Perginya Nelson Mandela Pada Usia 95 Tahun - All About Love

Friday, December 6, 2013

Perginya Nelson Mandela Pada Usia 95 Tahun

Assalammualaikum...

Wira anti-apartheid Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia pada usia 95 di rumahnya di  Johannesburg semalam selepas sekian lama mengalami jangkitan paru-paru.
NONEWalaupun Mandela sakit selama hampir setahun, namun pengumuman Presiden Jacob Zuma lewat semalam mengenai kematian bekas presiden dan pemenang Nobel Peace Prize itu telah mengejutkan rakyat Afrika Selatan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata dunia telah kehilangan seorang yang paling berpengaruh dan berani.

Perdana Menteri Britain, David Cameron pula menganggap Mandela sebagai seorang wira terulung dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar dunia.
NONERakyat Afrika Selatan juga terkejut dengan berita tersebut. "Rasanya seperti bapa anda sendiri yang telah meninggal dunia.

"Beliau adalah seorang yang baik, mempunyai nilai-nilai yang baik untuk dijadikan ikutan. Beliau menjadi 'role model', tidak seperti pemimpin-pemimpin kita hari ini," kata Annah Khokhozela, 37.

Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selepas 27 tahun hidup dalam penjara apartheid untuk membawa negara itu menuju kepada demokrasi.

Mandela akan diberikan pengkebumian negara, dengan bendera dikibar separuh tiang.(Sumber dari MalaysiaKini)


**Dulu masa dia tengah sakit anak2 dia dah berebut nak hartanya..kalau korang pernah baca kisah hidupnya..memang dia adalah seorang wira bagi rakyat berkulit hitam...

**tujuan entry ni bukan untuk mengangungkan beliau tetapi hanya berkongsi sedikit mengenai tokoh politik ini..sekian

8 comments: