SI PA sengal itu adalah wanita bermata cantik yang mencuri hatinya sewaktu di Krabi.

Farah Adeeba ...seorang wanita yang menarik dan disenangi semua orang.Menjadi PA,Deejay,Pelajar,Anak,kakak dan ibu kepada anak angkatnya.Mengenali Adeeba dengan lebih dalam membuatkan Taufick yakin yang dia mencintai adeeba.

Anak manja bapa.."princess ara" demi janjinya dia bekerja di Pelangi resort untuk belajar menguruskan perniagaan...kerana Mehmet syarikat ayahnya akan diwarisi setelah dia habis pengajian seni bina.

Pelbagai cara Taufick guna untuk menawan hati adeeba namun gagal...sehinggalah dia merisik adeeba tanpa adeeba tau yang bakal tunangnya adalah si bos senget...Adeeba sebenarnya juga mencintai taufick namun dia menidakkan perasaannya sendiri.

Apabila taufick bagi dia buku mengenai cerita gadis yang dijumpainya di Krabi..akhirnya adeeba mengiyakan perasaannya dan mereka melangsungkan perkahwinan.Namun tanpa disangka hari bahagia itu berakhir dengan tragedi yang membuat adeeba hilang dan disahkan meninggal dunia.

Namun nun jauh di manila...Adeeba dirawat oleh lebai ali dan lionel..atas keselamatan adeeba....pada hari kejadian adeeba di seludup keluar dari Malaysia..Kerana ada sekumpulan lelaki sedang mencari dia,,

Dia terpaksa bersembunyi dan berpura2 hilang ingatan..kembalinya dia ke Malaysia membuat seluruh keluarga gembira..terutamanya taufick..namun Keakraban Taufick dan Junita..Membuatkan adeeba tidak mahu memberitahu yang sebenarnya dia tidak hilang ingatan

Rsa sakit hati itu membuatkan dia menjauh dari Taufick..tambahan pula kejadian pada malam perkahwinan ....di mana payung terjun tidak dapat dibuka adalah dirancang oleh seseorang...Nyawa adeeba dalam bahaya...

ada musuh dalam selimut di Mehmet..bagaimana adeeba mempertahankan rumah tangganya?adakah dia akan terselamat dari mereka yang ingin membunuhnya?siapa dia musuh dalam selimut yang berada di mehmet?


**siapa yang dah baca novel ni angkat tangan...oh ya penulisnya KAY Delaila ada keluarkan novel baru bertajuk aku nak kaulah cik senget...nak masukkan dalam list bacaan ni...MV kena cari dulu buku ni...

Image result for aku nak kau lah cik senget
sumber google


Read More

Nuzul Tersingkir Mentor milenia Battle Ke2

9:08 AM
Nuzul Tersingkir Mentor milenia Battle Ke2
Assalammualaikum...


Image result for nuzul tersingkir mentor milenia
sumber google

Nuzul protege kepada Black tersingkir dan menjadikan dia sebagai protege pertama yang tersingkir dari Mentor milenia...anak muda yang berumur 17 tahun ni berasal dari kelantan mempunyai suara yang bagi MV sedap didengar...

Cuma bukan rezekinya lagi..bak kata Datuk Hattan ...tak semestinya tersingkir awal tue kita tak berjaya...tengok saja Ayda Jebat...dia tak menang pun AF..tapi dia lebih terkenal daripada peserta yang masuk ke Final...

Buat Nuzul ...teruskan lah usaha ...semoga berjaya dalam bidang nyanyian....minggu battle ke-2 menyaksikan Qalesya(Protege Tomok) juga mendapat tempat terendah....namun terselamat dan akan beraksi di minggu battle ke 3....

Protege tomok Along  menang battle kedua...apa2pun aura dari Usop tetap di hati ...hihi
Read More

"MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #1"

8:59 AM
"MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #1"

Friday, March 3, 2017

Menang 'Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors'

3:40 PM
Menang 'Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors'
Assalammualaikum...

alhamdulillah dah lama x menang GA
 Semalam buka messenger dapat msg dri elsa....MV menang 'Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors'.....ALhamdulillah...MV tersenarai sebagai salah seorang pemenang....

Dapat wang tunai RM 10... ok lah kan..dari tiada..tq elsa dan sponsor Shikin Razali....semoga dimurahkan rezeki .Amin 
Read More

Untuk Menang Tak Perlu Kecikan orang lain

9:10 AM
Untuk Menang Tak Perlu Kecikan orang lain
Assalammualaikum


Seorang Guru membuat garis sepanjang 10 cm di atas papan tulis, lalu berkata : "Anak2, cuba pendekkan garisan ini!"

