All About Love

Friday, May 20, 2016

Karnival taklimat waran perjalanan udara awam WPUA 2016 Air asia Sabah

10:23 AM
Karnival taklimat waran perjalanan udara awam WPUA 2016 Air asia Sabah

Assalammualaikum

Khamis MV sempat join Karnival taklimat waran perjalanan udara awam WPUA 2016 Air asia Sabah bertempat di dewan serbaguna KPKps..

Join sebab saja nak dengar  and tambah hari berkursus.. Lagi satu sebab ada luck draw..

Tapi mv x lucky pun.. Ada 43 cabutan.. 32 barang elektrik.. 4 beg goodies.. 3 tiket penerbangan..

Tiket penerbangan  kk kl kk untuk 2 org .. Kk jakarta  kk.. Kk china(lupa destinasi)  kk...

Best ni program mcm ni.. Klo ada rezeki bawa hadiah balik. Air asia next year buat lg tau. Hihi

Read More

Ujian Saringan Kesihatan

7:30 AM
Ujian Saringan Kesihatan
Assalammualaikum...

pre obese..lagi 10 kg baru ble normal
Hospital Likas ada datang ke KOmpleks tempat MV bekerja..dorang ada buat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada semua penjawat awam. Pemeriksaan gula dalam darah,tekanan darah,pap smear dan mammogram ...

Tapi MV tak buat pap smear sebab baru buat Feb 2016..Mammogram MV tak boleh buat sebab syamimi masih BF...SO MV hanya buat pemeriksaan gula dalam darah dan tekanan darah...

Lepas tue ada pula ujian minda sihat..alhamdulillah tak dalam kategori orang stress,,,Gula pula ok..walaupun ambil darah lepas makan.Denyutan jantung ok..tekanan darah ok ...cuma yang tak ok...BMI
yeah i x stress...
BMI MV 27..dalam kategori pre obes...MV kena turunkan lagi 10 kg .....untuk Berat badan ideal....takpa...MV akan usaha kan supaya dapat BMI  yang normal....ni kali kira selepas 6 bulan MV buat...

Last buat masa bulan 11 2015..masa tue bacaan gula tak normal..berat 74kg...obesiti ..,,akan cuba menurunkan lagi berat badan...tadi nurse sarankan buat lagi ujian dalam tempoh 6 bln atau setahun ....

Bagus ni buat,..,,biar kita tau apa masalah kesihatan kita...


Read More

Thursday, May 19, 2016

Prank tapi tak sesuai

12:10 PM
Prank tapi tak sesuai

Assalamualaikum

Viral pasal sate era buat prank call dekat satu orang ni. Zal namanya.. Nyanyi di applikasi smule...

Drg buat prank call konon ada syarikat rakaman di kl buat tawar dia jadi artis rakaman..

Dan zal ni kalau korang tau dia asal Sabah.. Dia punya excited smpi dia cakap dia akan kumpul duit untuk ke kl..

Walaupun mv nda dengar itu prank call tp jujur apa bh di fikiran drg masa buat gini...

Kamu bgi harapan dengn org.. Peluang kerjaya pula... Yg akan mmbntu mengubah hidupnya

Bgini lah prank call mcm ni melibatkan emosi perasaan  mak ai teruk bh sdh.. Mv ni mmg pernh sdh kena prank call jadi tau perasaannya..

Read More

CELESTIAL CLASSIC MOVIES Ch321 ASTRO

7:30 AM
CELESTIAL CLASSIC MOVIES Ch321 ASTRO
Assalammualaikum..

layan drama 321
CELESTIAL CLASSIC MOVIES Ch321 ASTRO...masa cuti selasa haritu MV memang layan channel ni...semuanya drama chinese...hihi...dari drama hantu..drama kungfu..dan macam-macam lagi...

Anak MV pun suka layan channel ni selain 393...sebab dorang cakap drama dia best....balik rumah mak bapa MV pun layan drama ni..Sebab drg pasang astro njoi..so channel i jer yang ada...

MV pula memang dari kecil suka layan drama cina..jangan tanya kenapa..sudah namanya anak cina kan...mesti layan drama cina...dulu2 masa sekolah semua drama cina yang main kat NTV7 , TV 3 TV 2 ...semua MV layan...

Sekarang ni ada channel 321 ni boleh lah layan drama cina...hihi..korang tengok tak channel ni?
Read More

Wednesday, May 18, 2016

Hadiah Menang Mini Giveaway

4:08 PM
Hadiah Menang Mini Giveaway
Assalammualaikum...

hadiah contest dah dapat 
Gift join mini giveaway #46 & #47  blog  Intan Berlian....tq kak ina..batang mancis boleh MV guna untuk sesi pembelajaran bersama syamimi dan wani.

Kalau korang nak tau kak ina ni antara  ibu yang buat home schooling.Suka baca status dia kat facebook ...memang membantu sangat ,,,anak kak ina alisha sebaya wani.So kalau ada kak ina share MV boleh print untuk digunakan oleh wani.

Facebook kak ina ni macam-macam ada..So korang kalau nak tau pasal home schooling boleh tengok kat fb dan blog dia.

Tq yea kak ina for this gift
Read More

Wordless Wednesday#Anak Harta Paling Berharga#

7:30 AM
Wordless Wednesday#Anak Harta Paling Berharga#
Assalammualaikum...
gaya bebas
seorang merajuk..sorang memang susah nak snap picture
see tengok syamimi tue

Kesayangan Mama babah
**Hari ni entry gambar...anak harta paling berharga
Read More

Tuesday, May 17, 2016

Siapa Orang Gajiku -Azimah Lily -

8:00 AM
Siapa Orang Gajiku -Azimah Lily -
Assalammualaikum...

Pinjam Google
Sinopsis belakang novel 

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” –Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

Akhirnya ada masa juga baca buku yang dah lama dipinjam ni..Siapa orang gajiku..MV bagi 5 bintang..hihi...watak Aina Aishah sangat menarik minat MV..sampai baca terbayangkan Nad Zainal...hihi kenapa jangan tanya..cuma terbayangkan dia...

Novel MV suka...Sebab memang ada ibu yang Mcm Datin Sharifah Mawar,,,Asyik nak control hidup anak sampai anak kalau ble x mau balik rumah sebab tak mau di tekan.Atuknya pula sangat sporting..best kalau dapat atuk mcm ni...

Bagi MV jalan ceritanya menarik...bila start baca kita rasa nak baca dan terus baca...Start baca petang 15.05.2016..habis 16.06.2016 waktu rehat...


**Ini entry autopublish..MV cuti hari ni
Read More

Monday, May 16, 2016

Demimu Bingo

2:08 PM
Demimu Bingo

Assalammualaikum

Bingo. Seekor anak kucing yang tiba-tiba datang menjadi penghuni di rumah mv.. Dari badannya kecil smpilah sekarang..

X sangka anak2 mv yang takut kucing mcm mama dia akhirnya  berani pegang kucing terutamanya  syamimi.. Siap peluk lagi.. Adik adik

Tapi mama n abg haikal  still penakut.. Al kisahnya satu hari tiba2 hubby perasan yg bingo mcm x sihat. X mau mkn x mau minum..

Badan pun panas.. Tangan mcm tak ble gerak. Mula2 ingt tangan dia patah tapi hubby x puas hati terus check bila tgk keadaan makin teruk..

Sekali Check  rupa2nya tangan dia kena gigit. Digigit apa tak tau. Mybe kucing or anjing sebelah  rumah..

Bila tengok  bingo makin teruk kmi mau bawa pegi klinik haiwan di kingfisher tapi tutup.. Bila cal yg d kelombong harga mak ai tak mampu kita mau 2++..

So mv cadang dekat hubby cuba beli ubat cuci luka dulu... Mana tau ble bantu. Semalam hubby sapu lukanya yang bernanah.. Hubby picit semua nanah then taruh ubat cuci luka yang warna kuning..

Then tadi tengok bingo sudah ble jalan dengan tangannya.. Bengkak sdh kurang. Alhamdulillah sekoga bingo cepat sihat ya..

Sian takut bg anak2 pegang bingo.. Takut tangannya makin parah..

Apa2pun kami sayang bingo

Read More

Selamat Hari Guru 2016

8:40 AM
Selamat Hari Guru 2016
Assalammualaikum...

Pinjam Google 
Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia.Buat cikgu‪#‎SMKKOTAKLIAS‬ ‪#‎SKPEKAN1LABUAN‬ ‪#‎SRAILABUAN‬ ‪#‎SMKL‬‪#‎KEMASTAKULI‬ terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar.


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" Tema Sambutan hari guru 2016. Terima kasih buat semua guru kerana tak jemu-jemu mendidik anak bangsa.

Sebagai seorang ibu memang menjadi akan menyediakan sedikit hadiah buat cikgu-cikgu anak-anak MV.Walaupun tidak semahal mana cuma sebagai tanda penghargaan.Dulu pernah buat kad ucapan sendiri jer untuk bagi cikgu anak-anak MV.

Tahun ni alhamdulillah diberikan rezeki untuk berkongsi dengan mereka.Terima lah hadiah yang tidak seberapa dari anak-anak MV buat cikgunya.

Terima atas didikan dan tunjuk ajar.


Read More

Sunday, May 15, 2016

Faham Ke tidak?

8:43 AM
Faham Ke tidak?
credit here 
Assalammualaikum...

JAdilah manusia yang terlalu sibuk memperbaiki laman rumput rumah sendiri sehingga tidak ada masa nak siasat laman rumput rumah orang lain hijau ke tidak?

Faham Ke?

Korang faham ke tak??sebab sekarang ni ramai yang terlalu sibuk jaga laman rumput rumah orang lain dari rumah sendiri...

Tepuk dada tanya iman.
Read More

Gamma1 - Hidup Segan Mati Tak Mau

7:30 AM
Gamma1 - Hidup Segan Mati Tak Mau

Assalammualaikum...

Howww Hoooooo
Semuanya telah kuberikan
Harta cinta dan kasih sayang
Apa yang belum kau dapatkan
Bahkan nyawa ku pertaruhkan
Kini kau hilang bagai ditelan alam
Aku disini tersakiti

Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa... kurasa

Apa yang belum kau dapatkan
Bahkan nyawa ku pertaruhkan
Kini kau hilang bagai ditelan alam
Aku disini tersakiti

Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa
Howww Hoooooo

Howww Hoooooo
Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa
Kurasa howwwwww 


**layan lagu ni best...
Read More

Saturday, May 14, 2016

Menjadi Ibu di Usia 20An

7:30 AM
Menjadi Ibu di Usia 20An
Credit SINI
Assalammualaikum...

Wanita beruntung kerana menjadi ibu di usia 20an.MV menjadi ibu diusia 22 tahun.Mungkin bukan semua diberikan rezeki macam ini.MV menerimanya dengan hati yang sangat gembira.

Walaupun orang cakap jadi ibu seawal usia 20 an ini kita akan terbeban...Tak puas enjoy.Orang lain ble habiskan masa untuk menikmat usia muda.

Bagi MV pula ntahlah tak pernah pula rasa terbeban macam tue..tak puas enjoy...bagi MV masa anak-anak kecil mungkin kita akan susah sikit,kena struggle.Tapi bila anak dah besar..Mereka akan boleh jadi kawan kita..

Kelebihan jadi ibu di usia 20 an ni banyak..Antaranya kita x menghadapi risiko kehamilan,bila kita di usia 30-an anak dah masuk sekolah rendah...bila usia 40 an anak dah di sekolah menengah...

Tapi jodoh pertemuan bukan kita tentukan...namun MV bersyukur kerana pilihan untuk berkahwin di usia muda buat MV sedia lebih bertanggungjawab..


Read More

Friday, May 13, 2016

Projector Band - Sudah Ku Tahu (Official Lirik Video)

5:00 PM
Projector Band - Sudah Ku Tahu (Official Lirik Video)

Assalammualaikum...

Tengah viral sangat lagu ni ...ramai yang buat smule lagu ni....

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!

C/O Sayang !! 
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar
Sayang !!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ...


**lagu ni antara lagu soundtrack drama dia semanis honey 
Read More

Fakta Atau Auta

7:30 AM
Fakta Atau Auta
Assalammualaikum...

sedang dalam misi 
80 % cara untuk kuruskan badan adalah dari pemakanan....MV setuju sebab MV dah cuba..kalau kita bersenam pun tapi makan tak jaga...berat takkan turun...tapi x ble juga kontrol makan jer...

Kena selitkan dengan senaman...kalau tak dapat jogging..kita workout kat dalam rumah...biasanya kan kalau berat badan dah nak capai berat ideal..proses penurunan tu akan lebih lambat....

So kena sabar dan displin ya....(***bercakap dari pengalaman sendiri..dari berat 74 ke 64 senang nak turun..sekarang berat kadang naik ke 65..jap turun 64...kalau tak displin memang tak turun,...)

Lagi 9 kg nak turunkan..untuk berat ideal...chayok2 to MV
Read More

Thursday, May 12, 2016

Open Order Popia Mini udang/bilis & batang buruk chese For Raya

3:32 PM
Open  Order Popia Mini udang/bilis & batang buruk chese For Raya
Assalammualaikum...
tester batang buruk chese

popia mini udang 

tester untuk popia mini 
Iklan dulu..memandangkan bulan depan dah nak masuk bulan puasa.Semoga kita sama-sama mendapat pahala di bulan yang penuh keberkatan ini.

MV nak tolong promote untuk popia mini udang,bilis dan batang buruk chese yang dibuat oleh keluarga MV. hampir 4 tahun sudah menjalankan perniagaan ini..

Kali ini Order dibuka awal dan akan ditutup pada hari pertama puasa...Order dibuka untuk warga Sabah 

berminat boleh wasap atau call

Mv 0168040362
Suzyaney 0146524451
Rupinah  0143570883
Mohd Azlon 0138972406
suzyazreen 0145599747
mohd azwie 0145893526


Read More

Air Detoks

7:30 AM
Air Detoks
Assalammualaikum...
pinjam google
Air detoks iaitu campuran air dan buaha-buahan yang diambil untuk tujuan mengurangkan berat badan dan membuang toksin dalam badan sekaligus untuk mengempiskan perut.MV pun mula minum air detoks,,,
pinjam google
MV minum air detoks hirisan lemon + halia....ada orang selesa buat air detoks yang sejuk MV pula prefer guna air suam..Memang sangat membantu,,Korang kalau dalam usaha menurunkan berat badan boleh cuba minum air detoks....

Jimat duit..hasilnya pun buat kita puas hati....
Read More

Wednesday, May 11, 2016

"Birthday Giveaway by Wanaseoby.com"

11:39 AM
"Birthday Giveaway by Wanaseoby.com"

Khasiat air Kelapa

9:47 AM
Khasiat air Kelapa
Assalammualaikum,,,

pinjam google

Air kelapa ...Siapa suka minum air kelapa.MV suka sebab kalau kencing kotor minum jer air kelapa ni .Lagipun air kelapa ni menyegarkan badan kita.

Untuk wanita hamil kalau air kepala dapat memberi khasiat seperti berikut :-

  1. memenuhi keperluan cecair badan
  2. sumber elektrolit yang penting
  3. minuman menyihatkan 
  4. rendah gula
Air kelapa juga dapat membantu menurunkan berat badan .Cuba kamu minum air kelapa ,bila sudah minum air kepala terus macam full terus perut sebab air kelapa ni mudah diserap badan so ia akan menundakan rasa lapar.

Tiba-tiba nak buat entry pasal ni sebab terbaca di majalah PA & Ma....dan terus rasa nak minum air kelapa yang fresh dari pokok.Macam dalam rancangan Law Of The Jungle...

Read More

Tuesday, May 10, 2016

Kes Rogol Di Tandas Stesen Minyak

11:33 AM
Kes Rogol Di Tandas Stesen Minyak
Assalammualaikum,.,,

Pinjam SINI
Ni kali kedua MV terbaca pasal Kes Rogol Di Tandas Stesen Minyak di Malaysia ..kes yang pertama MV baca perempuan tue dah dirogol..dijumpai dalam keadaan mengaibkan....dan perempuan tue bertudung....

Menakutkan betul sekarang ni...bila manusia dah macam binatang....nafus buas....MV berterima kasih pada yang share benda macam ni...lepas ni takkan biar anak2 pergi tandas sendiri...

Kena berhati-hati...extra hati-hati....lepas ni kita sebagai perempuan kalau nak pergi tandas kena minta temankan sesiapa jer...jangan pergi seorang huhu....


***bila nafsu menguasai diri ..ini lah yang terjadi...
Read More

Tarikh MUla Bergelar Ibu

7:30 AM
Tarikh MUla Bergelar Ibu
Assalammualaikum...

Sumber dari SINI
28.01.2007 jam 11.20 am pagi di Hospital Ranau..Inilah tarikh MV mula bergelar seorang ibu.di usia 22 tahun...kemudian 01.12.2007 MV dikurniakan lagi seorang anak ,,,,my kembar tahun ....melahirkan di Hospital Tangkak Johor...


Berehat selama beberapa tahun 19.08.2010 lahirnya wani syazwana di hospital likas....tahun 2013..21.12.2013 waznah syamimi pula ...juga di hospital likas,,,

Sentiasa akan ingat saat MV mula menjadi seorang ibu..tak kira anak pertama atau anak seterusnya..kerana saat itu adalah saat paling istimewa....

Sekarang sudah 9 tahun bergelar ibu...usia sudah 31 tahun....korang pula bila bergelar ibu?
Read More

Monday, May 9, 2016

Kebakaran Kecil di library

4:47 PM
Kebakaran Kecil di library
Assalammualaikum....



asap dari lampu
Panik juga bila berlaku kebakaran kecil di library tadi..kebakaran lah kot sebab satu library bau asap...kami bertiga (*MV dan rakan sepejabat) sibuk mencari punca bau asap seperti terbakar..sibuk tengok wayar air delcol..wayang komputer...


juruteknik penyelamat hihi
sekali lampu pula bah yang terbakar....lucu juga lah..sebab dalam panik ...kawan MV terus lari keluar..MV pula stuck tak tau mau buat apa...last2 keluar dari library ..then masuk balik ambik hp...hahaha...lucu..sekali MV cakap dengan kawan bagus kasi mati tue suis lampu....


punca terbakar
dan juruteknik membantu selesaikan masalah...see nampak tak capacitor lampu yang dah terbakar tue...pengalaman pertama berdepan kebakaran kecik ni..lucu ada..pengalaman pun ada..lepas ni kalau terjadi lagi nda lah panik lagi mcm tadi....

Read More

Tabung Blog

7:30 AM
Tabung Blog
Assalammualaikum...
sikit lagi nak rm100

Kumpul lagi..biar sikit tapi ada..tabung blog MV....nak cashout sikit masa lagi...nak beli something yang boleh ingat dgn duit ini...
Read More

Sunday, May 8, 2016

biar Gambar Berbicara

8:00 AM
biar Gambar Berbicara
Assalammualaikum...

santai with family

posing with kembar tahun 

with cinta hati MV
Read More

Saturday, May 7, 2016

Mama with syamimi

10:17 PM
Mama with syamimi

Assalammualaikum...

Posing with syamimi.. Anak kecil mv ni makin pintar berkata-kata.. Semakin hari semakin byk akalnya....