Murid pertama maju ke depan, ia memadam 2 cm dr garis itu, skrg menjadi 8 cm. Guru mempersilakan anak murid ke 2. Iapun melakukan hal yg sama, 'sekarang' garisnya tinggal 6 cm. Anak murid ke 3 & ke 4 pun maju kedepan, skrg garis itu tinggal 2 cm.
Terakhir, anak yg Bijak maju kedepan, ia membuat garis yg lbh panjang, sejajar dgn garis pertama, yg tinggal 2 cm itu.
Sang Guru menepuk bahunya,

*"Kau memang bijak. Utk membuat garis itu menjadi pendek, tak perlu menghapusnya - cukup membuat satu garis yg lbh panjang. Garis pertama akan menjadi lbh pendek dgn sendirinya."*
*Utk memenangkan diri Tak perlu mengecilkan yg lain, Tak usah memburukkan yg lain, krn secara tak langsung, membicarakan keburukan yg lain adalah  cara tak jujur utk memuji diri sendiri. Cukup lakukan yg terbaik yg dpt kita lakukan utk smuanya, biarkan wktu akan membuktikan kebaikan tsb.*

Muhasabah diri....dari cerita di atas..untuk kita berjaya adalah cuba menjadi lebih baik dari yang lain bukan dengan menjatuhkan orang lain...
                                                                                                                                     
Read More

Thursday, March 2, 2017

Musim Demam

4:18 PM
Musim Demam
tunggu giliran
Assalammualaikum..

ini cerita kami masa malam isnin...wani minta bawa ke hospital sebab batuk teruk dan susah bernafas..sampai muntah sebab batuk teruk jadi kami ke hospital likas...

Ramai pula orang masa...sebab wani  batuk teruk menunggu jugalah...kami sampai dalam jam 9.00 malam..sampai saja giliran dia...bertimbang..terus nurse tue cakap"30 kg..berat nya adik.."

andu bah..sian wani..terus MV cakap,,,turun sudah beratnya tue...pagi kami ada bertimbang ..beratnya 28.3 kg....timbangan digital..oh ya sambung cerita lagi...bila check suhu...tinggi 37.8 jadi nurse suru makan ubat...

dek kerana berat dia 30 kg..nurse tua cakap..adik kena makan banyak dos ubat..dalam 18ml...lepas makan tue....nurse suru lap2 kan badan dia sekejap...sebab tinggi sangat suhu....

jadi MV bawa dia ke  tandas ,,lap2kan badan dalam 20 minit..nurse panggil lagi check suhu..alhamdulillah turun..lepas tue doktor panggil....

Sekarang masih lagi batuk...dia makan ubat waktu malam sahaja...pagi n petang dia sekolah...ubat  tue buat dia buat mengantuk....doakan wani cepat sihat  ya..AMin
Read More

Good Luck Ujian

10:13 AM
Good Luck Ujian
With kembar tahun mama
Hari ni anak-anak soleh dan solehah MV ada ujian di sekolah rendah ..ujian awal tahun....buat kakak ayu dan abang haikal...ini sudah biasa..tapi buat wani ini adalah satu pengalaman baru...
 
with kakak wani dan abg haikal..masa sakit haritu
Kakak Ayu nervous..takut gagal...MV nasihat...yakin saja kalau menjawab..mulakan dengan bismilillah...wani pun macam tue..takut tak boleh jawab Bahasa Inggeris...

Abang haikal pula santai..rileks katanya ..ujian saja pun...budak lelaki biasalah...

Mama doakan anak2 Mama dapat menjawab semua soalan dengan tenang...Amin
Read More

Tebus 8 Share Point

7:30 AM
Tebus 8 Share Point

Assalammualaikum

Tebus 2 helai tshirt

Tebus point 8 share....dapatlah dua helai baju 8 share..mv ambik size m....


Kainnya sedap di pakai x panas...warna pun best..warna biru kehitaman....


Kamu pernah kah tebus point 8share...korang tebus apa...mv nak tebus baucer kfc..tapi tuelah selalu hbs

Read More

Wednesday, March 1, 2017

Kakak Cantik

4:17 PM
Kakak Cantik

Assalammualaikum...

AL-kisahnya...balik sekolah selasa (28.02.2017)..si Kakak Ayu Cerita..ada budak darjah 6 tanya dia macam ni "siapa yang selalu ambil kau tue,,,yang cantik tue...kakak kau kah?"