Tak sangka sekarang dia sudah 2 tahun 4 bulan... Pandai dah baca abc.. Mengira..menyanyi... Baca alif ba ta...

Paling x percaya.. Mv tanya dia sekolah di mna dia boleh jawab.. Mv tak pernh ajar.. Mungkin cikgu2 yg ajar..

Rapat dgn abg kakak.. Manja... Alhamdulillah ..semoga membesar dengan sihat ya anak kecil  mama dan babah...

Read More

Pasangan

8:00 AM
Pasangan
Will always smile
Assalammualaikum....

Toleransi
Persefahaman
kerjasama
kepercayaan
kesetiaan 

Mana mungkin kita sempurna...mana mungkin kita terlebih semuanya...PASANGAN...Kita adalah saling melengkapi...saling memahami..saling bekerjasama...saling mempercayai...

Kekurangan pasangan kita ..kita lah yang menutupnya dengan kelebihan yang kita ada...biar tidak sempurna di mata orang lain tetapi sempurna di mata kita...

KAU AKU...mungkin x sama..tapi kita satu..bersama dalam membentuk keluarga kecil kita.Walau tanpa harta yang berjuta.Kasih sayang kita segalanya ..Untuk kita berdua dan juga anak-anak kita..




Read More

Friday, May 6, 2016

Penat Tapi kena Buat

7:30 AM
Penat Tapi kena Buat
Assalammualaikum....

Quality time with family
Pernah tak kamu ...Iya kamu..yang bergelar ibu..bergelar seorang wanita bekerja,seorang suri rumah merasa penat dengan apa yang kamu kena buat.Bagi MV yes memang penat tapi kena juga buat sebab kalau bukan kita siapa nak buat..

Rutin harian MV sebagai ibu,pekerja, dan isteri..Siapa cakap jadi suri rumah relaks..itu memang tidak betul..dan siapa cakap jadi wanita bekerja itu tidak perlu buat kerja rumah.NO ...Bukan semua wanita bekerja itu x buat kerja rumah.Dan bukan semua surirumah itu tak membantu mencari pendapatan keluarga..

Bila kita di tempat mereka mungkin kamu tau macam mana.MV sendiri sebagai ibu isteri pekerja.Awal pagi bangun siapkan anak ke sekolah,kemas rumah,then ke pejabat buat kerja,lepas tue petang balik rumah sambung buat kerja lagi...

sesi mencuci kain,memasak,meng"iron" baju ...lepas tue sambung lagi melipat pakaian yang sudah kering...Penat..memang penat.Otak dan mulut kata penat tapi tangan dan fizikal tetap buat.

Itulah istimewa seorang isteri & ibu.Maka hargailah isteri dan ibu anda.(**tiba-tiba pula hahaha)

Ok Sekian entry hari ni..Salam Jumaat yang barakah
Read More

Thursday, May 5, 2016

SEGMEN : GIVE ME YOUR URL BLOG 1 By Najwa Zahid

4:29 PM
SEGMEN : GIVE ME YOUR URL BLOG 1 By Najwa Zahid

Bengkel Literasi Maklumat & Media

9:42 AM
Bengkel Literasi Maklumat & Media
Assalammualaikum...

wefie with kawan yang sekepala
28.04.2016 haritu MV menghadiri bengkel literasi maklumat dan media di Hospital Tuaran.Bengkel ini dianjurkan sempena sambutan world book day 2016 oleh unit perpustakaan hospital tuaran dan unit perpustakaan hospital queen elizzbeth kepada semua Pegawai perpustakaan gunasama di seluruh sabah.

Bengkel ini bertujuan untuk melatih pegawai perpustakaan dari aspek kemahiran literasi maklumat merangkumi aspek penilaian sumber maklumat,strategi pencarian maklumat serta etika dan medium penyebaran maklumat dalam membantu meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang perpustakaan.