Kakak Ayu pun jawablah "bukanlah itu mama Saya"hahaha,,,,terus MV cakap dekat kakak AYu ...wah cantik pula mama kan..hahaha.....agak megah diri di situ kan...

Kakak Cantik...adui budak2 kan..hihi...dengan budak2 jer selalu dapat title cantik..kalau dengan yang dewasa jarang haha....




Read More

Cpuv Feb 2017-Mamee Monster Biskidz-

12:02 PM
Cpuv Feb 2017-Mamee Monster Biskidz-
Related image
sumber google

Cpuv penghujung Feb 2017




Assalammualaikum...


Rezeki penghujung feb 2017...alhamdulillah...walau pun tak banyak iklan dapat 3 ni pun kira oklah ...Mamee Monster Biskidz ni sedap..anak2 MV suka makan....lembut n ranggup.....jangan cakap anak..Mama pn join sekaki...









Read More

Wordless Wednesday#be KInd#

7:30 AM
Wordless Wednesday#be KInd#
Image may contain: text
sumber google
Assalammualaikum...

BE KIND. YOU NEVER KNOW HOW MANY TIMES A MOM GOT UP LAST NIGHT.(**tambah2 lagi kalau ibu yang BF,,,ibu yang buat susu anak...dulu tidur malam lena...sekarang...dalam semalam banyak kali terjaga....sudah menjadi kebiasaan)
Read More

Tuesday, February 28, 2017

SMK Kota Klias Terbaik STPM 2016 Negeri Sabah

4:08 PM
SMK Kota Klias  Terbaik STPM 2016 Negeri Sabah
Assalammualaikum...
sumber dari 
Tahniah..sekali lagi SMK Kota Klias terbaik STPM negeri Sabah ,,,mengulangi kejayaan tahun 2015...

Tahniah buat adik2 yang menduduki STPM 2016..tahniah buat cikgu-cikgu...turut merasa bangga sebagai mantan pelajar SMK Kota Klias dengan pencapaian sekolah sekarang ini..Semoga terus mencipta kejayaan di masa hadapan.Amin
Read More

Be Strong

4:00 PM
Be Strong
Assalammualaikum....


Fighting...Be Strong Ya buat kawan pejabat yang merangkap kakak...Semoga pembedahan esok dipermudahkan..Semoga kakak kuat menerima dugaan ini...

Kawan pejabat MV ....disahkan menghidap kanser payudara stage 2...alhamdulillah...dia sangat kuat menerima keputusan ini..Esok dia akan dibedah..syukur cepat dia dapat dibedah...tanpa perlu menunggu lama...

Doakan semoga pembedahan kawan MV dipermudahkan ya Kawan2 Semua.Amin
Read More

Watikah Perlantikan

7:30 AM
Watikah Perlantikan
alhamdulillah selesai kem kepimpinan...
Assalammualaikum...


Alhamdulillah ...kakak Ayu berjaya menghabiskan kem kepimpinan yang dia ikut under sekolah di Permai D Valley Ratau,Tebobon Selama 2 hari iaitu pada 23-02-2017 hingga 24-02-2017..Excited dia cerita pengalaman dia ....

Masuk lumpur....ada aktiviti malam kena tutup mata...ada hiking....dia cakap yang bestnya kakak nda takut aktiviti malam tue..kawan2 semua nangis cari mama dorang...hihi ..iyalah kakak .....kuat kan...

Tapi sian..balik jer dia demam...dek kerana,,,lepas masuk lumpur tue tak mandai cuci kepala...cikgu pesan mandi kerbau jak...lagi satu dia cakap sejuk tidur tiada selimut..sebab dalam list cikgu suruh bawa tiada selimut,,,

Nasib baik mama bagi kakak bawa kain sarung..kakak buat tuala tue jadi selimut...bila dia balik...cuci kepala...mak ai...lumpur.....patutlah demam....2 hari demam ...lepas tue baru ok..

Cuma dia masih batuk dan selesema...kakak cakap..dia mau ikut lagi aktiviti macam ni....Tahniah kakak..Selamat menjalankan tugas sebagai Pengawas Briged Bestari....

Read More

Monday, February 27, 2017

Roti Jala Kari ayam

3:56 PM
Roti Jala Kari ayam
roti jala + kari ayam
Assalammualaikum...

Percubaan kedua selepas roti jala sardin..kali ni roti jala with kari ayam...permintaan anak-anak...kali ni..memang dah beli acuan siap-siap....cuma jalaan nya belum kemas...masih belum teror....

Alhamdulillah ...yang penting anak2 cakap sedap.....jadi itu yang buat mama rasa makin rajin menjala..hahaha
Read More

Terima Kasih

12:30 PM
Terima Kasih
terima kasih dalam pelbagai bahasa
Assalammualaikum....

Terima kasih , thank you , arigato , gracias,  sukriya, kop khun krap,...antara ucapan terima kasih yang selalu dan familiar dengan kita...berbeza bahasa..berbeza negara...tapi yang penting ianya adalah ucapan terima kasih....


Jangan lupa ucapkan terima kasih setiap kali kita dibantu orang ya...
Read More

Hiking Bukit Botak,Sabah

10:22 AM
Hiking Bukit Botak,Sabah
Assalammualaikum....

muka penat campur gembira...
Akhirnya tercapai jua hajat mau hiking...hiking bukit botak...first time...bertujuh dengan anak,suami dan adik...jangan tak percaya...yup syamimi pun join sekali....sekejap dia jalan..kalau jalan tu kena mendaki...MV yang angkat...

Oh ya...Kakak Ayu dan adik MV awal sampai..dorang laju..kakak ayu ni memang FIT...mama kurang sikit..abang haikal paling lucu..sampai atas dia muntah dan tak mau turun..minta angkat..kalau ringan nda apa juga kan 

calori yang terbakar
walaupun agak lama masa yang diambil untuk naik ke atas..iaitu lebih kurang setengah jam..tapi percubaan pertama dengan ada yang  mau di angkat kira oklah .....pergi 225 calori terbakar..turun 160 calori dicampur 385 calori...oklah...

terus Mr Velentine cakap..kalau tiap minggu hiking boleh kurus juga oh...hahaha.....terus dia mau bawa pegi bukit padang lagi next weekend,,,,Dia kesakitan kaki dan badan...Sebab lama sdh tak bersenam...hihi..MV takda rasa apa..cuma bab turun bukit ada gatal2 kat peha...pembakaran lemak kot bluerkkkkk...
akhirnya berjaya juga
MV abadikan kenangan berada di atas bukit botak ni...ini antara satu kegiatan dalam mencapai misi gaya hidup sihat dan capai berat ideal...chayok2x
Read More

Sunday, February 26, 2017

Hez Hazmi - Aku Mula Rindu

1:30 PM
Hez Hazmi - Aku Mula Rindu

Assalammualaikum....

Hujung minggu santai di rumah....sambil layan novel..belanja korang lagu hez hazmi
Read More

Orang Jahat Vs Orang pura-pura baik

7:30 AM
Orang Jahat Vs Orang pura-pura baik
sumber google 
Assalammualaikum...

Orang jahat itu kita tak perlu risau...
sebab kita tahu dia memang jahat ....
yang kita risau adalah orang yang pura-pura baik....


Nampak tak...MV setuju..orang jahat ni kita memang tahu dia jahat...tapi orang yang pura-pura baik ni  kena hati-hati...depan kita pijak semut tak mati..tapi belakang kita dok sebar cerita pasal kita yang bukan2...

niat dia dekat dengan kita just untuk nak ambil tahu kita buat apa..kita ke mana....kita ada apa....hati-hati..MV dah pernah kena kes macam ni...
Read More

Saturday, February 25, 2017

Jep sepahtu menamatkan zaman bujangnya dengan sari yanti

1:27 PM
Jep sepahtu menamatkan zaman bujangnya dengan sari yanti
Assalammualaikum...



25.02.2017 tahniah....selamat pengantin baru buat jep sepahtu yang menamatkan zaman bujangnya dengan memilih si cantik sari yanti..

Alhamdulillah MV doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.dan menjalani kehidupan berumah tangga dengan penuh kesabaran dan toleransi

Sumber gambar dari ig @setia_johor dan ig @Sariyanti
Read More

QQ Cream La Soul

12:30 PM
QQ Cream La Soul
QQ Cream ultralight  LA Soul
Assalammualaikum...