2 orang penceramah daripada Perpustakaan di jemput dalam bengkel ini.Banyak yang MV dapat belajar daripada bengkel ini.

nak kongsikan kat sini pasal 2 laman web ini iaitu Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library dan Sumber Elektronik Perpustakaan Negara Malaysia ...dua laman web ni kita boleh cari e-book yang kita nak baca...

tiada dikenakan bayaran cuma hanya perlu berdaftar sahaja.









MV printscreen kan laman web yang MV nak kongsikan bersama kamu semua.Sekarang orang nak pergi library jarang kan..SO boleh baca e-book kat sini.majalah pun ada sesetengah library dah takda di bagi bajet...

So boleh baca kat sini...daftar jer....percuma..banyak faedah...jemput ya semua...kalau ada tak faham boleh tanya MV
Read More

Wednesday, May 4, 2016

Princessa Instant Shawl Double loop for kids by EQASARA Hijab

12:45 PM
Princessa Instant Shawl Double loop for kids by EQASARA Hijab

Assalammualaikum

Hari ni mv nak memperkenalkan Princessa Instant Shawl Double loop for kids by 👑EQASARA hijab.

Dijahit sendiri oleh kawan mv iaitu yoyoz. Bukan  ambil dari kilang tau tapi dijahit sendiri  dirumahnya.

Princessa instant shawl double loop for kids ni dibuat daripada material chiffon diamond, kain tebal dan tak jarang, comfortable untuk and yang paling menari ialah ada blink'blink gitu.

Lets grab one for your princess. Rm25 ONLY!!..harga RM25 jer.. Berpatutan... Dan mampu milik.

Berminat boleh wasap
puan yoyoz:0138586637

Read More

Ost Drama Dia Semanis Honey-Memori Berkasih-

10:37 AM
Ost Drama Dia Semanis Honey-Memori Berkasih-

Assalammualaikum...


Ni angau drama dia Semanis Honey namanya..hahaha...hari ni share lagu ost drama ni...lagu legend..memori berkasih...

Telah ku cuba meminta kasihmu 
biar menjadi ikatan abadi
namun apa daya 
terlerai janji kita 
mungkin takdir yang meminta
namun apa daya 
terlerai janji kita 
mungkin takdir yang meminta

bermusim kita bersama 
menyemai ikatan cinta
tak mungkin kasihku hilang 
ku kunci hati untukmu

ku genggam kenangan indah 
simpanlah senda gurauan 
andainya kau kerinduan
itu lah jadi penawar

sungguh ku terharu dan pilu
kasiku semai kau abaikan
putusnya ikatan cinta
mungkin tiada jodoh kita 

menangis hati ini
ku juga bersimpati 
hancurnya harapanku 
maafkan sayang

kasihmu yang berubah 
aku pun tak menyangka
itulah alasan mu 
pergilah sayang 

biarlah rindu di kejauhan 
menemani hati yang gelisah 
semoga bertemu jua kebahagian

Telah ku cuba meminta kasihmu 
biar menjadi ikatan abadi
namun apa daya 
terlerai janji kita 
mungkin takdir yang meminta
namun apa daya 
terlerai janji kita 
mungkin takdir yang meminta
Nah korang jom nyanyi sama2..hihi....lagu time zaman remaja...time sekolah menengah ni....



Read More

Tuesday, May 3, 2016

Tomyam ayam, sayur kangkung, timun sardin& sambal mangga

4:35 PM
Tomyam ayam, sayur kangkung, timun sardin& sambal mangga

Assalammualaikum...

Belanja menu makan tenghari semalam.. Simple jer.. Menu ala kadar..

1 lauk 3 sayur.. Kenapa byk sayur sebab  mv hantu sayur hihi.. 

Ni lepas ajar haikalayuwani ...nak exam kn so buat ulang kaji... X sedar sdh tengahari..

Pergi dapur tgk apa yg boleh di masak.. Maka itulah menu yg ada... Menu simpke saja..

Tak mewah tapi cukup untuk buat suami dan anak makan bertambah2

Read More