Mencuba QQ Cream Ultralight La Soul...MV jenis yg tak pakai Bedak...so dengan QQ Cream ni tak lah nampak x berbedak,,,lagi dia ada 12 kegunaan.....bila pakai ni....x payah lagi risau ....
Image result for qq cream lasoul
sumber google
Read More

Saling Merindu - Ashral Hassan

7:30 AM
Saling Merindu - Ashral Hassan


Assalammualaikum....

terasa seperti kau ada didepan ku 
bila ku tatapi gambar wajah mu 
oh rindunya rasa sungguh tak terkata 

tertanya dihati adakah dia sama 
merasa seperti yang aku rasa
andai ada katakanlah 

jujur aku merindukan dirimu (Chorus)
walau apa pun yang telah berlaku 
dikala malam tiba ku termimpi dirimu 
diwaktu pagi ku terbayang wajahmu 

beginikah seksanya saat engkau dan aku kini menjauh
jujur dari hatiku merindukan dirimu 
walau kau dan aku mungkin takkan bersatu 

namun cinta padamu 
takkan gugur begitu jika 
kita saling menyinta dan saling merindu 





Read More

Friday, February 24, 2017

"Pencarian Bloglist Sesi Mac-April 2017"

3:23 PM
"Pencarian  Bloglist Sesi  Mac-April 2017"

Dadilia Band - Jelmaan Rindu

9:21 AM
Dadilia Band - Jelmaan Rindu

Assalammualaikum.,..


Layan dulu lagu ni,....stress...Salam jumaat yang penuh barakah..rindu si Kakak Ayu...hari ni dia balik....
Read More

Bantal OWL

7:30 AM
Bantal OWL
hasil membodek mama...
Assalammualaikum..


Bantal owl yang comel ...hasil membodek mama ...syamimi ni MV bawa ke Giant IP ....dia masuk2 jer nampak sudah ni bantal...terus dia tanya...mama adik mau ni?boleh beli?ada duit?

MV cakap pegi tanya babah...dia jalan sikit pegi tempat babah yang tengah baris mau ambik duit di mesin atm..."babah boleh beli ini?"...bila babah dia cakap boleh perghh laju jak dia ambil...hahaha


SO mama belikan dia bantal comel ni..RM10.00...suka dia...yang lucu dia bangun malam...pindah tempat tidur...dia boleh cari ini bantal then baru tidur balik ...hahaha...ada2 saja kan ,,,
Read More

Thursday, February 23, 2017

Kem Kepimpinan Sekolah

10:16 AM
Kem Kepimpinan Sekolah
Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
ready to go Kem kepimpinan 

Assalammualaikum...

pertama kali kakak Ayu ke ke Kepimpinan....dilantik sebagai Briged Bestari.. 2 hari akan berpisah dari mama babah dan abang dan adik2...selalunya dia balik kampung pun dengan abang atau adik...

tadi masa hantar mama mau jalan..dia sudah nangis...tapi dia tahan..sedih pula mama tengok...apa2pun kakak jangan nangis..enjoy kem kepimpinan tu ya....kakak boleh buat...kakak kan berani..

tak pernah berpisah dengan kakak macam ni..slalu dia balik kampung...ni aktiviti sekolah..hahaha.mama pun over sedih kahkah..takpe kena biasa,...mana tau lepas ni duduk asrama senang kan kakak.
Read More

Ara AF2016 - Warkah Untukku

7:00 AM
 Ara AF2016 - Warkah Untukku



Assalammualaikum....

cintamu hancurkan zahirku
rela dicampak ke penjaramu 
dari diperlakukan begini 

sungguh kau yang ku mahu 
berdoa semoga kau akan berubah
mendampingiku selalu 

kasihku tolong lihatkanlah 
tunjuk dia jalan kepadaMU
yang tersesat tiada bertuju 

berikan hatimu padanya
kau akan rasa cinta sebenar 
dalam kau mencari aku 

sungguh kau yang ku mahu 
berdoa semoga kau akan berubah
mendampingiku selalu 

sungguhnya kau yang ku mahu 
berdoa semoga kau akan berubah
mendampingiku selalu 


Suka lagu ni...suka suaranya....suka liriknya
Read More

Wednesday, February 22, 2017

Wordless Wednesday #Isteri Berubah#

2:30 PM
Wordless Wednesday #Isteri Berubah#
sumber google
Assalammualaikum

ISTERI YANG DAH KAHWIN AKAN TINGGAL SEMUA PERANGAI MASA BUJANG,KAWAN-KAWAN AJAK KELUAR PUN FIKIR 100X NAK KELUAR KE TAK.FIKIR NAK JAGA HATI SUAMI DAN FIKIR PAYAH ANAK!
Read More

Pemakaian TUDUNG

11:50 AM
Pemakaian TUDUNG
Image may contain: text
sumber google
Assalammualaikum...


Pernah kena macam ni....hihi bukan mudah nak puaskan hati orang so abaikan saja ya orang2 macam ni....yang penting nawaitu kita dalam menutup aurat ,,,,,



Read More